Anda di halaman 1dari 4

MODULE 1

KONSEP TAMADUN DAN BUDAYA

OBJEKTIF
Di akhir kuliah anda akan:
1. Mengetahui pentakrifan tamadun
2. Mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukan
sesebuah tamadun
3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan
keruntuhan sesuatu tamadun

KERANGKA

1. Definisi tamadun
2. Elemen-elemen asas pembentukan tamadun
3. Ciri-ciri tamadun yang utama
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun
5. Interaksi antara tamadun
6. Pengertian Budaya
7. Kesimpulan

Definisi Tamadun - berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kehalusan budi
bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Pandangan Barat

- M.A.J Beg pencapaian manusia kota, skrip, kesenian, seni bina, agama,
undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial,
tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
- Arnold J. Toynbee suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan
institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan
akhlak.

Pengertian Tamadun Secara Umum


Satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu
masyarakat/negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang,
kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.

1
Ciri-ciri Tamadun
- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan yang teratur
- Urbanisasi yang terancang
- Kewujudan organisasi sosial yang teratur
- Sistem kepercayaan sebagai pegangan
- Budaya dan kesenian
- Sistem tulisan dan bahasa

Perkembangan Tamadun
- Faktor geografi
- Kedudukan yang strategic
- Factor agama
- Pengamalan nilai moral
- Kesengsaraan hidup
- Interaksi antara tamadun
- Peperangan

Keruntuhan Tamadun
- Pemerintahan yang lalai
- Pengaruh luar
- Bencana alam

Interaksi Antara Tamadun


Interaksi antara tamadun berlaku melalui
a) Peminjaman
b) Pemerintahan
c) Perdagangan
d) Perkembangan ilmu pengetahuan
e) Persaingan kuasa

Perbandingan Antara Tamadun


Perbandingan antara tamadun dibuat untuk melihat perbezaan pencapaian setiap
tamadun dan untuk membezakan antara tamadun (pengenalan tamadun melalui
budaya).
a) Agama
b) Budaya
c) Kerajaan/sistem pemerintahan
d) Masyarakat

2
e) Ekonomi

Tamadun-tamadun yang awal


a) Mesopotamia
b) Mesir
c) India
d) China
e) Arab
f) Eropah
g) Melayu

KONSEP BUDAYA

E.B. Tylor merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan,


undang-undang dan adat resam.

Malinowsky dalam bukunya A Scientific Theory of Culture mengkelaskan


budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

Budaya budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan sejarah,


kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Budaya secara umum cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa. Ia


meliputi semua aktiviti harian manusia. Ia juga berperanan membezakan antara
bangsa-bangsa tertentu.

Kesimpulan
Secara umumnya setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri
dan ciri-ciri itulah yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu
tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa,
agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara
tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu
tamadun.

Kajian Kes
1. Pada hari ini, dapat dilihat beberapa buah negara dengan senang
dapat digulingkan dan ditakluki oleh negara-negara yang lebih besar

3
dan berkuasa. Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia sebagai
sebuah negara Asia (negara yang telah bertamadun) hendak
memelihara kedaulatan dan jati diri negara ini daripada ditakluki dan
dijajah oleh kuasa-kuasa tertentu. (sila rujuk nota perkembangan
tamadun dan keruntuhan tamadun, dan pertembungan antara
tamadun).
2. Bincangkan kota sebagai pusat perkembangan peradaban di
Malaysia.

Rujukan
1. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (ed), Tamadun
Dunia, Siri Sejarah Fajar Bakti, Shah Alam, 1999.
2. Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain
Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd., 2000.
3. Norani Othman, Sumit K. Mandal (ed), Malaysia Menangani Globalisasi,
Peserta atau Mangsa, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000.

Anda mungkin juga menyukai