Anda di halaman 1dari 20

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

1.0 Pengenalan

Sebelum ini, program latihan seringkali digambarkan oleh kebanyakan organisasi sebagai

satu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil dan manfaat yang nyata dalam konteks

keuntungan organisasi. Ia dianggap sebagai suatu bentuk pembaziran sumber masa,

wang, dan tenaga kerja yang kononnya boleh digunakan dan dilaburkan ke arah perkara-

perkara yang lain yang lebih mendatangkan faedah. Ada juga organisasi yang

menganggap latihan sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan sekadar untuk

menghabiskan belanjawan dan peruntukan tahunan oleh pihak atasan. Seolah-olahnya,

keberkesanan latihan itu tidak diukur kepada hasil yang ditunjukkan pekerja selepas

mengikuti latihan, tetapi tertakluk kepada berapa banyak program latihan yang dapat

dianjurkan. Natijahnya, kebanyakan organisasi hanya memperuntukkan belanjawan yang

terlalu kecil atau tiada langsung bagi membangunkan program-program latihan untuk

para pekerjanya saban tahun. Namun, mereka ini perlu sedar bahawa pekerja merupakan

satu entiti yang sangat kritikal dalam organisasi, lantaran para pekerjalah yang menjadi

tunggak penggerak dan penjana utama operasi dalam sesebuah organisasi. Melalui

program latihanlah, pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai peribadi seseorang

pekerja itu dapat dipertingkatkan selaras dengan tuntutan perubahan-perubahan yang

berlaku dalam ruang lingkup kerjaya mereka (Hellriegel, Jackson dan Slocum, 1999).

Untuk itu, tugasan ini akan membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan latihan

luaran dan latihan luaran dalam organisasi yang diharap dapat memberi input-input asas

kepada semua pihak agar memahami peri pentingnya latihan dalam organisasi.

1 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

1.1 Definisi Latihan

Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary (2003), latihan ditakrifkan dalam dua

pendefinisian. Pertamanya, latihan sebagai proses pembelajaran kemahiran-kemahiran

yang diperlukan seseorang untuk melaksanakan tugasnya. Keduanya, latihan

didefinisikan sebagai proses persediaan untuk turut serta dalam satu-satu pertandingan

sukan dengan membuat persediaan fizikal. Dalam konteks perbincangan artikel ini,

pendefinisian yang pertama akan digunapakai kerana latihan yang dilaksanakan dalam

sesebuah organisasi lebih terfokus kepada proses pembelajaran yang diwujudkan untuk

memantapkan kemahiran-kemahiran individu bagi memudahkan individu tersebut

melaksanakan tugasnya.

Menurut Rozhan (2002), latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi

untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau

memainkan peranan yang telah ditetapkan organisasi. Latihan tertumpu kepada usaha

menyediakan pekerja secara khusus bagi tugas yang telah diberikan kepadanya, dan lebih

berorientasikan masa kini. Cascio (1995) pula mentakrifkan latihan sebagai program-

program yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi di tahap individu, kumpulan,

dan organisasi. Peningkatan prestasi bermaksud wujudnya perubahan yang boleh diukur

dalam pengetahuan, kemahiran, sikap, dan tingkah laku sosial. Pendefinisian yang agak

similar diberikan oleh M.B. Muda (2003) terhadap latihan iaitu ia terdiri daripada

program terancang yang direkabentuk untuk memperbaiki prestasi individu, kumpulan

dan organisasi.

2 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Mondy, Noe dan Premeaux (2002) menegaskan bahawa latihan adalah proses

seseorang pekerja belajar untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai atau

sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas dengan efektif pada masa kini.

Mohd Hizam dan Zafir (2002) menyatakan bahawa latihan merupakan prosedur

terancang yang diikuti oleh seseorang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan

kemahiran bagi tujuan dan kepentingan tertentu. Pendefinisian Ibrahim (1997) terhadap

latihan dalam organisasi pula adalah, ia merupakan satu program pembelajaran yang

dirancang untuk mengubah sikap dan memperkayakan pengetahuan dan kemahiran agar

prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan. Latihan juga difahami sebagai proses

pembelajaran yang berhubungkait dengan tugas yang dilakukan pada masa kini

(Ivancevich, 1999).

Latihan seperti yang ditakrifkan oleh Robbins dan Coulter (1999) pula adalah:

Process of learning a sequence of programmed behaviors and the

application of knowledge. It gives people an awareness of the rules

and procedures to guide their behaviors.

Beach (dalam Ivancevich, 1999) menyatakan bahawa :

Training is the organized procedure by which people learn knowledge

and/or skills for a definite purpose.

3 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Goetsch (2002) memberikan pengertian latihan sebagai :

an organized, systematic series of activities designed to continually

enhance the world-related knowledge, skills, and performance of

employees.

Daripada beberapa definisi tentang latihan yang telah dipetik daripada para sarjana dalam

bidang pengurusan, terutamanya di bidang pengurusan latihan dalam organisasi, kita

boleh membuat satu gagasan pentakrifan yang holistik terhadap konsep latihan seperti

mana berikut:

1. Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang sistematik dan terancang

untuk para pekerja dalam sesebuah organisasi;

2. Latihan mempunyai prosedur-prosedur pelaksanaan tersendiri yang bertujuan

untuk mengurangkan jurang prestasi kerja semasa pekerja dengan prestasi kerja

yang diharapkan oleh organisasi;

3. Latihan bertujuan mempertingkatkan dan menambah nilai pengetahuan,

memantapkan kemahiran kerja dan mengubah sikap (KSA-knowledge, skills and

attitude) yang diperlukan oleh pekerja;

4. Latihan kebiasaannya berorientasikan keperluan dan kepentingan jangka pendek

atau kesan atau perubahan diharapkan akan berlaku sejurus selepas seseorang

pekerja tamat mengikuti satu-satu program latihan.

4 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

2.0 Tujuan Dan Manfaat Latihan Dalam Organisasi

Sesuatu yang digagaskan, dirancang, dan dilaksanakan itu pasti mempunyai tujuan atau

matlamatnya yang tersendiri, dan sekaligus mewujudkan manfaat dan impak yang

diharap-harapkan. Begitu juga dengan program latihan sumber manusia dalam sesebuah

organisasi, mempunyai matlamat atau tujuan, dan manfaatnya yang tersendiri.

Ibrahim (1996) menyatakan yang tujuan latihan dilaksanakan adalah untuk

mencari penyelesaian masalah yang timbul pada masa kini dan menyediakan

penyelesaian masalah yang mungkin wujud kerana perubahan ke atas produk, sistem dan

cara kerja dalam organisasi. Cascio (1995), menekankan bahawa latihan bertujuan untuk

memastikan jurang prestasi yang wujud dalam sesebuah organisasi (perbezaan tahap

prestasi kerja semasa pekerja dengan prestasi kerja yang ditetapkan organisasi) dapat

dihapuskan, atau sekurang-kurangnya jurang tersebut dikecilkan. Ivancevich (1999)

menyatakan bahawa tujuan latihan adalah seperti berikut:

1. menambahkan kuantiti output

2. memperbaiki kualiti output

3. mengurangkan kos pembaziran dan kos menyelenggara peralatan

4. mengurangkan jumlah dan kos kemalangan di tempat kerja

5. mengurangkan pusing ganti dan ketidakhadiran pekerja

6. meningkatkan kepuasan kerja di kalangan pekerja

7. mengelakkan obsolescence atau keusangan (sifat tiada perubahan) pekerja.

5 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Goetsch (2002) pula menggagaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mewujudkan

keperluan untuk mengadakan program latihan iaitu:

1. Persaingan di pasaran

Persaingan yang wujud di pasaran sama ada domestik atau antarabangsa

memberikan pengaruh yang sangat besar kepada sesebuah organisasi. Ia

menentukan sama ada sesebuah organisasi itu akan maju atau ketinggalan dalam

aspek-aspek seperti pengeluaran produk, penjanaan keuntungan, pemerolehan

pakar-pakar dalam organisasi, dan sebagainya. Untuk itu, organisasi perlu untuk

melatih para pekerjanya supaya mempunyai kemahiran kerja yang mantap,

pengetahuan kerja yang meluas dan lebih produktif daripada pesaing-pesaing

organisasi yang lain.

2. Perubahan yang pantas dan berterusan

Perubahan yang pantas dan berterusan adalah suatu hakikat kehidupan dalam

konteks organisasi moden. Kemahiran yang dianggap terkini semalam, mungkin

sudah ketinggalan hari ini, begitu juga dengan pengetahuan yang sah (valid) hari

ini mungkin sudah tidak relevan pada hari esok. Satu sahaja kaedah bagi para

pekerja akan sentiasa stay current atau bersifat kompetitif adalah dengan

mengikuti program latihan yang berkala yang disediakan organisasi.

6 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

3. Masalah pemindahan teknologi

Pemindahan teknologi biasanya dikaitkan dengan dengan usaha

mengkomersialkan teknologi baru dalam organisasi. Teknologi baru yang

mungkin terdiri daripada mesin, jentera, atau perisian komputer akan sekadar

menjadi ikon atau gajah putih dalam sesebuah organisasi yang tidak berfungsi

tanpa pengendali yang mahir di kalangan para pekerja. Untuk itu, pekerja harus

sentiasa tip-top dengan pemindahan teknologi ini dengan cara dihantar mengikuti

program latihan.

4. Demografi yang berubah-ubah

Perubahan demografi menurut Goetsch (2002) merupakan perubahan kumpulan

warga organisasi dari sehari ke sehari dalam konteks jantina, bangsa, agama,

budaya, dan pemahaman dan kehendak individu. Selain itu, perubahan demografi

juga boleh dikaitkan sebagai perubahan suasana atau persekitaran kerja (the

nature of working), misalnya seperti pekerja-pekerja kilang yang bekerja secara

job rotation. Pekerja-pekerja yang melalui perubahan demografi ini perlu diberi

latihan sebaiknya untuk menyesuaikan diri mereka secepat mungkin.

7 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

M.B. Muda, et. al.(2003), menyenaraikan beberapa manfaat atau faedah program latihan

seperti berikut:

1. Mempertingkatkan produktiviti pekerja

Latihan boleh membantu mempertingkatkan produktiviti pekerja dengan

memperbaiki kebolehan mereka untuk melakukan kerja yang diberikan. Ini

merupakan tujuan utama program latihan diadakan.

2. Meningkatkan kepuasan kerja

Pekerja yang produktif akan berupaya mencapai kepuasan kerja dan kurang

berkemungkinan untuk mencari peluang pekerjaan lain. Oleh itu, kadar pusing

ganti pekerja dan kos perbelanjaan organisasi untuk mengadakan program latihan

yang berulang-ulang akan berkurangan.

3. Memastikan pekerja menurut peredaran zaman

Perubahan teknologi yang pantas menyebabkan kemahiran dan pengetahuan

pekerja di dalam organisasi mudah lapuk.Oleh itu, latihan diperlukan supaya

kemahiran yang diperlukan oleh pekerja untuk mengendalikan sesuatu teknologi

sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi tersebut.

4. Membantu mendorong pekerja.

Program perkembangan dan pendidikan boleh ditawarkan kepada pekerja sebagai

satu bentuk ganjaran untuk mendorong pekerja. Misalnya pekerja boleh dihantar

8 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

untuk berkursus atau menghadiri seminar di luar lokasi tempat kerja yang menarik

seperti di hotel-hotel. Melalui program-program seperti ini, mereka boleh

mendapat idea-idea perniagaan yang baru daripada rakan-rakan dari organisasi

lain di dalam bidang yang sama.

Ibrahim (1996) cenderung untuk mengkategorikan manfaat program latihan ini kepada

dua pihak iaitu:

1. Manfaat kepada Organisasi

Keuntungan yang lebih tinggi

Produktiviti pekerja yang lebih tinggi

Mempertingkat imej organisasi

Kadar pusing ganti kakitangan yang rendah

Pembentukan budaya organisasi hasil dari latihan kumpulan pekerja

Kumpulan kerja yang mantap berupaya menangani perubahan yang berlaku

dalam organisasi.

2. Manfaat kepada Pekerja

Kepuasan kerja

Peluang merealisasikan potensi diri

Program latihan dapat mempercepat proses pembelajaran pekerja dan secara

langsung merendahkan kos pembelajaran

Mempertingkat kecekapan dan kelayakan pekerja

Berpeluang untuk kenaikan pangkat dan gaji.

9 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

2.1 Jenis-Jenis Program Latihan

Dalam sesebuah organisasi, kebiasaannya latihan-latihan yang distrukturkan adalah

dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya seperti:

1. Saiz belanjawan yang diperuntukkan organisasi

2. Kumpulan dan tahap pekerja yang mana perlu dihantar ke program latihan

3. Peralatan dan bahan-bahan sokongan yang ada untuk membuat latihan

4. Keputusan pihak atasan dalam meluluskan program latihan

5. Latihan dibuat di dalam organisasi atau dibuat di luar seperti di hotel, pusat

latihan dan sebagainya

6. Latihan dilaksanakan oleh pihak organisasi sendiri ataupun melantik subject

matter expert / konsultan dari luar organisasi.

Terdapat dua kategori latihan yang biasanya diaplikasikan oleh sesebuah organisasi iaitu

latihan dalaman dan latihan luaran.

2.1.1 Latihan Dalaman

Latihan dalaman atau semasa kerja dilaksanakan oleh organisasi dengan menempatkan

pekerja baru atau pekerja yang baru dinaikkan pangkat untuk bekerja bersama-sama

dengan pekerja lain yang lebih berpengalaman (M.B. Muda, et.al, 2003). Latihan

dalaman juga dijalankan menerusi taklimat, ceramah, mahupun kursus pendek yang

dianjurkan oleh organisasi di tempat kerja pada hari bekerja. Contoh program latihan

10 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

dalaman adalah Latihan Arahan Kerja, Pusingan Kerja (job rotation), Coaching, dan

Mentor-Mentee.

Latihan dalaman yang diberikan di dalam organisasi, biasanya oleh kakitangan

pemberi latihan. Walaupun menggunakan jurulatih luar adalah bentuk paling biasa bagi

latihan dalaman setakat ini, ramai majikan sekarang memilih untuk mempunyai personel

mereka sendiri memberi latihan dan/atau mengendalikan penilaian.

Terdapat 3 pilihan paling biasa digunakan dalam latihan dalaman:

(a) Latihan Dalaman Pilihan 1

Biasanya melibatkan organisasi latihan berdaftar yang memberikan kursus yang

dibuat khas untuk memenuhi syarat latihan spesifik menggunakan peralatan,

material dan perkakasan syarikat. Latihan jenis ini boleh jadi kombinasi

penyampaian semasa-kerja dan/atau dalam kelas. Tanggungjawab muktamad

untuk kualiti latihan dan proses penilaian adalah pada organisasi latihan berdaftar.

(b) Latihan Dalaman Pilihan 2

Menggunakan pilihan 2, kakitangan organisasi sendiri memberikan beberapa atau

semua latihan dalaman, tetapi penilaian akhir dan isu kelayakan dijalankan oleh

organisasi latihan berdaftar, yang bertanggungjawab terhadap kualiti latihan.

Pilihan 2 juga sesuai untuk syarikat yang mempunyai sumber latihan dan jurulatih

dalaman bertauliah, tetapi tiada penilai bertauliah.

11 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

(c) Latihan Dalaman Pilihan 3

Bagi pilihan 3, kakitangan organisasi sendiri mengendalikan kebanyakan latihan

dan penilaian secara dalaman dengan sokongan dan bantuan dari organisasi

latihan berdaftar. Organisasi mungkin mengendalikan latihan dan/atau penilaian

dalam bidang diluar kepakaran jurulatih dan penilai, seperti perkomputeran atau

literasi/numerasi. Pilihan 3 paling sesuai untuk syarikat yang mempunyai struktur

latihan yang sangat baik, atau syarikat yang berpengalaman dan jurulatih dan

penilai bertauliah tetapi tidak mahu menjadi organisasi latihan berdaftar.

2.1.2 Latihan Luaran

Latihan luaran pula dijalankan dengan menghantar pekerja mengikuti kursus atau bengkel

yang dikendalikan oleh kakitangan organisasi sendiri ataupun oleh pakar dari pihak luar

(M.B. Muda, et.al, 2003). Contoh latihan luaran adalah kuliah, perbincangan, ceramah,

kaedah audiovisual, bengkel, kaedah Behaviour Modeling, kaedah Latihan Berbantukan

Komputer (Computer-Aided Instruction), dan lain-lain lagi.

Apabila menggunakan latihan luaran, latihan diberikan oleh organisasi latihan

berdaftar, dan biasanya berdasarkan kelas di premis organisasi latihan. Latihan luaran

termasuklah:

1. Program terbuka dimana satu atau lebih kakitangan menghadiri latihan

yang telah diiklankan.

2. Program tertutup dimana organisasi mengarahkan latihan dibuat khusus

untuk kakitangan organisasi tersebut sahaja.

12 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Kebaikan program tertutup ialah ianya boleh diadakan untuk keperluan spesifik

organisasi sahaja. Ianya juga boleh dijadualkan untuk menepati perjalanan kerja

organisasi. Walau bagaimanapun, biasanya terdapat syarat untuk jumlah minimum

peserta yang hadir. Latihan luaran paling sesuai untuk syarikat yang tidak mempunyai

sumber untuk memberikan latihan sendiri, tetapi memerlukan pengiktirafan formal bagi

kemahiran kakitangan, contohnya dimana pelesenan diperlukan.

2.2 Kelebihan dan Kelemahan

Kedua-dua jenis latihan dalaman dan luaran ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya

yang tersendiri. Menurut M.B.Muda, et.al (2003), kelebihan dan kelemahan setiap

kategori latihan digambarkan seperti berikut:

2.2.1 Kelebihan Latihan Dalaman

1. Senang dilaksanakan dan murah

2. Pihak pengurusan boleh mengawal secara langsung kandungan program tersebut

3. Latihan secara teori dan amali dapat dilaksanakan serentak

4. Integrasi antara pekerja dapat dipupuk

5. Pencapaian latihan boleh diukur secara langsung

2.2.2 Kelemahan Latihan Dalaman

1. Masa kerja yang produktif dan produktiviti terpaksa dikorbankan.

2. Kos kesilapan mungkin tinggi.

13 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

3. Penjanaan idea baru sukar dilakukan kerana pengajar merupakan kakitangan

dalaman organisasi.

4. Kemungkinan pekerja yang sama menyertai latihan atau pekerja telah

memahami kandungan latihan sebelum berkursus adalah tinggi.

5. Keberkesanan latihan mungkin minima jika organisasi tidak mempunyai tenaga

pengajar yang baik dan berkepakaran untuk mengendalikan latihan.

2.2.3 Kelebihan Latihan Luaran

1. Boleh membantu menjana idea-idea baru.

2. Tumpuan peserta lebih baik jika pihak luar yang memberikan latihan.

3. Para pekerja berpeluang dilatih oleh pakar-pakar yang berkualiti dari luar.

4. Organisasi dapat membentuk jalinan pintar dengan agensi-agensi luar.

5. Pekerja tidak berasa tertekan dengan suasana persekitaran tempat kerja mereka.

2.2.4 Kelemahan Latihan Luaran

1. Kos yang tinggi.

2. Kandungan latihan mungkin berbeza daripada apa yang diharapkan.

3. Keberkesanan latihan agak rendah kerana sistem yang diamalkan oleh

pengendali latihan luar adalah berbeza dengan sistem yang menjadi amalan

organisasi.

4. Peralatan yang disediakan untuk latihan di luar tempat kerja mungkin tidak

selengkap yang dimiliki organisasi.

14 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

5. Jangka masa kursus tidak dapat diubahsuai mengikut keselesaan dan kemudahan

para pekerja / pelatih.

3.0 Kesimpulan

Latihan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang perlu dijadikan falsafah

berterusan bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui tempoh-tempoh tertentu

bekerja dalam sebuah organisasi biasanya akan mempunyai keinginan untuk

meningkatkan kemampuan kerja, kemahiran dan pengetahuan mereka, dan jawapannya

adalah latihan. Perubahan yang berlaku dalam organisasi misalannya dalam konteks

teknologi dan persaingan menyebabkan fungsi latihan banyak kebaikan dan faedahnya.

Realiti menunjukkan banyak organisasi pada masa kini mementingkan elemen latihan

dalam perkembangan kakitangannya, kerana melalui latihanlah pekerja dapat mengikuti

arus perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku di dalam

organisasi.

Sebagai kesimpulan, latihan dalaman dan latihan luaran mempunyai kelebihan

dan kelemahan tersendiri yang mana ianya bergantung kepada organisasi sendiri untuk

merancang dan mereka bentuk program latihan mengikut keperluan organisasi seterusnya

membuat penilaian terhadap program latihan yang telah dilaksanakan. Bagi menjawab

sama ada latihan dalaman dan latihan luaran, mana yang lebih baik? Ia terpulang kepada

organisasi itu sendiri untuk menganalisis dan menilai keperluan latihan yang bersesuaian

dengan skop dan bidang kerja kakitangan organisasi kerana latihan dalaman dan latihan

luaran masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang hampir sama rata.

15 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Rujukan

Margaret Deuter, Jennifer Bradbery, Joanna Turnbull. 2003. Oxford Advanced Learners

Dictionary. Oxford: Oxford University Press.

Blanchard, P.N. dan Thacker, J.W. 1999. Effective Training: Systems, Strategies,

And Practices. New Jersey: Prentice-Hall International Inc.

Cascio, W.F. 1995. Pengurusan Sumber Manusia: Produktiviti, Kehidupan Kerja

Berkualiti, Keuntungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goetsch, D.L. 2002. Effective Supervision: A Guidebook For Supervisors, Team

Leaders, And Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

Hellriegel,D., Jackson, S.E. dan Slocum, J.W. 1999. Management. Ohio : South-

Western College Publishing.

Ibrahim Mamat. 1996. Reka Bentuk Dan Pengurusan Latihan : Konsep Dan

Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ivancevich, J.M. 1998. Human Resource Management. New York: Irwin McGraw-

Hill.

16 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Maimunah Aminuddin.1999. Human Resource Management. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

M.B. Muda, et.al. 2003. Pengajian Perniagaan 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul. 2002. Pengurusan Organisasi. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill.

Mondy, R.W., Noe, R.M. dan Premeaux, S.R. 2002. Human Resource Management.

New York: Prentice Hall International Inc.

Mumtaz Begam Abdul Kadir, et.al. 2002. Kualiti Dalam Pengurusan Sumber

Manusia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nadler, L. 1983. Designing Training Programs :The Critical Events Model.

Reading: Addison-Wesley Publishing Company.

Robbins, S.P. dan Coulter, M. 1999. Management. New Jersey: Prentice Hall

International Inc.

Rozhan Othman. 2002. Pengurusan Personel Dan Perancangan Guna Tenaga.

Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

SENARAI KANDUNGAN
Bil. Tajuk M/Surat
1. 1.0 Pengenalan 1
2. 1.1 Definisi Latihan 2-4
3. 2.0 Tujuan dan Manfaat Latihan dalam Organisasi 5-9
4. 2.1 Jenis-Jenis Program Latihan 10
5. 2.1.1 Latihan Dalaman 10 - 12
6. 2.1.2 Latihan Luaran 12 - 13
7. 2.2 Kelebihan dan Kelemahan 13
8. 2.2.1 Kelebihan Latihan Dalaman 13
9. 2.2.2 Kelemahan Latihan Dalaman 13 - 14
10. 2.2.3 Kelebihan Latihan Luaran 14
11. 2.2.4 Kelemahan Latihan Luaran 14
12. 4.0 Kesimpulan 15
13. Rujukan 16 - 17

18 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROPESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER 2016/2017

TAJUK Latihan dalaman vs Latihan luaran: mana yang


TUGASAN: lebih baik? Bincangkan.
NAMA KURSUS: PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
KOD KURSUS: GMGM 3053
NAMA: MOHAMAD ISMAIL BIN ABD TALIB
NO. MATRIK: S229404
NAMA PUAN EMELIA ABD RAHIM
PENSYARAH:

19 S229404
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

20 S229404