Anda di halaman 1dari 54

1

KOMSAS
TINGKATAN 5
2

PUISI TRADISIONAL
Maksud GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Zaba)

Rangkap 1 Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang


menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
Rangkap 2 Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
Rangkap 3 Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
Rangkap 4 Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang
sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.
Rangkap 5 Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
Rangkap 6 Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika
perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
Rangkap 7 Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang
sesuai untuk diamalkan.
Rangkap 8 Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
Rangkap 9 Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya
mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
Rangkap 10 Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang
didampinginya.
Rangkap 11 Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat
dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.
Rangkap 12 Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung
tinggi.
Rangkap 13 Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di
sekelilingnya.
Rangkap 14 Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat
bantuan dan pertolongan.
Rangkap 15 Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
Rangkap 16 Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu
sebelum menolong sesama manusia
Rangkap 17 Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan
hubungan sesama manusia tidak harmoni.
Rangkap 18 Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia
kerana Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat demikian
3

Tema
Gurindam Beberapa Petua Hidup bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan
dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya
dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Bentuk Gurindam
1. Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris
pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku
kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam Beberapa Petua Hidup
termasuklah :
a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
4

b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat


c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:


a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.
ii. Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia
yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata
untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak
menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu
dan kemahiran.
5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
5

6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu
diamalkan.
7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong
rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum
menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan
benar.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan
sengketa.
4. Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan
pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan
hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri
berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan kata-
kata kepada seseorang?
Nyatakan tiga alasan anda. [3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam tersebut. [4 markah]
6

Maksud: Berbuat Istana Zaman Dahulu (Zaba)

RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda
kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras.
Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu
dijalankan siang dan malam tanpa henti.
RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan
perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan
sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada
kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung
yang tinggi.
RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias
dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada
sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu
yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang
kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan
ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat
daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina.
Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala
kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu
istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular.
Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.
RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini
menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru
teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang
bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda
raja dan permaisuri.
7

B) TEMA DAN PERSOALAN


Tema
Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia. Hal ini
dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan
memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
Persoalan
(a) Ketaatan kepada raja.
- Apabila empat orang pembesar dititahkan oleh raja supaya sebuah istana dibina,
mereka segera menyampaikan titah raja itu kepada Pawang Raja. Empat puluh empat
orang tukang segera dikumpulkan kemudiannya.
(b) Kegigihan bekerja. Keunikan seni bina istana.
- Empat puluh empat orang tukang yang membina istana raja gigih bekerja siang dan
malam tanpa henti supaya pembinaan istana terhasil mengikut jadualnya.
(c) Kemahiran ilmu pertukangan masyarakat zaman dahulu.
- Istana raja yang siap dibina itu memperlihatkan kemahiran ilmu pertukangan orang
Melayu pada zaman dahulu. Pelbagai corak direka pada tiang, kasau, pintu dan lain-lain.
C) GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, Empat puluh empat tukang dan utas
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
(c) Anafora
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
8

(d) Responsi
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

D) NILAI MURNI
(a) Nilai ketaatan kepada pemimpin.
Orang besar empat dan Pawang Raja taat akan perintah raja untuk membina istana
berkota. Pawang Raja mengerahkan empat puluh empat orang tukang untuk membina
istana tersebut.
(b) Nilai kegigihan.
Empat puluh empat orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga
istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan.
(c) Nilai daya usaha.
Para pekerja tersebut berusaha dengan menggunakan kreativiti mereka dalam bidang
seni bina sehingga siap sebuah istana yang indah dan berukir cantik.
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.
9

PUISI MODEN
Sajak Sejadah Rindu (Mohd. Haikal Aminuddin)

Tema
Ketuhanan serta ketaatan kepada agama.
Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan
bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana
penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.

RANGKAP SAJAK MAKSUD PERSOALA NILAI PENGAJA


N RAN

Terkedu aku Penyajak seperti kehilangan Persoalan Keinsafan : Kita


kata-kata ketika berada keinsafan hendaklah
Rangkap 1 di sejadah rindu dalam keadaan beribadat / atas
Penyajak
insaf
mengungkap menginsafi
bermunajat / segala setelah
kalimah syahdu dosa-
bermuhasabah diri / dosa lalu melakuka
dosanya yang
bait bicara mengadu kepada Tuhan yang n
lalu.
tersentuh kalbu sambil mengucapkan menghant kesalahan
perkataan yang memuji ui hidup. / dosa.
merekah
kebesaran Ilahi. Kesedaran
keinsafan di hati
tentang kesilapan /
yang beku
kesalahan yang lalu muncul
mengenang satu demi satu dalam hati
dosaku yang yang dahulunya tertutup.
terdahulu.
Berbekal Dengan menggunakan Persoalan Kegigihan : Kita
pancaindera segala pancaindera yang pengharap hendaklah
Rangkap 2 Penyajak
anugerah Tuhan dikurniakan Tuhan, an bersunggu
bersungguh-
penyajak merayu agar terhadap h-sungguh
kupohon kembali sungguh dan
Tuhan menunjukkan dia pengampu untuk
nafas kehidupan gigih untuk
jalan ke arah kebenaran nan mendapat
mendapatka
dalam biarpun akur tentang segala daripada kan
n keampunan
keterhadan dan kekurangan dirinya yang Pencipta keampuna
sebelum
keterbatasan ada sebagai manusia biasa. sebelum n.
meninggal
insan Apa yang diharapkan agar meninggal
dunia.
segala taubatnya diterima dunia.
10

moga terbuka sebelum beliau meninggal


ruang dunia.
keampunan
sebelum saat aku
dinisankan
di masa yang
Kautetapkan.

Air mata menjadi Penyajak menangis dengan Persoalan Keikhlasan : Kita


saksi sesungguh hati dan dia keikhlasan hendaklah
Rangkap 3 Penyajak
menyerah diri kepada dalam ikhlas
keikhlasan bertaubat
Tuhan. Dalam suasana memohon dalam
menjadi bukti dengan
hening, penyajak teresak- keampuna setiap
penuh
akhirnya esak menyatakan keinsafan n daripada perbuatan
keikhlasan
diri. Pencipta. kita.
aku sujud sehingga
menghadap Ilahi menitiskan
air mata.
di keheningan
yang sepi
lafaz taubat
mengiringi
nafas sebak kian
mengikuti.

Hati ini luluh Penyajak berasa sangat Persoalan Ketaatan : Kita


sedih dan jiwanya terkesan kesungguh hendaklah
Rangkap 4 jiwa yang kaku Penyajak taat
oleh perasaan insaf yang an dalam taat
tersentuh kepada
makin galak menguasai memohon kepada
pencipta dan
ayat-ayat cinta dirinya. Dia memuji-muji keampuna pencipta
hanya
disusun kukuh keagungan Tuhan di tikar n daripada kita.
berharap
sembahyang yang sudah Pencipta.
di sejadah rindu kepada
lama ditinggalkan. Dalam
yang lusuh pengampuna
keadaan gementar, dia
n daripada
kemaafan yang memohon keampunan
Pencipta.
kupohon sungguh daripada tuhan agar dosa-
dosanya diampunkan
dari pencipta
dalam gemuruh.
11

Ungkapan doa Penyajak memohon kepada Persoalan Kesedaran : Kita


pada Yang Esa Tuhan yang satu agar tentang hendaklah
Rangkap 5 Penyajak
mengabulkan dunia ini sedar
izinkan aku mempunyai
permintaannya untuk yang bahawa
menjadi manusia kesedaran
menjadi hamba yang patuh hanya dunia ini
bahawa
yang taat sentiasa sepanjang hayat, serta bersifat bersifat
dunia ini
supaya dia tidak alpa sementara sementara
pada perintah bersifat
tentang sifat kehidupan . .
Maha Kuasa sementara
yang fana / tidak kekal.
sahaja.
agar aku tidak
lupa
dunia ini hanya
bersifat
sementara.

Nada :
Bernada melankolik.
Gaya Bahasa :
1. Bahasa Arab :
i. kalimah rangkap 1, baris 3
ii. Ilahi rangkap 3, baris 4.
iii. taubat rangkap 3, baris 6.
2. Inversi :
i. terkedu aku rangkap 1, baris 4. Sepatutnya : Aku terkedu.
ii. moga terbuka ruang keampunan rangkap 2, baris 4. Sepatutnya : Ruang
keampunan moga terbuka.
3. Metafora :
i. sejadah rindu rangkap 1, baris 2.
ii. merekah keinsafan rangkap 1, baris 4.
iii. nafas kehidupan rangkap 2, baris 2.
12

4. Sinkof :
i. dosaku rangkap 1, baris 6.
ii. kupohon rangkap 2, baris 2.
iii. kautetapkan rangkap 2, baris 6.
5. Resposi :
i. Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti

SOALAN PEMAHAMAN:
i. Apakah maksud rangkai kata merekah keinsafan di hati yang beku? [2 markah]
= penuh dengan penyesalan atas dosa yang lalu
ii. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu segera bertaubat daripada
kesalahan yang dilakukan? [4 markah]
= tidak mengulangi kesilapan / dosa diampunkan oleh Tuhan / insaf akankesalahan
yang dilakukan / bimbang jika tidak sempat bertaubat dan terus bergelumang
dengan dosa
iii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu
mendapat keberkatan dalam hidup? [ 4 markah]
13

Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus (Sazalee Yacob)


A. MAKSUD SAJAK:

SAJAK MAKSUD
Kuhantar kau mengecapi angin baru Penulis menghantar anaknya menghirup
udara lain dari kampung bendang kuningmu udara kehidupan yang baharu di bandar
bumantara asing dari yang sering kaumesrai kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran
yang sama sekali berbeza di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran
dengan suasana suntimu bandar dan kampung jauh berbeza, penulis
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu berharap agar anaknya dapat menyesuaikan
memesrai azimat dan tangkal diri di bandar. Penulis mahu anaknya
dari tangga gading. menimba pengalaman baharu di universiti
yang bakal mengubah kehidupan anaknya
sebagai mahasiswa di sebuah universiti.

Kulepaskan kau menjadi burung putih Penulis sanggup membenarkan anaknya


dengan sayap berkembang hidup di bandar untuk meluaskan
menongkah awan perak dan kabut dingin pengalaman kehidupannya. Hal ini dikatakan
mengenal kalimat hujan dan bilah petir demikian kerana penulis mahu melatih
menyelit antara sembilu nasib anaknya agar tabah menghadapi cabaran
dan waras akal. dalam kehidupan agar dapat mematangkan
diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran
anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana
menghadapi segala cabaran dalam
kehidupannya sebagai seorang mahasiswa
agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa,
dan negara pada masa depan.

Di awan kampus yang sarat ilmu Penulis beranggapan bahawa universiti ialah
hadir sihir angin bernafas api tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan
di pohon kampus yang tegar status untuk ditimba oleh anak gadisnya yang
berceracak selumbar noda mengabur fikir sedang menimba ilmu di sana. Walau
di padang kampus yang hijau pertimbangan bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa
tumbuh gunung ego menghalau pekerti. banyak pengaruh negatif juga tersebar luas
apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya
waima pengaruh media massa. Oleh hal yang
14

demikian, penulis berharap agar anaknya


dapat membuat pertimbangan dan
keputusan yang terbaik buat dirinya agar
dapat mengelakkan sikap negatif seperti
sombong dan mementingkan status sebagai
seorang mahasiswa di bandar.

Pandai-pandailah kau terbang Penulis berhadap agar anak perempuannya


menongkah awan mulus dan kabus dingin yang belajar di universiti bijak menyesuaikan
jangan kau pulang diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh
dengan percikan duka dan balutan luka di bandar terutamanya dia yang terpaksa
di sayapmu yang patah berjauhan daripada keluarga. Dengan
kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia
dapat mengembangkan sayapnya demi masa
depannya yang lebih cerah. Sebaliknya,
penulis berharap agar anaknya tidak mudah
berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal
ini dikatakan demikian kerana penulis mahu
anaknya menjadi seorang perantau yang
tabah menghadapi segala cabaran dalam
kehidupan harian.

B. TEMA:
Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan
pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat
menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu,
penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar
mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam
kehidupan.
15

C. PERSOALAN:
(1) Kepentingan pendidikan demi masa depan.
Contoh : Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.

(2) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.


Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan
kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan
dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut.
(3) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.
Contoh: Penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif apabila wujudnya
pengaruh rakan sebaya dan media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat
membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani
kehidupan di bandar.
(4) Cabaran hidup di bandar.
Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta
banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara
perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik.
(5) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa.
Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang
bijaksana.
(6) Nasihat ibu bapa kepada anak. Contoh:
Penyajak menasihati anaknya supaya menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan
belajar bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensinya di bandar.
16

D. GAYA BAHASA:
(1) Sinkope
Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang
kuningmu
(2) Responsi
Contoh: kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
(3) Anafora
Contoh: di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(4) Metafora
Contoh: Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
(5) Perlambangan
Contoh: burung kesedihan yang disebabkan oleh cabaran sembilu
universiti tangga gading
(6) Imejan atau imej alam
Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
E. NILAI:
(1) Kasih sayang.
Cth: penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian
tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang
berlainan dengan kehidupannya di desa
(2) Kesungguhan.
Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-
sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.
17

(3) Kegigihan.
Cth: Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar
yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
(4) Ketabahan.
Cth. Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.

F. PENGAJARAN:
(1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
(2) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(3) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.
(4) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
(5) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke
bandar.
(6) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana
sahaja kita berada.

Sajak Hidup Berti (Teo Wei Sing)


RANGKAP MAKSUD

Aku selalu didatangi Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib


malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak
malam sepi
pernah berubah. Tiada siapa yang datang
bagai kalung menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan
tua yang kesunyian.
yang melingkari leherku
- Penyajak berasa kesunyian kerana malam
tidak berubah keesokan hari
yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun,
siapa yang akan dayang menjengukku keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan
harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk
keluhan seorang tua sunyi.
menziarahinya

Keheningan tasik Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh


penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga
kehijauan rumput
penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya
18

hanya menjadi bayangan sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk
menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk
di penjuru ruang zaman
menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya
cinta dalam rahim dilupai sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa
ada tempat bergantung yang kukuh.
dari sulung ditendang ke bongsu
- Keheningan tasik dan kehijauan rumput
dari angah ditendang ke sulung balik
hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang
kucari erti hidup tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh
anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung
menderita mengerang sakit
hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak
berdiri tanpa ruang. mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit
dan keseorangan

Aku bagi mereka Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan


diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya
tiada makna
sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya
anakku bakaku sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah
melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak
baik setia mahupun derhaka
berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan
semoga disirami benih keinsafan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini.
Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan
menjadi penawar dalam hati
ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
embun cinta atasi angin dingin
- Penyajak berasa habawa dirinya tidak
jangan terpegun bermakna kepada anak-anaknya. Namun
demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya
ada yang mati
diberi keinsafan supaya duka di hatinya
ada yang hidup terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal
kecuali Tuhan
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd.
19

TEMA
Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Penyair berasa
sunyi dalam hidupnya kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya. Penyair
berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan keinsafan.
PERSOALAN
1. Kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang tua.
2. Kehidupan seorang tuayang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan oleh anak-anak.
3. Kasih dan sayangorang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak.
4. Kegembiraanseorang ibu atau bapa pada masa lalu hanya tinggal kenangan.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN


BUNYI
a) Simile
Cth: bagai kalung ( rangkap 1, baris 3 )
b) Metafora
Cth: benih keinsafan ( rangkap 3, baris 5 )
c) Hiperbola
Cth: i. cinta dalam rahim dilupa ( rangkap 2, baris 5 )
ii. embun cinta atasi angin dingin ( rangkap 3, baris 7 )
d) Anafora
Cth: i. dari sulung ditendang ke bongsu ( rangkap 2, baris 6 & 7 )
dari angah ditendang ke sulung baliik.
ii. ada yang mati
ada yang hidup (- rangkap 3, baris 9 & 10 )

e) Unsur Alam
Contohnya; i. malam ( rangkap 1, baris 2 )
ii. tasik ( rangkap 2, baris 1 )
iii. angin dingin ( rangkap 3, baris 7 )

UNSUR BUNYI

Asonansi
i. perulangan bunyi vokal a
- aku selalu didatangi ( rangkap 1, baris 1 )
ii. perulangan bunyi vokal i
- semoga disirami benih keinsafan ( rangkap 3, baris 5 )
iii. perulangan bunyi vokal u
-anakku bakaku ( rangkap 3, baris 3 )
iv. perulangan bunyi vokal e
-menderita mengerang sakit ( rangkap 2, baris 9 )
20

Aliterasi
i. perulangan bunyi konsonan k
-tiada yang kekal kecuali Tuhan ( rangkap 3, baris 11 )

ii. perulangan bunyi konsonan m


-menderita mengerang sakit ( rangkap 2, baris 9 )

NADA
- Melankonik
Beliau sentiasa mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anaknya yang
sudah melupakan dirinya.

BENTUK SAJAK
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungitujuh
baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas
baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak tidak sama, iaitu antara dua hingga enam
patah kata dalam satu baris.
4. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan
rangkap ketiga: aabacdefdgc
6. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
NILAI
1. Nilai keinsafan.
Cth: penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
2. Nilai kasih sayang.
Cth: kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu setia
atau derhaka.
3. Nilai ketabahan
Cth: ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa
dihiraukan oleh anak-anak.

4. Nilai bertanggungjawab
Cth: sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka
agar dikurniakan keinsafan.
21

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara
dan Tuhan sahaja yang kekal.
2. Ibu bapa mesilah bersikap penyayang terhadap anak-anaksupaya kehidupan anak-anak
mendapat berkat.
3. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.
4. Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka
memperoleh keredaan ibubapa menerusi doa dan restu.

LATIHAN PEMAHAMAN
i. Bagaimanakah keadaan hidup seorang tua dalam sajak di atas? [2 markah]

ii. Pada andaian anda, apakah faktor yang menyebabkan anak-anak mengabaikan
ibu bapanya yang sudah tua? [3 markah]

iii. Analisis persoalan sajak di atas. [4 markah]

Sajak Kudup Perang ( Tuah Sujana )


RANGKAP SAJAK MAKSUD PERSOALAN NILAI PENGAJARA
N
Rangkap 1 Sementara dia bergelar panglima Penyajak Keadilan dan Keadilan Kita haruslah
laskar perang; yang terus- mengatakan kesaksamaan bersikap adil
menerus bahawa pemimpin selalu dan saksama
membajakan kezaliman sering perang yang digugat oleh supaya tidak
mengudupkan putik dendam sedang berkuasa pendustaan melakukan
kita masih perlu berterima kasih akan sentiasa kezaliman
kepada jari-jemari takdir membuat
kerana membenarkan sepasang kezaliman dan
mata menyimpan
untuk berlari dengan tangan perasaan dendam.
bergari Walau
sempat juga menadah sejambak bagaimanapun,
puisi penyajak masih
untuk sehari lagi; sambil bersyukur kerana
bertanya; berpeluang
siapakah pahlawan yang asli? menikmati
kehidupan sambil
mencari-cari
pahlawan sejati.
22

Rangkap 2 Memang kita tidak sempat Penyajak sedar Kekeliruan Rasional Kita mestilah
menjenguk bahawa kita yang dalam biajk memilih
ke luar jendela; sewaktu fajar hidup pada zaman menyanjung pemimpin
menghembus ini tidak pemimpin yang benar-
ringkik kuda, gemerincing berpeluang sebenar benar
pedang pusaka menjadi saksi berwibawa
dan darah yang tiba-tiba pertelingkahan dalam
membuak antara mereka. menerajui
di daerah angkara perciknya Perlbagai sesebuah
menumbuhkan kelopak rahsia kekeliruan tentang organisasi
dalam keliru, tertanya-tanya kita kepahlawanan
tangan mana yang memenggal sebenar
leher sang pendusta? menyebabkan
manusia tertanta-
tanya tentang
pemimpin sebenar
yang benar-benar
berkewibawaan
mencipta sejarah.
Rangkap 3 Andai namamu Tuah, kita masih Penyajak tidak Usaha untuk Keberania Kita
tidak mahu mahu menyanjung mencari n hendaklah
menyanjungnya pendekar paling tuah sebagai kebenaran berani untuk
gagah pendekar paling tentang mencari
kerana takhta setia terbina gagah kerana pahlawan jawapan yang
di istana wangsa kesetiaan tuah dan sahih agar
bukanlah penjamin kukuhnya yang tidak pengkhianat tidak
pasak saksama berbelah bahagi membuat
sesekali turut direntakan daki terhadap istana. keputusan
pendusta Oleh itu, Tuah yang salah
melekatlah selumbar sengsara tidak akan bersikap
di tiang maruah kota saksama walaupun
adanya
pendustaan
sehingga sanggup
membiarkan
kesengsaraan
berlaku di kota.
23

Rangkap 4 Andai namamu Jebat, kita masih Penyajak juga tidak keadilan
tidak menganggap Jebat
menggelarnya sebagai sebagai sebagai
pengkhianat pengkhianat
kerana kita masih menangisi kerana dia masih
peta keadilan yang tersirat nun, mengingati
karam perjuangan Jebat
di lautan kesumat mempertahankan
sedang warga memanggilnya keadilan. Namun,
keramat pengikut Jebat
telah
beranggapan baha
wa Jebatlah
pemimpin yang
sebenar.
Rangkap 5 Perang pun melecurkan lidah Penyajak Sifat Keinsafan Kita mestilah
muslihat menginsafi bahawa mementingk insaf bahawa
bercabang lalu bertemu bayu peperangan penuh an diri dalam peperangan
palsu; dengan muslihat kalangan dan
bertiup dan memindahkan dan berita palsu pemimpin perbalahan
kebenaran pada tempatnya yang tidak akan
mewarnakan keindahan pada menghapuskan Peperangan mendatangka
hodohnya kebenaran dan membawa n kebaikan
menjungkitkan amarah pada membenarkan kesengsaraan
damainya yang salah. Perang hidup Kita
teramat lara kita menjahit semula juga hendaklah
perca-perca bahagia seperti membangkitkan gigih
perawan keganasan dalam berusaha
yang dibungkamkan cinta kehidupan yang untuk
pertama. damai. Oleh itu, membina
usaha untuk kebahagiaan
membangunkan supaya hidup
negara amatlah lebih
sukar. bermakna
Rangkap 6 Sehingga senja tiba, Penyajak sedar
kita masih bertengkar bahawa sehingga
tentang siapa kini masyarakat
pahlawan sebenarnya. masih bertengkar
untuk menentukan
atau
24

pemimpin sebenar
yang benar-benar
memiliki
ketokohan untuk
menerajui
sesebuah
organisasi

Nada : Patriotik - Menggambarkan usaha penyajak yang sedang mencari keadilan antara dua
pahlawan.
Gaya Bahasa :
1. Simile seperti perawan
2. Metafora peta keadilan, putik dendam
3. Hiperbola daerah angkara, selumbar sengsara
4. Sinkof namamu
5. Inversi sesekali turut direntakan daki pendusta
PROSA TRADISIONAL
Burung Terbang Dipipiskan Lada
A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh
sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta
supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya.
Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka
dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan
keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian
sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun
Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak
berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang
Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai
perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang
lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri
Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
25

- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah
dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka
Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja
menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan
Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di
Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka
untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam
yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar
banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu
api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang
berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka
balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di
Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk
menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat
ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya
mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa
sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan
pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda
baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka
supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
26

C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan
strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan
antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan
Melaka dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia
dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi
hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari
Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan
setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi
jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat
kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:


1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan
Seri Nara diraja.
2. Sultan Muzaffar Syah:
- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
27

- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya
memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah
membunuh Cau Pandan.

E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42
tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan
gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam
hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang
persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi
bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
28

5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali
percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri
Nara Diraja dengan Paduka Raja.

G. PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.
3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan
4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan.
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita.
29

SOALAN PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun
Kudu. Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja,
menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara
Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana,


kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama
Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga
orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang
Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja
menjadi penghulu bendahari.

i. Beri maksud rangkai kata berkasih-kasihan seperti yang digunakan dalam petikan di
atas : [2 markah]
ii. Beri maksud rangkai kata sejalan sejadi seperti yang digunakan dalam petikan di
atas : [2 markah]
iii. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis? [3 markah]
iv. Mengapakah Seri Nara Diraja mencadangkan Sultan Muzaffar Syah melantik Paduka Raja
sebagai bendahara? [3 markah]
v. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang
berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat
diperlukan oleh sesebuah negara? [3 markah]
30

vi. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti
tinggi seperti bendahara Paduka Raja? [3 markah]

CERPEN
Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rashid Ahmad )
A. SINOPSIS
- Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada
penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan
cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau.
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu serta
membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.
- Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada
tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus
buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir
meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3 tahun.
- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan
kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh
Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris. Pada tahun
1943, Ahamad bekerja di bandar.
- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada
Tahun 1946, Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai
oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau sungguh
mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara penduduk di
kampung itu.
- Ahamad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta
menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam surat
khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya pada tahun 1952.
Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahamad dan ini menimbulkan prasangka
kepada orang kampungnya.
- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas
menyedarkan rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu
banglo tuan Booth dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya
menasihati Ahamad supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis. Ahamad
tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin berani
bersuara dengan lantang.
31

- Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah
datang berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan tidak
ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari Ahmad tetapi
Ahamad tidak dijumpai.
- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang
kehilangan Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera parah.
Ahamad meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat ditembak
dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung mengadakan doa tanda
kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.
- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas
itu, Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahamad. Dia
telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.
B. TEMA:
- Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan
kemerdekaan tanah air.
- Cth: - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat
agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi komunis.
C. PERSOALAN:
1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Cth: Tuan Booth bertindak membawa semua ahli
keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.
2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Cth: penduduk kampung
sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis.
3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Cth: Ahamad
sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada
penjajah serta kekejaman komunis.
4. Hubungan cinta yang sangat mendalam. Cth: Sandra amat mencintai Ahamad sehingga dia
sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
5. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat. Cth: penduduk kampung bersatu
membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.
6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Cth: pengganas menyerang
banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.
32

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.
d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada
Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka
supaya menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang
komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air
daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua partinya.
j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan
menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.
2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk
diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.
3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
33

c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan
hilang.
d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung
itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.
E. LATAR:

1. Latar Tempat:

- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas
maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.

- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5
orang dibunuh oleh komunis.

- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa
Inggeris.

- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada
penentang Jepun.

- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.

- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan
orang kampung daripada menentang mereka.

- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:

- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah
serta menggaji ratusan buruh.

- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya
menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk
kampung.

- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya
34

menuntut kemerdekaan.

- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya
untuk menyelamatkan diri.

- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia
meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan
negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya
kepada Ahamad.

3. Latar Masyarakat:

- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato
kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.

- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan
berkebun dan bersawah padi.

- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-
sama mencari Ahamad yang hilang.

- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang
pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.

- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang
getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa
termasuk Ahamad.

F. BAHASA:

1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah


2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan
35

persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:

1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu
sebelum Jepun menjajah.

2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada


penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk
kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya


menuntuk kemerdekaan negara.

5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris
daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak


angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.

7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama
mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan
menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.

H. PENGAJARAN:

1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani
bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya


supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
36

3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth
bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah
memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah
sebelun Jepun menjajah kampung itu.

SOALAN PEMAHAMAN
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri
___________________________________________________________________________
Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling
ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi
sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi
salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat
saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak
tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka
susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam.
Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran.
Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek
tenggelam punca.
(Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Mellisa oleh Zainal Rashid Ahmad dalam
antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat maghrib? [2markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki
itu ? [3markah]
(iii) Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan
cerpen. [4 markah]
37

Hipertensi
A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang aeroangkasa. Cerita dimulakan
dengan kisah Aiman Aqil berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat
penerokaan hutan.
- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori Graviti.
Kelas menjadi kecoh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor kerana dia mempunyai
daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada rakannya yang lain.
- Amran ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah
Atiqah. Di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak matematik. Aiman
juga teringat bahawa semasa di sekolah rendah, dia selalu ponteng kerana berasa bosan
apabila berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang dimilikinya.
- Disebabkan kepintarannya, di sekolah Aiman selalu menyakat rakan-rakannya yang lambat
menyelesaikan masalah dan latihan terutamanya dalam subjek matematik. Dia juga suka
merayau di dalam kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru kelasnya melaporkan perkara ini
kepada ibu bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di bahagian pinggul hingga
lebam.
- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia mengambil kesempatan untuk
berhalusinasi (berangan-angan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya usianya
bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas
kapal Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman dirotan lagi di pinggulnya.
Ibunya memprotes tindakan bapanya di dalam hati sahaja.
- Aiman semakin galak/ kerap membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan dan
berpeluang berlatih dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan
dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman juga membayangkan
dirinya berada di bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang tiada udara. Dia
membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di bulan.
- Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat. Bapanya terpaksa bersikap kasar
kepadanya dan selalu menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap
pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat rawatan intensif dan latihan
terapi.
- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia
nyata. Suara ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti dirinya serta meminta
Aiman supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.
38

- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi rawatan
intensif dan terapi. Aiman juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Dia
berdoa kepada Tuhan dan berharap hidupnya akan berubah.

B. TEMA:
- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan
seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke
bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu bapa Aiman menghantar Aiman
untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.

ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu
menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah
rendah.

iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas
menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman
kepada ibu bapanya.

iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar matematik
kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.

v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang
angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya
sahaja.

vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam
kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka
mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.
39

D. WATAK DAN PERWATAKAN:


1. Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat
dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah
walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat
menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil
Armstrong.
- suka memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah
diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka
berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.
2. Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan
rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan
menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.
3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan
Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
40

- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.

E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"

F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman
dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun
baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan
latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika
mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa
kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani
gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau
supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.

G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih
apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat
menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan
bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman
41

mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman
supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.
42

LATIHAN PEMAHMAN
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
___________________________________________________________________
Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai
penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak
itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara
yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi
perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia
faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat
bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah
barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuteraan
mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di
planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih
mendekatkan diri kepada Tuhan. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet
bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang
menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan intensif dan istimewa itu, babah;
tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.
___________________________________________________________________
i) Berikan maksud frasa diksi yang berisi seperti yang digunakan dalam petikan di
atas. [2 markah]
ii) Apakah nasihat suara ghaib kepada Aiman? [3 markah]
iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakan
Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen [3 markah]
iv) Pada pandangan anda, mengapakah Aiman berpendapat bahawa dia tidak memerlukan
latihan intensif dan terapi untuk memulihkan percakapannya yang gagap
? [4 markah]
43

Gerhana Manusia ( Aminah Mokhtar )


SINOPSIS
-Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah
hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Besar Musa yang sedang mengalami jangkitan
kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Besar Musa memerlukan
pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas
membantu Dr Juaidi dan Dr Murni di Wad ICU yang menempatkan Tuan Besar Musa. Dr Juaidi
dan Dr Murni bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.
-Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah untuk membantu
merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula
terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang
dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis
yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap
leukimia.
-Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Murni merawat semua pesakit di wad
ICU dan dipantau oleh Dr Juaidi. Dr Juaidi lebih memberi perhatian kepada Tuan Besar Musa
kerana Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Tuan Besar Musa
banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Besar Musa
juga telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia
tidak berpuas hati apabila Dr Juaidi tidak mempedulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial
berbeza.
-Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Juaidi yang menyuruhnya membawa lima pek darah
untuk merawat Tuan Besar Musa sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh
pesakit lain. Tuan Besar Musa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak
berpuas hati terhadap tindakan Dr Juaidi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr
Murni.
-Dr Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut.
Namun demikian, akhirnya Tuan Besar Musa telah meninggal dunia dan Dr Murni telah
dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa. Dr Murni sedar
bahawa setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Murni sendiri
akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang
masih memerlukan darah.
44

TEMA
Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja. Konflik antara
memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit
yang lebih berpengaruh. Profesor Dr. Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan darah kepada
Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan kewangan kepada
hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain yang sangat
memerlukan darah tersebut.

PERSOALAN
1. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit. - Dr Juaidi dan Dr Murni
bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.
2. Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat. - Tuan Besar Musa diberi
layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan juga
menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.
3. Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat. - Tuan Besar Musa, Soleha,
Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk merawat
mereka.
4. Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal. - Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis
yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.
5. Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan. - Tuan Besar Musa telah
dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.

BINAAN PLOT
Permulaan
1. Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang dalam keadaan
koma tidak memberi tindak balas terhadap rawatan walaupun sudah banyak pek darah
dimasukkan ke dalam tubuhnya.
2. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.
3. Terdapat juga beberapa orang pesakit lain yang tenat.
45

Perkembangan
1. Keadaan pesakit di wad dan usaha Nusia mendapatkan pek-pek darah daripada
juruteknik makmal darah.
2. Jururawat iaitu Nusia mempertikaikan perkara itu kerana menganggap satu pembaziran
sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah.
3. Dr Murni menenangkan Nusia dan mengatakan bahawa itu merupakan arahan Profesor
Dr Juaidi.

Perumitan
1. Nusia memberitahu Profesor Dr Juaidi tentang keadaan pesakit lain yang juga
memerlukan darah tetapi Profesor Dr Juaidi tetap mahu Tuan Besar Musa diberi keutamaan.
2. Nusia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Dr Murni. Dia belas apabila melihat
keadaan pesakit yang terlantar tetapi tidak diberikan perhatian, seolah-olah nilai kemanusiaan
sudah tidak ada lagi.
3. Pihak hospital terlalu memandang ganjaran dan menjadikan perkhidmatan perubatan
bagaikan satu perniagaan.
4. Dr Murni cuba menenangkan Nusia kerana mereka hanyalah golongan minoriti dan tidak
mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.

Klimaks
1. Nusia bertindak nekad dengan pergi ke bank darah dan mendesak juruteknik makmal
melepaskan baki bekalan darah yang ada. Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Dr Juaidi
yang marah dengan tindakannya itu.
2. Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Dr Juaidi mempersoalkan
kehilangan lima pek darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa.
Peleraian
1. Dr Murni melepaskan jawatan serta-merta.
2. Profesor Dr Juaidi terkejut dengan tindakan Dr Murni.
3. Dr Murni menarik tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah untuk menderma
darah.
4. Dia berharap agar bekalan darah dapat membantu pesakit-pesakit lain.
46

TEKNIK PLOT
1. Teknik Pemerian - pengarang menggambarkan keadaan Tuan Besar Musa ketika
dirawat.
2. Teknik dialog - perbualan antara Nusia dan Dr Murni tentang Tuan Besar Musa yang
sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat.
3. Teknik monolog - Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah
yang diperlukan daripada hospital lain.
4. Teknik saspens - pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah apabila tekanan
darahnya semakin menurun.
5. Teknik kejutan - Nusia dan Profesor Dr Juaidi terkejut apabila Dr Murni meletakkan
jawatannya serta-merta.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama Nusia
1. Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.
2. Dia seorang yang akur akan perintah ketua. Nusia mengikut arahan Profesor Dr Juaidi
supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap
kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab. Dia berusaha memberikan khidmat kepada
pesakit-pesakitnya dengan penuh tanggungjawab.
5. Dia seorang yang sangat bersimpati. Nusia menitiskan air mata melihat penderitaan yang
dialami oleh Solehah.
6. Dia seorang yang berhati mulia. Nusia dan Dr Murni bersama-sama ke bank darah untuk
menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital itu.
47

Watak Sampingan
Doktor Murni
1. Seorang pegawai perubatan muda si sebuah hospital.
2. Bertugas merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya, Dr Murni memaklumkan
kepada Dr Juaidi mengenai bekalan darah yang telah kehabisan stok.
4. Seorang yang tenang ketika merawat pesakit. Dr Murni menasihati Nusia agar tidak
terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa.
5. Seorang yang berpendirian tegas. Dr Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya
tanpa sebarang syarat.
6. Seorang yang rasional dalam tindakannya. Dr Murni menyerahkan surat peletakan
jawatannya kerana hilang keyakinan terhadap hospital tersebut.
Profesor Doktor Juaidi
1. Seorang pegawai perubatan senior di hospital.
2. Ketua jabatan kepada Dr Murni dan Nusia.
3. Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Dr Juaidi
berusaha menyelamatkan Tuan Besar Musa sehingga mengabaikan pesakit-pesakit lain supaya
tidak kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
4. Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Dr Juaidi meminta Dr Murni
menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah yang kehabisan stok.
5. Dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia meminta Nusia
menggunaan gelafundin bagi menggantikan darah tulen untuk dimasukkan ke dalam tubuh
Solehah.
Tuan Besar Musa
1. Seorang ahli korporat dan teknokrat yang berjaya.
2. Seorang dermawan.
3. Mempunyai seorang isteri jelita yang tidak setia.
4. Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.
5. Seorang pesakit yang sedang koma dan akhirnya meninggal dunia.
6. Dia menjadi penyumbang utama dana kelab elit hospital.
48

LATAR
Latar Masa
1. Dua jam tempoh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
2. Zaman moden kewujudan hospital yang dilengkapi perlatan moden.
3. Waktu siang Nusia memaklumkan kepada Dr Murni bahawa bekalan darah di bank
darah sudah kehabisan stok.
Latar Tempat
1. Wad unit rawatan rapi tempat Tuan Besar Musa ditempatkan.
2. Makmal darah Nusia mendapatkan lima pek darah untuk pesakit-pesakit yang tenat.
3. Wad terbuka tempat pesakit-pesakit biasa dirawat seperti Hafiz.
Latar Masyarakat
1. Golongan masyarakat doktor dan jururawat Profesor Dr Juaidi, Dr Murni dan Nusia
bertugas merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital.
2. Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Dr Murni dan Nusia
merawat pesakit dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat.
3. Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan . Profesor Dr Juaidi
mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit
hodpital itu.
4. Masyarakat yang bersikap pilih kasih. Profesor Dr Juaidi bersikap pilih kasih kerana tidak
memberikan perhatian dan rawatan yang sama rata kepada para pesakit di Unit Rawatan Rapi.
5. Masyarakat yang prihatin. Nusia amat prihatin akan nyawa pesakit-pesakit yang
memerlukan darah.
6. Masyarakat yang suka minum minuman keras. Tuan Besar Musa suka menikmati
minuman keras sehingga memudaratkan dirinya.
49

GAYA BAHASA
1. Istilah perubatan virus, alveolos, prognosis;leukemia, gelafundin, platelet, plasma,
dopamin.
2. Metafora - tapak muslihat.
3. Personifikasi cuppingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, renungan mata Doktor
Murni menikam anak mataku.
4. Anafora - Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih.
5. Repitasi - Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya,50 pek darah juga
yang keluar.
6. Sinkope - kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?

NILAI
1. Dedikasi Dr Murni dan Nusia dedikasi terhadap tugas sebagai pengamal perubatan.
2. Belas ihsan Nusia berasa sangat kasihan terhadap nasib pesakit yang berada dalam
keadaan koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Keprihatinan Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal dan
memerlukan darah.
4. Ketegasan Nusia dan Dr Murni tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor Dr Juaidi
dalam hal merawat pesakit kerana arahan tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak
berperikemanusiaan.
5. Keberanian Nusia berani mengambil bekalan darah yang dikhususkan untuk Tuan Besar
Musa demi menyelamatkan pesakit yang lain.
6. Bertanggungjawab Nusia dan Dr Murni merawat pesakit yang koma dan kritikal di wad
dengan penuh rasa tanggungjawab.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertindak secara adil dalam menjalankan rawatan terhadap pesakit.
2. Kita hendaklah bersepakat dalam membuat keputusan agar menghasilkan yang terbaik.
3. Kita haruslah mengutamakan nyawa yang memerlukan rawatan segera.
50

LATIHAN PEMAHAMAN
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan meggunakan ayat sendiri.
Nusia!
Aku cepat-cepat beredar. Suara doctor murni melantun ke dinding pejal wad unit rawatan rapi.
Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovary, juga sedang koma. Al-hafiz masih
terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak
pernah pun dijenguk professor doctor juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gaids malang yang dibelasah hingga
tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukeia yang semakin cair sel dara merah di tubuhnya
itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, solehah. Titis air mataku
gugur di hujung jari solehah. engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja tetapi tidak
diberikan. Tuan besar musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu, sebak menyendat di dadanya.
i. Siapakah yang memerukan darah di hospital itu?
Solehah yang pundi janinnya pecah di ovary, al-hafiz yang tulang selangkanya patahriuk, bayi
buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang dibelasah sehingga tinggal nyawa-
nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin mencair sel darah merah di tubuhnya
memerlukan darah dengan segera.
ii. Bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk rakyat Malaysia menderma darah
untuk kegunaan pesakit di hospital?
Pihak kerajaan perlu mngadakan kempen menderma yang dapat memberi kesedaran kepada
rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu melengkapkan hospital dan pusat menderma darah
dengan kemudahan yang sewajarnya. Pihak kerajaan juga perlu menyebarkan amalan
menderma darah melalui media massa yang semakin meluas.
iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yang
terdapat dalam cerpen ini.
Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai belas kasihan. Contohnya, nusia berasa
kesian kepada pesakit yang tidak dapat bekalan darah akibat kekosongan bekalan hospital tu.
Dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan ditanggung oleh solehah. Nilai lain yang
terdapat dalam novel di atas ialah nilai keberanian. Misalnya, nusia berani menanggung risiko
berhubung dengan tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan
lima pek darah sejuk kepadanya.
51

DRAMA
Bukan Gila ( Shariff Syaary )
TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihidapi

PERISTIWA PERSOALAN PERWATAKAN LATAR NILAI PENGAJARAN


MASYARA
KAT

Azmir yang menghidap Ketabahan seorang Seorang yang Masyarak ketabahan Kita hendaklah
penyakit barah otak melawan pesakit melawan tabah at yang tabah
penyakitnya itu bersendirian penyakit tabah menghadapi
tanpa ibu dan ayahnya dugaan hidup
mengetahui tentang
penyakitnya

Azmir berterima kasih kepada Penghargaan Seorang yang Masyarak Mengenang Kita hendaklah
ayah dan ibunya yang telah seorang anak menghargaijasa at yang jasa mengenang
melahirkan dan terhadap ibu mengharg jasa orang lain
bertanggun
membesarkannya. bapanya ai jasa
gjawab

Azmir mengucapkan terima Penghargaan Seorang yang Masyarak Mengenang Kita hendaklah
kasih kepada petani, nelayan terhadap insan yang menghargai jasa at yang jasa mengenang
dan buruh perkasa yang telah berjasa mengharg jasa orang lain
membangunkan ai jasa
rakyatdan negara.

Azmir amat setia mencintai Ani Kesetiaan seseorang Seorang yang Masyarak Kesetiaan Kita
tetapi Ani telah terhadap kekasih at yang hendaklah seti
setia
meninggalkannya sewaktu setia a kepada
Azmir berhadapan dengan sakit seseorang
barah otak

Azmir mempertikaikan sikap Prihatin terhadap Seorang yang p Masyarak Mengambil Kita
Pak haji yang sepatutnya masyarakat yang rihatin at yang berat hendaklah pri
prihatin terhadap penderitaan menghadapi prihatin hatin terhadap
yang dilaluinya dan orang yang masalah masalah orang
senasib dengannya lain
52

PLOT
Permulaan
- Watak Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan sentiasa
berada dalam khayalan.
Perkembangan
- Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana
Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal tentang kehadiran bapanya yang menziarahinya di
wad. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke situ.
Seterusnya, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji yang melawatnya di wad. Dia bertengkar
dengan Pak Haji tentang Azmir yang menukar namanya kepada nama orang putih. Azmir
berkhayal lagi tentang Ani yang muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cinta
akannya. Azmi rmempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
- Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doctor membenarkannya bersiar-siar di luar. Azmir
mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.Akhirnya, dia tiba di lokasi penggambaran
drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang kekuasaan. Akhirnya Azmi
rmemberikan pendapat bahawa system prorakyat yang menentukan kekuasaan bukan wang
atauf ikiran.
- Ketikaini, kepala Azmir berasa sangat sakit. Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul.
Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak
tertanggung.
Klimaks
- Azmir menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia menderita sakit sehingga tidak
terucap dengan kata-kata.
- Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif dan rakan-rakannya
memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar. Mereka meminta ibu bapa
Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih
kasih sayang kepada Azmir.
Peleraian
- Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika itu dia lemah dan jatuh
tersungkur.
- Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad.
Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.
53

TEKNIK PLOT
1. Dialog
Contoh: 1. Dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran
kekasihnya.
2. Semasa Azmir melakonkan watak Hamba dan Tuan Hamba
2. Monolog
Contoh: 1. Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
3. Imbas Kembali
Contoh: 1. Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
4. Pemerian
Contoh: 1. Pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.

GAYA BAHASA
1. Perulangan
Contoh: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia berada di
bawahku. Kuasa mencipta kuasa.
2. Sinkope
Contoh: Abang dah tak sanggup lagi..
3. Simile
Contoh: Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua
4. Simpulan Bahasa
Contoh: gila-gila bahasa, berbesar hati, minta diri
5. Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah
6. Bahasa Inggeris
Contoh: realistik, sensitif, realiti, horizon
54

LATIHAN PEMAHAMAN
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
______________________________________________________________________________
ARIF: Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu tajuk drama
kita. Sasau membawa maksud setengah gila. Maksudnya, bukan gila sepenuhnya.

PELAKON I: Bolehkah kegilaan diukur macam tu? Setahu saya belum ada mesin
yang dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang.

ARIF: Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang dimaksudkan dengan
setengah gila itu ialah seseorang itu masih siuman. Cuma perlakuannya saja seperti orang
gila. Biasa dengar tak orang sebut, gila-gila bahasa? (Para pelakon mengangguk beramai-
ramai). Jadi, drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita semua, maksud
saya semua manusia. Manusia pada dasarnya mempunyai sedikit sebanyak watak gila dalam
diri mereka. Maka, kita janganlah hendaknya cepat mengatakan seseorang itu gila, sedangkan
dalam diri kita masing-masing terdapat unsur-unsur kegilaan itu. Baiklah, kita mulakan
sekarang.

(Dipetik daripada drama Bukan Gila oleh Sharif Shaary , Dalam antologi Sejadah
Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.
______________________________________________________________________________
a) Berikan maksud gila-gila bahasa. [2markah]
b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu boleh menjadi gila? [3 markah]
c) Huraikan nilai yang terkandung dalam drama tersebut [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai