Anda di halaman 1dari 2

Berasaskan sumber dokumen dan lisan, pengkaji cuba membongkar kembali pengalaman

generasi 1940-an mengenai pengalaman suka duka mereka menerima pendidikan mengikut
sistem dan cara Jepun. Walaupun sistem pendidikan ketika itu dipenuhi masalah dan kelemahan
tetapi sedikit sebanyak faedahnya dapat juga dikecapi mereka lantaran penekanan yang
diberikan kepada pendidikan nilai dan pembinaan disiplin diri.

Sejauh manakah keberkesanan Dasar Pandang ke Timur mempengaruhi budaya kerja,


perpaduan, ilmu dan produktiviti negara?

Aspek-aspek penting dalam perubahan struktur organisasi dan perkhidmatan yang diperkenalkan
ialah penggunaan kad perakam waktu kerja. Penggunaan tanda nama, penubuhan pasukan
meningkat mutu kerja, konsep pejabat terbuka, perkhidmatan kaunter dan penyediaan fail meja
serta manual prosedur kerja.

Program latihan dan kursus pengajian yang dilaksanakan melalui Dasar Pandang ke Timur turut
menekankan elemen perpaduan di

Tun Dr. Mahathir Muhamad dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya perpaduan rakyat
dipupuk agar kita dapat mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
Perpaduan dan keharmonian dalam sebuah negara majmuk seperti negara kita penting dijaga
kerana tanpanya negara tidak dapat mencapai kemakmuran dan kemajuan yang lebih tinggi.
Bahkan negara mungkin akan menghadapi situasi kacau bilau. Walaupun negara kita memiliki
pelbagai sumber kekayaan dan berpotensi besar untuk menjadi sebuah negara maju dalam masa
yang singkat, tanpa perpaduan kaum dan keharmonian negara kita tidak akan mampu
mencapainya.

Anda mungkin juga menyukai