Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Secara etimologi, kata psikolinguistik terbentuk dari kata psikologi dan kata linguistik iaitu
dua bidang ilmu yang berbeza. Walaupun kedua-dua bidang tersebut berdiri sendiri dengan
prosedur dan metod yang berlainan, namun kedua-duanya sama-sama meneliti bahasa
sebagai objek formalnya.

Pada awalnya kedua-dua bidang ini disebut sebagai linguistic psychology dan ada
juga yang menyebutnya sebagai pschology of language. Kemudian hasil kerja yang lebih baik
, terarah dan sistematik di antara bidang ini, maka lahirlah disiplin baharu yang disebut
psikolinguistik iaitu ilmu antara disiplin psikologi dan linguistik. Istilah psikolinguistik
terhasil pada tahun 1954 melalui terbitan buku Pscholinguistics: A Survey of Theory and
Research Problems yang disunting oleh Charles E. Osgood dan Thomas A. Sebeok di
Bloomington, Amerika Syarikat.

Psikolinguistik adalah bidang ilmu yang menghuraikan proses-proses psikologi yang


berlaku apabila seseorang mengucapkan perkataan yang didengarinya ketika berkomunikasi
dan kemampuan berbahasa itu diperoleh oleh manusia. Maka secara teorinya, tujuan utama
psikolinguistik adalah mencari suatu teori bahasa yang secara linguistik boleh diterima dan
secara psikologi dapat menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya (Chaer, 2009: 5-6).

Menurut Hartley (dalam Pateda, 1990:11) mengatakan bahawa psikolinguistik


membahas hubungan bahasa dengan otak dalam memori dan menghasilkan ujaran-ujaran
dalam pemerolehan bahasa. Proses bahasa dalam penghasilan ujaran-ujaran merupakan
pekerjaan otak. Menurut pandangan Robert Lado (dalam Tarigan, 1985: 3) pula,
psikolinguistik hanya merupakan pendekatan. Pendekatan tersebut adalah berkaitan
pengetahuan bahasa, pemakaian bahasa, dan hal-hal lain yang ada kaitannya dengan aspek-
aspek tersebut. Langacker (dalam Pateda. 1990: 12) menyatakan bahawa psikolinguistik
merupakan pemerolehan bahasa dan tingkah laku linguistik terutama mekanisme psikologi
berkaitan kedua-dua aspek tersebut.

Berdasarkan beberapa definisi yang dinyatakan berkaitan psikolinguistik, boleh


ditakrifkan bahawa psikolinguistik adalah ilmu yang membahaskan hubungan dengan otak,
dan juga sebagai pendekatan pembelajaran bahasa. Selain itu, psikolinguistik juga
membicarakan tentang pemerolehan bahasa, kedwibahasaan dan perubahan bahasa. Ilmu
psikolinguistik turtu membahaskan tentang linguistik dan hubungan proses linguistik dengan
persepsi dan kognitif.

1
2.0 Latar Belakang Kajian

Bahasa merupakan suatu simbol lisan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat
bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain berlandaskan budaya yang
mereka miliki bersama (Dardwidjojo, 2007). Anak normal atau yang mengalami
pertumbuhan yang wajar akan memperoleh suatu bahasa dalam proses perkembangannya
iaitu bahasa pertama atau bahasa ibunda dalam tahun-tahun pertama kehidupannya.

Pemerolehan bahasa pertama berlaku apabila seorang anak yang lahir tanpa bahasa
kini memperoleh satu bahasa. Pemerolehan bahasa berbeza dengan pembelajaran bahasa.
Pemerolehan bahasa adalah proses daripada anak yang belajar menguasai bahasa ibunya
manakala pembelajaran bahasa adalah proses formal yang dilalui seseorang dalam memahami
bahasa seperti belajar bahasa di dalam kelas (Dardwidjojo, 2007).

Menurut Annisa (2016) mengatakan bahawa pemerolehan bahasa adalah sebuah


proses alamiah yang terjadi pada ketika anak memperoleh bahasa pertamanya. Proses
pemerolehan bahasa berlaku sewaktu kanak-kanak cuba memperoleh bahasa ibundanya
terdiri daripada dua jenis iaitu melibatkan pemahaman dan penerbitan. Pemahaman
melibatkan kebolehan mengamati ayat-ayat yang didengarinya. Proses penerbitan pula
melibatkan kebolehan menghasilkan ayat-ayat sendiri. Apabila kedua-dua proses ini telah
dikuasai oleh kanak-kanak, barulah kanak-kanak tersebut dikatakan mempunyai kebolehan
linguistik. Kedua-dua proses ini berlaku bukan sahaja terhadap kanak-kanak berbangsa
Melayu bahkan hal ini merupakan fenomena yang relatif yang berlaku kepada semua kanak-
kanak di dunia.

Keupayaan mengembangkan bahasa berlaku kepada semua kanak-kanak yang


mempunyai fungsi otak yang normal tanpa mengira bangsa, kebudayaan atau kecerdikan
menyeluruh. Kajian Steinberg (1990) menunjukkan bahawa kanak-kanak mampu
mengembangkan sistem linguistik yang kompleks, bergerak daripada peringkat satu kata ke
peringkat berbilang kata dalam jangka masa yang singkat iaitu ketika kanak-kanak berumur
antara 1 hingga 6 tahun.

Walaupun orang dewasa berfikir bahawa mereka sedang mengajar anak-anak


mereka bercakap, namun tiada bukti yang menyakinkan bahawa kanak-kanak memerlukan
arahan yang khusus daripada orang tuanya. Steinberg (1990) mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang mengikut satu susun atur bermula daripada

2
peringkat vokalisasi, holofrasa, telegrafik dan berakhir di peringkat perkembangan ayat-ayat
kompleks.

Walaupun kanak-kanak yang menjadi sampel kajian Steinberg terdiri daripada kanak-
kanak berbangsa Inggeris, namun penyelidik berpendapat bahawa teori yang lahir daripada
kajiannya dapat diaplikasi oleh penyelidik kepada kanak-kanak Melayu. Oleh sebab itu,
penyelidik mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tentang perkembangan
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu berdasarkan teori Steinberg
(1990).

Berdasarkan latar belakang kajian, penelitian ini bermaksud mengkaji pemerolehan


bahasa pertama pada usia bawah 2 tahun dalam bahasa sehari-hari ditinjau dari segi kajian
psikolinguistik.

3.0 Teori Kajian

Dalam kajian bahasa, terdapat pelbagai teori yang digunakan berkaitan pemerolehan bahasa
dan pembelajaran bahasa. Para pengkaji bidang linguistik menggolongkan tiga teori dalam
pemerolehan bahasa iaitu teori behaviourisme, kognitif dan interaksionisme.

3.1 Behaviourisme

Teori ini adalah suatu proses tingkah laku iaitu hasil operasi stimulus atau rangsangan dan
respon atau tindak balas yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri naluri manusia.
Pendokong teori ini seperti John B. Watson, Edward L. Thorndike, B. F Skinner dan E. R
Guthrie menjelaskan bahawa manusia mempunyai alat-alat biologi yang berfungsi untuk
melahirkan bahasa, maka manusia dapat menggunakan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi antara satu sama lain.

Menurut teori ini, kemahiran bertutur merupakan suatu tingkah laku manusia yang
sama dengan tingkah laku lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Tingkah
laku manusia yang berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas akan
menyebabkan pertuturannya juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Oleh
hal yang demikian, tingkah laku bahasa wujud semasa ucapan lahir daripada mulut seseorang
dan ucapan itu diterima, didengar dan difahami oleh pendengar dan penutur.

3
Selain itu, teori ini juga menganggap faktor persekitaran sebagai rangsangan dan
tindak-tanduk organisma pada rangsangan itu sebagai tindak balas. Sebagai contoh, pada
peringkat membebel bayi yang dikenali juga sebagai peringkat bermain pertuturan. Menurut
Zamri Mahamod (2007), peringkat membebel memerlukan bayi mempunyai rangsangan yang
positif daripada persekitaran bagi membolehkannya mendengar bunyi dan meniru bunyi
dengan cara membebel. Persekitaran yang memberikan rangsangan yang lebih baik akan
membantu bayi menghasilkan bunyi dengan lebih banyak. Apabila ibu bapa bercakap
dengannya, si bayi akan bertindak balas dengan cara membebel. Bunyi-bunyi vokal
digabungkan dengan konsonan seperti da, ma, dan na. Seterusnya bayi mengulang bunyi
ini menjadi da-da, ma-ma dan na-na.

Teori ini menegaskan bahawa kemahiran bertutur kanak-kanak dapat dipertingkatkan


melalui latihan dan latih tubi untuk membentuk kebiasaan. Kanak-kanak yang memperoleh
bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain melalui proses peniruan yang berulang-
ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, menyebut perkataan dan seterusnya
membentuk ayat-ayat. Menurut Bloom (1970), bahasa merupakan suatu gudang data laku
ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit-unit bahasa. Kalimat-kalimat bahasa tersusun
di dalam otak dan dikeluarkan apabila ada rangsangan. Beliau percaya bahawa kebolehan
bertutur merupakan hasil daripada satu proses menanamkan kebiasaan.

Kanak-kanak menggunakan bahasa daripada apa yang didengari dan dialami. Menurut
Rony (2016) menyatakan bahawa pemerolehan bahasa dicapai dengan kebiasaan penutur
melalui peniruan, asosiasi dan penekaran. Kanak-kanak cuba meniru dan menuturkan
berulang kali apa yang didengari daripada orang-orang yang berada di sekeliling mereka.
Awang Mohd Amin (1979) berpandangan bahawa dalam proses pemerolehan bahasa pertama,
kanak-kanak memperoleh kemahiran mendengar dan bertutur daripada orang-orang yang
hampir dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga serta penjaganya sama ada
yang tinggal serumah atau yang berada di persekitarannya. Kemahiran-kemahiran ini akan
bertambah dan meluas dari semasa ke semasa mengikut pertumbuhan umur kanak-kanak.
Prestasi bahasa kanak-kanak keseluruhannya bergantung kepada model-model yang
diperkenalkan kepada mereka.

3.2 Kognitif

4
Teori kognitif mentafsirkan aktiviti berbahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti
mental yang dikenali sebagai satu kebolehan manusia semula jadi. Antara pendokong teori ini
ialah Noam Chomsky, D. Slobin, George Miller, Kohler dan Mangantar Simanjuntak.

Chomsky (1975) berpendapat bahawa setiap manusia yang dilahirkan telah


dibekalkan dengan satu kapasiti bagi membolehkannya berbahasa apabila sampai masanya.
Potensi berbahasa yang ditakrifkan adalah bersifat akal atau memiliki ciri-ciri mental dan
bukan ciri-ciri biologikal.

Dalam teori kognitif, kemahiran berbahasa bersifat semula jadi dan boleh
menerbitkan ayat-ayat atau perkataan yang tidak terhingga banyaknya. Chomsky
mengukuhkan pandangannya dengan menyatakan bahawa peringkat permulaan belajar tidak
semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja, tetapi proses
kognitif juga terlibat. Oleh hal yang demikian, tanpa peranan kognitif menyebabkan
perkembangan bahasa terbatas pada apa yang dialami.

Teori ini menjelaskan bahawa terdapat perhubungan antara bahasa yang dituturkan
dengan pemikiran. Menurut Sharifah (2011) berpendapat bahawa penguasaan bahasa kanak-
kanak adalah asas perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh
pengetahuan melalui pengalaman yang sedia ada.

Chomsky juga mengistilahkannya sebagai kecekapan keupayaan dan pencapaian


dalam pertuturan. Chomsky menambah bahawa bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti.
Melalui kreativiti, penutur bahasa sama ada mendengar, bertutur dan membaca sentiasa
melakukan sesuatu yang baharu. Kecekapan terdapat di dalam otak dan dapat diertikan
sebagai suatu sistem rumus-rumus yang mampu melahirkan kalimat-kalimat yang tidak
terbatas banyaknya. Kecekapan itu juga adalah pengetahuan penutur di luar dan dapat
diertikan sebagai bunyi-bunyian yang dilafazkan. Bunyi-bunyian itu bermakna dan dapat
difahami oleh pendengarnya.

Golongan kognitif juga berpendapat bahawa kanak-kanak berkeupayaan dalam


membuat rumusan dan peraturan bahasa tanpa diajar. Misalnya, ketika berusia lebih kurang
18 bulan, bayi mula menggabungkan kata. Pada peringkat awal, bayi mencuba pelbagai
peraturan dan rumus. Setiap bayi mempunyai perbezaan dari segi keupayaan menggabungkan
kata. Peringkat penggabungan kata ini dikenali sebagai peringkat pertuturan telegrafik. Pada
peringkat ini, bayi akan mencuba pelbagai cara dan pertuturan untuk menggabungkan dua
kata bagi membentuk satu ujaran.

5
Terdapat tiga pola utama dalam proses menggabungkan kata bayi. Pertama, kata
digunakan secara tidak tetap dari segi susunannya atau tempatnya. Misalnya, mak akan atau
akan mak (emak hendak makan). Kedua, kata digunakan mengikut susunan kata yang tetap
berdasarkan pola yang didengar daripada orang dewasa. Misalnya, apabila emak berkata dah
do, anak akan mengikut pola ini dan berkata dah do (sudah tidur). Ketiga, kata digunakan
secara mengikut susunan yang tetap dan kreatif berdasarkan rumus perbuatan + objek. Bayi
akan dapat membentuk dua kata dengan cara yang lebih kreatif seperti makan nasi, minum
air. Bayi akan terus menggunakan ujaran dua kata hingga berusia lebih kurang 24 bulan.

Teori ini juga menjelaskan bahawa kanak-kanak memperoleh kebolehan memahami


terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Sebelum pandai bertutur, kanak-kanak boleh
memahami pertuturan orang lain. Kebolehan kanak-kanak memahami bunyi-bunyi pertuturan
yang berlainan, misalnya membezakan antara bunyi-bunyi salam, tepuk amai-amai, mari
sini menunjukkan yang kanak-kanak itu pada peringkat awal lagi boleh mengenali dan
membezakan pola-pola atau bentuk-bentuk pertuturan yang berlainan. Kanak-kanak juga
dikatakan menyebut perkara yang umum dahulu diikuti yang khusus. Misalnya, untuk semua
orang perempuan yang sebaya dengan ibunya dipanggil mak, manakala untuk semua orang
lelaki yang sebaya dengan ayahnya dipanggil papa dan lain-lain.

Pendokong teori kognitif iaitu Lenneberg (1967) dan Kamarudin Hussin (1988)
menyatakan bahawa kanak-kanak yang normal mula bercakap pada peringkat umur yang
agak sama. Menurut Muzaiyanah (2015) menyatakan bahawa setiap anak yang normal
pertumbuhan fikirannya akan belajar bahasa ibunda pada tahun pertama dalam hidupnya
hingga berusia kira-kira usia 5 tahun. Penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu
berkembang mengikut jadual biologinya, bukan muncul daripada rangsangan dan gerak balas.
Kanak-kanak yang ibu bapanya bisu akan juga bertutur pada peringkat umur yang sama
dengan kanak-kanak lain sekiranya terdedah kepada penggunaan bahasa sekitar hidupnya
iaitu selain daripada ibu bapanya.

3.3 Interaksionisme

Teori ini beranggapan bahawa pemerolehan bahasa merupakan hasil interaksi antara
kemampuan mental pembelajaran dan lingkungan bahasa. Menurut Panofsky dan Smith
(dalam Annisa, 2016) menyatakan bahawa pemerolehan bahasa pada anak berkembang
berdasarkan rangsangan, respon dan bantuan yang terjadi di dalam lingkungan kerana anak
memperoleh bahasa mereka melalui usaha mereka bagi tujuan berkomunikasi dengan dunia

6
sekitar mereka. Pemerolehan bahasa tersebut berhubungan melalui interaksi antara masukan
atau input dan kemampuan internal yang dimiliki oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak
sudah memiliki (LAD) sejak lahir. Namun, tanpa masukan yang sesuai, kanak-kanak tidak
akan dapat menguasai bahasa tertentu secara terus.

Faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui


teori ini adalah melibatkan intern dan ekstern. Kemampuan berbahasa yang dimiliki
kanak-kanak adalah sejak lahir melalui (LAD). Hal sedemikian telah dibuktikan oleh
pelbagai penemuan seperti yang telah dikemukakan oleh Howard Gardner. Beliau
mengatakan bahawa sejak lahir kanak-kanak telah dibekalkan dengan pelbagai kecerdasan.
Salah satu kecerdasan yang dimaksudkan adalah kecerdasan berbahasa (Campbel, 2006:2-3).

4.0 Definisi, Konsep dan Istilah Kajian


4.1 Definisi Pemerolehan Bahasa

Pemerolehan bahasa atau acquisition merupakan proses kemampuan manusia dalam


menangkap, menghasilkan dan menggunakan kata bagi pemahaman dan komunikasi.
Bahagian pemerolehan bahasa melibatkan pelbagai kemampuan manusia seperti sintaksis,
fonetik dan kosa kata yang luas. Bahasa yang diperoleh melibatkan peti suara melalui bahasa
lisan atau pergerakan seperti bahasa isyarat. Pemerolehan bahasa juga merujuk kepada
pemerolehan bahasa pertama yang mengkaji pemerolehan kanak-kanak terhadap bahasa
ibunya dan bukan pemerolehan bahasa kedua yang mengkaji pemerolehan bahasa tambahan
oleh kanak-kanak atau orang dewasa.

4.2 Konsep Holofrasa

Holofrasa merujuk kepada kata yang mengungkapkan atau membawa makna keseluruhan
ayat atau ungkapan. Dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak, tahap holofrasa merupakan
peringkat kanak-kanak normal berusia antara 1 hingga 2 tahun mampu mengeluarkan ujaran
dalam bentuk satu suku kata untuk menyatakan sesuatu maksud. Namun dalam holofrasa juga
terdapat suatu ujaran yang dikeluarkan kanak-kanak tanpa mempunyai makna yang jelas.

4.3 Definisi Fonologi

Fonologi ialah ilmu berkaitan perbendaharaan bunyi-bunyi atau fonem bahasa. Fonologi juga
ditakrifkan sebagai kajian yang dilakukan berkaitan pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Pandangan Frank Parker (1994) mengatakan
7
bahawa fonologi merupakan sesuatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu
melibatkan rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam pengkajian fonetik pula,
ahli linguistik memperlajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sesebuah bahasa direalisasikan
atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia terutama yang
berhubungan dengan penggunaan bahasa.

4.4 Definisi Sintaksis

Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis
juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.

4.5 Istilah Behaviourisme

Behaviourisme atau ketingkahlakuan ialah satu pendekatan berkaitan psikologi yang


menggabungkan unsur falsafah, pengkaedahan, dan teori. Menurut pandangan ini, kesemua
tingkah laku boleh diperhatikan. Tambahan pula, ketingkahlakuan bergantung pada idea yang
lain bahawa semua tingkah laku manusia telah dipelajari dan boleh dijelaskan oleh
penyesuaian operan. Bidang ini boleh dipelajari melalui maklum balas keputusan yang
tentunya boleh berlaku. Walau bagaimanapun, ahli behaviourisme menafikan kepentingan
tingkah laku yang diwarisi, naluri atau kecenderungan yang diwarisi untuk bertindak.

4.6 Istilah Kognitif

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti berkaitan mental seperti berfikir, menaakul,


menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi
yang dipelopori oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan
Ausubel.

4.7 Istilah Interaksionisme

Interaksionisme ialah suatu modifikasi yang terkenal yang sering dianggap sebagai
perkembangan lebih jauh konsepsi konvergensi yang berpandangan dinamis yang
menyatakan bahwa interaksi antara dasar (bawaan) dan lingkungan, baik itu lingkungan
sekolah, keluarga ataupun masyarakat, dapat menentukan pertumbuhan individu.

8
5.0 Metadologi Kajian
5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Menurut Burn (1995),
Merriam (1998) dan Yin (1995), penggunaan reka bentuk penyelidikan kajian kes
menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian
seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu
masyarakat, peristiwa atau budaya. Beberapa penyelidik telah menekankan berkaitan
kebaikan kajian kes. Merriam (1998) menyatakan kajian kes digunakan bagi meningkatkan
kefahaman yang mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus kepada aspek proses
berbanding output dan mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau
dapatan. Menurut Yin (1998) pula, kajian kes adalah berkaitan dengan strategi penyelidikan
yang berfokus kepada persoalan siapa, mengapa atau apakah. Hal ini bermakna kajian
kes membolehkan penyelidikan yang menyeluruh dan holistik bagi mengetahui ciri-ciri
dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Bagi memperoleh gambaran yang lengkap,
sesuatu kajian kes mestilah mengumpulkan data daripada pelbagai sumber bagi
membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu penyelidikan (Burn, 1995).

5.2 Subjek Kajian

Sampel bagi kajian ini terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan Melayu yang
bertutur dalam bahasa Melayu di kawasan Semenanjung Malaysia. Bahasa tersebut
merupakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama-sama
dengan keluarga ibu bapanya sendiri serta dijaga oleh neneknya. Kanak-kanak tersebut
dilahirkan pada 16 Jun 2015. Ini bermakna kanak-kanak berkenaan berusia 1 tahun 5 bulan
ketika kajian ini dijalankan. Nama penuh kanak-kanak tersebut ialah Nur Arissa Humaira
Binti Mohd Faris.

5.3 Pendekatan dan Pengkaedahan

Pendekatan behaviourisme digunakan dalam kajian ini memandangkan subjek kajian yang
dipilih selalu meniru ujaran yang diberikan oleh ibu bapa serta keluarganya. Bentuk ujaran
rakaman ini terdiri daripada pengucapan yang tidak dirancang. Rakaman pertuturan Nur
Arissa Humaira dilakukan dalam pelbagai situasi dan keadaan dalam lingkungan keluarganya

9
sendiri. Pengalaman Nur Arissa Humaira juga digunakan dan dianggap sebagai alat kajian ini.
Transkripsi pertuturan subjek kajian ini dibuat dalam bentuk dan sistem ejaan fonemik.
Transkripsi itu juga diberi padanannya dalam bahasa Melayu.

5.4 Pengumpulan Data

Data kajian dikumpulkan daripada transkripsi rakaman perbualan kanak-kanak tersebut


dengan ibu bapa dan keluarganya. Hanya 38 ujaran berbentuk holofrasa dan dua suku kata
kanak-kanak tersebut diambil kira sebagai sampel dalam kajian.

6.0 Dapatan Kajian


6.1 Analisis Fonologi

Fonologi merupakan bidang ilmu yang menganalisis bunyi bahasa secara umum. Fonologi
terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bahagian
fonologi yang mempelajari cara menghasilkan bunyi atau bagaimana bunyi bahasa terhasil
melalui artikulator manusia. Fonemik pula bahagian fonologi yang mempelajari bunyi ujaran
mengikut fungsinya untuk membezakan maksud. Istilah lain yang ada dalam bahagian
fonologi seperti fona, fonem, konsonan dan vokal.

Pemerolehan fonologi kanak-kanak bermula dari hari kelahirannya hinggalah kanak-


kanak dapat menyebut kata pertama yang bermakna. Berdasarkan pendapat beberapa
pengkaji, serta data yang diperoleh, dapat dirumuskan bahawa pemerolehan fonologi
dibahagikan mengikut fasa yang berikut:

i. Mendekut (bermula umur 2 hingga 4 bulan)


ii. Membabel atau mengagah (bermula umur 4 hingga 7 bulan)
iii. Berkata-kata (bermula umur 8 hingga 13 bulan)
iv. Pengenalan kata pertama (bermula 14 bulan)

6.1.1 Mendekut

Aktiviti mendekut bermula ketika kanak-kanak berusia dua bulan dan pada peringkat ini
kanak-kanak lebih banyak bermain dengan organ ujarannya. Rozumah (1992) menggelarkan
bunyi mendekut sebagai bunyi kukur.

Mangantar (1987) pula menghuraikan bahawa peringkat perkembangan bahasa


berasaskan pembahagian oleh Fergusan iaitu terdapat enam peringkat ke arah perkembangan

10
kata pertama. Beliau memasukkan peringkat pengeluaran bunyi sebelum membabel ini
sebagai peringkat mendekut yang menjadi peringkat terawal dalam pengeluaran bunyi.

Kess J.F. (1976) turut menegaskan bahawa selepas kanak-kakan berusia dua bulan,
dia akan menggunakan lidahnya sebagai artikulator untuk menghasilkan bunyi vokal seolah-
olah mendekut dan menjadikan bunyi itu tidak lagi seolah-olah satu tangisan.

Pada peringkat mendekut, bunyi seolah-olah dengusan wujud daripada mulut kanak-
kanak. Pada peringkat ini juga kanak-kanak telah mula berinteraksi dengan individu yang
berhampiran dengannya. Berdasarkan responden kajian ketika umurnya 2 hingga 4 bulan,
apabila namanya dipanggil, dia akan perlahan-lahan berpaling ke arah datangnya bunyi suara
tersebut. Bunyinya agak kurang jelas, seolah-olah bunyi plosif velar tidak bersuara /k/, afrikat
palatal tidak bersuara /c/, dan plosif velar bersuara /g/. Bunyi mendekut ini beransur hilang
apabila responden memasuki peringkat membabel atau mengagah.

6.1.2 Membabel atau Mengagah

Menurut Jakobson (dalam Chaer, 2009), penguasaan bunyi bahasa mempunyai urutan
perkembangan yang teratur dan tidak berubah. Hukum tersebut menjelaskan bahawa
peringkat perkembangan ditentukan oleh prinsip pertentangan yang maksimum iaitu
penguasaan bunyi bahasa dikatakan bergerak daripada bentuk mudah kepada yang lebih
rencam.

Semasa melihat urutan ini, Jakobson (dalam Chaer, 2009) mengatakan bahawa bayi
akan memperoleh kontras antara hentian bilabial /p/ dengan hentian dental /t/ terlebih dahulu
daripada kontras di antara hantian bilabial /p/ dengan hentian velar /k/. Kanak-kanak juga
terlebih dahulu akan mengenal pasti kontras antara nasal bilabial /m/ dan nasal palatal /n/
daripada kontras nasal bilabial /m/ dan nasal alveolar /n/.

Kanak-kanak sebenarnya memerhatikan gerakan artikulator yang terlibat dan juga


bunyi yang dihasilkan. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak cenderung menghasilkan bunyi
bahasa seperti /m/, /p/, dan /b/ sebelum menghasilkan bunyi lain. Bunyi hentian /k/ dan /g/
yang melibatkan artikulator terlindung biasanya menyebabkan penguasaan kanak-kanak lebih
lambat (Steinberg D.D., 1982).

Peringkat ini biasanya dikuasai apabila kanak-kanak berusia empat bulan. Pada
peringkat ini, bunyi konsonan seperti bunyi bilabial lebih kerap dibunyikan. Misalnya,
responden mengeluarkan bunyi plosif bilabial bersuara /b/ dan bunyi nasal bilabial tidak

11
bersuara /m/. Ada ketikanya, terdapat bunyi plosif alveolar tidak bersuara /t/ plosif alveolar
bersuara /d/, dan plosif velar tidak bersuara /k/. Responden juga membunyikan vokal
belakang luas bundar /a/ secara berterusan dan bunyi vokal ini kedengaran sebagai suatu
jeritan. Bunyi vokal /a/ ini mendahului bunyi vokal lain dalam pemerolehan fonologi
responden. Biasanya terdapat turutan bunyi yang menghasilkan aturan bunyi membentuk
suku kata (ma, ma, ma), (ba, ba, ba), (ta, ta, ta), (da, da, da), (ka, ka, ka) dan juga
penggabungan bunyi vokal dan konsonan ini menghasilkan bunyi (ba), (ma), (ta), (da), dan
(ka). Ada kalanya semasa penghasilan bunyi, buih halus terdapat pada bibir responden.
Aktiviti ini menjadi semakin seronok apabila ada orang yang melayannya. Pada peringkat ini
responden lebih bersifat egosentrik dengan terus membabel tanpa mengira kehadiran orang
lain di sisinya. Aktiviti membabel berterusan sehinggalah beransur hilang apabila responden
mencapai peringkat praberkata-kata.

6.1.3 Berkata-kata

Pada usia 8 bulan, kanak-kanak telah mencapai peringkat praberkata-kata. Peringkat


praberkata-kata bermaksud peringkat kanak-kanak mewujudkan satu suku kata atau lebih
tetapi masih belum dapat difahami maknanya oleh orang lain. Dalam hubungan ini, seolah-
olah terdapat tumpang tindih antara peringkat membabel dengan praberkata-kata apabila
diwujudkan penggabungan bunyi vokal dan konsonan. Pada peringkat ini, berdasarkan
pengamatan pengkaji, responden banyak membuat pengulangan bunyi yang bersuku kata
konsonan-vokal (KV). Berikut adalah contoh bunyi satu suku kata atau holofrasa yang
diujarkan responden:

Bunyi holofrasa Pengulangan bunyi


[ma] [mama]
[ba] [baba]
[ka] [kaka]
[ta] [tata]
[pa] [papa]
[ne] [nene]
[na] [nana]
[bu] [bubu]

Pengulangan bunyi yang dibuat oleh responden berdasarkan keseronokannya semata-


mata. Dalam hal ini responden tidak mempunyai maksud untuk menyampaikan sebarang
mesej. Aktiviti ini akan beransur kurang dan seterusnya hilang apabila responden telah dapat
mengucapkan kata pertama.

12
6.1.4 Pengenalan kata pertama

Responden mula memperoleh peringkat ni pada usia 1 tahun 2 bulan. Peringkat ini dikatakan
pengenalan pada kata pertama kerana kata yang diucapkan itu masih tidak lengkap tetapi
sudah dapat difahami oleh orang lain. Kanak-kanak biasanya membunyikan suku kata akhir
perkataan dan membuat pengulangan bunyi yang sama. Walau bagaimanapun, perkataan yang
mempunyai satu suka kata jelas disebut oleh responden.

Bunyi asal Sebutan


[mama] [mama]
[ayah] [aya]
[ibu] [bu]
[baba] [baba]
[ball] [bol]
[bola] [boa]
[nenek] [nene]
[sudah] [tudah]
[jom] [jom]
[sedap] [dap]

Peringkat fonologi adalah peringkat pemerolehan yang paling awal dalam


pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kajian membuktikan bahawa buyi [a] adalah bunyi vokal
pertama dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan bunyi [m] menjadi bunyi konsonan
pertama yang diperoleh. Pemerolehan ini juga mengikut pola asas dalam kebanyakan
pemerolehan bahasa.

6.2 Analisis Sintaksis

Pemerolehan sintaksis pada anak adalah apabila anak mula berbahasa dengan mengucapkan
satu kata. Dalam kajian Yosep Trinowismanto (2016) menyatakan bahawa dalam
pemerolehan sintaksis, anak mula berbahasa dengan mengucapkan satu kata atau bahagian
kata tertentu. Sebagai contoh kata itu, bagi anak sebenarnya kata tersebut adalah kalimat
penuh, namun memandangkan kata tersebut belum dapat mengatakan lebih daripada satu
kata, dia hanya mengambil satu kata, maka kalimat tersebut dipanggil ujaran satu kata.
Setelah anak menguasai fasa ujaran satu kata, anak akan melanjutkan ke fasa kedua yang
dipanggil ujaran dua kata. Dalam fasa ini, anak tidak sembarangan memilih kata tersebut
kerana dia akan memilih kata yang memberikan maklumat yang baharu. Anak sudah
mempunyai pengetahuan tentang maklumat lama dan maklumat baharu. Pengucapan anak
adalah bertujuan untuk memberikan maklumat baharu kepada pendengarnya.

13
Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan walaupun pada
beberapa anak terlihat pada usia 1 tahun bahkan lebih daripada 2 tahun. Awalnya berupa
kalimat dua kata. Rangkaian dua kata berbeza dengan kalimat satu kata sebelumnya yang
disebut holofrasa. Kalimat satu kata biasanya ditafsirkan dengan mempertimbangkan konteks
penggunaannya.

Pada umumnya, pengkaji dalam bidang ini menganggap pemerolehan sintaksis


bermula dengan penggabungan dua atau lebih kata iaitu pada umur lebih kurang dua tahun.
Oleh itu, peringkat satu kata atau holofrasa itu diketepikan dan dianggap tidak berkaitan
dengan pemerolehan sintaksis (Mangantar, 1987:199). Steinberg D.D. (1982: 149-157) pula
membahagikan pemerolehan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf, morfem dan
transformasi.

Jadi pembahagian oleh Steinberg dan dengan tambahan tahap prakecekapan penuh,
akan dijadikan asas berkaitan pemerolehan sintaksis kanak-kanak. Pemerolehan sintaksis
kanak-kanak bermula pada usia 1 tahun 7 bulan. Oleh yang demikian, berdasarkan responden
kajian yang berada di peringkat holofrasa, huraian dalam pemerolehan sintaksis masih belum
berlaku kerana responden masih mengujurkan satu kata sahaja. Hal ini sejajar dengan
pendapat Mangantar (1987) dan Steinberg (1982).

7.0 Perbincangan dan Implikasi

Kajian bahasa kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli
psikolinguistik. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ini berbeza-beza mengikut minat
dan orientasi setiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara pengkaji yang mengkaji tentang
pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada juga di antara mereka yang mengkaji tentang tahap
perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kajian tentang bahasa kanak-kanak telah dibuat sejak lebih daripada 40 tahun yang
lalu iaitu bermula dengan kajian Chomsky (1957) dalam Syntactic Structure. Kajian yang
dijalankan meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan
bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh persekitaran. Di Malaysia, kajian tentang
pemerolehan bahasa serta bagaimana kanak-kanak dapat menguasai bahasa ibunda mereka
juga telah dijalankan.

14
Namun kajian-kajian tersebut bersifat umum, tidak spesifik sebagaimana yang telah
dibuat di barat. Mangantar (1987) mendapati bahawa kajiannya sama seperti dapatan yang
diperoleh Clark dalam teorinya yang disebut sebagai hipotesis ciri semantik. Perbezaan yang
ketara dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang diamatinya tidak pernah melalui peringkat
penyempitan erti kata sebagai yang biasa dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa
lain khususnya bahasa Inggeris.

Dalam kajian ini juga, tiga jenis teori pemerolehan dijelaskan melibatkan teori
behaviourisme, kognitif dan interaksionisme. Berdasarkan kajian yang dijalankan, responden
kajian melibatkan teori behaviourisme dan kognitif. Dalam teori behariourisme, responden
membuat ujaran dalam bentuk holofrasa atau satu kata melalui proses peniruan dan latihan
berterusan. Responden akan meniru kata yang diujarkan oleh ibu bapanya mengikut keadaan
dan situasi yang tidak dirancang. Di samping itu, responden juga dapat mengujarkan
holofrasa dan satu kata apabila suatu kata diulang-ulang sebutannya oleh ibu bapa dan
keluarganya. Jadi, responden mampu membuat ujaran mengikut kemampuan tahap semasa
responden.

Teori kognitif pula dapat dijelaskan melalui perlakuan atau perbuatan responden
disusuli ujarannya apabila menerima rangsangan seperti pertanyaan daripada ibu bapa atau
keluarganya. Sebagai contoh, responden mengujarkan holofrasa cing yang melambangkan
perbuatan membuang air kecil atau air besar. Apa yang membezakan antara perbuatan
membuang air kecil atau air besar berlaku apabila responden menunjukkan bahagian hadapan
atau belakang semasa situasi tersebut berlaku disusuli dengan ujaran cing.

Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan
bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan
menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut.
Mengikut Mangantar Simanjuntak (1987), peringkat perkembangan bahasa ini boleh
dibahagikan kepada enam peringkat iaitu peringkat mengagah, holofrasa, ucapan dua kata,
permulaan tatabahasa, menjelang tatabahasa dewasa dan kecekapan penuh.

Seseorang kanak-kanak akan melalui tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses
pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini
dikatakan berlaku secara serentak. Perkembangan pemerolehan bahasa anak dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu perkembangan prasekolah, ujaran
kombinatori dan masa sekolah. Perkembangan pemerolehan bahasa pertama anak pada masa

15
prasekolah dapat dibahagikan lagi kepada perkembangan pralinguistik, tahap satu kata dan
ujaran kombinasi permulaan. Dalam kajian ini, penekanan dalam proses pemerolehan
komponen fonologi memandangkan responden kajian hanya mengujarkan holofrasa dan 1
kata sahaja.

Kita akan dapati bahawa kanak-kanak kebiasaannya dapat memperoleh atau


mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat bermula dari lahir lagi. Namun, apa yang
diberi penekanan adalah bayi tersebut belajar secara tidak formal atau pembelajaran berlaku
secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Kanak-kanak hanya perlu pendedahan kepada
pemakaian bahasa dan mereka akan terus memperolehi sesuatu daripada bahasa tersebut.

8.0 Kesimpulan

Pemerolehan bahasa pertama ialah proses penguasaan bahasa pertama kanak-kanak. Dalam
pemerolehan bahasa pertama ini, terdapat dua proses yang terlibat iaitu proses kompetensi
dan prestasi. Kedua-dua proses tersebut diperoleh kanak-kanak secara tidak sedar. Terdapat
beberapa tahap yang dilalui oleh kanak-kanak dalam memperoleh bahasa pertama. Tahap
yang dimaksudkan adalah vokalisasi bunyi, holofrasa, dua kata, dan ujaran telegrafik. Sampel
kajian melalui responden yang diperoleh hanya melibatkan tahap vokalisasi bunyi dan
holofrasa mengikut prestasi semasa responden yang berusia 17 bulan.

Selain itu, tahap pemerolehan bahasa seperti yang dinyatakan oleh ahli linguistik iaitu
Aitchison dapat digolongkan dalam beberapa bahagian. Tahap-tahap tersebut merangkumi
aktiviti seperti mendengkur, meraban, pola intonasi, ujaran satu kata, ujaran dua kata, infleksi
kata, bentuk tanya dan bentuk ingkar, konstruksi yang jarang atau kompleks, dan ujaran yang
matang. Walaupun terdapat perbezaan dalam pembahagian tahap-tahap yang dilalui oleh
kanak-kanak dalam pemerolehan bahasa pertama, namun setiap tahap yang dinyatakan
mempunyai persamaan melibatkan proses fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan
pragmatik.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang berusia 12 bulan menunjukkan bahawa mereka


faham sesetengah perkataan dan arahan-arahan yang diberikan walaupun mereka tidak dapat
mengeluarkan sepatah perkataan. Oleh yang demikian, dapat diperhatikan bahawa proses
memahami makna dalam sesuatu bahasa mendahului proses pertuturan. Dalam suatu kajian
terhadap seorang kanak-kanak yang sakit otak akibat jangkitan semasa dalam kandungan

16
mendapati bahawa kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur dengan baik. Walau
bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan, kanak-kanak tersebut memahami arahan
seperti ambil kotak itu, dan masukkan ke dalam botol. Di samping itu, dia juga mampu
menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarinya.

Hal sedemikian menjelaskan bahawa prinsip penting dalam aktiviti berbahasa ialah
kemahiran memahami mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu sahaja, bahkan kemahiran
tersebut juga lebih mudah dan lebih dasar. Dalam kata lain, terdapat sesuatu yang istimewa
dalam pertuturan yang dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan dengan sesuatu
bahasa yang wujud seawal usia kanak-kanak.

Jadi, dapat dijelaskan bahawa proses pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak


bermula semasa peringkat umur kanak-kanak 1 tahun dan berakhir pada usia 12 tahun.
Setelah mencapai peringkat tersebut, maka bahasa kanak-kanak tersebut dianggap sudah
lengkap dan dalam segenap aspek bidang bahasa. Sememangnya bahawa kanak-kanak
mahupun orang dewasa masih perlu belajar tentang bahasa. Namun bahasa yang diperlajari
melibatkan gaya atau peluasan dari segi pemakaian atau sesuatu makna yang baharu. Dari
segi nahunya, bahasa tersebut sudah cukup lengkap tetapi pemerolehan lain akan terus
berlaku.

17
9.0 Rujukan

Annisa Rachmani Tyaningsih. 2016. Pembelajaran bahasa Inggeris pada anak usia dini
berbasis proses pemerolehan bahasa pertama. Bandung: Universitas Islam Bandung.

Awang Mohd. Amin. 1979. Beberapa isu tentang pemerolehan bahasa: Tinjauan dari sudut
pengajaran-pembelajaran bahasa pertama. Dewan Bahasa. 23(11). hlm 671-682.

Bloom, L. (1970). Language development: Form and function in emerging grammars.


Cambridge, Mass: MIT Press.

Burn, R.B. 1995. Introduction to research methods. Melbourne: Longman.

Campbel, dkk. 2006. Metode praktis pembelajaran berbasis multiple intelligences. Depok:
Intuisi Press.

Chaer, Abdul. 2009. Pengantar semantik bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Chaer, Abdul. 2009. Psikolinguistik kajian teoritik. Jakarta: Rineka Cipta.

Chomsky, Noam. 1957. Syntactic structure. The hague: Mouton.

Chomsky, Noam. 1975. Reflections on language. New York: Pantheon Books

Frank Parker. 1994. Linguistics for non-linguistics: A primer with exercises. Second Edition,
Allyn and Bacon.

Kamarudin Hussin. 1988. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Kess J.F. 1976. Psycholinguistics introductory perspective. New York: Academic Press: New
York

Lenneberg, E. 1967. Biological foundation of language. New York: Wales & Sons.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pertumbuhan dan perkembangan bahasa kanak-kanak


Melayu dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar psikolinguistik moden. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

18
Merriam. 1998. Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass Inc.

Miller, G & Gildea, P. 1987. How children learn word. Scientific Americana 257.3,
September: 86-91.

Muzaiyanah. 2015. Proses pemerolehan bahasa anak. Palembang: Universitas Islam Negeri
Raden Fatah Palembang.

Pateda, Mansoer. 1990. Linguistik: sebuah pengantar. Bandung: Angkasa.

Roni Nugraha Syafroni. 2016. Panjang rata-rata tuturan anak usia 2 tahun 7 bulan dalam
bingkai teori pemerolehan bahasa anak. Jawa Barat: Universitas Singaperbangsa
Karawang.

Rozumah Baharuddin. 1992. Perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Sharifah Nor Puteh. 2011. Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi
pendidikan prasekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Soenjono Dardwidjojo. 2007. Psikolinguistik memahami asas pemerolehan bahasa. Siri


pengaharan dan pembelajaran bahasa Melayu. Petaling Jaya: PTS Professional Sdn
Bhd.

Steinberg D.D. 1982. Psycholinguistic: Language, mind and world. London: Longman.
Steinberg, D. Terjemahan Azhar M. Simin. 1990. Psikolinguisitk: bahasa, akal budi dan
dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarigan, Henry Guntur. 1985. Pengajaran sintaksis. Bandung: Angkasa.

Wahida. 2016. Teori pemerolehan dan perkembangan bahasa anak. Sulawesi Selatan:
Universitas Negeri Makassar.

Yin. 1998. The abridged version of case study research: Design and method. In: Bickman, L.
and Rog, D. J. (eds.) Handbook of applied social research methods. Thousand Oaks,
CA: Sage.

Yosep Trinowismanto. 2016. Pemerolehan bahasa pertama: Anak usia 0 s.d 3 tahun dalam
bahasa sehari-hari. Yogyakarta: Universitas Sanata Dharma.

19
Zamri Mahamod. 2007. Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama
dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

10.0 Lampiran
Pemerolehan Bahasa Pertama Kanak-kanak Berusia 1-2 Tahun

Nama : Nur Arissa Humaira Binti Mohd Faris


Usia : 1 tahun 4 bulan
No Kata nama mengikut ejaan Transkripsi fonetik
1. Mama [mama]
2. Atuk [ato ]
3. Ayah [ajah]
4. Baba [baba]
5. Baby [bbi]
6. Bola [ba]
7. Ball [bl]
8. Bubble [babel]
9. Cat [ket]
10. Colour [l ]
11. Fazira [jea]
12. Ibu [ibu]
13. Kaki [ki]
14. Kasut [kat]
15. Kedai [dai]
16. Keropok [kp ]
17. Kuda [cde]
18. Nasi [naci]
19. Nenek [eek]
20. Shoe [chs]
21. Susu [ttk]
22. Telinga [lala]
23. Telur [del]
24. Upin Ipin [pi pi]

No Kata kerja mengikut ejaan Transkripsi fonetik


1. Hendak [na ]
2. Tidur [bi]
3. Tak hendak [nana ]
4. Makan [mam]
5. Buka [ka]
6. Tak tahu [nah]
7. Tahu [ah]
8. Tak ada [ade]

20
9. Tak payah [tajah]
10. Jom [jom]

No Kata adjektif mengikut ejaan Transkripsi fonetik


1. Sakit [akt]
2. Sedap [dap]
3. Takut [akt]

No Kata tanya mengikut ejaan Transkripsi fonetik


1. Apakah itu? [apej]

21