Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Kartelisasi merupakan istilah yang jarang-jarang didengari dalam ilmu sains

politik tetapi kewujudan istilah tersebut mempunyai hubung kait dalam perkembangan

ilmu sains politik. Kajian berkaitan kartel diperkenalkan melalui penulisan Katz & Mair

(1995) yang memberi penjelasan tentang pergantungan yang rapat antara parti-parti

politik dan kerajaan dan pergantungan ini menggalakkan parti-parti politik untuk

membentuk pakatan yang sulit dalam kerajaan diasaskan untuk tujuan memanfaatkan

sumber-sumber kerajaan untuk memastikan keberlangsungan survival parti-parti

tersebut. Kajian Katz & Mair menggambarkan kartelisasi parti politik yang berlaku di

negara-negara Eropah era perkembangan politik di sana.

Kajian ini menggambarkan kewujudan parti kartel di Indonesia setelah tamatnya

zaman reformasi bermula 1998 setelah kejatuhan Suharto. Sejarah Indonesia

mempunyai variasi pengaruh parti politik dari era Sukarna yang membawa demokrasi

terpimpin hinggalah Suharto yang membawa reformasi dalam politik Indonesia. Setelah

tamatnya era reformasi maka perkembangan kewujudan parti politik berkembang

dengan pesat dan tanpa kawalan hingga mewujudkan pelbagai ideologi parti politik

seperti ideologi berasaskan agama, sekularisme, pluralism, nasionalisme dan

perjuangan kedaerahan. Walaubagaimanapun setelah tamatnya reformasi peranan

parti-parti politik di Indonesia lebih kelihatan semu atau kurang bersaing sesama sendiri

yang kurang mewujudkan persaingan tetapi mewujudkan kartel parti politik melalui

kerjasama yang erat. Kajian ini akan menjelaskan faktor perkembangan dan kesan

kepada negara akibat penularan budaya kartel parti politik Indonesia

1
2.0 Sistem Parti Politik

Parti politik merupakan keperluan dalam institusi politik bercirikan demokrasi.

Parti politik dalam kerangka moden memberi maksud sebagai suatu kelompok yang

melantik calon-calon dalam jabatan awam untuk dipilih oleh rakyat sehingga dapat

mengawal dan mempengaruhi tindakan-tindakan pemerintah. 1 Parti politik boleh

dibahagikan 3 jenis munurut Katz & Mair iaitu parti kader,massa dan tangkap semua

(catch-all-party) manakala mengikut Ichlasul Amal 2,ia ditambah dengan dua jenis parti

dalam penulisannya iaitu parti dictator dan Parti Proto. Selain 5 kategori parti jenis baru

muncul pada era 1990 yang dikenali sebagai parti kartel yang membuka lembaran baru

dalam perkembangan jenis-jenis parti politik. Selain itu,parti politik juga terbahagi

kepada beberapa sistem iaitu sistem parti tunggal yang mewujudkan hanya satu parti

politik,sistem dwi parti yang membawa perwakilan dua parti yang menang secara undi

besar,dan yang ketiga adalah parti multi parti yang mewakili pelbagai parti dan tidak

ada parti yang dominan.

Indonesia mengamalkan sistem multi parti disebabkan oleh faktor kewujudan

kepelbagaian masyarakat. Sistem kepelbagaian parti mempengaruhi pola perjalanan

politik di Indonesia. Walaubagaimanapun pada waktu reformasi, Suharto telah

menghadkan kewujudan parti politik kepada 3 jenis sahaja atas konflik kepelbagaian

parti politik yang sukar untuk diurus. Hal ini berkekalan sehingga 1998, setelah

1 Dr.Ichlasul Amal, teori-teori partai politik

2 Ibid xii

2
kejatuhan regim Suharto maka liberalisasi parti politik berjalan dengan lancar dan

mewujudkan semula kewujudan pelbagai parti di Indonesia.

3. Sejarah perkembangan parti Kartel di Indonesia

Politik di Indonesia pada era 1950-an sewaktu order lama berkisar berkaitan isu-

isu keagamaan dan perkara berkaitan kedaerahan. Persaingan keagamaan lebih fokus

kepada penubuhan negara sekular atau negara islam manakala dari sudut kedaerahan

lebih fokus kepada politik nasional ataupun serantau. Sewaktu timbul era 1970-an

sewaktu order baru perjuangan parti berubah kepada perjuangan permodenan,

perindustrian mendorong kepada kewujudan sistem kelas di Indonesia dan membawa

kepada kepada kelahiran kelas kapitalis dan kelas pekerja. Walaubagaimanapun pada

waktu pemerintahan Suharto di era order baru kebebasan berpolitik tidak wujud dan

pemerintahan autokrasi berleluasa pada waktu tersebut. Perkembangan parti politik

disekat supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Setelah tamatnya era order pada

1998 membawa kepada era politik baru di demokrasi dengan kehadiran ruangan-

ruangan berpolitik dan seterusnya melahirkan pelbagai parti politik setelah tamatnya era

reformasi.

Kehadiran pelbagai parti politik selepas era tamatnya reformasi masih berkisar

berkenaan Islam dan sekluar. Walaubagaimanapun suatu perkara yang luar biasa yang

berlaku dalam parti politik Indonesia adalah, sewaktu pilihanraya kesemua parti

bersaing dengan sengit seolah-olah berlaku pergeseran ideologi yang luar biasa.

Manakala setelah tamat pilihanraya parti-parti tersebut membelakangkan isu

perjunagan ideology, dan membentuk kartel dalam kerajaan dengan cara mendapatkan

3
jawatan-jawatan dalam pentadbiran negara. Hal ini membawa kepada kurang

persaingan dalam kalangan pihak pemerintah dan pembangkang dalam negara

disebabkan oleh kedua-dua pihak berpakat untuk membolot harta negara. Mengikut

pandangan Katz & Mair, negara merupakan sumber kewangan bagi parti politik. Hal ini

kerana negara mempunyai projek-projek yang boleh dijadikan sumber pendapatan

untuk keberlangsungan parti-parti politik tersebut. Ia terjadi di Indonesia disebabkan

oleh setelah tamatnya zaman reformasi,perkembangan ekonomi mula bertapak dengan

kukuh di Indonesia. Hal ini memberi peluang kepada parti-parti politik terlibat sama

untuk wujudkan perkartelan demi survival parti politik. Selain itu Katz dan Mair (1995)

dan Hopkin (2004) juga menyatakan mengenai pergantungan parti politik terhadap

dana negara telah mengubah perilaku parti politik daripada parti yang bersaing kepada

parti yang lebih jinak dengan pemerintah. Hal ini akhirnya membawa kepada parti politik

makin menjauhkan diri daripada masyarakat dan semakin mendekatkan diri kepada

negara untuk mendapatkan sumber kewangan negara bagi mereka. 3

Slater (2004) berpandangan parti politik yang gagal menjalankan pengawasan dan

pengimbangan kuasa di peringkat pemerintahan akan membawa kepada kurang

persaingan antara parti. Hal ini membuka peluang kepada parti kartel mampu merebut

rente ekonomi yang dimiliki para menteri melalui kawalan keatas kabinet dan negara. 4

Mengikut pandangan Katz & Mair perkartelan berlaku di peringkat parti politik,ia

merujuk kepada fenomena perkartelan di negara-negara Eropah yang mempunyai

3 SISTEM KEPARTIAN DI INDONESIA PASCA ORDE BARU: PERSAINGAN ATAU


PERKARTELAN? 156

4 Parti kartel 6

4
susur galur politik yang berbeza bending di Indonesia. Di Indonesia, perkartelan

menguasai peringkat sistem seperti pilihan raya, parlimen, kerajaan dan lain-lain lagi. 5

Golongan elit parti kartel juga mempunyai kawalan yang kuat dalam sebahagaian besar

sistem kerajaan seperti badan kehakiman dan agensi keselamatan negara.

Penguasaan golongan elit parti kartel dalam sistem kerajaan memudahkan golongan

elit yang terlibat dalam kes rasuah terlepas dari hukuman atau mendapat hukuman

yang ringan. Golongan elit politik kartel juga dapat melarikan diri dari undang-undang

atau hukuman kerana kekebalan dalam sistem negara melalui politik wang. 6 Hal ini

membawa kepada kitaran penguasaan golongan elit politik dalam pentadbiran negara

secara berterusan tanpa menghadapi apa-apa masalah dari parti pembangkang atau

rakyat sendiri kerana ia berlaku dalam keadaan rahsia dan sukar untuk dikesan. Parti

pembangkang kehilangan keupayaan untuk mendedahkan skandal penyalahgunaan

kuasa pihak pemerintah kerana bersekongkol sekali dalam membolot harta negara.

4.0 Perkartelan Dalam Sistem Kepartian Di Indonesia

Kajian seterusnya akan memfokus kepada beberapa isu yang membuktikan parti politik

di Indonsia terlibat dalam kartel dalam parti politik. Kemunculan parti kartel pertama di

Indonesia muncul apabila pakatan sulit yang dibentuk oleh Amien Rais dan seluruh parti

dalam Majliss Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Parti Kebangkitan Bangsa (MPR)

secara bersama telah menggulingkan Presiden Gus Dur. Kejadian ini dikatakan sebagai
5 SISTEM KEPARTIAN DI INDONESIA PASCA ORDE BARU: PERSAINGAN ATAU
PERKARTELAN 157

6 CARTEL PARTY: AN ANALYSIS STUDY 273

5
parti kartel apabila ketidak puasan terhadap Gus Dur dianggap ancaman terhadap

survival parti-parti politik ketika itu. Kejayaan MPR bukan sahaja menjatuhkan Gus Dur

tetapi telah berjaya menaikkan Megawati sebagai presiden kemudian parti-parti

tersebut telah menduduki kedudukan jawatan yang strategik dalam institusi kerajaan.

Walaupun kepimpinan Megawati dikatakan lemah dan menghadapi pelbagai skandal

seperti kes kapal tangki VLCC membawa kepada penghilangan dana bermilion tetapi

tidak pernah PBK mendedahkan isu berkaitan ini. Hal ini kerana PBK telah dikuasai

kuasa-kuasa elitit kartel untuk menutup isu ini. Bukan BPK sahaja yang dikawal oleh

kartel tetapi institusi undang-undang terutama badan kehakiman dikuasai oleh parti

kartel.7

Kes kedua yang membuktikan kewujudan perkartelan dalam parti politik

Indonesia adalah kes DKP yang melibatkan skandal kewangan membabitkan seorang

mantan menteri,beberapa pegawai kerajaan,ahli politik dan parti, pelbagai kumpulan

sosiopolitik. Dalam kes ini Dr. Ir. Rokhmin Damhuri didakwa menyalahgunakan dana

dengan cara menyimpan dalam akaun peribadai dan mengagihkan dana tersebut

dengan tujuan politik,sosial dan peribadi. Apabila timbul isu ni, setiausaha DKP iaitu

Andlin Toryoto Jaya ditahan atas tuduhan salah guna wang subsidi jabatan.

Seterusnya atas kenyataan setiausaha DKP, Rokhman turut ditahan kerana

penyelewengan atas arahanya. Hasil siasatan mendapati bahawa dana-dana yang

diselewengkan disalurkan kepada parti-parti politik dan termasuk DPR sendiri

menerimanya.

7 Yeni Sri Lestari, CARTEL PARTY: AN ANALYSIS STUDY 275

6
Kes ini membuktikan bahawa menteri terlibat secara langsung dalam

penyelewengan dana jabatan kerajaan,selain itu dana tersebut juga diagihkan secara

berleluasa supaya semua parti mendapat menfaat daripada hasil penyelewengan. Kes

ini pada peringkat awal sukar untuk dirungkaikan atas sebab pihak mahkamah

dipengaruhi oleh golongan kartel parti politik yang mengawal sistem. Atas pengakuhan

menteri, baru isu ini terdedah untuk pihak awam.

Kes kedua yang melibatkan penyelewengan membuktikan kewujudan kartel

dalam parti politik adalah kes Bulggate 1 dan 2. Terdapat dua skandal yang hebat

berlaku di Indonesia antara 2000-2004 iaitu skandal penyalahgunaan dana Bulog oleh

presiden Gus Dur dan skandal penyalahgunaan dana Bulog oleh ketua umum parti

Golkar Dr Akhbar Tandjung menjadi bukti contoh bukti pengkartelan di Indonesia.

Selepas dibongkar,terbukti Gus Dur terlibat dalam skandal penyalahgunaan 35 Million

rupiah dana Bulog. Kemudian Parti Golkar juga dituduh guna 90 million dana Bulog dan

muncul isu Buloggate yang kedua. Skandal Bulog 2 muncul apabila Dr Akhbar

menyatakan bahawa wang itu digunakan untuk tujuan penggunaan sosial. Dr akhbar

terselamat dari tuduhan walaupun secara umumnya semua pihak mengetahui Dr

Akhabr bersalah. Hal ini kerana 2 orang Kambing hitam telah menyelamatkan Akhbar

iaitu Simatipans iaitu ketua yayasan pengaman sosial dan Rahadi selaku ketua Bulog.

Parti PDI-P kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan parti Golkar kerana takut

terdedah segala politik wang dibuat secara bersama.

Isu seterusnya adalah kes Bank Bali menjadi bukti perkartelan dan cara parti

politik memperoleh keuntungan dengan menjalankan fungsi sebagai broker politik dan

hasilkan dana yang besar. Bank bali menjadi bank yang perlukan suntikan modal untuk

7
memenuhi kadar kelayakan modal minimum. Standard charted Bank yang hampir-

hampir memberi suntikan modal menarik diri kerana mendapati aset bank Bali bernilai

jutaan dollar AS hilang. Setelah disiasat, didapati bahawa Bank Indonesia membiayai

904 million rupiah pada hari yang sama kepada Djoko Tjandra dan beberapa pihak lain.

Turut disumbang kepada parti Golkar untuk memenangi pilihanraya. Tujuan dana untuk

bermacam-macam antaranya adalah membiayai pilihanraya, survival parti dan lain-lain

lagi. Maka untuk mengelakkan rasuah terbongkar parti politik yang dapat dana akan

agihkan duit kepada parti-parti lain. Jadi parti lain tidak akan bongkar perkara ini. Hal

ini menunjukkan penyalahgunaan dana berlaku secara kolektif antara parti supaya

masing-masing takut untuk mendedahkan penyalahgunaan kerana turut serta dalam

penyelewengan yang terjadi. Perkara ini menunjukkan perkartelan berlaku dalam

pelbagai cara setelah tamatnya era reformasi.

Kesan kewujudan Parti Kartel

Kesan pertama daripada aktiviti perkartelan adalah perkembangan dan

pembudayaan amalan rasuah berleluasa di negara. Rose-Ackerman(1999), Manzetti &

Wilson (2007) mentakrifkan bahawa rasuah merupakan penyalahgunaan sumber-

sumber negara untuk mengekalkan dan mengembangkan kuasa politik oleh pemegang

jawatan dalam jabatan kerajaan. Pembuktian penglibatan golongan elit politik seperti

ahli-ahli lembaga, menteri ,ahli parlimen menunjukkan kewujudan amalan politik secara

berleluasa. Parti politik yang terlibat berusaha untuk mendapatkan dana untuk kempen

pilihan raya dan sebagainya. Hal ini akan memberi impak besar kepada pembangunan

8
negara. Budaya rasuah juga akan mematikan sistem keadilan dengan cara berjual beli

pegawai-pegawai atasan. Golongan-golongan kartel elit terlepas dari hukuman undang-

undang ,sebagai contohnya Megawati terlepas daripada hukuman penyalahgunaan

dana kapal tangki PT.Partamina dan kehilangan saham Indosat.

Kesan kedua adalah kehilangan peranan parti politik dalam mewujudkan persaingan

dalam pemerintahan supaya mewujudkan check and balance dan persaingan yang

baik. Hal ini kerana perkartelan membawa kepada kerjasama antara parti politik dalam

berkongsi dana negara secara terancang melalui jawatan-jawatan tertinggi supaya

dapat mengawal aliran kewangan negara. Pada asasnya kerjasama parti poltik adalah

perkara yang baik, tetapi apabila kerjasama yang wujud tidak membawa kepada

persaingan tetapi membawa kepada kartel dalam parti perkara ini mengkhianati hasrat

masyarakat. Hal ini kerana secara dasarnya parti politik berjuang atas kapasiti ideologi

berbeza, tetapi parti kartel hanya berjuang menegakkan ideologi sewaktu

pilihanraya,setelah tamatnya pilihanraya,masing-masing membina pakatan rahsia untuk

berkongsi jawatan. Hal ini menandakan berlakunya pengkhianatan terhadap hasrat

rakyat dalam membawa perubahan kepada negara.

Kesan terakhir adalah perkartelan membawa kepada kurang pergantungan ahli

politik kepada rakyat tetapi bergantung kepada negara. Perkara ini terjadi kerana

negara mempunyai dana kewangan yang banyak dan hal ini membawa kepada ahli

politik semakin menjauhkan diri daripada masyarakat dalam memberi perkhidmatan .

perkara ini secara tidak langsung telah menidakkan peranan parti politik yang menjadi

9
perwakilan rakyat untuk melaksanakan hasrat rakyat. Apabila perkara sebegini

berterusan ia akan membawa kepada kematian terhadap demokrasi kerana demokrasi

membawa kepada persaingan dalam memilih wakil rakyat yang berdaya saing.

Kewujudan persaingan antara parti akan meningkatkan tahap demokrsi manakala

perkartelan membawa kepada parti tidak berdaya saing tetapi bergantung pada dana

negara semata-mata.

Kesimpulan

Perkartelan parti politik di Indonesia berbeza keadaan dengan negara-negara

Eropah kerana di Eropah perkartelan hanya berlaku dalam parti politik, tetapi di

Indonesia perkartelan parti politik dalam sistem negara berakar umbi untuk

mengukuhkan pengaruh parti politik secara mendasar. Hal ini boleh dilihat apabila

badan perundangan boleh dimanipulasi oleh pihak kartel demi keberlangsungan

survival politik mereka. Selain badan kerajaan seperti badan rasuah juga dipengaruhi

dengan mudah oleh parti-parti politik supaya terlepas daripada hukuman.

Perkartelan menunjukkan bahawa kepentingan sumber kewangan merupakan

alasan utama parti-parti politik sanggup berkompromi perkara berkaitan perjuangan dan

ideologi. Kepentingan kolektif ini membawa kepada mereka memegang jawatan

menteri dan jawatan ketua di DPR sebagai jalan untuk mendapatkan keuntungan. Hal

ini membawa kepada kematian nyawa demokrasi apabila parti politik tidak mewakili

rakyat tetapi semata-mata untuk dana kewangan. Kehilangan peranan parti politik

pastinya akan membantutkan perkembangan negara Indonesia.

10

Anda mungkin juga menyukai

  • Iklan Jawatan Gred n41
    Iklan Jawatan Gred n41
    Dokumen2 halaman
    Iklan Jawatan Gred n41
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • 626 1483 1 SM PDF
    626 1483 1 SM PDF
    Dokumen10 halaman
    626 1483 1 SM PDF
    Anonymous zXQnNfFShi
    Belum ada peringkat
  • BAB2
    BAB2
    Dokumen26 halaman
    BAB2
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Kajian Rujukam
    Kajian Rujukam
    Dokumen51 halaman
    Kajian Rujukam
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Cober
    Cober
    Dokumen2 halaman
    Cober
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Surat Rayuan JPN
    Surat Rayuan JPN
    Dokumen1 halaman
    Surat Rayuan JPN
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • HSM
    HSM
    Dokumen2 halaman
    HSM
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Surat Rayuan
    Surat Rayuan
    Dokumen2 halaman
    Surat Rayuan
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Kasus 3
    Kasus 3
    Dokumen4 halaman
    Kasus 3
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Peristiwa 13 Mei 1961
    Peristiwa 13 Mei 1961
    Dokumen18 halaman
    Peristiwa 13 Mei 1961
    Normala Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Peristiwa 13 Mei 1961
    Peristiwa 13 Mei 1961
    Dokumen18 halaman
    Peristiwa 13 Mei 1961
    Normala Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Persediaan Mengajar Harian Sejarah: Rujukan Murid: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
    Persediaan Mengajar Harian Sejarah: Rujukan Murid: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
    Dokumen4 halaman
    Persediaan Mengajar Harian Sejarah: Rujukan Murid: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Tulis Surat Tidak Rasmi Kepada Ibu
    Tulis Surat Tidak Rasmi Kepada Ibu
    Dokumen1 halaman
    Tulis Surat Tidak Rasmi Kepada Ibu
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • COVER
    COVER
    Dokumen1 halaman
    COVER
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • COVER
    COVER
    Dokumen1 halaman
    COVER
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Print 1
    Print 1
    Dokumen7 halaman
    Print 1
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Print 1
    Print 1
    Dokumen7 halaman
    Print 1
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • 7 17 2bab7
    7 17 2bab7
    Dokumen26 halaman
    7 17 2bab7
    Matt Abdullah Matt
    Belum ada peringkat
  • Ict 2
    Ict 2
    Dokumen12 halaman
    Ict 2
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Ict 2
    Ict 2
    Dokumen12 halaman
    Ict 2
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Surat Rayuan
    Surat Rayuan
    Dokumen2 halaman
    Surat Rayuan
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat
  • Print 1
    Print 1
    Dokumen7 halaman
    Print 1
    Kavita Doraisamy Gold Installment
    Belum ada peringkat