Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana Mengurus Perubahan

Mungkin hari ini seorang pemimpin baru berhadapan dengan satu situasi yang
kurang kondusif di sekolah. Lebih-lebih lagi jika 'boss' baru ini masih NOVIS dan
kurang berpengalaman dalam bertindak untuk menangani pelbagai situasi dan isu.

Pengurusan perubahan seperti yang dicadangkan oleh ramai sarjana memfokuskan


kepada penambahbaikan amalan dan iklim sesebuah organisasi. Salah satunya
ialah Kurt Lewin. Beliau telah mencadangkan 3 langkah pengurusan perubahan
yang boleh dipraktikkan melalui kaedah Unfreezing, Changing And Freezing

1. Unfreezing - Amalan lama sememangnya sukar untuk diubah. Ia sudah menjadi


satu budaya dan membentuk iklim organisasi. Wajah organisasi adalah wajah ahli
dalam organisasi tersebut. Jika amalan ahli adalah baik dan positif, maka organisasi
tersebut dilihat baik dan positif. Begitulah sebaliknya. Untuk mengubah amalan yang
sudah sebati ini, Kurt Lewin mencadangkan proses pencairan semula dengan
beberapa kaedah. Lazimnya di Negara kita, pengurusan perubahan dilakukan
secara updown. Pihak atasan memberikan arahan-arahan kepada sub-ordinat.
Konsep 'saya yang menurut perintah' dieksploitasi supaya pengurusan perubahan
boleh dilaksana secara paksa rela. Selain daripada itu, punca-punca kuasa
digunakan untuk melaksakan perubahan. Berbagai-bagai latihan diberi seperti
inhouse training, conference, kursus, bengkel, ceramah dan tak kurang juga bina
semangat dan teamwork building. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar /
Pengetua wajar menggunakan cara yang paling berkesan untuk menjayakan proses
unfreezing ini. Proses unfreezing memerlukan kesediaan ahli-ahli untuk berganjak
dari takuk lama, amalan lampau yang kurang produktif dan takut untuk berubah.

2. Changing
Proses changing dilaksanakan setelah langkah 1 di atas telah berhasil.
Berpandukan kepada garis panduan amalan dan iklim baru yang hendak
diperkenalkan oleh pentadbir, sub-ordinat mulai menggerakkan diri mereka ke arah
perubahan tersebut. Dalam proses ini, pentadbir perlu menerangkan dengan jelas
perubahan bagaimana yang hendak dilakukan. Sediakan instrument, panduan
tindakan, terma, norma dan apa sahaja rujukan yang boleh digunakan oleh sub-
ordinat. Proses perubahan ini akan lebih mudah jika sub-ordinat menerima proses
perubahan ini secara kolektif.

3. Freezing
Peringkat freezing membekukan amalan perubahan baru sebagaimana yang
diarahkan oleh ketua. Sub-ordinat menjadikan amalan itu sebagai rutin dan darah
daging. Kekalkan momentum dan kualiti tindakan. Gunakan garis panduan terma
dan norma untuk memperbaiki setiap kesilapan. Pentadbir mulai tonjolkan the best
practices untuk dicontohi oleh sub-ordinat lain

Anda mungkin juga menyukai