Anda di halaman 1dari 5

Stilistik

Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan
yang berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya
yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan.
stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni
gaya sastera dan gaya bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik
adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera
dengan menekankan kajian tentang bahasa.

Fokus stilistik
fokus utama ilmu stilistik adalah menjawab kepada apa gaya bahasa yang
digunakan? gaya bahasa merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis
dalam menyampaikan idea kepada pembaca mengikut pandangannya. selain
itu, tupuan stilistik melingkupi kenapa gaya bahasa sedemikian digunakan
(tujuan) penulis menggunakan gaya bahasa tersebut yang terbahagi kepada
dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni bahasa.

Ciri-ciri stilistik bahasa


ciri utama stilistik bahasa adalah indah dan menarik. ciri tersebut merupakan
gambaran kepada keunikan penulis dalam mencetuskan sesuatu karya sastera
menurut gaya dan stailnya yang tersendiri. selain itu, stilistik bahasa juga
bersifat menyenangkan dan memiliki nilai estatika.
Stilistik dari sudut sastera
stilistik mengkaji secara keseluruhan karya dengan menerapkan kajian ilmu
linguistik dalam penggunaan bahasa. karya sastera berbeza antara satu sama
lain kerana penggunaan gaya bahasa digunakan untuk menimbulkan kesan
artistik. Rene Wellek dan Austin Warren 1966 menyatakan bahawa stilistik
bertujuan untuk meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada
norma dan barusaha menemukan nilai estatik.

Prinsip Stilistik
1 - mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk
kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugrah dan bakat seseorang
penulis. karya sastera adalah huraian tentang kebolehan mengarang bagi
seseorang penulis.

2 - menerangkan aspek tema yakni pendekatan struktural. penelitian


menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan
ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

3 - memperlihatkan gaya keperibadian seseorang pengarang. Murry J.M (1967),


mengatakan bahawa kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya
istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diks serta struktur
kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
perbezaan stail dalam kalangan penulis disebabkan oleh beberapa aspek iaitu,
pendidikan, keperibadian, pengalaman dan sikap penulis.

4 - menghuraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat


dapat dilakukan. pendekatan kajian morfologi dan sintaksis mampu
menghuraikan pelbagai genre dan jenis perkataan dan ayat yang digunakan.
oleh kerana itu, seseorang pengkaji perlu mengusai aspek sosiologi dan
dialektologi.
5 - membantu pembaca memahami makna perkataan yang sukar serta ayat
yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. misalnya penggunaan kata dan
diksi dari bahasa daerah dan tempatan dapat memperkaya perbendeharaan
kata di samping merupakan satu gaya dan stail pengarang.

6 - menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya kerana semasa


berkarya seseorang didorong oleh pelbagai keadaan dan ransangan yang
berlaku di sekelilingnya. hasilnya pengkaji dapat menemukan gagasan bahawa
terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang untuk berkreatif.

7 - digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau


khalayak ramai terhadap sesebuah karya. oleh itu, stilistik dapat menjelaskan
kesan penggunaan bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan
keseronokan, kesedihan, kemarahan, semangat terhadap penggunaan penanda
dan petanda bahasa yang yang digunakan untuk mengungkapakan pemikiran,
mesej atau idealisme pengarang.

Hubungan bahasa dan sastera


disiplin ilmu linguistik yang digunakan ialah Fonologi,Morfologi, Sintaksis dan
Semantik yang diguna pakai dalam menganalisis kesusteraan tradisional dan
moden, prosa dan puisi serta aliran dan pemikiran.

Kedudukan bahasa dalam sastera


bahasa merupakan suatu seni yang bersifat halus, tertib, bersistem dan
memiliki nilai keindahan. susastera bermaksud seni bahasa yang indah.

Penulis dan bahasa


penulis merupakan pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk dalam
masyarakat. selain itu, penulis merupakan pentafsir kepada sesuatu isu yang
berlaku di sekeliling masyarakatnya.

Bahasa dalam teks sastera


penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka dengan
menerapkan unsur emotif, suspen, ketegangan dan peleraian. penerapan unsur
sedemikian ditandai dengan pemilihan kata dan diksi.

Ayat Tunggal
sering digunakan dalam karya sastera kerana pengucapannya cepat, aliran
pemikirannya selari dan sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan
cakap, suasana cemas dan interaksi bersemuka.

Hubungan bahasa dan kajian sastera


1. pendekatan stilistik
2. pendekatan analisis wacana
3. teori semiotik

Bahasa dan batas Makna


bahasa digunakan untuk
1. menyatakan maksud
2. menjelaskan sesuatu
3. mewujudkan kemesraan
4. mendapatkan kepastian dan membuat keputusan.

Penentuan makna
idea yang disampaikan berdasarkan kefahaman dan stail penulis tidak lari
daripada kelainan penerimaan daripada khalayak pembaca kerana sesuatu
perkara sering kali cendrung dilihat berdasarkan kepada budaya setempat.
selain itu, faktor perbezaan kerana perbezaan lambang bahasa yang dimiliki
oleh anggota masyarakat setempat. oleh itu, makna sesuatu ayat dan diksi
seharusnya dilihat melalui isyarat bahasa.

Faktor pemahaman
setiap pembaca mempunyai tahap pemahaman yang berbeza disebabkan oleh
beberpa perkara iaitu intonasi, aliran pemikiran, pemilihan diksi, presepsi dan
tanggapan serta hubungan pembaca dangan penulis.