Anda di halaman 1dari 3

APA ITU PENYAKIT SKIZOFRENIA?

Skizofrenia adalah gangguan mental kronis yang menyebabkan penderitanya


mengalami delusi, halusinasi, pikiran kacau, dan perubahan perilaku. Kondisi yang
biasanya berlangsung lama ini sering diartikan sebagai gangguan mental mengingat
sulitnya penderita membedakan antara kenyataan dengan pikiran sendiri.

PUNCA - PUNCA SKIZOFRENIA:

Skizofrenia dipercayai disebabkan oleh kombinasi persekitaran dan masalah genetik.


Penyakit ini mempunyai kaitan dengan rangkaian biologi manusia sama seperti
penyakit kanser dan diabetis. Antaranya:

1. Diwarisi
Beberapa peneliti menyatakan gen mungkin menjadi penyebab. Anak yang hidup di
dalam keluarga yang ibu bapanya menghidap skizofrenia kemungkinan besar akan
mewarisi penyakit ini. (Julianto 2008: 13). Hubungan keluarga kelas kedua juga
memberikan kesan kepada penyakit ini. Kembar seiras mempunyai peluang yang
lebih tinggi atau sebanyak antara 40 hingga 65 peratus untuk mendapat skizofrenia
(Kosmo 26 Mac 2008).

2. Masalah kimia otak


Ketidakseimbangan kimia otak iaitu dopamine dan glutamate (atau yang lain-lain)
juga memainkan peranan dalam membentuk skizofrenia. Ia terjadi akibat
ketidakseimbangan pada dopamine iaitu salah satu sel kimia dalam otak. Otak pada
dasarnya terbentuk dari sel saraf yang disebut neuron dan kimia neutrotransmitter.
Selain itu, kajian terbaru berkenaan dengan penyakit ini menunjukkan jenis
neutrotransmitter lain iaitu serotonin juga boleh menyumbang kepada gejala penyakit
ini (Kosmo 26 Mac 2008).

3. Ketidakseimbangan struktur otak


Mereka yang menghidap skizofrenia mempunyai otak yang sedikit berbeza daripada
manusia biasa. Kadangkala ventrikel otak orang yang menghidap skizofrenia lebih
besar. Gray matter otak orang yang menghidap skizofrenia lebih rendah dan
sebahagian aktiviti atau metabolisma otak adalah kurang atau lebih (Kosmo 26 Mac
2008).

Faktor genetik merupakan punca utama penyakit skizofrenia. Skizofrenia


merupakan penyakit turun temurun yang bermula daripada generasi terdahulu dan
diwarisi oleh generasi akan datang dalam sesebuah keluarga. Trauma dan kecederaan
pada otak mengakibatkan penyakit skizofrenia. Seseorang yang mengalami trauma
akan berfikiran negatif, berkelakuan aneh dan bersendirian. Sekiranya pencegahan
awal tidak dilakukan, seseorang itu berisiko mengalami penyakit tersebut. Faktor
penyumbang kepada penyakit itu termasuk keturunan, semasa lahir, personaliti,
ketidaknormalan saraf otak, sikap keluarga, biokimia, persekitaran dan
penyalahgunaan dadah (Utusan Malaysia 8 Jun 2009).

Menurut pandangan Schneider, halusinasi dan delusi adalah faktor utama


berlakunya kecelaruan skizofrenia. Kecelaruan mood dan pemikiran pula adalah
faktor kedua mengapa berlakunya skizofrenia (Azizi Yahaya et.al 2006: 182).

Sebab-sebab lain:
1. Faktor usia
Skizofrenia umumnya terjadi pada akhir masa remaja dan awal masa dewasa.
Skizofrenia jarang berlaku pada masa kanak-kanak. Insiden ini bermula pada umur 15
hingga 25 tahun bagi lelaki dan 25 hingga 35 tahun bagi wanita (Sheila 2001: 348).

2. Faktor Lingkungan
Faktor-faktor lingkungan yang mempengaruhi atau menimbulkan penyakit ini
antaranya ialah kebudayaan, ekonomi, pendidikan, faktor sosial, penggunaan ubat-
ubatan, stress, penceraian, penganiayaan dan sebagainya (Julianto 2008: 15).

3. Psikologi
Menurut Kohut, psikosis merupakan akibat adanya gangguan yang serius pada diri,
iaitu ketika tidak ada unsur defensif yang dapat mengatasinya. Gangguan yang serius
dalam kehidupan akan membuatkan keperibadian individu dan perkembangannya
tidak berjalan normal. Keadaan inilah yang memungkinkan berkembangnya suatu
proses skizofrenia dalam keperibadian individu (Singgih 2004: 334). Beberapa teori
lain menemukan ada faktor nutrisi, lingkungan keluarga dan reaksi terhadap stress
menjadi penyebab skizofrenia (Julianto 2008: 13). Mengalami tahap tekanan perasaan
atau stress yang tinggi iaitu ketika dibawah tekanan atau situasi yang
membingungkan, termasuk perhatian yang berlebihan terhadap sesuatu dapat
mewujudkan penyakit ini.