Anda di halaman 1dari 9

PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA

BAB I

I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA

Allah Yang Maha Kuasa, dengan Iradah-Nya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian
diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah
melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta
serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah
rumah tangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud : "Dan diantara tanda-
tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu
sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan
usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan
hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, berarti
sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap
manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya


adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkawinan merupakan fitrah
bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam
kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di
tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah
(bersyukur dengan apa yang ada) tetapi ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada
takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh :

1. Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima
jodohnya, baik ataupun buruk". Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang
luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut
hanya bermaksud : "Jodoh di tangan Tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang
seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya
pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita
dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang ". Daripada pendapat itu, adakah
Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang
memutuskannya.
2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus
berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama,

1
walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk
mencari dan memilih jodoh.
3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia
wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan
Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat
seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan
anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin
bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan
perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan
sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu
atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam
bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orangtua harus
turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh
dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang
tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan
ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan
beberapa ciri berikut :

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumah tangga
ii. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam arti :
bersikap baik terhadap isteri
dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
menerima kekurangan dan kelemahan isteri
dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
dapat menjaga kewibawa isteri
dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik lahir dan batin

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah

Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling
utama islah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam
Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan
ajaran Islam.

C. Suami yang diingini wanita

2
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

D. Persediaan diri untuk berkahwin

1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud :


dewasa fizikal
dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui
kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya
dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu
menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan
akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi
wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak
bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap
mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disadari
apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang
perlu dihadapi.
4. Sehat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah
lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat
diperlukan.

E. Memilih isteri idaman

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :

1. Faktor keagamaan dan akhlak


2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia:

1. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan


suaminya
2. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
4. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
5. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
6. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
7. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
8. Tidak menuntut cerai atau talak.
9. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.

3
10. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
11. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.

BAB II

II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIBAN

A. Suami Teladan ialah:

Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu
menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan
kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai
kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya.
Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-
bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah
cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami
yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut
iaitu :
Tubuh badan yang sempurna : sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan
kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan
zahir dan batin.
Akal fikiran yang sempurna : berfikiran positif.
Pengetahuan agama yang sempurna : untuk membimbing ahli keluarganya
mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
Membelanjakan sebahagian harta : mencari nafkah untuk menyara hidup ahli
keluarganya

B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang


2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah


Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah

4
suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

1. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan
menjauhi segala larangan.
1. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
1. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
1. Menjaga hati dan perasaan isteri
1. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
1. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang
memudaratkan
1. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di
hadapan isteri.
1. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
1. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan
menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
1. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
1. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
1. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
1. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
1. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan
bersama.

Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT


iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.


a. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
a. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
a. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara
haram dan syubhat
a. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
a. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang
berlebih-lebihan ketika bersolek
a. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai
keperibadian muslim
a. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir
rumahtangga
a. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
a. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
a. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :

5
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,
memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia
masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari
perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya.
Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat
mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut
dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya
mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan
bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri


Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada
keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada
isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun
ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan
jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta
padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi
ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan
ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab


Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan
mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan
suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut
diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut
keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan,


namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa
berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak
kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
a. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa
dan tekanan batin.
a. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk
bersama.
a. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti
dirinya sendiri
a. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
a. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik


Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti
ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya.namun bagi wanita, hal sebegitu
penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan

6
aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin
sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu
suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh
terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya.
Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami
yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama
boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan


tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah
rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah
isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki.
Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti
dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan
mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi
yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun
keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi
isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan
dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna


1. Memberi nafkah kepada isteri
1. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
a. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
a. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan
isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
a. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti
mulia.

7
a. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana
isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
a. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau
sibuk dengan pekerjaannya.
a. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
a. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan


Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk
pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
berani dan gagah perkasa
ingin menolong yang lemah
ingin berkuasa
kasar dan tamak
manakala wanita bersifat :
lemah lembut
pemalu
mempunyai perasaan yang halus
bersopan santun
penyabar.
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-
masing.

5. Membimbing isteri

Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang
kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-
anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini
akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
a. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat
wanita terpedaya.
a. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami
pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan
mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan
sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan istri marah pada masa yang sama.
1. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
1. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia
menang.
1. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
1. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
1. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain dari pada tidak mempunyai
masa terhadap pasangan.
1. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan

8
1. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya
sekali sehari.
1. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
1. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang
1. dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya


antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
a. Memberi nafkah
a. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai