Anda di halaman 1dari 3

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : SKTR 600/11/(16)


Tarikh : 8 OGOS 2014

Kepada,

Ibu Bapa / Penjaga


Murid Tahun 5 SKTR

Tuan/Puan,

UJIAN SARINGAN TAHUN 5

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa murid-murid Tahun 5 akan menduduki ujian


saringan mata pelajaran teras sahaja dari 19 hingga 21 Ogos 2014.

3. Ujian ini merupakan satu pendedahan kepada murid Tahun 5 sebelum menjalani
Peperiksaan Akhir Tahun yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Sehubungan
dengan itu, pihak guru Tahun 5 amat mengharapkan agar ibu bapa/ penjaga dapat
membimbing anak-anak untuk membuat ulangkaji bagi semua mata pelajaran.

4. Bagi penempatan kelas Tahun 6 pada tahun 2015 bukan hanya berdasarkan keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun tetapi melalui pemerhatian guru Tahun 5 sepanjang tahun 2014.
Selain keputusan peperiksaan, kehadiran murid ke sekolah juga akan dipertimbangkan
untuk kenaikan ke kelas Tahun 6/2015.

5. Bersama surat ini disertakan jadual ujian saringan yang akan diadakan. Kerjasama dan
keprihatinan tuan/puan amat diharapkan untuk mencapai kecemerlangan murid SK Taman Rakan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

..
(MERIANAH BT JAMALUDIN)
GPK Kurikulum,
SK. Taman Rakan.
JADUAL UJIAN SARINGAN

TAHUN 5 (2014)

TARIKH/HARI MASA MATA PELAJARAN

19 OGOS 2014 8:00 pg 9:15 pg BAHASA MELAYU KERTAS 2


(SELASA) ( 1 jam 15 minit)

10:20pg 11:10pg BAHASA MELAYU KERTAS 1


(1 jam 15 minit)

11:45 pg 12:25tgh MATEMATIK KERTAS 2


( 40 minit)

20 OGOS 2014 8:00 pg 9:00 pg MATEMATIK KERTAS 1


(RABU) ( 1 jam )

11:00 pg 12:15 BAHASA INGGERIS KERTAS 2


tgh
( 1 jam 15 minit)

21 OGOS 2014 8:00 pg 8:50 pg BAHASA INGGERIS KERTAS 1


(KHAMIS) ( 50 minit)

11:00 pg SAINS
12:15tgh
(1 jam 15 minit)

Anda mungkin juga menyukai