Anda di halaman 1dari 3

SKRIP CERITA

NAKHODA MANIS ANAK DERHAKA

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku


dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya.
Lebih baik kau berambus dari sini.

Para hadirin sekelian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Nakhoda Manis
terhadap ibunya dalam kisah Nakhoda Manis Anak Derhaka
yang akan saya ceritakan pada pagi yang ceria ini.

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Manis.


Ibunya bernama Dang Ambun. Ketika Manis masih kecil, bapanya
telah meninggal dunia.

Pada suatu hari, Manis menyuarakan hajatnya untuk


pergi belayar ke luar negeri mencari pengalaman kepada ibunya.

Dang Embun terkejut mendengar hasrat anak


kesayangannya itu. Namun, atas desakan dan pujukan Manis, dia
akhirnya membenarkan anak kesayangannya pergi.

Sepanjang kepergian Manis, Dang Embun sentiasa berdoa akan


keselamatan anaknya.

Oh Tuhanku, lindungilah Manisku yang entah ke mana rantau


ditujunya...

Pada suatu hari, Dang Ambun melihat sebuah kapal besar dan
cantik masuk ke pelabuhan. Orang ramai berduyun-duyun keluar
hendak melihat kapal itu.

Itulah kapal Nakhoda Manis, kata mereka.

1
Mendengar percakapan mereka itu, Dang Embun terus
mendayung perahu buruknya menuju ke kapal itu.

Oh, Manis anakku! Tidakkah engkau kenal lagi bondamu


ini?

Manis terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia


berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang
tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Dia pernah mengatakan
kepada isterinya bahawa ibunya seorang hartawan.

Lalu Nakhoda mAnis pun menghalau perempuan tua itu dari


kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku


dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya.
Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu sedih dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya


sendiri, Dang Embun menadah tangan ke langit dan berseru
kepada Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Manis itu adalah anakku yang


kususui dari susuku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak
jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!

Tidak semena-mena satu ribut yang amat kuat telah turun. Kilat
dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba.
Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Nakhoda Manis
melaung.....

2
Ibu.... ibu.....ampunkan dosa Manis bu..
Ampunkan Manis bu....

Bahtera Nakhoda Manis semakin karam dan akhirnya, Manis,


isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Manis terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi


dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah
bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.