Anda di halaman 1dari 9

JMK 222 FIKSYEN INDONESIA MODEN

TUGASAN:
BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN BALAI PUSTAKA ,ANGKATAN 45
DAN ASAS 50 DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN
INDONESIA

PENDAHULUAN
Apakah Sastera Indonesia?
Secara mudah dapat dikatakan bahawa sastera Indonesia ialah sastera berbahasa Indonesia,
walhal hasilnya pula begitu banyak seperti puisi, cerita pendek, novel, roman, dan naskah
drama berbahasa Indonesia. Namun definisi yang ringkas dan sederhana itu boleh
dipersoalkan dengan pendapat yang mengatakan bahawa sastera Indonesia adalah
keseluruhan sastera yang mengembangkan sastera-sastera daerah di Indonesia. Apabila
dikaitkan dengan usaha mewujudkan kebudayaan kebangsaan, jelaslah bahawa sastera daerah
itu merupakan unsur kebudayaan kebangsaan. Istilah sastera Indonesia bererti sastera
(kesusasteraan) dalam Bahasa Indonesia yang lahir sejak awal abad ke-20 dan terus
berkembang bersama sastera daerah seperti Melayu, Sunda, serta Jawa,. Walaupun hasilnya
berupa beribu-ribu teks puisi, cerita pendek (cerpen), novel atau roman, dan berpuluh-puluh
drama sastera yang telah dicetak namun semuanya merupakan hasil khazanah pemikiran
budaya bangsa yang telah dilahirkan oleh para pengarang dengan semangat dan gaya
penghasilan masing-masing. Dalam rentetan sejarah Indonesia selama ini tercatat sejumlah
teks sastera yang boleh dikatakan "menembus zaman" dengan pengertian tidak hanya dibaca
oleh generasi pada ketika itu malah turut menjadi bahan bacaan generasi akan datang.

Perkembangan Sejarah Sastera Indonesia


Masalah angkatan tidak terlepas cengkaman daripada kaitannya dengan penulisan
sejarah sastera Indonesia,yakni penulisan sejarah sastera Indonesia itu tidak boleh
mengetepikan pemecahan masalah angkatan. Sejarah sastera tidak lari daripada suatu
rangkaian masa, iaitu sebuah bahagian waktu yang dikuasai oleh sesuatu sistem norma
sastera, yang kemunculannya, penyebarannya, pengaruh agamanya, keintegrasiannya adalah
dengan angkatan-angkatan sastera yang menduduki atau memerintah tempoh-tempoh
tersebut. Maka jelas terbukti, masalah angkatan tidak dapat dielakkan dalam penulisan
sejarah sastera Indonesia. Seperkara lagi,perkara yang dimaksudkan sebagai angkatan ialah
sekumpulan sasterawan yang hidup dalam satu kurun masa atau menduduki suatu tempoh
tertentu atau semangat sebagai akibat logik daripada interaksi mereka yang sezaman.
Masalah penerimaan setiap masa itu mungkin sahaja menjadi bahan perdebatan
meskipun diperlukan sebagai kerangka ingkungan tempoh dalam buku ini. Masa pergolakan
telah dapat memayungi kehidupan sastera Indonesia sekitar tahun 1945-1965 dengan alasan
pada masa itu terjadi pergolakan semangat mempertahankan kemerdekaan, pergolakan
ideologi, dan pencarian konsep-konsep sastera. Masa pemapanan dapat memayungi
kehidupan sastera Indonesia tahun 1965-1998 dengan alasan pada masa itu terjadi
pemapananberbagai aspek kehidupan sosial, ekonomi, politik, media, dan pendidikan yang
kesannya kelihatan semakin mapan di fakulti sastera, masa pembebasan dapat memayungi
kehidupan sastera Indonesia selepas reformasi Mei 1998 dengan alasan telah terjadi
kebebasan bersastra yang hasilnya masih perlu diuji oleh sejarah.
Garis waktu sastera Indonesia pula terbahagi kepada:
Pujangga Lama
Sastera Melayu Rendah
Angkatan Balai Pustaka
Pujangga Baru
Angkatan '45
Angkatan 50-an
Angkatan 50-60-an
Angkatan 66-70-an
Dasawarsa 80-an
Angkatan Dasawarsa 2000-an
Cybersastera

Dalam perkembangan sastera Indonesia.Balai Pustaka ,Angkatan 45 dan Asas 50 berperanan


penting dan bersumbangan besar dalam pengeluaran hasil karya kesusasteraan Indonesia.

Balai Pustaka
Nama Balai Pustaka tersebut telah bertahan selama lebih dari 90 tahun, kalu dihitung
dari berdirinya pada tahun 1917 yang merupakan pengukuhan Komisi untuk Sekolah
Bumiputra dan Bacaan Rakyat yang didirikan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 14
September 1908. Jelas bahwa badan penerbitan itu merupakan organ pemerintah kolonial
yang semangatnya boleh dikatakan berseberangan dengan penerbit-penerbit swasta, baik
yang semata-mata bervisi komersial maupun bervisi kebangsaan. Akan tetapi, mengigat
sejarahnya yang panjang itu maka sepantasnya menajadi bagian khusus dalam pengkajian
atau telaah sejarah sastra Indonesia. Secara teoritis dapat dikatakan banyak masalah yang
dapat diungkapkan dari Balai Pustaka selama ini, antara lain visi dan misi, status, program
kerja, para tokoh, kebijakan redaksi, pengarang, produksi, dan distribusi. Telaah semacam itu
dapat dijadikan pengkajian sejarah mikro pasti relevan dengan sejarah makro sastra
Indonesia.
Ditambah dengan pengkajian berbagai gejala yang berkembang disekitarnya pastilah
memperluas wawasan pengetahuan masyarakat. Pada zaman itu Balai Pustaka menghasilkan
bermacam buku, majalah, dan almanak. Buku-buku populer yang terbit meliputi kesehatan,
petanian, peternakan, budi pekerti, sejarah, adat, dan lain-lain. Majalah yang diterbitkan Balai
Pustaka adalah Sri Pustaka yang kemudian bernama Panji Pustaka berbahasa Melayu (1923),
Kejawen berbahasa Jawa (1926), dan Parahiangan berbahasa Sunda (1929). Tiras penerbit
Panji Pustaka pernah mencapai 7.000 eksemplar, Kejawen mencapai 5.000 eksemplar,
Parahiangan 2.500 eksemplar. Dari tangan mereka para penulis bermutu tinggi telah terbit
puluhan roman Balai Pustaka tahun 1920-an dan 1930-an yang boleh jadi sudah tidak
diminati lagi oleh pembaca umum generasi sekarang., kecuali harus dibaca sebagai bahan
pelajanaran budaya yang kandungan isinya hanya dapat diketahui secara mendalam apabila
dibaca dan dikaji sebagaimana mestinya.
Karya sastera di Indonesia sejak tahun 1920 - 1950 , yang dipelopori oleh penerbit
Balai Pustaka . Prosa (roman]] , novel , cerita pendek dan drama dan puisi mulai
menggantikan kedudukan syair , pantun , gurindam dan hikayat dalam khazanah sastera di
Indonesia pada masa ini.Balai Pustaka didirikan pada masa itu untuk mencegah pengaruh
buruk dari bacaan cabul dan liar yang dihasilkan oleh sastera Melayu Rendah yang banyak
menyoroti kehidupan pernyaian (cabul) dan dianggap memiliki misi politis (liar). Balai
Pustaka menerbitkan karya dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu-Tinggi , Bahasa Jawa dan
Bahasa Sunda; dan dalam jumlah terbatas dalam Bahasa Bali , bahasa Batak dan bahasa
Madura.Nur Sutan Iskandar dapat disebut sebagai 'Raja Pengarang Balai Pustaka' oleh sebab
banyaknya karya tulisnya pada masa tersebut.
Angkatan Balai Pustaka merupakan karya sastera di Indonesia yang terbit sejak tahun
1920, yang dikeluarkan oleh penerbit Balai Pustaka. Prosa (roman, novel, cerita pendek dan
drama) dan puisi mulai menggantikan kedudukan syair, pantun, gurindam dan hikayat dalam
khazanah sastera di Indonesia pada masa ini.Balai Pustaka ditubuhkan pada masa itu untuk
mencegah pengaruh buruk dari bacaan picisan yang dihasilkan oleh sastera Melayu rendah
yang banyak menyoroti kehidupan yakni kes rogol dan dianggap mempunyai tema ganas dan
liar. Balai Pustaka menerbitkan karya, bahasa Batak, dan bahasa Madura.
Nur Sutan 'Iskandar dapat disebut sebagai "Raja Angkatan Balai Pustaka" kerana ada
banyak sekali karya tulisnya pada masa tersebut. Apabila dilihat daerah asal kelahiran para
pengarang,dapatlah dikatakan bahawa novel-novel Indonesia yang terbit pada angkatan ini
adalah "Novel Sumatera", dengan Minangkabau sebagai titik pusatnya. Pada masa ini, novel
Siti Nurbaya dan Salah Asuhan menjadi karya yang cukup penting.Kedua-duanya
memaparkan kritikan tajam terhadap adat-istiadat dan tradisi kolot yang membelenggu.
Dalam perkembangannya, tema-tema inilah yang banyak diikuti oleh penulis-penulis lain
pada masa itu.

Penulis dan Karya Sastra Angkatan Balai Pustaka:


Merari Siregar
Muhammad Yamin
Nur Sutan Iskandar
Djamaluddin Adinegoro
Abdul Muis
Aman Datuk Madjoindo

Angkatan 45 (Masa pergolakan sastera Indonesia (1946-1965)


Sudah diketahui umum bahawa Proklamasi Kemerdekaan 17 Ogos 1945 merupakan
peristiwa sejarah yang amat penting bagi bangsa kerana dengan memontum itulah terbentuk
atau berdiri Negara Kesatuan Republik Indonesia dengan tujuan mulia seperti tertulis dalam
Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945. Pelbagai kisah awal revolusi Indonesia yang sudah
ditulis banyak orang pastilah dibaca generasi sekarang agar diperoleh gambaran sejarah
mengenai pelbagai peristiwa dimasa awal revolusi, termasuk perubahan yang berlaku
dibidang sastera.
Sementara itu, buku Teeuw (1969), dan Jakob Sumardjo (1992) masih relevan
dijadikan sumber rujukan mengenai kehidupan sastera Indonesia tahun 1945 hingga 1960-an.
Ketika menulis Pokok dan Tokok dalam Kesusasteraan Indonesia Baru pada tahun 1951,
Teeuw mengaku tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap sehingga timbul keraguan
untuk menyusun ikhtisar kesusasteraan Indonesia selepas tahun 1942 (hingga tahun 1951).
Dengan kalimat yang rumit bagi pembaca masa kini dijelaskan oleh Teeuw bahawa
perubahan itu tidak terjadi secara tiba-tiba pada saat setelah Proklamasi. Selama masa
pendudukan Jepun sudah terjadi tanda-tanda perubahan seperti ditunjukkan Chairil Anwar,
Idrus, Usmar Ismail, Achdiat K. Mihardja, tetapi tidak akan muncul ke permukaan kerana
tertekan oleh kuasa Jepun. Baru setelah kemerdekaan dilakukan usaha-usaha menghimpun
tenaga dan semangat bersama, tetapi sungguh bukan pekerjaan yang gampang. Apabila pada
tahun 1946 atas usaha keras Chairil Anwar berdiri semacam organisasi kebudayaan
Gelanggang, pada mulanya tidak berjalan teratur kerana berbagai kesulitan.
Ajip Rosidi dalam Gambaran keseluruhan sejarah Sastera Indonesia (1969: 92) tidak
bercakap tentang latar belakang sosial dan politik masa awal revolusi, tetapi langsung
menyajikan gambaran mengenai maraknya pemikiran sastera berkat perintis penyair Chairil
Anwar, sedangkan Jakop Sumardjo (1992: 104) menggambarkan Pengisytiharan
Kemerdekaan sebagai kejadian yang teramat penting dalam sejarah bangsa Indonesia itu
berpengaruh sekali terhadap kegiatan kebudayaan, temasuk kesusasteraan. Maraknya
pemikiran kebudayaan dan Kesusasteraan itu tampak pada penerbitan majalah-majalah yang
akan muncul setelah proklamasi kemerdekaan, tercatat Panca Raya (1945-1947),
Pembangunan (1946-1947), Nusantara (1946-1947), Gema Suasana (1948-1950),
Gelanggang (1947-1959), Zenith (1947-1957), Indonesia (1949-1960), Pujangga Baru (1948
dan mulai tahun 1945 bernama Konfrontasi), Arena (1946-1948 di Yogyakarta), Seniman
(1947-1948 di Solo) .
Dari Krazt (1988a: 32-33) diperoleh catatan majalah yang terbit pada tahun-tahun
selepas pengisytiharan kemerdekaan adalah Arena, Gelanggang, Media, Panji Masyarakat,
Genta, Pedoman Masyarakat, Panji Islam, Api, Gema Islam, Hikmah, Suara MIAI, Pangkalan
(Yogyakarta), Liberty (Surabaya), dan Masa (Medan). Seperti halnya kumpulan Pujangga
Baru yang telah berpolemik megenai konsep kebudayaan Indonesia baru, para seniman dan
budayawan pada masa awal revolusi pun sempat memikirkan konsep kebudayaan Indonesia
sebagai landasan pemikiran. Mereka tidak lagi berpolemik, tetapi sempat merumuskan suatu
konsep yang kemudian terkenal dengan sebutan "Surat Kepercayaan Gelanggang" itu
diumumkan dalam ruang kebudayaan "Gelanggang" dalam majalah Chairil Anwar, Asrul
Sani, dan Rival Apin, sedangkan pimpinan majalahnya adalah Rosihan Anwar.
Angkatan '45 merupakan salah satu periodisasi dalam Sastera Indonesia. Corak
sastera angkatan ini lahir sejak bangsa Jepun menjajah Indonesia pada tahun 1942. Corak ini
timbul kerana adanya reaksi terhadap sastera yang menghamba pada pemerintahan Jepun
di Indonesia dan beberapa sasterawan yang tergabung dalam Keimin Bunka Shidosho, yang
juga disebut sebagai kacung Jepun.
Karya sastera pada angkatan ini bercorak lebih realis berbanding karya sastra
Angkatan Pujangga Baru yang romantis dan idealis. Selain itu, karya sastera angkatan ini
diwarnai dengan pengalaman hidup dan pergolakan sosial-politik-budaya yang terjadi di
tengah bangsa Indonesia. Gaya dari sastera ini lebih bersifat ekspresifdan revolusioner serta
bersifat nasionalis. Sastrawan angkatan ini juga dikenali sebagai sasterawan yang "tidak
berteriak tetapi melaksanakan ". Sastera angkatan 45 juga dikenali sebagai sastera yang
bersifat wajar kerana menggambarkan kehidupan sewajarnya dan memperkenalkan tokoh-
tokoh dalam gaya yang dramatik, tidak mementingkan analisis fizikal tetapi menonjolkan
analisis kejiwaan melalui perbualan antara tokoh. Karya sastera angkatan ini juga dikenali
sebagai karya sastera yang baru kerana berjaya meletakkan indentitas Indonesia dalam
setiap karyanya, tidak seperti karya sastera angkatan-angkatan dahulu yang dipengaruhi
oleh pengaruh asing. Beberapa sastrawan angkatan 45 antara lain Chairil Anwar, Asrul
Sani, Rivai Apin, Idrus, Achdiat Karta Mihardja, Trisno Sumardjo, dan Utuy Tatang Sontani.

Angkatan 50-an
Angkatan 50-an ditandai dengan terbitnya majalah sastera Kisah asuhan H.B.Jassin.
Ciri angkatan ini adalah karya sastera yang didominasi dengan cerita pendek dan kumpulan
puisi. Majalah tersebut berlangsung hingga tahun 1956 dan diteruskan dengan majalah sastera
lain, sastera. Pada angkatan ini muncul gerakan komunis di kalangan sasterawan, yang
bergabung dalam Lekra (Lembaga Kebudayaan Rakyat) yang berkonsep sastera realisme-
sosialis. Timbullah perpecahan dan polemik yang berpanjangan di antara kalangan
sasterawan di Indonesia pada awal tahun 1960; menyebabkan mandegnya perkembangan
sastera kerana masuk ke dalam politik praktis dan berakhir pada tahun 1965 dengan
tercetusnya Gestapo 30 September diIndonesia.
Asas 50 merupakan persatuan sastera yang pertama dan tertua di Indonesia selepas
perang. Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Asas 50 mewakili suara masyarakat dan
menggunakan sastera sebagai teras yang sesuai ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada
1957. Falsafah persatuan "Seni Untuk Masyarakat" membentuk kuasa utama dalam
membentuk perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Badan sastera ini dipelopori oleh
Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Abdul Wahab
Muhammad (Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu rawan), Munir Ali (Rosmera),
Haji Kumasi Dainuri (Teruna Jaya) , Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri
SN), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud dan
Muhammad Yusof Yaacob (Jim).
Asas '50 telah memberi manfaat dalam perkembangan kesusasteraan khusus kepada
masyarakat. Ia diwujudkan atas kepercayaan bahawa kesusasteraan merupakan sebahagian
daripada masyarakat. Sejak penubuhannya, Asas '50 tidak pernah menyimpang dari misinya.
Bukti ini boleh dilihat dalam usaha bersepadu untuk menggalakkan dan mengembangkan
sastera melalui seminar, bengkel, forum, dialog, kursus dan lain-lain.Persatuan ini juga
terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif nasional dan serantau. Keahlian persatuan itu
terdiri daripada penulis, guru, pensyarah dan wartawan di kalangan pelbagai profesion. Hari
ini, kepakaran ahli-ahlinya diperlukan oleh pelbagai jawatankuasa kebangsaan dan serantau.
Salah satu peristiwa bersejarah dalam sejarah awal Asas 50 adalah perbahasan tentang
tujuan kesusasteraan. Debat itu berlaku antara dua kumpulan, iaitu kumpulan Utusan Melayu,
yang diketuai oleh Asraf dan Kumpulan Majalah Hiburan yang diketuai oleh Hamzah
Hussien.Tujuan perdebatan adalah sama ada untuk mengikuti "Seni untuk Masyarakat" atau
"Seni untuk Seni". Dalam bidang kesusasteraan, penyokong Asas 50 telah memulakan nafas
baru dengan gaya penggunaan cara bahasa yang baru, berbeza dari genre penulis sebelumnya,
berteraskan tema kesedaran masyarakat, politik dan budaya bagi tujuan untuk menggiatkan
semula semangat kebebasan, semangat kemerdekaan sesuatu kaum (bangsa), rasa maruah dan
identiti sendiri yangunik, menegakkan keadilan dan menentang penindasan.
Dalam angkatan '50 -an terdapat banyak perbezaan pendapat daripada tokoh-tokoh
angkatan itu. Perbezaan pandangan, prinsip, bahkan ada atau tidaknya krisis kesusasteraan
pada masa itu perlu ditemui dan dibahas kembali. Perkembangan sastera Indonesia tempoh
1953-1961 adalah Masa perkembangan, menurut Ajip Rosidi. Olehnya, pembabakan ini
digunakan istilah "tempoh" dan bukan "angkatan" kerana terdapat kekacauan dalam
penggunaan istilah "angkatan". Dalam tempoh 1953-1961 terdapat beberapa gejolak sastera
yang salah satu di antaranya merupakan istilah atau sebutan "Angkatan Terbaru" pada masa
itu.

Kesimpulan
Pengetahuan sejarah sastera Indonesia, baik secara garis besar (makro) maupun secara
terperinci (makro) merupakan modal kerja yang penting bagi siapa pun yang brbudaya,
mengingat teks sastera Indonesia (dan kawasan) merupakan rakaman gagasan para pengarang
yang dipercayai mencerminkan identiti bangsa di bidang kebudayaan . Pengetahuan itu pun
dapat berkembang menjadi ilmu atau disiplin tersenidri di tangan para pakar, seperti
mahasiswa, pensyarah, penyelidik, pengkritik, esais, penyair, pengarang, pustakawan, dan
guru sastera yang sepatutnya berada di wilayah pengkajian tersebut. pengetahuan itu akan
memperluaskan wawasan berfikir dan membantu seseorang mengetahui possinya di tengah
dinamika kehidupan sastera Indonesia. Pengetahuan secara garis besar akan mencangkup
petumbuhan dan perkembangan sasra Indonesia dari masa ke masa, sedangkan perinciannya
akan kelihatan pada dinamika sastra Indonesia pada setiap masa.
Awal sejarah sastra Indonesia boleh dirujuk sekurang-kurangnya pada pembentukan
Suruhanjaya Bacaan Rakyat tahun 1908 yang kemudian diubah menjadi Balai Pustaka pada
tahun 1917, tetapi boleh juga diperjauh sehingga pertengahan abad ke-19, suatu masa yang
telah melahirkan tradisi sastera Melayu rendah sebagai embrio sastera Indonesia .
Masa pertumbuhan dan perkembangan sastera Indonesia yang relatif sudah panjang, terhitung
seratus tahun dari 1900 hingga dengan 2007, dapat dibagi-bagi menjadi beberapa masa atau
tempoh berdasarkan konsep atau pendekatan tertentu. Sudah dibuktikan bahawa BALAI
PUSTAKA, ANGKATAN 45 dan ASAS 50 berperanan dalam perkembangan sastera
Indonesia.
LAMPIRAN
Rampan, Korrie Layun. 1985. Iwan Simatupang Pembaharu Sastra Indonesia. Jakarta:
Yayasan Arus.

Jassin, H.B. 1967. Kesusastraan Indonesia Modern dalam Kritik dan Esei. Jakarta: PT
Gunung Agung.

Rosidi, Ajip. 1991. Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia. Bandung: Binacipta.

Moeljanto, D.S., dan Taufiq Ismail. Prahara Budaya: Kilas-Balik Ofensif Lekra/PKI dkk.
Bandung: Mizan.

Rosidi, Ajip. 1995. Sastera dan Budaya: Kedaerahan dalam Keindonesiaan. Jakarta: PT Dunia
Pustaka Jaya.