Anda di halaman 1dari 4

GEOGRAFI MANUSIA PENGGAL 1 : PENDUDUK

PENDUDUK

1.1 KONSEP PENDUDUK

Penduduk merupakan sekumpulan manusia yang mendiami /


menetap di sesuatu
kawasan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.
Jumlah penduduk adalah dinamik (sentiasa berubah-ubah) dan
tidak statik kesan
dari faktor kelahiran dan kematian serta migrasi.

1.1.1 PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

Penduduk merupakan sumber manusia yang penting dan berharga


bagi sesebuah kawasan / negara.

Sumber manusia ini merujuk kepada :


i. Sumber tenaga kerja.
ii. Sumber pasaran.
iii. Sumber keselamatan (tentera).

Sumber manusia di sesebuah negara boleh diukur dan dinilai dari


segi;
i. Kuantiti ( bilangan / saiz )
ii. Umur & jantina).
iii. Kualiti.

Dari segi kuantiti:


Manusia diukur dari sudut bilangan (saiz / jumlah penduduk.

Bilangan:

Penduduk yang ramai, jika diberi pendidikan dan dibekali


kemahiran, berpotensi menjadi tenaga kerja yang baik. Jumlah
penduduk yang ramai membantu menyediakan sumber tenaga
yang mencukupi bagi sektor-sektor ekonomi seperti
perindustrian, pertanian, perkhidmatan dll. Keadaan ini
membantu memajukan sesebuah negara. Negara yang
mempunyai jumlah penduduk yang banyak berkemampuan
menjana pelbagai sektor ekonomi, meluaskan saiz pasaran,
meningkatkan kutipan cukai dan memiliki ramai jumlah anggota
keselamatan (tentera).
Contoh, Malaysia melaksanakan Dasar 70 Juta Orang
Penduduk bagi memenuhi keperluan gunatenaga dalam pelbagai
sektor ekonomi dan saiz pasaran bagi kemajuan negara.

Dari segi Struktur Umur dan Jantina:


Umur dan jantina penduduk boleh mempengaruhi corak
guna tenaga yang ada di sesebuah kawasan atau negara.
Penduduk dewasa yang terlatih boleh menyumbang secara
produktif kepada ekonomi negara. Sementara kehadiran ramai
penduduk tua dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan
besarnya jumlah tanggungan keluarga dan negara.
Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis aktiviti ekonomi,
misalnya sektor industri berat yang memerlukan kekuatan tenaga
fizikal manusia lazimnya mengupah lebih ramai pekerja lelaki.
Contohnya kilang memasang kereta di Shah Alam
(Selangor), membungkus baja dan kilang petrokimia di Kerteh
(Terengganu). Manakala industri yang berintensif buruh yang
memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan yang tinggi pula
lazimnya mengupah ramai pekerja wanita. Contohnya kilang
produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas (Pulau
Pinang).

Dari Segi Kualiti:


Kualiti penduduk merujuk kepada :
i. ciri-ciri fizikal,
ii. taraf pendidikan,
iii. kemahiran,
iv. kesihatan, dan
v. sikap.
Misalnya, penduduk sesebuah kawasan yang terdidik
(lepasan universiti dan kolej), mahir dan berpengalaman
mengendali peralatan kilang yang moden, sihat tubuh badan dan
mempunyai sikap terbuka, boleh bekerjasama sebagai satu
pasukan, lazimnya lebih berkualiti dan mampu menarik
pelaburan. Jadi kualiti penduduk menentukan tahap pembanguan
sesebuah negara atau kawasan.
Era globalisasi kini memerlukan penduduk yang berkualiti,
dapat menguasai kemahiran teknologi dan maklumat (ICT) serta
kemahiran berbahasa Inggeris untuk berdaya saing. Ini selaras
dengan perkembangan sosioekonomi dunia berasaskan k-
ekonomi. Pekerja yang berkemahiran dalam bidang ICT ini
menggalakkan perkembangan dalam e-dagang, e-pelaburan, e-
governan dsb.
Contohnya, di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat
dan Britain kualiti penduduknya adalah tinggi membantu
memajukan negara. Manakala di negara
seperti Somalia, Sudan dan Kenya kualiti penduduknya yang
rendah mengakibatkan kemunduran negara tersebut.

1.1.2 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN


Konsep ini memperlihatkan manusia sebagai agen
perubahan melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. Kegiatan
penduduk boleh mengakibatkan berlakunya perubahan landskap
fizikal, tahap kemajuan sosioekonomi (kualiti hidup), serta
landskap budaya di sesebuah negara.

Perubahan Ruang Fizikal;


Perubahan ini boleh diperhatikan melalui aktiviti manusia ke
atas alam sekitar fizikal bagi memenuhi keperluan hidup mereka.
Ini termasuk perkembangan kawasan petempatan, rumah
kediaman, jalan perhubungan dan jaringan komunikasi. Kawasan
yang berpotensi, dimajukan dengan pembangunan dan
seterusnya mewujudkan perubahan yang besar kepada landskap
semulajadi.
Tindakan manusia menarah, menebuk, meratakan bukit
serta mengorek tanah menghasilkan pandang darat seperti lurah,
bukit gondol, tasik dsb. Keadaan ini menggalakkan kejadian
pencemaran, hakisan tanah & tanah runtuh, pemanasan mikro /
setempat dsb.
Aktiviti manusia boleh mengakibatkan empat sistem fizikal
berubah ;
o Geomorfologi : terhadap tanah, bukit, batuan
o Atmosfera : terhadap udara, suhu, angin
o Hidrologi : terhadap sumber air
o Ekologi : terhadap haiwan & tumbuhan

Kegiatan penyahhutanan untuk kegiatan ekonomi seperti


pertanian, kawasan perindustrian, kemudahan infrastruktur dan
prasarana mengakibatkan kemusnahan ekologi hutan semulajadi
yang membawa kepupusan sumber flora dan fauna, gangguan
keseimbangan ekosistem dan gangguan kitaran hidrologi.
Cth, pembinaan empangan Kenyir (Terengganu) telah
menengelamkan kawasan hutan seluas beratus-ratus hektar dan
mewujudkan pandang darat baru di kawasan tersebut iaitu tasik
buatan.

Perubahan Sosioekonomi;
Perubahan sosial dapat dilihat dari sudut pendidikan,
kesihatan, dan telekomunikasi - Perubahan Pendidikan seperti
penubuhan pusat bimbingan kanak-kanak, tusion, kolej, dan
universiti. Selain itu, pusat-pusat latihan & kemahiran seperti
Giat Mara. Perubahan Kesihatan seperti penaik tarafan klinik
desa kepada klinik yang lebih moden, pertambahan klinik dan
hospital, pusat rawatan alternatif dsb. Perubahan teknologi
dilihat melalui perkembangan dalam bidang telekomunikasi
seperti satelit, telefon selular, Sistem Penentuan Global (GPS),
Sistem Informasi Geografi (GIS) dsb.
Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan
pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta benda. Indikator yang
biasanya dirujuk adalah seperti pertumbuhan KDNK, peningkatan
pendapatan perkapita, kuasa beli, dan taraf hidup serta
perluasan saiz pasaran. Penduduk merupakan pemankin
perubahan sektor ekonomi - tradisional iaitu pertanian kepada
sektor ekonomi yang lebih moden pada masa kini seperti
perindustrian dan perkhidmatan. Kepelbagaian ekonomi juga
dapat diwujudkan dengan perkembangan kualiti dan kuantiti
penduduk seperti perkembangan bidang perdagangan,
perniagaan, pelancongan, dll. Selain itu ia juga mempengaruhi
luasnya permintaan dan penawaran pasaran.
Cth, peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta
teknologi di Malaysia telah merubah dan mempelbagaikan
kegiatan ekonomi yang wujud. Daripada ekonomi yang
berasaskan pertanian dan perlombongan kepada ekonomi yang
lebih moden seperti perindustrian dan perkhidmatan.

Perubahan Landskap Budaya;


Penduduk juga mempengaruhi perubahan yang pesat
terhadap kewujudan landskap budaya seperti petempatan, pola
guna tanah, pengangkutan dsb.
Perubahan landskap budaya berlaku kesan dari peningkatan
kualiti hidup, budaya dan pemikiran masyarakat. Fenomena
pembandaran yang berlaku pada masa kini telah
merubah gaya dan cara hidup masyarakat setempat dan
seterusnya mengubah landskap budaya setempat.
Perubahan petempatan pembinaan rumah banglo, flat,
kondominium, taman perumahan dsb.
Perubahan pola guna tanah pertanian tradisional kepada
pertanian moden, sektor pertanian kepada sektor industri &
perkhidmatan, jenis tanaman kormesial, bangunan-bangunan,
parking lot dsb.

Perubahan pengangkutan pembesaran jalan-jalan


perhubungan (lebuh raya, lebuh raya bertingkat, jambatan),
pertambahan pengangkutan awam (bas, teksi, LRT, monorel dll)
darjah kertersampaian tinggi & mempengaruhi mobiliti penduduk.
Di Pos oleh GURU GEOGRAFI pada 10:31:00 PTG

Anda mungkin juga menyukai