Anda di halaman 1dari 1

Jawapan Forum 1

Forum 1 : Tajuk: Berdasarkan pengalaman anda, apakah teori pembelajaran yang sesuai
untuk mengoperasikan kurikulum di sekolah-sekolah agama tempat anda mengajar. Berikan
hujah beserta contoh yang sesuai. ARAHAN: 1. Rujuk nota di lecture note & modul aktiviti
pembelajaran aktif 2. 2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan. 3. Beri 2 respon
jawapan rakan (100 perkataan setiap satunya). 4. Kemukakan idea berdasarkan pengalaman
anda. 5. Tarikh akhir: 16.4.2017

Teori Pembelajaran yang bersesuaian dengan kurikulum sekolah menengah agama Padang Tengku

Sekolah aliran agama menengah memiliki kurikulum yang berbeza dengan kurikulum aliran sekolah yang
lain yang ada di Malaysia sejak dari awal penubuhannya kerana aliran kurikulum yang dijadikan model untuk
mengajar kepada para pelajar di sekolah aliran agama adalah campuran daripada aliran agama dan
akademik. Bilangan subjek bagi sekolah aliran agama juga adalah lebih banyak iaitu sebanyak 21 subjek. 11
subjek akademik dan 10 subjek bu'oth yang berasaskan bahasa Arab. Dengan tidak langsungnya para
pelajar dalam sekolah aliran agama ini memerlukan pembahagian masa yang berbeza dari segi waktu
Pengajaran dan Pemudah Cara serta teknik belajar mereka itu sendiri. Hal ini menyebabkan saya berasa
bahawa teori pembelajaran yang paling bersesuaian dalam pengajaran sekolah agama menengah
ialah camtuman terhadap teori behaviorisme dan teori konstruktivisme