Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41

SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU 2014

Bismillahirahmanirrahim..

Yang Berusaha

EN ROSTAM BIN YAHMIN

GURU BESAR SK(P) BANDAR TINGGI

Yang Berbahagia

TUAN HAJI MOHD ZAKIR BIN MD AMIN @ HASHIM

YANG DIPERTUA PIBG SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR


BAHRU

Yang Dihormati

EN AHMAD AZNAN BIN BAHAROM

NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK(P) BANDAR TINGGI

PUAN NUR AZUAA BT ROFIK

GPK PENTADBIRAN

1
PUAN SITI AMINAH BINTI ROHMAT

GPK HAL EHWAL MURID

PUAN NORAZILA BINTI GHAZALI

GPK KOKURIKULUM

PUAN DALIAH BT SINAWI

GPK PENDIDIKAN KHAS

BARISAN GURU-GURU, AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI


2013/2014, PEMBANTU PENGURUSAN MURID, STAF
SOKONGAN, SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dalam suasana ceria dan gemilang,

Dari DEWAN MUHIBBAH SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR


BAHRU

Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


Kedatangan hadirin sekalian ke

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 SK(P) BANDAR

TINGGI JOHOR BAHRU 2014

2
Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama
memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan umul furqan
al-fatihah.

(al-fatihah)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,


majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati


AL FADHIL USTAZ MOHD SHAHNAZ BIN ABD RAHMAN

untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu,


agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada
yang dihormati ALFADHIL USTAZ.

3
Hadirin yang budiman,

Pagi yang penuh cahaya dan keberkatan ini, akan diteruskan


dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi
dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu dalam
memantapkan lapangan pendidikan yang kita cintai ini.

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA

BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan yang berusaha TUAN HAJI MOHD ZAKIR BIN
HASHIM YANG DIPERTUA PIBG SK(P) BANDAR TINGGI
JOHOR BAHRU

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan.

(ucapan alu-aluan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,

SETERUSNYA MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN pendakian


aspirasi ilmu dan penerokaan refleksi ke arah kelestarian
MESYUARAT PIBG ke arah transformasi.

4
Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan yang berusaha EN ROSTAM BIN YAHMIN GURU
BESAR SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan.

(ucapan GB)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

HADIRIN SEKALIAN,

AGENDA BERALIH ATUR CARA BERGANTI, MENANTI


DIHALUAN KINI IALAH SANTAPAN MATA DAN HALWA
TELINGA YANG BERKONSEPKAN NYANYIAN DAN GERAKAN
YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PUTERI-PUTERI
GEMILANG SK (P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU.
PERSEMBAHAN YANG BERKONSEPKAN LAGU RAKYAT
BERTAJUK LEMAK MANIS YANG PERNAH DIPOPULARKAN
OLEH PENGGIAT LAGU RAKYAT ROSLAN MADUN. DENGAN
ITU, DIPERSEMBAHKAN PERSEMBAHAN KHAS DARIPADA
PUTERI- PUTERI GEMILANG SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR
BAHRU. DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS


PERSEMBAHAN NYANYIAN DAN GERAKAN ITU SEBENTAR

5
TADI. UNTUK PENGETHUAN HADIRIN SEKALIAN,
PERSEMBAHAN ITU TADI ADALH DI BAWAH PIMPINAN EN
BUDI SUFFIAN BIN SUGIMAN, EN MOHD ZUKINOR AZIMAN
BIN GHAZALI DAN CIK JAWARIAH BINTI BAKRI.

MAJLIS SEKALI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

KINI TIBALAH MASA YANG DI NANTIKAN, IAITU MESYUARAT


AGONG PERSATUAN IBI BAPA DAN GURU KALI KE 41.
DENGAN ITU MAJLIS DISERAHKAN KEPADA TIAN HAJI MOHD
ZAKIR BIN HASHIM UNTUK MEMPENGERUSIKAN
MESYUARAT. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMAT AN TAKZIM
DISERAHKAN.

DENGAN BERAKHIRNYA TAKLIMAT ITU SEBENTAR TADI


MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. Semoga
apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat diingati, dijadikan
amalan dan pedoman demi anak bangsa khusus untuk
kemaslahatan kita bersama.

6
Hadirin sekalian, Dengan ini selesailah sudah

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 1, PRA

SEKOLAH DAN PENDIDIKAN KHAS SK(P) BANDAR TINGGI

JOHOR BAHRU 2014

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada PARA IBU BAPA DAN


WARGA SEKOLAH SERTA mereka yang terlibat secara langsung
mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemafaan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari allah
s.w.t dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami
insan biasa, memohon dan memberi maaf. Sebelum mengundur
diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan
lafaz suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai