Anda di halaman 1dari 8

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

Nota
PENGGAL LARAS BAHASA
3

1. PENGENALAN
BAHASA dengan sifat heterogennya senantiasa mewujudkan perbezaan atau
keragaman dalam penggunaannya menimbulkan laras bahasa mengikut bidang.
Laras dianggap oleh ahli linguistik sebagai salah satu daripada variasi bahasa.
Dalam bahasa Melayu, laras wujud berlipat ganda apabila bahasa Melayu digunakan
di pusat pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar ilmu dan menjadi bahasa
komunikasi masyarakat Malaysia dan dunia moden.1

2. KONSEP LARAS BAHASA


Laras bahasa ialah kelainan atau variasi bahasa yang dilihat dari sudut penggunaan
berdasarkan latar belakang sosial penutur, konteks dan fungsinya.
Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna
tertentu untuk keadaan tertentu.
Laras bahasa turut didefinisikan sebagai pola-pola atau ciri-ciri khusus penggunaan
bahasa mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang
diharapkan.
Laras merupakan sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam
sesuatu jenis keadaan. Ragamnya boleh berubah-ubah mengikut situasi.

3. FAKTOR-FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA


1 - Laras Bahasa

3.1 Perbezaan Daerah Asal Penutur


Perbezaan daerah penutur menghasilkan dialek/variasi bahasa yang berlainan
dari segi penggunaan kosa kata, sebutan dan susuk ayat.
Cara bertutur orang yang tinggal jauh di pedalaman dengan penduduk bandar
dalam negeri yang sama juga menunjukkan kelainan.

3.2 Taraf Pendidikan


Orang yang berpendidikan tinggi menggunakan bahasa yang sesuai dengan
kelulusannya.
Biasanya orang terpengaruh dengan bidang yang diceburinya.
Orang yang tidak berpendidikan tinggi selalunya menggunakan bahasa biasa dan
mudah.

1
Nik Safiah Karim. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise (1989:14)
3.3 Kedudukan Sosial
Kedudukan atau taraf dalam masyarakat dmembezakan gaya berbahasa.
Orang yang berpangkat dan orang berada menggunakan bahasa yang terhormat,
dan berbeza dengan yang berpendapatan rendah.

3.4 Tajuk atau Perkara


Topik yang dijadikan bahan perbincangan sangat ketara membezakan bentuk
bahasa.

3.5 Gaya atau Cara Penyampaian


Variasi yang digunakan, sama ada formal atau tidak formal.
Saluran penyampaian, sama ada melalui penulisan atau lisan.
Penggunaan bahasa yang mudah atau rumit, berdasarkan audiens.

3.6 Pewacana dan Khalayak


Tabiat dan sikap penutur dan pendengar dapat membezakan laras yang
digunakan.
Penutur yang suka akan keformalan pastinya menggunakan laras formal, dan
mungkin istilah-istilah yang tinggi maknanya.
Penutur yang gemar akan gaya bersahaja akan menggunakan laras bersahaja,
umpamanya laras dialek bercampur laras biasa.

3.7 Tekanan atau Gangguan


Dalam sesuatu komunikasi atau majlis, tekanan atau gangguan mempengaruhi
laras bahasa dari segi kelancaran pertuturan.
Keinginan mempercepat tamatnya sesuatu ucapan atau ceramah, misalnya,
menyebabkan penutur memendek-mendekkan penerangan.
2 - Laras Bahasa

4. CARA MENENTUKAN LARAS BAHASA


Ciri laras bahasa dipertimbangkan berdasarkan dua faktor utama, iaitu ciri
keperihalan dan ciri linguistik.

4.1 Ciri Keperihalan


(a) Situasi luaran
Keadaan latar belakang sosial dan kebudayaan masyarakat dan cara hidup
yang menjadi penentu kepada perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.
(b) Situasi persekitaran
Aspek-aspek cara penyampaian, perhubungan sosial yang wujud, bahan
dan topik yang diperkatakan, dan fungsi sosial bahasa.
4.2 Ciri Linguistik
Berkait dengan kosa kata, tatabahasa, dan gaya penyampaian (formal atau tidak
formal).

5. JENIS DAN CIRI LARAS


5.1 Laras Bahasa Biasa
Laras bahasa biasa ialah bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata atau
ungkapan biasa dan tidak melibatkan bidang tertentu.
Laras ini lazimnya digunakan oleh golongan yang tidak berpendidikan
rendah dan sederhana.
Ciri:
Bahasa ini senang difahami kerana struktur ayat mudah dan ringkas
tetapi padat.
Bahasa biasa dipengaruhi oleh variasi basahan dan variasi pasar.
Penggunaan perkataannya atau susuk ayatnya lazimnya tidak menepati
tatabahasa baku.

Tanam sini, jual sini, apa pasal mahal?


Hari-hari hujan, susah mahu tanam. Itu pasal mahal.

5.2 Laras Sastera


Laras sastera digunakan dalam penulisan karya sastera, dalam bentuk puisi
ataupun prosa.
Ciri:
Bahasanya boleh bersifat naratif, deskriptif, preskrptif, dramatik dan
puitis.
3 - Laras Bahasa

Penggunaan unsur kreatif dan imaginatif kadang-kadang kabur atau sukar


ditafsir
Pemilihan diksi yang tersirat, dengan lambang tertentu unsur
bombastik, hiperbola (gambaran berlebih-lebihan), dan ambiguiti (lebih
daripada satu makna atau tafsiran).

Lambang: bunga = gadis cantik


mentari cerah = masa gemilang

Bombastik: seksa merayap menembus urat saraf


derita sepanjang zaman
menyudu igauan hancing

Puisi menggunakan ungkapan puitis simile (perbandingan), metafora


(kiasan) dan personifikasi (sifat manusia bagi bukan manusia), dan inversi
(songsang).
Simile: bagai api, rindu bagai pungguk
Metafora: alur kesetiaan, perahu waktu
Personifikasi: rindu menggamit resahnya
air mata ini pernah bersuara
Inversi: kencang angin bertiup (asalnya: angin bertiup kencang)

Bentuk prosanya tidak mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul


penyimpangan atau manipulasi bahasa.

Anehnya aku membiarkan, malah merelakan... Angin halus malam


terus membuaikan.

...Pergi untuk menjalankan kerjanya. Meninggalkan aku sepi lagi.

Penggunaan ayat yang pendek dan mudah kadang-kadang, satu ayat


hanya dibina dengan menggunakan satu perkataan (gaya verbal) menjadikan
bahasa lebih hidup dan segar.

Aku terperanjat. Hisyam terperanjat. Kaget dan gamam... Lama.

Dialog drama sering menggunakan bahasa pertuturan seharian wujud


variasi basahan dan bahasa pasar.

5.3 Laras Iklan atau Perniagaan


Laras iklan ialah laras bahasa pengaruhan untuk mengubah sikap dan
mempengaruhi tindakan pengguna.2
Ciri:
4 - Laras Bahasa

Melakukan pemujukan antaranya dengan mengumpan (memberikan


tawaran istimewa).

Percuma
Jimat RM200.00!
Bonus tahunan
Tanpa cengkeram!
Memenuhi gaya hidup impian anda

Bersifat menggesa atau mendesak pengguna secara terang atau


simbolik.

2
Asmah Haji Omar. Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
(1984:3)
Jangan tunggu sampai esok!
Sementara stok masih ada.
Tinggal satu hari lagi.

Penggunaan ayat yang ekonomis pendek-pendek tetapi dapat difahami.

Kini, anda boleh tidur lena


Lebih tenaga, lebih ganjaran
Peneraja pasaran
Ubah kebiasaan
Wang anda cergas sentiasa

Tidak mementingkan tatabahasa yang tepat terjadinya pemanipulasian


dan penyelewengan bahasa

Dengan mudah
Gaji bawa balik dari RM800 RM1000
Ianya lebih mudah dimiliki

Dari segi kosa kata, bahasa iklan menggunakan kata adjektif untuk
menunjukkan keistimewaan barangan yang ditawarkan.

Aerodinamik
Bergaya
Istimewa
Terhebat
Yang unggul
5 - Laras Bahasa

Membuat perbandingan dan penafian terhadap kehebatan jenama lain.

Dipercayai turun-temurun
Lebih berdaya kuasa dan anggun bergaya
Prestasi lebih baik
Tiada tandingannya
Yang terbaik hanya daripada kami

5.4 Laras Sains


Laras ini digunakan dalam bidang sains dan teknikal, seperti biologi, kimia, fizik,
dan sains gunaan.
Ciri:
Maklumat yang disampaikan berdasarkan uji kaji, kajian dan fakta.
Maklumat bersifat intelektual dan saintifik.
Penyampaian secara formal dan objektif.
Penyampaian menggunakan jadual, graf, gambar rajah atau carta.
Sebagai laras akademik, hampir keseluruhan ayatnya ialah ayat pasif.
Penggunaan istilah khusus dan saintifik serta kod.

molekul
medan magnet
hidrogen oksida
CO2 (karbon dioksida)
pengasidan

Pendefinisian kaedah untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu


konsep.
Air ialah campuran dua unsur yang terdiri daripada dua nisbah hidrogen dan
satu nisbah oksigen.

5.4 Laras Ekonomi


Laras ini digunakan dalam urusan perekonomian dan perdagangan.
Ciri:
Laras ini bersifat ilmiah dan formal.
Maklumat yang disampaikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan
perangkaan.
Penyampaiannya secara jelas dan eksplisit.
Penggunaan istilah ekonomi.

bursa saham
6 - Laras Bahasa

guna tenaga
indeks saham
lebihan dagangan
pelabur tempatan

5.5 Laras Undang-Undang


Laras undang-undang digunakan dalam hal yang berkaitan dengan perundang-
undangan.
Teks undang-undang sama ada lisan atau tulisan terdapat dalam perlembagaan,
kanun, perbicaraan di mahkamah, dan surat perjanjian.
Ciri:
Teks undang-undang mengandungi bahagian dan seksyen, dan mempunyai
pecahan atau subseksyen.
Wacana ini mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan
keterperincian.
Banyak ungkapan atau istilah memerlukan tafsiran atau interpretasi.
Penggunaan ayat yang kompleks panjang dan sangat teknikal dari segi
makna
Penuh dengan istilah yang berkaitan dengan peraturan kebanyakannya
kata pinjaman.

defendan
habeas corpus
mandatori
mengaku tidak bersalah
plaintif

5.6 Laras Agama


Laras agama lazimnya merujuk kepada agama Islam, yang digunakan dalam
bidang atau wacana melibatkan akidah, fikah, tasawur, sejarah, muamalat, dan
sebagainya.
Laras ini digunakan antaranya dalam ceramah agama, forum agama dan
khutbah Jumaat, serta penulisan kitab, buku panduan dan artikel.
Ciri:
Struktur ayatnya dipengaruhi struktur bahasa Arab.
Selitan ayat al-Quran dan Hadis sebagai bukti atau dalil bagi sesuatu
hukum, khilaf dan permasalahan.
Terdapat juga penggunaan kias ibarat untuk memudahkan pemahaman
khalayak tentang konsep hukum.
Laras agama menekankan pengajaran dan nasihat, di samping cerita
sejarah untuk dijadikan teladan agar sentiasa berbuat baik dan betul.
7 - Laras Bahasa

Penggunaan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sangat ketara.

Sebagai salah satu Rukun Islam, zakat mencerminkan keagungan sistem


sosial dan perekonomian Islam serta sikap mengambil berat terhadap nasib
sesama Muslim atau ukhuwah. Ibadat ini akan menciptakan kesedaran di
dalam diri bahawa harta ialah amanah Allah yang di dalamnya ada hak
orang lain yang mesti ditunaikan.

5.7 Laras Sukan


Laras sukan digunakan untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan
aktiviti kesukanan.
Laras ini terdapat dalam berita atau ulasan sukan, termasuk dalam ulasan selari
semasa siaran langsung sesuatu pertandingan sukan.
Ciri:
Bahasa yang digunakan ialah bahasa biasa, yang mudah dan bersahaja.
Penggunaan kosa kata khas tertentu bagi sesuatu bidang sukan.

tendangan sudut (bola sepak)


kad merah (permainan padang/gelanggang)
kawasan D (hoki)
pukulan pancung (badminton)
pengadil / pembantu pengadil

5.8 Laras Resepi


Laras ini digunakan dalam urusan masak-memasak (kulinari), untuk memberi
panduan tentang cara memasak makanan.
Ciri:
Terdiri daripada dua bahagian bahan yang diperlukan, dan cara untuk
menyediakan masakan
Laras ini bersifat formal kerana selalunya hubungan sehala sahaja.
Penjelasan terperinci jumlah dan sukatan bahan dan langkah yang perlu
diambil peringkat demi peringkat
Menggunakan ayat perintah ketika menjelaskan tindakan atau peringkat
yang perlu dilakukan seperti toskan, masukkan garam, kacau hingga
rata
Banyak menggunakan istilah masakan.

LONTONG GORENG

Bahan-bahannya:
1 mangkuk nasi himpit dipotong dadu
cawan udang geragau kering
4 ulas bawang merah dan 2 ulasa bawang putih ditumbuk halus
8 - Laras Bahasa

2 sudu besar cili kisar


2 sudu besar kicap
1 kiub pati ikan bilis
1 cawan tauge
1 batang sawi dipotong 2 cm
cawan air
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
Kacau seketika dan masukkan cili kisar dan udang geragau. Kacau hingga
garing.
Masukkan garam, air, gula, kiub pati ikan bilis, kicap dan sawi. Kacau hingga
rata dan masukkan nasi himpit dan tauge. Kacau hingga rata dan angkat.
Hidangkan bersama-sama sambal kacang sotong.