Anda di halaman 1dari 5

PELABURAN ( MUDHARABAH )

Mudharabah berasal dari kata adh-dharbu fil ardhi, iaitu berjalan di muka bumi.
Mudharabahdisebut juga qiraadh yang beraasal dari al-qardhu yang beerti al-
qathu(sepotong) karena pemilik modal mengambil sebahagian dari hartanya untuk
diperdagangkan dan dia berhak mendapatkan sebahagian dari keuntungannya

Mudharabah ialah akad kerjasama antara pemilik dana (shahibul maal) dengan
pengusaha (mudharib) untuk melakukan suatu usaha bersama. Keuntungan yang
diperolehi akan dibagi antara keduanya dengan perbandingan nisbah yang disepakati
sebelumnya.

Dari sudut bahasa Mudharabah bermaksud keluar dan pergi untuk bermusafir
dan berniaga atau melakukan urusan perdagangan. Dari sudut istilah pula bermaksud
pelaburan, iaitu suatu akad yang dibuat oleh dua pihak yang mana satu pihak
mengeluarkan wang atau modal kepada satu pihak lagi untuk diniagakan dan untung
yang diperolehi akan dibahagikan antara mereka mengikut kadar sebagaimana yang
dipersetujui semasa akad.

Mudharabah juga ialah perniagaan dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk


menanggung untung dan rugi bersama-sama, di mana pemodal menanggung kerugian
dari segi modal dan pengusaha menanggung kerugian dari segi usaha. Oleh itu, masing-
masing haruslah sanggup menanggung risiko hasil daripada perniagaan yang
dijalankan, yang mana sebelah pihak sanggup berkorban mengeluarkan wang sebagai
modal dan sebelah pihak lagi mestilah amanah dan jujur dalam menjalankan
perniagaan.

Mudharabah atau pelaburan memmpunyai dalil pensyariatannya.Ijma Ulama


berpendapat bahawa mudharabah adalah harus dalam syariat Islam dan merupakan
suatu sunnah, dimana Nabi SAW pernah melakukan perdagangan secara mudharabah
menggunakan modal Saidatina Khadijah RA. Ia diharuskan di sisi Islam sebagaimana
firman Allah SWT di dalam surah al-Muzammil, ayat 20.
Maksudnya : dan yang lainnya orang-orang yang berjalan di muka bumi untuk
mencari rezeki dari limpah kurnia allah..

Selain itu, disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 283.

Maksudnya: Maka, jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, hendaklah
yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah
Tuhannya.

Mudharabah juga terdapat dalam hadith iaitu ibnu Abbas r.a meriwayatkan
bahawa Abbas bin Abdul Muthalib jika menyerahkan harta sebagai mudharabah, ia
mensyaratkan kepada mudharib(pengelola) agar tidak mengarungi lautan dan tidak
menuruni lembah serta tidak membeli haiwan ternakan. Jika pensyaratan itu dilanggar
mudharib harus menanggung risikonya. Ketika pensyaratan yang ditetapkan oleh
Abbas itu didengar oleh Rasullallah dan baginda membenarkannya (HR. Al-Baihaqi di
dalam As-Sunan Al-Kubra(6/111))

Mudharabah terbahagi kepada dua iaitu mudharabah mutlaqah dan


mudharabah muqayyadah. Mudharabah mutlaqah ialah dimana pemilik dana
(shahibul maal) memberikan kekuasaan penuh kepada pengusaha (mudharib) untuk
mempergunakan dana tersebut dalam usaha yang dianggapnya baik dan
menguntungkan. Namun pengusaha tetap bertanggung jawab untuk melakukan
pengelolaan sesuai dengan kebiasaan normal yang sihat (uruf). Manakala mudharabah
muqayyadah ialah dimana pemilik dana menentukan syarat dan pembatasan kepada
pengusaha dalam menggunakan dana tersebut dengan jangka waktu, tempat, jenis
usaha dan sebagainya.

Mudharabah mempunyai 5 rukun mengikut Imam An Nawawi. Antara rukun-


rukun mudharabah ialah yang pertama pemodal dan pengusaha (peniaga) iaitu kedua
pelaku kerja sama ini adalah pemilik modal dan pengelola modal. Pada rukun pertama
ini, keduanya disyaratkan memiliki kompetensi (jaiz al-tasharruf) dalam pengertian
mereka berdua baligh, berakal, rasyid (normal) dan tidak dilarang beraktivitas pada
hartanya.Sebahagian ulama mensyaratkan keduanya harus muslim atau pengelola
harus muslim. Sebab seorang muslim tidak dikhawatirkan melakukan perbuatan riba
atau perkara haram.Namun sebahagian lainnya tidak mensyaratkan hal tersebut,
sehingga diperbolehkan bekerjasama dengan orang kafir yang dapat dipercaya, dengan
syarat harus terbukti adanya pematauan terhadap pengelolaan modal dari pihak
muslim, sehingga terbebas dari praktek riba dan haram.

Yang keduanya ialah modal (harta yang dijadikan modal) iaitu modal harus
berupa alat tukar (al-naqd), modal yang diserahkan harus jelas diketahui, modal
diserahkan harus tertentu, modal diserahkan kepada pihak pengelola dan pengelola
menerimanya langsung, dan dapat beraktivitas dengannya. Jadi dalam mudharabah,
modal yang diserahkan, disyaratkan harus diketahui. Dan penyerahan jumlah modal
kepada mudharib (pengelola modal) harus berupa alat tukar, seperti emas, perak dan
satuan mata uang secara umum. Tidak diperbolehkan berupa barang, kecuali bila nilai
tersebut dihitung berdasarkan nilai mata wang ketika terjadi akan (transaksi),
sehingga nilai barang tersebut menjadi modal mudharabah.

Yang ketiganya ialah pekerjaan iaitu jenis usaha tersebut di bidang perniagaan,
tidak menyusahkan pengelola modal dengan pembatasan yang menyulitkannya,
pekerjaaan tidak terlibat dalam hal yang dilarang syarak.

Yang keempat ialah keuntungan berdasarkan kesepakatan dua belah pihak


namun kerugian hanya ditanggung pemilik modal, pengelola modal hendaklah
menentukan bahagiannya dari keuntungannya. Apabila keduanya tidak menentukan
hal tersebut, maka pengelola mendapatkan gaji yang umum, dan seluruh keuntungan
merupakan milik pemilik modal , keuntungan tidak dibagikan selama akad masih
berjalan, kecuali apabila kedua pihak saling redha dan sepakat, hak mendapatkan
keuntungan tidak akan diperoleh salah satu pihak sebelum dilakukan perhitungan
akhir atas usaha tersebut.Yang terakhir ialah sighah iaitu lafaz ijab dan qabul. Bagi
lafaz ijab, ianya mestilah memberi makna yang serupa samada menggunakan lafaz
mudarabah, muqaradah mahupun muamalah.Bagi lafaz qabul, jika tawaran dan
penerimaan telah diterima oleh kedua-dua pihak, maka kontrak akan terbentuk

Antara syarat-syarat dalam mudharabah ialah penyedia dana (sahibul


maal) dan pengelola (mudharib) harus cakap huukum, orang yang mengelola modal
harus amanah, pernyataan ijab dan qabul harus dinyatakan oleh para pihak untuk
menunjukkan kehendak mereka dalam mengadakan kontrak (akad), keuntungan
mudharabah adalah jumlah yang didapati sebagai kelebihan dari modal dengan syarat
harus diperuntukkan bagi kedua pihak dan tidak boleh disyaratkan hanya untuk satu
pihak. Bagian keuntungan proporsional bagi setiap pihak harus diketahui dan
dinyatakan pada waktu kontrak disepakati dan harus dalam bentuk prosentasi (nisbah)
dari keuntungan sesuai kesepakatan. Perubahan nisbah harus berdasarkan
kesepakatan. Penyedia dana menanggung semua kerugian akibat dari mudharabah,
dan pengelola tidak boleh menanggung kerugian apapun kecuali diakibatkan dari
kesalahan disengaja, kelalaian, atau pelanggaran kesepakatan.

Antara hikmah mudharabah ialah memberi keringanan dan kemudahan


kepada manusia. Dapat membentuk kerjasama yang baik dan penggunaan harta serta
tenaga yang disatukan untuk menghasilkan wang yang banyak dengan mencari
keuntungan yang berlipat ganda. Pemilik wang akan memperoleh manfaat daripada
kemahiran orang yang menguruskan kewangannya dan orang yang bekerja dengan
wang yang diberikan kepadanya dapat menikmati faedah daripada harta tersebut.
Dapat membantu mereka yang kesempitan hidup dan menyuburkan sifat saling bantu
membantu sesama manusia. Membiasakan diri dengan sifat amanah dan jujur dalam
menjalankan tanggungjawab terutama berkaitan dengan harta yang diamanahkan.
Memberi peluang sesetengah manusia yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak
tahu bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan hartanya. Oleh itu, ia boleh
dilaksanakan dengan cara mudharabah.

Antara perkara yang membatalkan mudharabah ialah Fasakah, larangan mengurus


atau dilucutkan kuasa, matinya salah satu pihak berkontrak, kerosakan harta mudharabah di tangan
mudharib, pemilik harta menjadi murtad, gila salah satu dari dua pihak yang berkontrak.
Rujukan

1. http://abuabdurrohmanmanado.org/tag/rukun-dan-syarat-mudharabah/
2. http://www.scribd.com/doc/29937396/Pelaburan-Islam-vs-Konvensional#scribd
3. http://www.surah.my/2#283
4. Sudin Harun.Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. 2008. Kuala Lumpur Business School
Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai