Anda di halaman 1dari 2

Tugasan berpasangan

Nama: Nurhanani Binti Mad Zahidi (D20151071185)

Asnida Binti Saddurahim (D20151071139)

Bagi menyelesaikan tugasan ini kami telah memilih sebuah novel hasil
nukilan Sasterwan Negara iaitu Dato Shahnon Ahmad. Novel yang dipilih ini
bertajuk Sutan Baginda diterbitkan kali pertama pada 1989 oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Novel ini berkisah tentang seorang ahli
politik yang diberi nama Sutan Baginda. Watak Sutan Baginda/Su/Utan
digambarkan sebagai seorang politk yang sanggup melakukan apa sahaja
demi mencapai cita-citanya memegang tampuk pemerintahan negara.
Segalanya sanggup beliau lakukan termasuk menggadaikan maruah diri
serta maruah isteri-isteri beliau juga. Shahnon Ahmad memulakan novel
dengan penceritaan dari sudut pandang beberapa orang yang rapat dengan
watak Sutan Baginda seperti isteri pertama dan kedua serta perempuan
simpanannya. Menerusi penceritaan ini, pembaca dikenalkan kepada siapa
itu Sutan Baginda dari sisi orang disekelilingnya. Diakhir bab kita baru
dimasukkan ke dalam diri Sutan Baginda itu sendiri supaya lebih memahami
watak Sutan Baginda ini apabila Shahnon Ahmad menulis tentang monolog
dalaman Sutan Baginda kepada pembaca. Sutan Baginda adalah seorang
pemain politik yang kejam dan penuh bernafsu dalam mainan politiknya.

Menurut Pak Shahnon, seseorang sasterawan harus berkarya


berdasarkan realiti masyarakatnya tanpa menyembunyikan kebenaran yang
berlaku. Begitulah juga novel Sutan Baginda yang terlahir dengan penuh
erotica di dalamnya seolah-olah Pak Shahnon mahu memberitahu politik
pada zaman beliau tidak dapat dipisahkan dengan skandal. Pak Shahnon
telah menamatkan kisah Sutan Baginda ini dengan tragis sekali. Segala tipu
helah dan muslihat yang cuba dimainkan oleh Sutan Baginda dalam usaha
beliau untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi telah menemui jalan buntu.
Rancangannya gagal secara total. Oleh kerana kegagalan itu beliau menjadi
kurang siuman dan disisihkan pula oleh isteri-isteri dan kawan-kawanya. Pak
Shahnon akhirnya menghukum watak Sutan Baginda ini dengan
menamatkan riwayatnya dengan kematian yang paling jijik. Novel ini
merupakan sebuah bacaan yang memperlihatkan kepada kita tentang
keadaan politik tanah air pada masa ia ditulis sekitar tahun akhir 80an.
Bahkan reality itu masih tetap berlaku sehingga ke hari ini. Menjadikan novel
Sutan Baginda ini tidak tenggelam di makan usia.

Anda mungkin juga menyukai