Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN 2017

PROJEK BITARA PISANG BERANGAN

1.0 PENGENALAN
Bidang pertanian merupakan satu bidang yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas dalam kerja- kerja pertanian. Bidang ini meyediakan maklumat secara teori
dan untuk pengukuhan disertakan dengan amalai yang boleh difahami dengan mudah dan
boleh dilakukan sendiri oleh pelajar berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.

Kemahiran perkebunan yang diajar di Kelas Pendidikan khas Integrasi Sekolah


Menengah Kebangsaan Kubang Rotan ini memberi fokus kepada persediaan ke peringkat
lebih tinggi dalam bidang kemahiran untuk berdikari dalam hidup khususnya serta mengisi
peluang pekerjaan dalam bidang keusahawanan pertanian amnya.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengenal alatan perkebunan asas untuk persediaan berkebun.
2.2. Menyediakan, menamam, dan mengutip hasil.
2.3 Mengaplikasikan kemahiran perkebunan mengikut keupayaan pelajar khas
bermasalah pembelajaran dan menghasilkan projek perkebunan dan
jualan.
2.4. Memupuk sikap bekerjasama.
2.5 Memasarkan/ menjual hasil perkebunan.

3.0 MATLAMAT

Matapelajaran perkebunan ini bermatlamat menyediakan murid dengan pengetahuan


dan kemahiran asas dalam kerja- kerja perkebunan dan memenuhi keperluan murid supaya
murid- murid boleh mengembangkan bakat dan berdikari dalam menjalani aktiviti seharian
dan mempersiapkan diri ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus untuk mengisi peluang
pekerjaan dengan sempurna dan lebih berkeyakinan kearah kehidupan yang berdikari
selaras dengan falsafah pendidikan khas untuk menjadikan mereka berdikari dan berhaluan
upaya.

4.0 NAMA PROJEK


- Projek Bitara Pisang Berangan PPKI SMK Kubang Rotan

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar-pelajar kelas Permata 1,2,3,4,5. Seorang guru
perkebunan akan memberi tunjuk ajar.

6.0 RANGKA KERJA

6.1 : Kaedah Pembelajaran


BIL PROGRAM WAKTU HARI
1. Teori Perkebunan Waktu P&P Isnin dan Selasa
2. Amali Waktu P&P Isnin dan Selasa
3.

6.2 : Kos Projek Bitara Pisang Berangan


BIL PERKARA BILANGAN KOS
1. Benih Pisang RM 2.50 x 100 pokok RM 250.00
2. Baja Yaramila 16:16:16 RM 200.00 x 2 beg RM 400.00
3. Baja Nitroposka Blue 12:12:17:2 RM 200.00 x 2 beg RM 400.00
4. Baja Taveekun Super Gold RM 100.00 x 3 botol RM 300.00
5. Baja Taveekun Soil Amendmen RM 60.00 x 4 beg RM 240.00
6. Polypipe RM 450.00 x 2 gulung RM 900.00
7. Aksesori paip RM 300.00 RM 300.00
8. Pam Air RM 1200.00 RM 1200.00
9. Sewa Backhoe RM 400 X 1 hari RM 400.00
JUMLAH RM 4390.00

6.3 : Anggaran Pendapatan


BIL PERKARA Jumlah
1 PCG - Elektif RM 2000.00
2 Kelab Usahawan Pendidikan Khas RM 1000.00
3 Sumbangan RM 1390.00
4 JUMLAH RM 4390.00

6.4 : Jangkamasa Projek


BIL PERKARA Masa
1 Penyediaan Tapak Mei 2017
2 Tanaman Anak Benih Julai 2017
3 Pembajaan Dua Minggu sekali
4 Kutipan Hasil Julai 2018

6.5 : Anggaran Pendapatan


BIL PERKARA Anggaran JUMLAH
1 Jualan Pisang 15kg x RM 2.20 x 100 x 2 kali RM 6,600.00 / bulan
jualan sebulan

PENUTUP

Diharap program ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan menambahkan pengalaman di
samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan diri. Semoga program ini
dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu dari pelbagai pihak terlibat. Dengan
adanya sokongan ini dapat memberi gambaran yang positif terhadap keupayaan murid
berkeperluan khas.

DISEDIAKAN OLEH,

..

(MOHD NAJMI BIN ABD KARIM)

Guru Kemahiran Hidup Asas Tanaman

DISEMAK OLEH

..

DISAHKAN OLEH

..

Anda mungkin juga menyukai