Anda di halaman 1dari 18

1.

1 PENGENALAN

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau SBUB merupakan perusahaan yang
dibennjuk untuk mengelola Borneo Utara (sekarang Sabah) pada tahun 1881.
Borneo Utara menjadi protektorat British dengan urusan administratif internal
oleh perusahaan sehingga tahun 1946 ketika ia menjadi koloni sebagai Borneo
Utara British. Moto utama adalah Pergo et dari bahasa Latin, yang bermaksud
"Saya melakukan dan saya mencapai". Ketua pertama dari perusahaan adalah
Alfred Dent. Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses
telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun.
Beliau kemudiannya menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika iaitu
American Trading Company yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan
beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat
daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan
penempatan yang dinamakan 'Ellena'.

Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut,


Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong
iaitu Baron Gustavus Von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh
sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck
berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara Dent brothers -
Alfred and Edward bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang
untuk Borneo Utara. Pada 1 November 1881 British telah mengurniakan Piagam
Diraja dan pada Mac 1882 SBUB telah mengambil alih semua kuasa yang ada di
Sabah daripada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Dengan
persetujuaan British maka SBUB telah mengambil alih sepenuhnya pemerintahan
di Sabah pada tahun 1881. Segala aktiviti pentadbiran, ekonomi dan sosial
masyarakat di Sabah telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo.
Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara Bristish.

Pada 1882, Syarikat Borneo Utara British mendirikan sebuah pemukiman


di Pulau Gaya, setahun setelah SBUB diberikan mandat untuk memerintah
Sabah. Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan SBUB di mana
SBUB akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh mereka. Pemerintahan
Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di
kawasan ini. Sebelum kedatangan SBUB, Sabah telah ditadbir oleh Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu. Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai
pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di Sabah terbahagi
kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem
politik ketua bebas. Sistem politik kesukuan ini mempunyai Ketua Kampung yang
dipilih dari kalangan orang-orang yang berkaliber, dan tidak seperti masyarakat
Dusun yang dipilih mengikut keturunan. Sistem politik kesultanan pula wujud di
pesisiran pantai barat dan timur Sabah. Pantai Barat ditadbir oleh Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu pula mentadbir di sebelah timur Sabah yang kaya
dengan hasil yang masyul seperti rotan, gam, dan sarang burung. Ketua bebas
wujud akibat dari keberanian, kepewiraan. Pemimpin-pemimpin ini lazimnya
dapat menegakkan kekuasaan dan kewibawaan melalui undang-undang sendiri
tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-kuasa lain. Mereka ini mempunyai
pertalian dengan Sultan Sulu dan Sultan Brunei. 1 Oleh itu, kedatangan SBUB ke
Sabah telah memberikan pembangunan dari segi pentadbiran di Sabah dengan
pembaharuan yang telah dilakukan oleh SBUB untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat di Sabah.

2.1PENTADBIRAN SEBELUM KEDATANGAN SBUB

2.1.1 SISTEM POLITIK KESUKUAN

Institusi kepimpinan peribumi sudah lama wujud sebelum kedatangan


British lagi. Antara salah satu institusi peribumi yang wujud ialah institusi politik
kesukuan.2 Di mana institusi politik kesukuan ini adalah berdasarkan susunan
politik daerah pedalaman berdasarkan ikatan keluarga dan sanak saudara. Oleh
sebab itu, untuk melicinkan lagi pentadbiran ketika itu adalah setiap suku
haruslah mempunyai seorang ketua yang dapat membimbing dan membantu
orang kampung jika berada dalam masalah. Oleh itu, orang kampung perlu
mempunyai seorang ketua iaitu yang dikenali sebagai ketua kampung. Ketua
kampung ini telah dipilih daripada kalangan orang orang tua yang berkaliber
serta mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat dan mereka juga adalah
orang yang disegani dalam kalangan masyarakat kampung tersebut. Dalam
politik kesukuan, mereka juga mempunyai majlis kampung di mana majlis ini
adalah sebuah majlis yang tidak rasmi. Dalam Majlis Kampung adalah terdiri

1 Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Bumiputera Sabah. Kota Kinabalu: Universiti


Malaysia Sabah.

2 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985,
hlm 12
daripada badan orang-orang tua.3 Mereka bertanggungjawab dan memberi
nasihat kepada ketua kampung bagi melicinkan lagi pentadbiran sesebuah
kampung tersebut. Selain itu, dalam politik kesukuan juga terdapat golongan
beragama yang diberi gelaran pendeta Bobohizan. Di mana pendeta ini adalah
dilantik oleh masyarakat Dusun untuk mengetuai upacacara adat mereka. Hal ini
demikian kerana, hanya pendeta ini yang boleh mengendalikan hal-hal
keupacaraan masyarakat Dusun. Antara upacara yang dikendalikan oleh
golongan pendeta ini adalah upacara kelahiran, pelancaran penyemaian padi,
perkahwinan dan sebagainya. Selain itu juga, dalam masyarakat Dusun mereka
juga mepunyai ketua kampung di mana ketua kampung ini dilantik secara
berketurunan. Jelaslah bahawa sistem politik kesukuan mempunyai organisasi
yang baik sebelum kedatangan SBUB ke Sabah dan pada ketika itu juga sistem
politik kesukuan ini hidup berkekalan di daerah pedalaman walaupun diperintah
oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

2.1.2SISTEM POLITIK KESULTANAN

Sistem politik kesultanan juga sudah lama diwujudkan berdasarkan


adanya suatu tempat itu digelar sebagai sultan. Sistem politik kesultanan ini
wujud di bahagian persisiran pantai yang ditadbir oleh Sultan Brunei manakala
pula di bahagian persisiran pantai timur adalah ditadbir oleh Sultan Sulu. 4 Di
mana Datu-datu Sulu mentadbir di bahagian kawasan Pantai Timur kerana
kawasan tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak seperti rotan, gam,
sarang burung dan sebagainya. Oleh itu, penduduknya terdiri daripada
masyarakat pribumi Sabah seperti Bajau serta diikuti dengan pengikut-pengikut
Sultan Sulu. Oleh sebab itu, Datu Sulu mengambil keputusan untuk tinggal
menetap dan berdagang.

Manakala, di daerah bahagian Pantai Barat penguasaan wilayah adalah


terletak di tangan wakil-wakil Kesultanan Brunei. 5 Walaupun dalam sistem politik
Kesultanan Brunei kedaulatan mutlak ke atas tanah dan penduduk terletak di
tangan sultan, namun pembahagian hak-hak tradisional tanah memberi kuasa
3 Ibid, hlm 13

4 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985,
hlm 14

5 Ibid, hlm 14.


kepada kaum bangsawan Brunei untuk menguasai tanah dan pengikut-pengikut
mereka. Oleh itu, terkadang-kadang berlaku keadaan dalam mana seorang
pengiran yang mempunyai hak tulin pesaka itu adalah ketua bebas sebenarnya.
Oleh itu, sultan tidak boleh memungut cukai daripad penduduk penduduk atau
daerah yang termasuk dalam kelompok tulin itu. 6 Hal ini disebabkan kawasan itu
dimiliki oleh keturunan oleh keturunan pengiran-pengiran yang mewarisi pesaka
tersebut. Selain itu juga, sultan tidak boleh memberikan tanah sesuka hati
kepada sesiapa tanpa merujuk kepada pemiliknya melainkan tanah-tanah milik
sultan itu sendiri. Oleh itu jelaslah bahawa, pemerintahan sultan Brunei terhad
ke atas tanah-tanah pusak kerana tanah di Brunei adalah hal milik sestengah
pengiran.

2.1.3 KETUA BEBAS

Dalam pentadbiran di Sabah sebelum kedatangan pihak SBUB wujud juga


pentadbiran di bawah yang digelar sebagai ketua bebas. 7 Ketua bebas ini wujud
akibat dari keberanian, keperwiraan dan di daerah-daerah di pesisir pantai.
Pemimpin pemimpin ini lazimnya dapat menegakkan kekuasan dan
kewibawaan melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau
menghiraukan kekuasaan lain. Mereka juga berasal daripada pertalian dengan
sama ada keluarga di raja Brunei atau Sulu ataupun berketurunan Arab Sharif.
Oleh itu, daripada ketua-ketua inilah mereka mengharapkan dan memperoleh
perlindungan daripada segala ancaman yang berlaku. Sebagai contohnya, Sharif
Osman digelar sebagai ketua lanun yang memerintah di daerah Marudu pada
tahun 1830-1840. Oleh itu, ketua bebas ini banyak terdapat di bahagian pantai
barat di mana sultan Brunei memerintah. Di mana ketua bebas ini adalah sangat
berkuasa dan berpengaruh dalam mentadbir sesuatu kawasan dan mereka
memberi perlindungan kepada penduduknya dan tidak hairan jika mereka
mempunyai banyak pengikut pengikut yang setia dengannya.

3.1PEMBANGUNAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN


6 Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat, Kota Kinabalu:
Universiti MalaysiaSabah, 2007, hlm 34

7 Ibid, hlm 34.


3.1.1 PERLANTIKKAN GABENOR

Semasa pentadbiran SBUB di Sabah mereka telah banyak melakukan


perubahan dalam memajukan Sabah akan tetapi pada awalnya mereka hanya
menjalankan perniagaan. Hal ini telah menyedarkan bahawa mereka perlu
mempunyai satu sistem pentadbiran yang sistematik dan melicinkan lagi urusan
mereka. Antaranya ialah perlantikkan gabenor di wilayah Sabah. 8 Hal ini
demikian kerana, di Tanah Melayu, mereka juga mempunyai seorang gabenor
untuk melicinkan lagi urusan pentadbiran. Oleh itu, gabenor di Sabah dilantik
oleh pengarah SBUB dengan persetujuan Kerajaan Inggeris. Antara gabenor yang
pertama dilantik di Sabah ialah W.H.Treacher. Gabenor dibantu oleh Majlis
Penasihat yang terdiri daripada pegawai kanan syarikat tersebut seperti
Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua pasukan keselamatan. Oleh itu, bagi
memudahlan lagi kerja dan tanggungjawab pentadbiran Gabenor, Sabah telah
dibahagikan kepada 2 unit pentadbiran yang dikenali sebagai residensi.
Residensi ini dibahagikan kepada dua unit pentadbiran iaitu di Pantai Barat dan
Pantai Timur.9 Dengan adanya Gabenor yang telah dilantik oleh pihak SBUB akan
memudahkan lagi urusan pentadbiran yang dijalankan di Sabah dan tidak akan
terjadi kekucar-kaciran dalam pentadbiran.

3.1.2 PERLANTIKAN RESIDEN

Semasa pentadbiran SBUB di Sabah, Gabenor adalah ketua di dalam


organisasi pentadbiran dan di bawah diwujudkan satu lagi organisasi yang
dikenali sebagai residen.10 Ketua residensi dikenali sebagai residensi. Oleh itu,
Sabah dibahagikan kepada 4 Residensi iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan
Pedalaman yang diketuai oleh Residen. 11 Di mana residensi dibahagikan kepada
beberapa buah daerah di mana daerah ini diketuai oleh Pegawai Daerah. Di
mana tugas setiap Pegawai Daerah ialah menjalankan tugas-tugas menjaga

8 Mohd. Isa Othman, Siri pengajian Malaysia: Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications
& DistributorsSdn Bhd, 2002, hlm 167

9 Ibid, hlm 167

10 Perubahan pentadbiran Sabah dan Sarawak, (atas


talian),http://www.geocities.ws/cominglucky/ubahtadbirss.htm, Di layari 6 Mei 2017.

11 Perubahan pentadbiran Sabah dan Sarawak, (atas


talian),http://www.geocities.ws/cominglucky/ubahtadbirss.htm, Di layari 6 Mei 2017.
keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai dan perbendaharaan di
setiap negeri. Hal ini, dengan adanya perlantikkan residen yang mewakili di
setiap kawasan akan melicinkan lagi pentadbiran SBUB dalam menjalankan
sesebuah pentadbiran itu.

3.1.3 MEWUJUDKAN KETUA ANAK NEGERI

Dalam pentadbiran SBUB, mereka ingin mewujudkan juga pentadbiran


tradisional daripada penduduk tempatan. Oleh sebab itu, ketua-ketua tempatan
yang diakui oleh SBUB diberi gelaran sebagai Ketua Anak Negeri. Mereka
diserapkan dalam pentadbiran kerajaan untuk membantu mereka menguruskan
hal pentadbiran di kawasan pedalaman. Hal ini teah menebabkan ketua-ketua ini
telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan yang satu adalah
kumpulan yang diiktiraf oleh SBUB manakala pula kumpulan yang satu tidak
mendapat pengiktirafan daripada SBUB. 12 Oleh itu, bagi Ketua Anak Negeri yang
dilantik oleh SBUB, mereka akan mendapat elaun atau mendapat upahan. Ketua
Anak Negeri yang diberi upah oleh SBUB diberi tugas untuk memungut cukai.
Dengan pungutan cukai yang didapati akan diserahkan sama ada terus kepada
pegawai daerah atau melalui ketua upahan. Kebanyakkan mereka menerima
upahan di antara $5.00-$40.00. Sebagai tambahan, mereka juga mendapat
sedikit upahan kerana bertugas sebagai pengadil anak negeri. Manakala ketua
yang tidak diiktiraf oleh SBUB tidak akan diberikan bayaran tetapi mereka akan
diberikan daripada hasil kutipan cukai sekiranya mereka menyerahkan hasil
tersebut kepada pegawai daerah. Hal ini menyebabkan kedudukan Ketua-ketua
Anak Negeri telah diiktiraf pada tahun 1891 menerusi pengisytiharaan Undang-
undang Pentadbiran Kampung 1891.

Undang-undang dalam pentadbiran kampung telah diwujudkan pada


tahun 1891. Undang-undang ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan
ketua-ketua Anak Negeri. Di mana undang-undang ini mendefinisikan
tanggungjawab tanggungjawab dan kuasa-kuasa Ketua Kampung sebagai
pemerintah penduduk tempatan. Antara lain, ketua-ketua tersebut diberikan
kuasa sebagai pembantu megistrat (minor magistrate). Selain itu juga, undang-
undang ini juga bertujuan untuk membezakan kedudukan Ketua Anak Negeri
dengan Orang Tua yang dikenali sebagai Ketua Kampung. Oleh itu dengan

12 Mohd. Isa Othman, Siri pengajian Malaysia: Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 179
adanya perlantikkan Ketua Anak Negeri, hal ini akan memudahkan lagi
pentadbiran di bawah naungan SBUB untuk mendekati penduduk pribumi.

3.1.4 PERLANTIKKAN KETUA KAMPUNG

Perlantikkan Ketua Kampung dilaksanakan oleh SBUB untuk mentadbir


orang kampung diperingkat kampung. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan
hal-hal yang berkaitan dengan hal kampung. Hal ini demikian kerana, tidak
semua pegawai British mengetahui selok-belok hal kampung sama ada
pembahagian hak harta warisan sesuatu keluarga. 13 Dalam perlantikkan ketua
kampung ini, pihak SBUB tidak akan menggaji mereka malah mereka akan diberi
komisyen sebanyak 10 peratus daripada hasil kutipan cukai kepala. Walau
bagaimanapun, masih terdapat ramai lagi ketua-ketua yang menerima gaji
sebanyak $5.00 sebulan. Oleh itu, dalam proses-proses pemilihan ketua-ketua
pegawai daerah memainkan peranan yang sangat penting untuk memilih ketua
kampung yang berkaliber serta menentukan sama ada orang itu layak menerima
gaji sebanyak $5.00 itu. Antara tugas ketua kampung adalah mereka akan
menjadi hakim mahkamah pribumi serta mengadili kes-kes berkaitan dengan
tanah dan hak warisan.

3.1.5PENUBUHAN MAJLIS ORANG TUA

Pihak SBUB telah menubuhkan Majlis Orang Tua. 14 Di mana majlis ini
adalah sangat penting dan merupakan perjumpaan tahunan antara ketua-ketua
anak negeri. Majlis ini merupakan penghubung antara SBUB dan penduduk
tempatan.15 Hal ini demikian kerana, seperti yang kita sedia tahu bahawa
kebanyakkan penduduk pribumi mempunyai sikap yang tidak senang dengan
pemerintahan SBUB sehingga wujud golongan nasionalisme seperti Mat Salleh di
mana beliau tidak menyukai pentadbiran yang dijalankan oleh pihak SBUB.
Dalam Majlis Orang Tua ini mempunyai keahlian seperti Setiausaha Gabenor,
Residen Pantai Barat dan Timur. 16 Oleh itu, dengan mewujudkan Majlis Orang Tua
dapatlah pihak British mendekati penduduk tempatan.
13 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,
1985, hlm 23

14 Perubahan pentadbiran Sabah dan Sarawak, (atas


talian),http://www.geocities.ws/cominglucky/ubahtadbirss.htm, Di layari 6 Mei 2017.

15 Ibid
3.1.6 MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

Pihak SBUB telah mewujudkan lagi satu majlis yang dikenali sebagai Majlis
Penasihat Ketua Anak Negeri.17 Mjalis ini dahulunya dikenali sebagai Majlis
Penasihat Hal Ehwal Peribumi (1887). Di mana pegawai yang pertama menjadi
dalam majlis penasihat tersebut ialah C.W.C Parr iaitu gabenor ketika itu, di
mana beliau yang telah menukar dari majlis penasihat hal ehwal peribumi
kepada majlis penasihat ketua anak negeri. Dalam majlis ini, ahlinya digelar
sebagai Orang Kaya-kaya (OKK). Seterusnya, semasa D.J Jardine menjadi
gebenor pada tahun 1934 telah membawa perubahan yang lebih baik dalam
bidang pentadbiran. Beliau bertindak demikian kerana, untuk mendapatkan
nasihat daripada ketua-ketua tempatan dalam urusan pentadbiran dan
18
menggalakkan penglibatan Ketua Anak Negeri dalam pentadbiran SBUB. Beliau
juga menetapkan bahawa setiap daerah akan diwakili oleh seorang Ketua Anak
Negeri yang akan menjadi juga Majlis Penasihat Anak Negeri. Antara tugas
mereka ialah menjadi mata dan telingga (perantaraan) kerajaan iaitu mereka
bertanggungjawab menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan
SBUB kepada penduduk di daerah yang sama. Hal ini demikian mengapa pihak
SBUB mewujudkan majlis tersebut kerana mereka ingin melicinkan pentadbiran
seperti agama dan adat agama serta mereka juga orang yang dihormati dalam
masyarakat pribumi. Oleh itu, dengan mewujudkan majlis seperti ini akan
memberikan lagi peluang kepada orang tempatan untuk menerajui dalam bidang
pentadbiran seperti majlis penasihat.

3.1.7MAHKAMAH ANAK NEGERI


16 Perubahan pentadbiran Sabah dan Sarawak, (atas
talian),http://www.geocities.ws/cominglucky/ubahtadbirss.htm, Di layari 6 Mei 2017.

17 Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat, Kota Kinabalu:
Universiti MalaysiaSabah, 2007, hlm 55

18 Ibid, hlm 56
Sebelum kedatangan SBUB ke Sabah, sistem mahkamah anak negeri telah
wujud dalam kalangan penduduk tempatan. 19 Oleh itu, mahkamah anak negeri
telah diwujudkan secara tradisional dalam kalangan penduduk pribumi lalu
dikekalkan oleh pihak SBUB. Hal ini demikian kerana, dengan melaksanakan
mahkamah tersebut membolehkan pihak SBUB mendapatkan sokongan daripada
pemimpin tempatan untuk melaksanakan sistem pentadbiran Barat mereka. 20
Dalam mahkamah Anak Negeri ini diketuai oleh seorang Anak Negeri yang
menjadi hakim tempatan dalam menguruskan penduduk tempatan jika mereka
mempunyai masalah dengan mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan
hukum adat dan syariah. Selain itu juga, dengan mewujudkan mahkamah anak
negeri akan memudahkan lagi urus tadbir British kerana pihak British tidak tahu
akan hal ehwal adat-adat penduduk pribumi. Mahkamah Anak Negeri adalah
sangat penting dalam kalangan penduduk pribumi untuk menjelaskan masalah
yang mereka hadapi.

3.1.8 MAHKAMAH MAJISTRET

Dalam penubuhan Mahkamah Anak Negeri, Mahkamah Majistret juga turut


diwujudkan.21 Hal ini demikian kerana, mahkamah anak negeri hanya dijalankan
berdasarkan hukuman yang ringan sahaja seperti perkahwinan, perceraian dan
sebagainya yang dialami oleh penduduk pribumi. Akan tetapi kewujudan
mahkamah majistret adalah hal yang sangat wajar dan penting kerana
memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan akan hal dalam mengadili
sesuatu kes. Mahkamah ini merupakan mahkamah yang mengadili kes-kes berat
seperti mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Dengan kewujudan
mahkamah seperti ini akan memberi kesan yang positif kepada penduduk
tempatan kerana mereka perlu sedar akan hal mengadili.

19 Mohd. Isa Othman, Siri pengajian Malaysia: Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 190

20 Mohd. Isa Othman, Siri pengajian Malaysia: Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 213

21 Perubahan pentadbiran Sabah dan Sarawak, (atas


talian),http://www.geocities.ws/cominglucky/ubahtadbirss.htm, Di layari 6 Mei 2017.
4.1. EKONOMI

Dalam sistem pentadbiran British terbahagi kepada tiga iaitu politik,


ekonomi dan sosial. Dalam bidang ekonomi banyak perubahan dan
pembaharuan yang dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara SBUB
dalam sistem pentadbiran di Sabah. Pada awal abad ke-16, Sabah ditadbir oleh
dua kesultanan iaitu Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Sekitar tahun 1662
sehingga 1674, Sabah dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Antaranya,
bahagian Kimanis hingga Padasan di bawah kuasa Kesultann Brunei. Seterusnya,
bahagian Marudu hingga Sibuku di bawah kuasa Kesultanan Sulu dan kawasan
pedalaman merupakan kawasan persendirian, sebelum sistem politik
kesulutanan digunakan dalam proses pentadbiran manakala penduduk di
bahagian pedalaman masih mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan
kesukuan. Setiap pentadbir pada ketika ini tidak meletakkan dasar khusus untuk
melaksanakan pembangunan di Sabah. Walau bagaimanapun, selepas SBBU
mengambil alih pentadbiran di Sabah banyak perubahan dan pembaharuan yang
dilakukan oleh mereka untuk mensistematikkan pentadbiran di Sabah. SBUB
mengambil beberapa pendekatan dalam pembangunan pentadbiran di Sabah.

Dalam bidang ekonomi, banyak perubahan yang dilakukan oleh SBUB di


Sabah. Sebelum pentadbiran Borneo Utara diambil alih oleh SBUB, ekonomi
masyarakatnya tertumpu kepada kegiatan sara diri, berskala kecil dan tiada
tanaman komersil diusahakan. Kegiatan ekonomi mereka tidak berkembang
walaupun Sabah mempunyai sumber-sumber yang menguntungkan. Setelah
kedatangan SBUB mereka telah mengeksploitasi hasil bumi yang ada di Sabah
pada ketika itu. Keadaan ini mula berubah apabila SUBB mula mentadbir negeri
pada tahun 188l. SBUB mengeksploitasi hasil bumi bagi mengukuhkan kewangan
mereka. Pada awalnya, tanaman ladang yang diusahakan ialah tembakau, sagu,
kelapa dan kopi yang dikenalpasti berpotensi cerah sebagai tanaman komersil.
Namun begitu tanaman ladang yang paling penting ialah getah 22. Hasil-hasil
pertanian yang diusahakan oleh SBUB lebih tertumpu kepada tanaman yang

22 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,


1985, hlm 87
tidak melibatkan modal tinggi. SBUB cuba menanam tanaman seperti tebu, ubi
kayu, ganja, sutera, kacang soya, orkid dan nanas namun percubaan ini
mengalami kegagalan tetapi harga kedua-dua komoditi di pasaran menyebabkan
penanamannya tidak menggalakkan. Penanaman ini tidak memberikan
keuntungan kepada SBUB untuk mengukuhkan kewangan mereka.

Penanaman getah jenis Hevea Brasiliensis bermula pada tahun 1882 apabila
pokok getah dari Botanical Garden Singapura di hantar ke Borneo Utara. 23
Penanaman getah memberikan keuntungan yang tinggi kepada SBUB pada
ketika itu. Perkembangan industri getah Borneo Utara hampir sarna dengan
perkembangan di Indonesia di mana kejatuhan harga tembakau pada tahun
1891 menyebabkan ramai pengusaha beralih kepada penanaman getah. 24
Penanaman getah yang lebih menguntungkan menyebabkan SBUB lebih
tertumpu kepada penanaman getah. Tanaman getah bermula di Pantai Barat
dengan keluasan 125 000 ekar. Industri ini diperkembangkan apabila kerajaan
campur tangan dalam menggalakkan kemasukan modal pelaburan. Kerajaan
berpendapat bahawa penanaman getah seharusnya diusahakan secara besar-
besaran dan dijadikan sebagai satu perusahaan yang paling menguntungkan. 25
Jalan kereta api antara Weston ke Beaufort di siapkan pada tahun 1900,
kemudian telah disambungkan ke Jesselton dan Melalap. Pembinaan jalan kereta
api ini telah memberikan keuntungan kepada Sabah terutamanya getah.

Penanaman tembakau juga memberi keuntungan kepada SBBU yang


membantu kewangan SBUB pada ketika itu. Tembakau mendapat keuntungan
yang banyak kerana permintaan yang tinggi serta kenaikan harga yang
mendadak. Tanaman tembakau mendapat keuntungan apabila harganya
melambung pada tahun 1894.26 Tanaman tembakau juga memberikan

23 1934. Handbook of The State of North Borneo. Issued by BNBC Company. Torquay:
Davonshirc press. hlm. 67.

24 Jagir Singh. 1979. The Geographic Impact of Foreign Assintance on The Growth of
Indonesians Rubber andPetroleum Industry. London: University Microfilm International.
hlm. 259.

25Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southest Asia 1876-
1921. KualaLumpur:Universiti Malaya. hlm. 108.

26Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.
keuntungan kepada SBBU dan merupakan salah satu pembangunan dalam
pentadbiran SBUB di Sabah. Terdapat banyak lagi sumber yang memberikan
keuntungan kepada SBUB selain daripada getah dan tembakau iaitu
pembalakan, hasil hutan, sagu, ikan kering, kelapa kering dan arang batu.
Aktiviti ekonomi ini telah mengukuhkan lagi kewangan SBUB di Sabah kerana
sebelum ini kedudukan kewangan mereka tidak mencukupi. Dengan adanya
sumber-sumber ini kewangan SBUB kukuh dan memberikan keuntungan kepada
mereka dengan hasil yang mereka perolehi daripada kegiatan ekonomi tersebut.
Aktiviti pelombongan juga telah dijalankan pada tahun 1880 lagi. Orang Cina
sudah memulakan aktiviti pelombongan sebelum kedatangan SBUB lagi.

Orang Cina sudah mula melombong emas di Sungai Segama pada tahun 1880. 27
Aktiviti perlombongan juga memberikan keuntungan kepada SBUB kerana pada
ketika itu permintaan yang tinggi terhadap bijih timah perlombongan arang batu
juga penting untuk kegunaan kapal wap ketika itu untuk mengangkut bahan-
bahan mentah ke Eropah. Arang batu pula dilombong di Tawau, Sandakan dan
Labuan dan arang batu sangat diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap pada
ketika itu.28 Aktiviti perlombongan ini merupakan salah satu kegiatan ekonomi di
Sabah sewaktu pemerintahan SBUB untuk mengukuhkan kewangan mereka.
Tetapi sebelum SBUB mengambil alih pentadbiran di Sabah lagi aktiviti
perlombongan di Sabah telah dijalankan oleh Orang Cina pada tahun 1880 dan
telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti kegiatan ekonomi untuk orang Sabah.
Pembalakan juga merupakan kegiatan ekonomi semasa pentadbiran SBUB di
Sabah pada tahun 1881 sehingga 1946. Kegiatan pembalakan juga memberikan
keuntungan kepada SBUB dalam mengukukan kedudukan kewangan mereka di
Sabah. Pembalakan juga telah memberi sumbangan besar kepada ekomomi
Sabah pada tahun 1930 Sabah telah mengeksport balak sebanyak $ 12.5 juta,
pada tahun 1937 eksport balak telah meningkat kepada $ 4 juta. 29 Ini
menunjukkan bahawa pembalakan juga amat penting dalam kegiatan ekonomi
bagi pembangunan ekonomi di Sabah. Hasil balak dieksport ke China, Singapura,
Britain, dan Australia melalui pelabuhan Sandakan. Sebelum SBUB mengambil
27 Ibid.

28 Siti Aidah Hj. Lokin . 2007. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat.
Kota Kinabalu:UniversitiMalaysia sabah.

29Ibid. hlm. 50
alih pentadbiran di Sabah, masyarakat peribumi di Sabah menjalankan kegiatan
ekonomi sarang burung.

Aktiviti pelanunan dan perhambaan telah dijalankan sebelum SBUB mengambil


alih pentadbiran di Sabah. Selepas SBUB mengambil alih Sabah, SBUB telah
usaha untuk membanteraskan aktiviti pelanunan dan perhambaan di Sabah.
Antara kawasan yang menjadi pusat kegiatan ini ialah Tempasuk, Pandasan,
pesisiran pantai Teluk Merudu, Tungku, dan bahagian selatan Semenanjung
Unsang.30 Sebelum kedatangan SBUB kawasan ini telah dijadikan pusat kegiatan
pelanunan dan perhambaan oleh kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Aktiviti
pelanunan dan perhambaan memberikan keuntungan kepada pemerintah pada
ketika itu selain, dapat menunjukkan kekuasaan pemerintah terhadap sesuatu
tempat. Faktor utama berlakunya kegiatan pelanunan adalah monopoli kuasa
Eropah pada ketika itu di Kepulauan Melayu yang menyebabkan pedagang
tempatan terpaksa menjadi lanun untuk meneruskan kehidupan. Sultan Sulu
sendiri pada ketika itu mempunyai pengaruh yang sedikit terhadap komuniti
lanun di Laut Sulu dan pastinya tidak mempunyai kawasan langsung di terhadap
lanun di Borneo.31 SBUB telah berusaha bagi menghapuskan kegiatan pelanunan
dan perhambaan di Sabah bagi membebaskan hamba-hamba yang telah
ditangkap oleh lanun iaitu sistem ekonomi yang digunakan oleh pemerintahan
sebelum kedatangan SBUB.

Pemerintahan SBUB telah berusaha mengatasi masalah pelanunan di Teluk


Marudu dan Tungku dan di kawasan-kawasan yang lain. Tindakan SBUB ini telah
mengubah cara hidup masyarakat tersebut. Buktinya, Iranun dan Belanini mula
menjalani kehidupan yang lebih teratur di sepanjang pesisiran pantai negeri
Sabah. Sebelum ini mereka hidup di atas perahu dan hidup berpindah-randah
dari satu tempat ke tempat yang lain.32 Selain itu, kegiatan ekonomi sebegini
tidak akan memberikan keuntungan kepada SBUB justeru itu, SBUB berusaha
menghapuskan kegiatan pelanunan dan perhambaan di Sabah dengan
menguatkuasakan undang-undang di Sabah bagi mengurangkan kegiatan-
kegiatan ini. Oleh itu, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di

30 Ibid. hlm. 51

31 Ibid. hlm. 52

32 Ibid. hlm. 52
Sabah setelah SBUB mengambil alih pentadbirannya. Walaubagaimanapun,
sebelum SBUB mengambil alih pentadbiran Sabah terdapat banyak juga kegiatan
ekonomi yang dijalankan tetapi lebih kepada kegiatan ekonomi tradisional.

5.1 SOSIAL

Berikutan daripada pemerintahan Syarikat Borneo Utara British pada tahun


1881-1941, pihak SBUB telah berhasil memajukan masyarakat peribumi Sabah
dari segi sosial. Pembangunan kemudahan asas ini adalah untuk memelihara
kepentingan Syarikat Borneo Utara British semata-mata.

5.1.1 PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Landasan kereta api dibina untuk memudahkan Syarikat Borneo Utara


British mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan.
Landasan kereta api yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1896 bagi
menghubungkan Weston dengan Beaufort33. Pada tahun 1905, landasan kereta
api ini disambung dari Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Melalap.
Pembinaan jalan raya hanya bertumpu pada kawasan bandar seperti Jesselton,
Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau. Tujuan pembinaan jalan raya di bandar-
bandar besar adalah untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan
bandar dan pelabuhan. Pengangkutan air dan sungai juga dimajukan oleh SBUB.
Pada tahun 1890, syarikat perkapalan seperti Straits Streamship telah
memulakan perkhidmatan untuk mengangkut penumpang dan barangan.

5.1.2PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, usaha ke arah perkembangan pendidikan


masyarakat bumiputra dan orang Islam telah dilakukan oleh W. H Treacher yng
merupakan gabenor pertama Sabah34. Treacher cuba membuka sekolah agama
Islam di Sandakan pada akhir 1881. bagi menarik kemasukan pelajar, beliau
telah melantik Syeikh Abdul Dalunan yang merupakan seorang imam dan guru
untuk mengajar agama Islam dan bahasa Melayu. Malahan beliau sendiri
sanggup mendermakan sebahagian gajinya untuk membiayai perbelanjaan

33 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm 79

34 Caroline Aegedius, 2003, Dasar Pendidikan British di Sabah 1945-1963, hlmn 50


sekolah tersebut dan meyediakan tapak untuk beroperasi 35. Walaubagaimanapun
usaha beliau telah gagal kerana tidak mendapat sambutan dari penduduk Islam
kerana mereka khuatir akan niat Treacher yang juga merupakan seorang Kristian
dan bimbang anak mereka akan dipengaruhi oleh agama Kristian. Usaha
tersebut juga gagal kerana masalah kekurangan wang dan kemudahan yang
tidak mencukupi36.

Sekolah-sekolah dibina oleh mubaligh Kristian untuk mengembangkan


agama Kristian. Pada tahun 1883, sekolah mubaligh yang pertama dinamakan
Institut Byron. Sekolah ini dibina oleh golongan Roman Katolik di Sandakan. Pada
tahun 1887 pula, Sekolah St. Mary telah ditubuhkan di Sandakan, Sabah. Sekolah
latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina untuk melatih mereka menjadi
pegawai tadbir pada peringkat rendah. Sekolah Melayu yang pertama di Sabah
dibina di Kota Belud, pada tahun 1921. Sekolah ini perlu menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan melantik guru tempatan untuk mengajar
di sekolah tersebut. Kurikulum yang disediakan ialah kemahiran asas membaca,
mengira dan menulis sahaja37. Selain itu, terdapat juga sekolah Cina yang dibina
oleh masyarakat Cina melalui sumbangan dan bantuan saudagar-saudagar 38.
SBUB hanya menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah sahaja,
kerana usaha menyediakan pendidikan dianggap tidak menguntungkan bagi
mereka. Selain itu, SBUB juga menghadapi masalah kewangan dalam
penyediaan kemudahan pendidikan.

5.1.3KEMUDAHAN SOSIAL

35 Dayu Sansulu,2008, Kadazandusun di Sabah : Pendidikan dan Proses Pembangunan 1881-1967,


KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 127.

36 ibid

37 K.G Tregonning, 1958, Under Chartered Company Rule: North Borneo, 1881-1946, Singapura,
Universitiof Malaya Press,hlm 177

38 Haizirah Mohd Hairi, 2009, Perkembangan Pendidikan Cina di Kudat 1963-2000, Universiti Malaysia Sabah, hlmn 1
Syarikat Borneo Utara British juga membina hospital untuk memberi
khidmat kesihatan kepada penduduk Sabah. Namun begitu, pembinaan hospital
hanya terhad di kawasan-kawasan bandar besar seperti Jesselton, Sandakan,
Beaufort dan Kudat39. Menjelang tahun 1940, terdapat sembilan buah hospital
dan 40 buah klinik di Sabah. Pusat-pusat kesihatan pula dibina di kawasan luar
bandar. Perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat Sabah pada ketika itu, kerana bilangan doktor yang tidak
mencukupi. Hospital dan pusat kesihatan dibina khususnya di bandar-bandar.
Penyakit-penyakit tropika seperti malaria, kepialu, taun dan beri-beri mula
dirawat secara moden40. Pegawai kesihatan dutugaskan untuk melawat para
pesakit di estet dan khemah tempat mereka bekerja. Pada tahun 1903, SBUB
telah membina loji air di Kota Kinabalu untuk membekalkan air yang bersih
kepada penduduk. SBUB juga memperkenalkan beberapa perkhidmatan lain
untuk menjamin keselamatan. Antaranya termasuklah Kontijen Polis Tempatan
yang ditubuhkan pada tahun 1890-an dan Skuad Terbang yang dianggotai oleh
pegawai polis tempatan untuk menjamin keselamatan penduduk ditubuhkan
pada tahun 1900.

5.1.4 URBANISASI

Pada tahun 1881, SBUB menjadikan Kudat sebagai pusat pentadbiran


yang pertama. Hal ini menyebabkan sebilangan kecil pedagang mula menetap
dan membina kedai-kedai di Kudat. Walaubagaimanapun, Kudat gagal menarik
ramai penduduk kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai dengan kegiatan
pertanian. Kedatangan Wiliam B. Pryer di Sandakan sebagai Residen Sandakan di
bawah Syarikat Borneo Utara British. Beliau telah menubuhkan satu petempatan
di Kampung Jerman yang terletak di Teluk Sandakan. Pada tahun 1879, selepas
satu kebakaran yang memusnahkan petempatan Pryer di Sandakan beliau
berpindah ke petempatannya yang lain iaitu di Buli Sim-Sim.

Pada tahun 1884, SBUB memindahkan pusat pentadbirannya dari Kudat ke


Sandakan setelah Kudat didapati tidak sesuai menjadi pusat pentadbirannya.
Bandar Sandakan berkembang pesat kerana peranannya sebagai pusat

39 K.G Tregonning, 1958, Under Chartered Company Rule: North Borneo, 1881-1946, Singapura,
Universitiof Malaya Press,hlm 177

40 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm 80.
pentadbiran, pusat pembalakan dan pelabuhan antarabangsa. Bandar Jesselton
diasaskan oleh Charles Jesseel pada tahun 1900. nama asalnya adalah Jessel
Town bersempena nama pengasasnya. Nama Jessel Town digunakan sebelum
disingkatkan kepada Jesselton. Bandar Jesselton juga dikenali sebagai Api-api,
Singga Mata dan Diasuka. Pembinaan landasan kereta api dan perkembangan
tanaman getah telah menjadikan bandar Jesselton berkembang menjadi pesat.
Bandar Jesselton juga merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan Sabah yang
penting.

6.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Syarikat Borneo Utara British ke Sabah ini merupakan


sebuah syarikat asing di mana mereka datang ke Sabah berpandukan dasar
ekonomi kapitalisme untuk memenuhi keperluan negara mereka di Eropah.
Syarikat Borneo Utara British bukan sahaja mengekploitasi hasil sumber
kekayaan Sabah malahan mereka juga telah memperkenalkan pelbagai dasar
Barat untuk memajukan Sabah seperti dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan
dari segi sosial. Syarikat Borneo Utara British telah mengubah sistem
pentadbiran tradisional yang telah lama diamalkan oleh penduduk di Sabah
kepada sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Syarikat Borneo Utara
British, memajukan industri ekonomi penduduk peribumi dan menambahbaik
sistem sosial untuk kegunaan rakyat peribumi Sabah. SBUB telah
memperkenalkan sistem pemerintahan Barat di Sabah dan mengambil kira adat-
adat tradisional dalam sistem pemerintahan baru di samping berusaha
memodenkan masyarakat peribumi Sabah 41. Hal ini sama ada dari segi
politik,sosial atau ekonomi. Pembangunan ini memberi manfaat kepada
masyarakat Sabah dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Borneo Utara
turut menjadi lebih majmuk dengan kehadiran buruh-buruh Cina. Corak ekonomi
turut berubah. Dulu penduduk tempatan bebas dalam urusan jual beli, tetapi
tidak lagi dibawah SBBU. SBBU mengenakan cukai ke atas setiap penjualan
barangan.

Sabah kini merupakan salah sebuah sumber pendapatan negara sama


ada dari sektor perlancongan, pertanian, perikanan, industri ataupun sumber

41 Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm 87.
minyak dan gas. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur akan hakikat bahawa Sabah
masih menjadi salah sebuah negeri yang penting di dalam Malaysia.