Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Dalam tugasan 2, saya dikehendaki membuat huraian tentang satu tajuk yang saya rasakan
amat penting dalam pembentukan peribadi pelajar yang mulia. Saya perlu pilih 1 dari 6 tajuk
dari Pendidikan Moral (GPM 1083) mengikut proforma. Tajuk yang saya pilih ialah insan
moral.

Insan Moral

sifat-sifat insan
Dimensi moral
moral

penaakulan perasaan perlakuan prinsip prinsip prinsip


moral moral moral autonomi keadilan altruisme

Rajah 1 menunjukkan suptopik yang terkandung dalam insan moral

Tajuk insan moral ini dibahagi kepada dua iaitu, dimensi moral dan sifat-sifat insan
moral. Kedua-dua subtopik ini amat penting kerana suptopik ini yang menjadi pedoman
kepada seseorang dalam pergaulan seharian. Subtopik memberi petunjuk kepada
masyarakat supaya berkelakuan baik. Subtopik ini juga menghuraikan tentang sifat-sifat
perlu yang ada pada setiap individu untuk hidup bermoral. Selepas mempelajari topik ini,
saya mengamalkan prinsip-prinsip ini untuk hidup yang aman dan damai. Saya berhasrat
untuk mengamalkan prinsip-prinsip ini sepanjang umur saya dan menyedarkan orang lain
tentang kebaikan mengamalkan prinsip-prinsip ini. Saya juga memastikan orang disekiling
saya mengamalkan prinsip ini.
2.1 Definisi Insan Moral

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai sifat sifat moral. Sehubungan dengan
itu, berikut adalah pendapat beberapa tokoh tentang insan yang bermoral. Ewing (1990)
menyatakan bahawa insan bermoral merupakan individu yang mempunyai perasaan moral
yang bersifat altruistik, bertimbang rasa, belas kasihan, murah hati, dan juga mempunyai
sifat sifat yang berkaitan dengan sifat kepedulian. Selain itu, Abdul Rahman Aroff (1986)
berpendapat bahawa insan moral hanya menerima nilai nilai murni, dan peraturan
masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar.
Seterusnya, Lickona (1991) menyatakan bahaw insan yang moral memiliki beberapa sifat
seperti mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan, dan melakukan kebaikan.

Secara umunya, insan bermoral merupakan insan yang mempunyai tingkah laku yang
baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Dalam hal ini, seseorang insan yang
bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan
nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

2.2 Dimensi Moral

Konsep etika moral boleh difahami berdasarkan dimensi moral. Konsep etika ini terbahagi
kepada tiga dimensi iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINDAKAN MORAL

Gambar 1 menunjukkan pembahagian dimensi moral


Dimensi moral ini sangat penting bagi diri seseorang individu. Ketiga tiga dimensi ini
adalah penting untuk membolehkan seseorang individu mencapai tahap kematangan moral.
Dimensi ini harus saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya. Penaakulan moral
merujuk kepada pemikiran dan pertimbangan saya. Hal ini berkait rapat dengan otak. Selain
itu, perasaan moral merujuk kepada emosi dan perasaan saya. Dimensi ini dilahirkan oleh
hati. Seterusnya, perlakuan moral pula ialah tingkah laku dan tindakan moral yang ada
dalam diri saya. Tindakan ini biasanya dilakukan oleh anggota badan iaitu kaki, tangan dan
sebagainya.

2.2.1 Penaakulan moral

Penaakulan moral juga dikenali sebagai pemikiran moral. Mengikut dimensi pemikiran moral
ini, seseorang individu itu dapat mengenali diri sendiri serta sedar tentang baik dan buruk
akan dirinya. Secara ringkasnya, penaakulan moral melibatkan pemikiran dan pertimbangan
secara rasional dan bebas (berautonomi). Hal ini merujuk kepada keupayaan dan kebolehan
saya bermoral dalam membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang, rasional
dan bebas dalam situasi moral tanpa dipengaruhi, paksaan atau ketaatan dari orang lain .
Saya mempunyai pemikiran moral kerana saya boleh mengambil keputusan dalam
kehidupan saya tanpa pengaruh daripada orang lain. Contohnya, selepas tamat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil keputusan untuk bekerja sampingan dalam
masa cuti tersebut kerana untuk menyimpan wang untuk menyambung belajar di IPTA. Saya
tidak mahu membebankan ibu bapa saya semasa saya sambung belajar. Oleh itu,saya
berkerja sampingan di satu taska. Saya mengambil keputusan ini tanpa pengaruh daripada
kawan-kawan saya. Tindakan ini menunjukkan saya mempunyai pemikiran moral. Saya
sebagai insan bermoral, saya mestilah melakukan sesuatu perkara berasaskan kepada
alasan yang munasabah.Sebaliknya, jika saya melakuakan sesuatu kerana kebiasaan, takut
atau mengikut keadaan tanpa berfikir, maka saya tidak dikira sebagai insan yang mempuyai
kematangan moral atau dikatakan sebagai tidak melakukan sesuatu secara bermoral.

2.2.2 Emosi moral

Emosi moral juga dikatakan sebagai perasaan moral. Dimensi emosi moral ini dikaitkan
dengan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin,
belas kasihan, bermotivasi, altruistik dan murah hati. Individu yang mempunyai emosi moral
akan memiliki sifat kepedulian. Kesemua kecenderungan dan perasaan inilah yang akan
mewujudkan perlakuan prososial dan merasa malu, takut dan mudah menyesal serta rasa
bersalah apabila melakukan perbuatan yang tidak wajar dari segi moral. Saya mengamalkan
dimensi ini kerana saya berhidup bermoral. Buktinya, jika saya melakukan sesuatu
kesalahan, maka saya menyesal akan tindakan saya dan tidak mengulangi kesalahan itu.
Contohnya, pada semester lepas, saya suka melakukan kerja saat akhir dan menghantar
kerja kursus lewat. Saya berasa sangat kecewa dengan diri saya dan pada semester ini,
saya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Malah, saya membuat kerja kursus saya awal
dan hantar tepat pada tarikh penghantaran kerja kursus. Perasaan kecewa ini yang
membawa kepada tindakan saya untuk berubah pada semester ini. Oleh itu, dimensi
perasaan moral ini yang memberi saya peluang untuk menyedari kesilapan saya dan
berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan. Insan bermoral tidak seharusnya terlalu
mengikut kepada emosi kerana hal ini boleh memberi perlakuan yang tidak rasional.
Manakala individu yang terlalu kurang perasaan moralnya pula dilihat kurang insaniah atau
bersifat interpersonal.

2.2.3 Tingkah laku moral

Tingkah laku moral pula dikaitkan dengan perlakuan dan tindakan seseorang hasil daripada
sesuatu keputusan yang telah dibuat dengan penuh tanggungjawab oleh penaakulan yang
bebas dan rasional. Dimensi ini pula menterjemahkan penaakulan dan emosi moral.Jika
saya tidak melakukan sesuatu yang telah difikirkan sebagai patut, wajar dan bermoral, maka
saya dianggap sebagai individu yang lemah moralnya. Tetapi saya melakukan perkara yang
wajar sesorang individu bermoral. Contohnya, saya membantu orang buta melintas jalan
yang sibuk walaupun saya mempunyai kerja pada masa itu. Saya mengamalkan tingkah
laku moral kerana membantu orang buta melintas jalan raya merupakan perbuatan yang
wajar dilakukan oleh manusia yang dirinya menggangap sebagai sempurna yang tidak
mempunyai sebarang ketidakupayaan. Ada segelintir individu yang berpendidikan dan
berkebolehan berfikir tetapi tetap melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral.
Contohnya, penjenayah yang melakukan jenayah ciber merupakan individu yang
berpendidikan tinggi dan berkebolehan berfikir secara rasional dan matang. Namun, mereka
terlibat dalam jenayah ini. Mereka menggunakan kepakaran mereka dalam komputer untuk
melakukan jenayah tersebut. Tindakan mereka tidak dianggap sebagai penaakulan moral
(rasional dan bebas) dan tingkah laku yang bermoral kerana perlakuan itu akan dipengaruhi
oleh anasir tidak baik. Oleh itu, individu yang bermoral adalah individu yang dapat bertindak
dengan penuh tanggunjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan
berdasarkan penaakulan dan emosi moral.
Konklusinya, ketiga tiga dimensi moral ini sangat penting kepada saya untuk
menampilkan ciriciri insan yang bermoral. Secara ringkasnya, perkembangan moral yang
meliputi ketiga tiga dimensi ini akan menyubur serta merangsang lagi kesedaran hati
nurani yang menyebabkan individu berkenaan untuk membuat apa yang patut dan betul.

2.3 Sifat-sifat insan moral

Sifat-sifat insan moral biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan
pemikiran dan jiwanya. Namun begitu, kadangkala seseorang bertindak kerana terpaksa.
Terdapat tiga prinsip dalam sifat-sifat insan moral iaitu :

Prinsip Autonomi

Sifat-sifat insan moral Prinsip Keadilan

Prinsip Altruisme

Rajah 2 menunjukkan sifat-sifat yang perlu ada pada insan moral

2.3.1 Prinsip Autonomi

Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Prinsip ini merujuk
kepada sesuatu pertimbangan yang dilakukan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh unsur
luaran. Hal ini bermaksud bahawa seseorang individu perlu bebas melakukan apa-apa
sahaja yang diingini dan dapat memberikan alasan terhadap tindakkan sekiranya dihalang
oleh orang lain. Saya mengamalkan prinsip autonomi kerana saya berkemampuan
memberikan alasan terhadap tindakan saya. Contohnya, saya mengambil keputusan untuk
menjadi seorang guru pendidikan khas. Walaupun, ditentang oleh orang lain saya tetap
dengan keputusan saya. Saya juga dapat memberikan alasan yang munasabah kepada
mereka tentang keputusan saya.

Menurut Koo dan Tang (1990), pertimbangan atau tindakan seseorang tidak
dikategorikan sebagai bermoral jika individu tersebut melaksanakan sesuatu perkara
disebabkan paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli.
Berdasarkan kepada pendapat tokoh tersebut, tindakan saya adalah bermoral kerana tidak
melakukan sesuatu disebakan paksaan dari luaran. Hal ini disebabkan saya berkebolehan
untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Saya melaksanakan tanggungjawab moral
tanpa diperintah oleh kuasa luar. Contohnya, sebagai anak saya melaksanakan
tanggunjawab saya dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang
cemerlang. Saya melaksanakan tanggunjawab saya tanpa diarah oleh orang lain.
Walaubagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Jika tindakan saya boleh
memudaratkan orang lain atau mementingkan diri sendiri, maka ia tidak dikatakan sebagai
konsep autonomi.

2.3.2 Prinsip Keadilan

Prinsip keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain apabila
membuat sesuatu keputusan. Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin
'Justus' yang bermaksud law/right digunakan sebagai "the quality of being righteous,
rectitude, impairtiality, faimess". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), keadilan
bererti sifat (perbuatan, tindakan dll) yang adil. Oleh itu, konsep keadilan melibatkan
sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak
merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama
tanpa mengira siapa orang itu (Azizi, 2008: 13).

Prinsip keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam


semua perkara, contohnya dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.
Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat
berkaitan dengan pemikiran atau penaakulan. Mengikut prinsip ini, saya perlu bertindak adil
dalam apa jua situasi tanpa mementingkan diri saya. Contohnya, semasa di sekolah
menengah saya merupakan ketua pengawas di sekolah saya. Saya tetap mengambil nama
pelajar yang melakukan kesalahan dan memberi kepada guru disiplin walaupun kawan saya
yang melakukan kesalahan tersebut. Konsep keadilan ini membolehkan saya menggunakan
kuasanya dengan saksama, tidak ada perasaan pilih kasih dan sentiasa berfikiran secara
rasional dalam apa jua keadaan pun. Hal ini secara langsung akan mengawal diri saya
daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak, haloba, marah dan sebagainya.

2.3.3 Prinsip Altruisme

Prinsip altruisme merupakan tingkah laku atau pertimbangan moral yang melibatkan orang
lain. Nagel, Thomas (1970) dalam buku The Possibility of Altruism menerangkan perkataan
altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan dan memberi
kebaikan kepada orang lain. Menurut Nagel, bagi menanam sifat altruisme dalam diri
seseorang, individu tersebut mestilah mempunyai sifat empati iaitu keupayaan diri
seseorang untuk meletakkan diri dalam kedudukan orang lain, perlu bersifat terbuka,
bertoleransi serta boleh menerima dan mempercayai orang lain. Frankena (1973) pula
menyatakan bahawa individu yang mempunyai sifat altruisme adalah individu yang sanggup
mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk kebaikan orang lain. Jika sifat ini dipraktikkan
ialah dalam pertimbangan moral, maka hasilnya adalah lebih berperikemanusiaan.
Perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan perasaan orang lain akan mengelakkan
perasaan mementingkan diri sendiri, tamak, dengki dan berkelakuan jahat. Saya
mengamalkan prinsip altruisme kerana saya mempunyai sifat empati terhadap orang lain.
Contohnya, saya berasa empati kepada mangsa banjir kerana mereka hilang segala harta
mereka dalam banjir tersebut. Bagi membantu mereka memulihkan keadaan, saya dan
rakan-rakan saya mengutip derma daripada saudara mara kami dan menyumbangkan
kepada mereka.

2.4 Contoh Model Insan Moral

Terdapat beberapa model insan yang perlu kita contohi dalam kehidupan kita. Bagi saya,
saya mencontohi siddharta gautama, mahatma gandhi, dan juga tunku abdul rahman putra
al-haj. Mereka merupakan suri teladan kepada saya. Saya mengagum dengan keperibadian
mulia mereka.
Nama : Siddharta Gautama (Buddha)

Tahun lahir : Abad kedua sebelum masihi

Beliau merupakan model insan moral kerana


beliau tidak tertarik dengan kemewahan hidup
dan tidak berhidup berfoya-foya seperti anak-
anak raja yang lain. Beliau berinsaf setelah
menemui orang-orang miskin di luar istana dan
mencari erti kehidupan sebenar.

Nama : Mahatma Gandhi

Tarikh lahir : 2 Oktober 1869

Beliau merupakan model insan moral kerana


beliau merupakan pejuang kebangsaan yang
berjaya membawa kemerdekaan kepada India.
dengan kaedah akimsha (tanpa bergaduh).
Beliau juga mengorbankan nyawanya untuk
menyatupadukan orang-orang Hindu dan Islam.

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tahun lahir : 8 Februari 1903

Beliau merupakan model insan moral kerana


beliau berusaha gigih untuk mendapatkan
kemerdekaan kepada Malaysia. Beliau digelar
sebagai bapa kemerdekaan. Beliau juga
berusaha menyelesaikan masalah politik di Tanah
Melayu dengan mendapatkan kerjasama
daripada semua kaum.

2.5 Sifat-Sifat yang ada dalam diri saya


Selepas mempelajari topik insan moral, saya mempelajari beberapa maklumat baru tentang
insan moral. Saya mengenali beberapa prinsip yang perlu diamalkan oleh setiap orang
dalam kehidupan seharian. Saya sebagai bakal guru perlu memiliki sifat sifat moral yang
positif serta yang boleh dicontohi oleh pelajar saya. Sehubungan dengan itu, terdapat
banyak sifat sifat yang perlu dimiliki oleh guru yang bermoral. Berikut adalah sifat sifat
moral yang perlu dimiliki oleh guru yang bermoral.

Saya perlu yakin dan percaya kepada tuhan kerana tuhan merupakan pencipta
alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing masing.
Dengan ini, saya akan menyanjung agamanya di samping menghormati agama agama
lain. Maka sebagai guru, saya juga mengajar kepada pelajar-pelajar saya supaya berpegang
kepada ajaran agama masing-masing. Contohnya, saya menyuruh mereka melaksanakan
sembahyangnya tepat pada masa dan menghormati prinsip penganut agama lain.

Seterusnya, saya juga perlu memiliki sifat menjaga kebersihan. Sifat ini merupakan
sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu,
melalui pengamalan sifat ini, saya akan menjaga kebersihan fizikalnya, maka akan juga
menjaga kebersihan mentalnya. Kebersihan fizikal dianggap sebagai kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran manakala kebersihan mental merujuk sebagai kebersihan
pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Sebagai contohnya, dalam aspek
kebersihan diri, saya sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian saya.
Manakala, dalam aspek kebersihan mental pula, saya bertutur tanpa melanggar norma
masyarakat dan menggunakan bahasa sapaan yang betul. Saya akan mengajar mereka
kepentingan kebersihan dan cara pengamalan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, sebagai bakal guru, saya juga perlu memiliki sifat amanah. Sifat amanah
didefinisikan sebagai sifat bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan serta
keyakinan orang lain. Melalui sifat ini, saya sentiasa menyelesaikan sesuatu tugas yang
diamanahkan itu dengan penuh bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas. Contohnya, saya
sebagai pelajar IPGKRM melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan
sempurna. Saya akan mengajar anak murid saya supaya bersikap amanah. Saya akan
mengajar mereka kepentingan seseorang beramanah dan mempraktikkan dalam diri
mereka.

Seterusnya adalah sifat harga diri. Sifat ini saya memiliki oleh seseorang bakal guru
yang bermoral. Sifat harga diri merupakan sifat yang menjaga maruah diri di samping
menjaga maruah orang di sekeliling. Sebagai contohnya, saya perlu mengaplikasikan sifat
harga diri ini dalam pergaulan harian seperti tidak melakukan perbuatan perbuatan yang
boleh mencemarkan nama saya sendiri serta maruah keluarga. Contoh perbuatan yang
boleh mencemarkan peribadi saya ialah pergaulan bebas dengan lelaki. Saya perlu
mencegah diri saya daripada perbuatan tersebut. Tambuhan pula, perbuatan perbuatan
yang boleh mencemarkan nama sendiri adalah seperti perbuatan tidak beramanah dalam
sesuatu tugas yang diberikan. Oleh itu, sebagai bakal guru, saya perlu melatih pelajar saya
untuk berkelakuan baik yang tidak mencemarkan harga diri mereka.

Di samping itu, sebagai bakal guru, saya juga harus memiliki sifat bersopan-santun.
Saya sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam
aspek ini, saya bukan sahaja beradab sopan ketika bergaul dengan orang lain, maka saya
juga beradab sopan dari segi pemakaian. Sebagai contohnya, saya selalu beradab sopan
ketika pergaulan degan bertutur secara sopan santun dan sama sekali tidak akan
menggunakan perkataan perkataan yang kotor. Manakala, saya sentiasa mengambil
perhatian terhadap cara pemakaian saya dan memakai pakaian yang menutup aurat
mereka di samping tidak memakai pakaian yang mencolok mata. Saya akan mengajar anak
murid saya tentang sifat ini. Saya akan mengajar mereka cara bertuturan yang sopan,
perlakuan yang sopan dan sebagainya. Dengan ini, mereka akan mengaplikasikan
pengajaran saya dalam kehidupan mereka.

Sebagai bakal guru, saya perlu memiliki sifat kasih sayang. Kasih sayang
didefinisikan sebagai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta yang berkekalan
yang lahir daripada hati yang ikhlas. Hal ini bermakna, seseorang insan yang bermoral itu
akan sentiasa menunjukkan kasih sayang yang ikhlas serta yang berkekalan. Dalam aspek
ini, saya harus menyayangi manusia dan juga binatang. Sebagai contohnya, saya harus
menyayangi sesama manusia di samping menyayangi semua haiwan ciptaan Tuhan. Dalam
konsep keguruan, saya harus menyayangi anak murid saya daripada hati yang ikhlas. Saya
perlu mengajar mereka untuk menyayangi sesama kawan, menyayangi ibu bapa mereka.
Dengan kasih sayang ini, mereka akan belajar menghormati orang lain. Maka, kita dapat
melahirkan msyarakat yang penyayang. Daripada sifat ini, mereka akan menolong orang
lain kerana mereka menyayangi sesama manusia.

Sifat jujur perlu ada pada setiap insan di dunia ini.Sebagai bakal guru, saya mesti
memiliki sifat ini kerana dengan kejujuran ini kita dapat mengawal perselisihan faham
sesama manusia. Sifat jujur dikatakan sebagai sifat yang ikhlas. Selain itu, sifat kejujuran
dikatakan sebagai sifat yang menjadikan seseorang itu untuk bercakap benar dan tidak
menipu. Bercakap benar ialah menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok
tambah dan berselindung manakala ikhlas adalah kesucian hati tanpa mengharapkan
sebarang balasan apabila melakukan sesuatu. Melalui pengamalan sifat ini, saya tidak akan
melakukan sebarang perbuatan yang mampu mengkhianati orang lain.Maka saya berupaya
untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain terhadap diri saya. Saya akan
mengajar sifat ini kepada anak murid saya kerana sifat ini penting bagi manusia. Saya akan
menyedarkan mereka kepentingan jujur dan menyuruh mereka bercakap benar walaupun
dalam apa jua situasi.

Seterusnya adalah sifat bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab merupakan sifat


yang menjadikan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan dengan
sempurna. Sehubungan dengan itu, saya harus memiliki sifat bertanggungjawab ini. Saya
sentiasa memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya secara
penuh bersemangat. Sebagai contohnya, saya selalu melaksanakan tugas yang diberi oleh
pensyarah tepat pada masa dengan penuh bersemangat. Saya akan praktikkan sifat ini
kepada pelajar saya demi kepentingan mereka.

Sifat berdikari juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh saya guru yang bermoral.
Sifat berdikari pula didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang individu
untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa bergantung kepada orang lain. Saya memiliki
sifat ini kerana saya sentiasa melakukan segala galanya tanpa mengharapkan bantuan
orang lain. Contohnya, semasa belajar di IPG, saya menguruskan diri saya sendiri tanpa
mengharapkan bantuan kawan-kawan saya. Saya akan mengajar anak murid saya untuk
berdikari. Sebagai contohnya, saya akan menyuruh mereka melaksanakan kerjakerja
sekolahnya seperti membasuh kasut dan pakaian sekolah tanpa mengharapkan bantuan ibu
mereka.

Sifat-sifat ini perlu ada pada seorang guru yang bermoral. Saya sebagai bakal guru,
saya haruslah melengkapkan diri saya dengan sifat-sifat ini. Dengan adanya sifat ini, saya
dapat melaksanakan profesion saya dengan baik. Saya juga dapat mengajar anak murid
saya mengamalkan sifat ini

2.6 Rumusan
Sebagai individu yang bermoral, saya perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi ini iaitu
penaakulan moral, emosi moral dan juga tingkah laku moral. Dengan mengetahui dimensi,
saya dapat berhidup dengan moral. Saya dapat mengelakkan beberapa masalah
disebabhkan oleh perselisihan faham dengan orang lain. Saya juga dapat membuat
pertimbangan dan keputusan berdasarkan kepada dimensi ini yang tidak mementingkan diri
saya sendiri. Selain itu, saya juga mengenali tiga prinsip iaitu prinsip autonomi, prinsip
altruisme dan juga prinsip keadilan yang perlu dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan
saya. Dengan prinsip ini, saya dapat berhidup moral kerana saya mengenali bahawa segala
keputusan yang diambil perlu mempunyai kebaikan kepada orang lain. Saya tidak
seharusnya mengambil tindakan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada orang lain.
Seterusnya, saya juga mengenali sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang
bermoral. Dengan pengamalan sifat ini, saya juga harus mendidik pelajar saya supaya
mengamalkan sifat tersebut dalam kehidupan mereka untuk kehidupan yang aman dan
damai.

Lampiran
Rujukan

Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid dan Dr. Mazlan bin Aris. (2014). Pengantar
Pendidikan Moral. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Azizi Yahya. (2008). Keluarga dalam Pendidikan Moral. Kertas Persidangan Pembangunnan
Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22 -23 Oktober
2008.

Ewing, C.P (1990). When Children Kill. The Dynamics Of Juvenile Homicide. Lexington, MA
Walker, L.J., Pitts, R.c., Hening, K.H., dan Matsuba, M.K. : Lexington Books.

Kamus Dewan. (2010) Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koo, K.P. dan Tang, C.Y. (1990). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nagel. Thomas. (1970). The Possibility of Altruism. Oxford: Clarendon Press.

Anda mungkin juga menyukai