Anda di halaman 1dari 16

DOKUMENTASI MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA TAHUN

6 / 2014

PENGENALAN/ SEKAPUR SIRIH

Majlis bacaan yasin Tahun 6-2014 adalah salah satu program sekolah yang
dirancang khas untuk murid Tahun 6 SK Tunku Ismail. Majlis ini adalah salah satu ikhtiarke
arah kejayaan murid sekolah iniselain dari usaha yang telah dilakukan murid/guru itu sendiri,
kelas tambahan,kem motivasi dan sebagainya.

Islam sendiri mengajak umatnya untuk berusaha dan berikhtiar untuk mencapai
sesuatu hajat yang baik.Seterusnya umat Islam perlu bertawwakkal kepada Allah yang
Maha Kuasa.Dialah Tuhan yang menentukan segalanya.Justeru, program ini merupakan
inisiatif yang dilaksanakan sebagai suatu ikhtiar.Maka Panitia Agama Islam SK Tunku
Ismaildengan kerjasama pentadbir dan semua guru berusaha untuk menjayakan majlis ini
yang telah ditetapkan pada hari 26 Jun 2014- Khamis malam Jumaat.

Dengan adanya majlis seumpama ini, para pelajar tidak boleh tidak berusaha atau
melepaskan tangan dengan hanya bergantung pada air dan kismis tersebut sahaja.Belajar
dan berusaha tetap perlu diteruskan oleh murid / guru dari masa ke semasa.Besarlah
harapan sekolah untuk melihat semua murid Tahun 6 sekolah ini mencapai kejayaan dalam
peperiksaan UPSR tahun ini.Semoga semuanya berjaya dan apa yang dirancang berjalan
lancar.
SEKILAS SEBELUM MAJLIS

Sebelum majlis bacaan yasin ini berlangsung,beberapaperbincangan dan mesyuarat


telah diadakan antara pentadbir dan guru-guru terlibat. Ini bagi memastikan kelancaran
majlis yang akan diadakan. Surat makluman kepada waris telah pun diedarkan lebih awal
kepada murid.Begitu juga dengan jawatankuasa kerja.Jawatan kuasa kerja juga telah siap
diedarkan kepada guru sebelum majlis bagi memastikan guru yang terlibat dapat membuat
persiapan mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan kepada mereka. Diantara
persiapan tersebut adalah berkaitan persiapan tempat, surau, makanan/jamuan, penyediaan
air penawar,kismis, serta jemputan khas-iaitu Ustaz Ramli.

Dikesempatan ini juga, pihak sekolah berbesar hati bagi memberi keizinan kepada
para guru yang ingin turut serta membawa air untuk dijadikan air penawar/kismis untuk
dijampi oleh Ustaz Ramli. Maka, kelihatan ramai para guru yang membawa air dan kismis
untuk tujuan tersebut.

LAPORAN PERJALANAN MAJLIS

Pada petang Khamis 26 Jun 2014, kelihatan ramai guru yang terlibat hadir seawal
jam 4.00 petang bagi persediaan majlis. Tempat-tempat telibat telah tersedia, sejadah siap
dibentang, makanan siap diuruskan,serta bahagian pendaftaran juga siap menanti
kunjungan jemputan khas, para murid, guru dan waris. Sekitar jam 6 petang, kelihatan ramai
telah hadir membuat pendaftaran. Ustaz Ramli juga memulakan tugasnya membaca bacaan
untuk kismis dan air penawar di bilik kaunseling.

Apabila tibanya waktu maghrib, semua hadirin solat maghrib berjemaah di surau SK
Tunku Ismail. Seterusnya Ustaz Ramli memberi penerangan tentang solat hajat dan bacaan
yasin yang akan diadakan. Beliau mengingatkan hadirin agar menyucikan hati masing-
masing kerana solat hajat dan bacaan yasin yang diadakan ini merupakan bacaan yasin
munajat.Kedua-dua aktiviti ini agak mengambil masa berbanding solat hajat dan bacaan
yasin biasa.Setelah selesai solat hajat dan bacaan yasin, Ustaz Ramli menerangkan kaifiat
penggunaan air penawar dan juga kismis yang telah dijampinya.Akhir sekali, Ustaz Ramli
mengendalikan slot tautan kasih antara waris dan murid di surau.Waris dan murid
bersalaman sambil waris mendoakan murid yang bersalaman tersebut.
Setelah itu ,semua hadirin bergerak ke kantin dan makanan diedarkan kepada
semua yang hadir. Tetamu khas Ustaz Ramli juga diiring ke bilik jamuan untuk santapan
malam sebelum pulang. Hadirin beredar pulang kira-kira jam 11.00 malam. Namun, guru-
guru terlibat masih berada disekolah bagi mengemas semua tempat terbabit.

PENUTUP/PENGHARGAAN

Sekalung kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana majlis yang dirancang dapat
berlangsung dengan jayanya.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua
guru dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis ini.Semoga
majlis seumpama ini mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Sekian. Terima Kasih.

Sungguh murninya bulan Ramadhan,

Kehadirannya amat dinanti-nantikan,

Kepada Allah munajat dipanjatkan,

Agar semua murid mendapat kejayaan


TENTATIF PROGRAM

HARI : KHAMIS / 26 JUN 2014

6.30 PETANG - PENDAFTARAN MURID / WARIS

7.40 MALAM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

- TAKLIMAT SOLAT HAJAT / BACAAN YASIN

- SOLAT HAJAT ( KELOLAAN USTAZ RAMLI BIN SHAFIE )

- BACAAN YASIN MUNAJAT

( KELOLAAN USTAZ RAMLI BIN SHAFIE )

- SOLAT ISYAK

- SLOT TAUTAN KASIH

- JAMUAN MAKAN

- BERSURAI

TENTATIF PROGRAM
HARI : KHAMIS / 26 JUN 2014

6.30 PETANG - PENDAFTARAN MURID / WARIS

7.40 MALAM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

- TAKLIMAT SOLAT HAJAT / BACAAN YASIN

- SOLAT HAJAT ( KELOLAAN USTAZ RAMLI BIN SHAFIE )

- BACAAN YASIN MUNAJAT

( KELOLAAN USTAZ RAMLI BIN SHAFIE )

- SOLAT ISYAK

- SLOT TAUTAN KASIH

- JAMUAN MAKAN

- BERSURAI

SOLAT HAJAT

1. NIAT ( USALLI SUNNATAL HAAJATI RAKATAINI LILLAHI TAAALAA. / sahaja aku


solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala )
2. Rakaat 1 : Surah Fatihah 1X dan ayat kursi 11 kali.
3. Rakaat 2 : Surah Fatihah 1X dan surah al-Ikhlas 11 kali.
4. Memberi salam. Selepas salam dianjurkan sujud ihtiram. Dalam sujud tersebut,
bacalah istighfar Nabi Yunus 21 kali.
( LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOOLIMIN )
5. Selepas itu, niatkan hajat masing-masing (dalam sujud ), dan bangunlah dari sujud
setelah selesai menyatakan hajat.

YASIN MUNAJAT

1. Mestilah berwuduk.
2. Bacaan yasin secara tartil / berkhalifah.
3. Dilarang meletak yasin atas lantai /dibawah.
4. Apabila sampai perkataan MUBIN bacalah Surah Fatihah. Sampai pada
IYYAKANABUDUWAIYYAKANASTAIN- Niat hajat kita. seterusnya habiskan
fatihah tadi. Dan Ulang yasin dari mula.
5. Tiada doa yasin selepas selesai yasin kerana hajat telah disebut dalam bacaan
yasin/fatihah tadi.
- istigfar 3 kali
- selawat 11 kali
- baca yasin, ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24*mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24*mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 61-69 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 61-69 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 70-77 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 78-83. Selesai.
KAIFIAT MINUM AIR PENAWAR / KISMIS JAMPI/YASIN

- Minum awal pagi @ waktu sahur ( jika bulan puasa) 7 hari berturut-turut.
- Lain-lain individu , hendaklah minum dari botol berlainan ( jangan kongsi botol ).
- Kismis semuanya 63 biji ( 21 biji X 3 hari )
- Caranya (kismis ): lepas maghrib, masukkan air panas mendidih dalam gelas,
lepaskan kismis satu demi satu sambil berselawat setiap kali melepaskan kismis
dalam gelas hingga cukup 21 biji. Kemudian tutup gelas selama 30 minit.
- Dedahkan pada embun semalaman air kismis tadi. Esoknya berikan pada anak
kita minum. Buat 3 hari brturut-turut. ( 21 biji X 3 hari = 63 biji )
- Pesanan : Lebihan kismis @ kurma jampi tadi -bmakan pada hari berikutnya
7 biji kismis @ 3 biji kurma sehari sahaja.Jangan bagi anak makan kismis
lebih dari 7 biji sehari. Kalau kurma hanya 3 biji saja sehari )

DOKUMENTASI / LAPORAN MAJLIS IFTAR RAMADHAN


2014

Tanggal 9 Julai 2014, hari Rabu bersamaan 11 Ramadhan 1435H Sekolah


Kebangsaan Tunku Ismail telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan atau majlis berbuka
puasa untuk semua guru SK Tunku Ismail. Majlis ini adalah anjuran Panitia Agama Islam
sekolah ini.Ianya didakan bertujuan untuk meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh
berkat dan rahmat, disamping bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara
semua guru dan warga sekolah ini.

Diantara persiapan untuk majlis ini ialah pihak panitia telah membuat beberapa
perbincangan dengan pihak pentadbir bertujuan agar majlis ini berjalan
lancar.Jawatankuasa kerja juga dibuat dan diedarkan lebih awal agar semua pihak
mengetahui skop kerja masing-masing.

Pada hari Rabu dimana majlis tersebut berlangsung, ramai guru hadir selepas waktu
asar.Masing-masing memainkan peranan tersendiri.Sebahagian mereka membuat
persiapan di surau, manakala sebahagian lagi berada di kantin menghidang juadah kuih-
muih. Kuih muih adalah sumbangan/ di bawa oleh guru-guru sendiri. Manakala juadah
utama iaitu nasi briani adalah ditempah dari katering.
Sebelum majlis berbuka puasa, pihak majlis mengadakan majlis tahlil ringkas di
surau sekolah.Majlis tahlil ini telah dikelolakan oleh Ustaz Mohd. Faudzan bin Mat Jusoh.
Setelah selesai tahlil, masuklah waktu maghrib. Hadirin yang hadir berbuka puasa bersama-
sama dengan air dan kurma yang disediakan. Selepas itu, semua hadirin solat maghrib
berjemaah bersama-sama. Sejurus setelah solat maghrib selesai, semua yang hadir
bersama-sama berkumpul di kantin untuk menikmati juadah dan hidangan yang tersedia.

Apabila semua yang hadir selesai makan, masing-masing bekerjasama mengemas


tempat sementara menanti waktu Isyak.Apabila masuk waktu Isyak, semua bergerak ke
surau untuk menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah.Solat Isyak dan terawih telah
dimamkan oleh Ustaz Mohd. Faudzan bin Mat Jusoh. Solat terawih pada malam ini dibuat
sebanyak 8 rakaat diikuti dengan solat witir 3 rakaat.Selesai bersolat, semua hadirin
bersalam-salaman dan bersurai.

Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam sangat-sangat bersyukur kerana majlis ini
berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan
lagi pada masa akan datang.

TENTATIF PROGRAM

HARI : RABU / 9 JULAI 2014

6.30 PETANG - PENDAFTARAN

7.00 PETANG MAJLIS TAHLIL

7.40 MALAM BERBUKA PUASA

- SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

- MAKAN BERAMAI RAMAI

- SOLAT ISYAK

- SOLAT TERAWIH

- BERSURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL, SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA 2014

PENGENALAN:

Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam.Ianya adalah bulan
kesembilan dalam kalendar Islam.Bulan inilah yang paling berkat dan paling agung dalam
kesemua bulan-bulan qamariah yang ada.Ini adalah kerana dalam bulan inilah turunnya
kitab suci al-quran.

Pada bulan ini Allah melipatgandakan pahala ibadah umat Islam yang berbuat kebajikan dan
melupuskan dosa bagi orang yang meminta ampun.Maka, pada bulan Ramadhan berlumba-
lumbalah umat Islam berbuat kebajikan demi mendapat gandaan ganjaran yang dijanjikan
Allah untuk hambaNya.Justeru, Panitia Agama Islam dengan kerjasama semua pihak turut
mengambil inisiatif mengadakan program dibulan Ramadhan ini.Antara programnya ialah
Majlis Iftar Ramadhan yang dirancang untuk semua guru sama-sama berbuka puasa
disekolah, dan turut menyelitkan beberapa slot / agenda bermanfaat untuk semua guru dan
warga sekolah ini.Slot-slot tersebut adalah majlis tahlil ringkas, solat fardhu berjemaah dan
solat terawih/ witir berjemaah.

OBJEKTIF / TUJUAN :
1. Mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama seluruh warga sekolah.

2. Mengeratkan kerjasama dan silaturrahim antara pentadbir, guru, dan semua warga
sekolah.

3. Mengajak semua warga sekolah sama-sama menghayati Ramadhan al-mubarak melalui


aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini.

TARIKH :09 JULAI 2014

MASA :6.30 Petang

TEMPAT : Surau dan kantin sekolah

PENYERTAAN :Semua warga sekolah ( kecuali murid )

AKTIVITI : Majlis tahlil ringkas, berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih

Berjemaah.

JAWATANKUASA KERJA : ( RUJUK LAMPIRAN )

PERBELANJAAN :

Perbelanjaan untuk makanan dan minuman berbuka adalah sumbangan ikhlas guru-guru
SK Tunku Ismail.

ULASAN GURU BESAR

...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

Tandatangan Ketua Panitia : Disahkan oleh Guru Besar :

........................................... ............................................

( Pn. Fauziah Ibrahim ) ( Pn. Rahimah binti Mustapha, BKM )


PENDAHULUAN
Apabila datangnya Ramadhan bertungkus-lumuslah orang-orang yang
beriman untuk mengejar pahala sebanyak mungkin.Amalan kebaikan di
bulan ini adalah sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah yang masih
memberi umur yang panjang kepada kita untuk bertemu Ramadhan tahun
ini. Kita tidak pasti adakah kita akan bertemu Ramadhan akan datang,
atau sempatkah kita untuk melaksanakan ibadah pada Ramadhan
berikutnya.

Jadi, anggaplah Ramadhan yang sedang kita lalui sebagai


kesempatan terakhir. Dengan demikian dapat menyedarkan diri kita untuk
beribadah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah puasa,
membaca al-quran, bersedekah, solat terawih, beribadah malam dan lain-
lain ibadah. Bermohonlah dengan penuh harapan kepada Ilahi semoga
kita dapat melakukan ibadah dengan sebaiknya dikesempatan yang ada
ini.

Panitia Agama Islam turut mengambil kesempatan untuk mengadakan


aktiviti pada bulan Ramadhan.Antaranya ialah Majlis Iftar Ramadhan
2014. Program ini dianjurkan untuk semua warga sekolah ( kecuali murid).
Majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara semua
warga SK Tunku Ismail.Semoga majlis ini mencapai objektif dan matlamat
yang digariskan.

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

DOKUMENTASI

MAHRAJAN SEKOLAH-SEKOLAH
PROGRAM j-QAF PERINGKAT ZON
DAERAH KUALA MUDA/YAN SEKOLAH

TEMPAT :

SK LAGUNA MERBUK
TARIKH/HARI :

23 OGOS 2014 / SABTU


PERASMIAN PENUTUP :

TN.HJ. AZIZAN B. IBRAHIM

TEMA :

BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

DOKUMENTASI

IHTIFAL j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH


PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH
KUALA MUDA/YAN SEKOLAH

TEMPAT :

SK HJ HUSSIN DOL
TARIKH/HARI :

27 SEPTEMBER 2014 / SABTU


PERASMIAN PENUTUP :
TN.HJ. BADRUNSHAM BIN DAHALAN @ OMAR

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA YAN

TEMA :

BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN

LAPORAN IHTIFAL j-QAF ( 27 September 2014 )


Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail telah menyertai Mahrajan j-QAF peringkat zon Kuala
Muda Yan pada 23 Ogos 2014 dan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat daerah dalam
acara Kalam Jamaie, Tilawah (lelaki) dan juga acara Hiwar. Justeru, pada 27 September
2014 peserta-peserta yang layak menyertai pertandingan di peringkat daerah sekali lagi
berentap di SK Hj. Hussin Dol, Guar Chempedak. Lebih kurang 19 buah sekolah bertanding
dengandalam acara kalam jamaie, tiawah ( lelaki dan perempuan), hiwar dan juga dikir
barat.

Sungguh mengagumkan setiap persembahan peserta-peserta yang menyertai pertandingan


tersebut, dimana semua mereka kelihatan sangat berbakat.Ini menjadikan pertandingan
menjadi sengit.Sudah tentulah setiap daripada mereka telah membuat latihan dan
persediaan rapi untuk pertandingan yang disertai.Begitu juga dengan peserta daripada SK
Tunku Ismail.Guru-guru dan murid bertungkus-lumus berlatih sehingga menjelangnya hari
pertandingan.

Pada 27 September 2014, pertandingan bagi semua acara berjalan serentak. Keputusan
telah diumumkan pada majlis penutup.Keputusan hakim adalah muktamad. Majlis
penutupan Ihtifal J-QAF telah dirasmikan oleh Tn. Hj.Badrunsham Dahalan ( Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Muda /Yan.

Berikut adalah keputusan Ihtifal j-QAF pada 27 September yang lalu.

TILAWAH (L) HIWAR

1. SK HJ HUSSIN DOL 1. SK HJ NYAK GAM


2. SK PADANG LUMAT 2. SK BATU 4
3. SK IBRAHIM 3. SK KAMPUNG PASIR

TILAWAH (P) DIKIR BARAT

1. SK PADANG LUMAT 1. SK TELOK WANG


2. SK 2. SK TASEK APONG
3. SK TOK MAT SALLEH 3. SK TAMAN SERI WANG

KALAAM JAMAIE

1. SK CONVENT FB
2. SK TAMAN SRI WANG
3. SK BUKIT BESAR

LAPORAN MAHRAJAN j-QAF PERINGKAT ZON 2014

23 OGOS 2014 ( SABTU)

TEMPAT : SK LAGUNA MERBUK, SUNGAI PETANI.

Setiap murid mempunyai potensi masing-masing yang boleh dibangunkan dan


diketengahkan.Menyedari hakikat inilah Mahrajan jQAF dianjurkan.Antara acara yang
dipertandingkan dalam Mahrajan jQAF ialah kalam jamaie, tilawah dan juga hiwar.Kesemua
acara ini menggunakan Bahasa Arab.Ramai peserta sekolah yang hebat-hebat menyertai
pertandingan peringkat zon. Diantaranya SK convent, SK Taman Seri Wang, SK Tunku
Ismail, SK Tasek Apong dan lain-lain sekolah daerah KMY.

Murid-murid SK Tunku Ismail telah membuat persiapan untuk pertandinagn ini bersama guru
masing-masing sejak bermula bulan puasa 2014.Hasil usaha dan kerjasama semua pihak
telah membuahkan hasil dimana SK Tunku Ismail telah berjaya dalam acara kalam jamaie,
tilawah lelaki dan juga hiwar.

Panitia Agama Islam amat bersyukur atas kemenangan ini.Ini adalaah anugerah dan rahmat
Allah kepada peserta sekolah ini dan semua peserta yang telah berjaya.Pengumuman
keputusan telah dibuat dalam acara penutupan yang telah dirasmikan oleh Tn Hj Azizan
Ibrahim.

Berikut adalah keputusan Mahrajan JQAF zon B KMY.

TILAWAH (P) TILAWAH (L)

1. SK ST TERESA 1.SK TIKAM BATU


2. SK PINANG TUNGGAL 2.SK TUNKU ISMAIL
3. SK RANTAU PANJANG 3. SK IBRAHIM

HIWAR

1. SK TUNKU ISMAIL
2. SK TAMAN SERI WANG
3. SK BERAPIT
KALAM JAMAAIE

1. SK CONVENT FB
2. SK SERI WANG
3. SK TUNKU ISMAIL