Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT EXCO PIBG BIL.

2 SESI 2016/2018

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN TAEE, SERIAN

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2016

HARI : ISNIN

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK ST JOHN TAEE, SERIAN

KEHADIRAN :

1. Encik Samus anak Rama - Guru Besar

2. Encik Edwin Talep Yang Dipertua PIBG

3. Encik Philip anak Pupur Penolong Kanan 1

4. Puan Winnie Penolong Kanan Kokurikulum

5. Cik Jessica Debbie anak Peter Setiausaha

6. Ustaz Abdul Rahman Bendahari

7. Puan Agnes AJK Ibu Bapa

8. Puan Zuriah AJK Ibu Bapa

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Puan Julia

2. Puan Pamela

3. Encik Sylvester

4. Encik Denies

5. Encik Bambi Britten

6. Puan Jessica anak Peter

7. Puan Thatcher

8. Encik Mohd Haical @ Ryner


1.0 UCAPAN YDP PIBG

1.1 YDP mengucapkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar sebagai
penasihat bagi PIBG SK St. John Taee.

1.2 Kehadiran semua exco adalah penting untuk sama-sama menyuarakan


pendapat dan memajukan PIBG SK St. John Taee. Diharapkan agar semua
exco PIBG dapat datang ke mesyuarat yang akan datang.

1.3 Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk membincangkan agenda aktiviti
sekolah yang belum terlaksana.

2.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

2.1 Guru Besar mengucapkan terima atas kehadiran exco PIBG bagi sesi 2016-
2018 pada petang ini dan selamat berjumpa kembali. Guru Besar
memaklumkan bahawa Cikgu Jessica tidak dapat hadir kerana masih terlibat
dengan penyemakan ujian UPSR.

2.2 Ucapan terima kasih ditujukan kepada PIBG atas dana sumbangan yang telah
diberikan bagi menampung perbelanjaan sekolah atas penggunaan wang
yang sedia ada. Contohnya, untuk membeli 1 set printer sekolah.

2.3 Antara tujuan memohon dana dan sumbangan tenaga PIBG adalah seperti:

(i) untuk menyelaras aktiviti PIBG dalam peringkat sekolah iaitu aktiviti
perkhemahan NGO untuk 2 guru pengiring dan 8 orang murid yang berjumlah
RM110 yang akan berlangsung paa 14 sehingga 16 Oktober 2016.

(ii) Hari Sukan Negara (8 Oktober 2016 Selasa) yang akan dijalankan
serentak di seluruh negara. Aktiviti ini akan dibuat secara beramai-ramai,
maka penyertaan daripada ibu bapa amatlah digalakkan.

(iii) Sukan Tahunan (antara Jualan Ria & Sukan Tahunan 2 dalam 1)

- tidak mahu dana kita terhad

- amat memerlukan dan menggalakkan penyertaan ibu bapa

- meminta YDP untuk memohon dana sekali lagi daripada Datuk Richard Riot

(iv) Majlis Insentif Pelajar Cemerlang Peringkat Sekolah (24 November 2016)

- mungkin perbelanjaan akan lebih besar sebab melibatkan pihak ibu bapa

(v) Lawatan Tahun 6

- akan dilakukan secara berkhemah

- terpulang dengan ibu bapa sekiranya mahu ikut serta


- murid berjumlah 28 orang

- guru mungkin perlu membawa kereta sendiri

(vi) Penggunaan sumber kewangan PIBG

- seboleh-bolehnya diminta untuk menggunakan tenaga sendiri sebab


peruntukan agak terhad

- terdapat dua perkara yang telah dilaksanakan tetapi bayaran belum dibuat
iaitu (a) Gol bola, (b) Tempat lompat jauh (base sudah dibuat), manakala (c)
LCD pula sudah rosak

(vii) Pembayaran ujian AR2 adalah sebanyak RM 666

2.4 Atas sebab-sebab seperti di atas adalah perlunya exco bekerjasama untuk
menambah dana PIBG sekolah.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Cikgu Philip telah mengesahkan minit dan disokong oleh Cikgu Winnie.

3.2 Bagi Penyata Kewangan bernombor 4.2, insentif masih belum digunakan
untuk guru dan murid.

3.3 Bagi Pelantikan Juruaudit Dalaman, Setiausaha diminta untuk menulis surat
perlantikan kepada Encik Edwin Edward Megat dan sertakan sekali borang
setuju/tidak setuju untuk berkhidmat dengan PIBG sekolah.

4.0 LAPORAN KEWANGAN 2016

4.1 Rujuk Lampiran 1

5.0 HAL-HAL BERBANGKIT

5.1 Permohonan dana PIBG untuk perkhemahan NGO bagi 8 orang murid dan 2
orang guru pengiring di SK Tanah Merah sebanyak RM110.

Makluman: Semua yang hadir bersetuju

5.2 Sukan Tahunan

- Cadangan untuk mengadakan aktiviti ini bersama dengan Jualan Ria atau
tidak.

- Cikgu Winnie mencadangkan tarikh sukan tahunan pada 4-5 November 2016
kerana lawatan Tahun 6 akan dijalankan pada 11 November 2016.
- Cadangan supaya Jualan Ria diasingkan daripada Sukan Tahunan.

- YDP bersetuju dan memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk


memilih masa dan tarikh yang bersesuaian.

- Guru Besar mencadangkan supaya membuat Jualan Ria dibuat pada hari
Sabtu dan meminta supaya ibu bapa yang menguruskan Jualan Ria tersebut
dan meminta supaya satu mesyuarat diadakan dengan ibu bapa yang akan
terlibat dengan jualan ria tersebut bagi booth yang akan dibuka

Tindakan: Cikgu Winnie dan Cikgu Jessica

5.3 Hari Sukan Negara (8 Oktober 2016)

- Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Jalan Ria 10,000 langkah dan
senamrobik

- Ahli PIBG digalakkan untuk berjual makanan dan minuman sebagai pra-
jualan Jualan Ria. Duit modal akan diberikan namun ibu bapa yang akan
menolong berjual pada hari kejadian.

- Buat surat memohon ibu bapa untuk berjual dan juga memo untuk meminta
derma bagi aktiviti Jualan Ria daripada bekas murid dan PIBG SK St. John
Taee.

Tindakan: Setiausaha PIBG

- YDP bersetuju dengan cadangan yang diusulkan.

5.4 Lawatan Tahun 6

- boleh melibatkan ibu bapa namun tempat penginapan ditanggung secara


peribadi

- guru akan menggunakan kenderaan sendiri

- Tempat lawatan: DVillage Sematan

Tindakan: Cikgu Winnie

5.5 Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil

- Cadangan tempat: Parish Hall

- YDP mencadangkan supaya majlis dibuat pada waktu sebelah malam dan
menyediakan surat makluman bagi perjumpaan seterusnya bagi
membincangkan perkara ini jika perlu.

- Guru Besar memaklumkan bahawa mana-mana hal yang perlu akan


didahulukan
- YDP mencadangkan aktiviti Fun Walk pada bulan Ogos bersempena dengan
bulan kemerdekaan tetapi menggunakan pendekatan seperti Jogathon bagi
menambah dana sekolah

YDP sekolah berharap semua exco dapat memaklumkan kehadiran masing-masing


melalui aplikasi Whatsapp dan mengucapkan terima kasih kepada semua exco yang
dapat hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ...................................

( JESSICA DEBBIE ) ( EDWIN TALEP )

Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,

SK ST JOHN TAEE SK ST JOHN TAEE