Anda di halaman 1dari 3

Karangan Autobiografi: Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat
cantik dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku
menemui kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku.
Aku berasa sungguh bangga.

Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan
aku ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki
aku.

Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus


dua. Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota
polis di situ. Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.

Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai
emas. Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain. Hidup aku
tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan dileburkan oleh
tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.
Karangan Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah
kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah
dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.

Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan


menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai
pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk
membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama
Kevin.

Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar


taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi
pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat
berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari,
aku dibersihkannya setelah digunakan.

Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di


badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan
di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku
sebagai sebuah basikal.
Karangan Autobiografi: Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis
air dan plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah. Aku
dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur
sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada
banyak rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni.
Ada yang berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual
tentang harapan kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini.
Mereka ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga
RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku
digunakan untuk berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku
selalu berjalan kaki ke sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar
jeritan seorang wanita. Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda
telah merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku
untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga
membantu menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah
penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat
menangkap pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan
kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu jadi pedoman.

Anda mungkin juga menyukai