Anda di halaman 1dari 3

Tema: Isu ketidakhadiran murid ke sekolah

Soalan: Apakah faktor-faktor murid tidak hadir ke sekolah?

Transkripsi:

Informan 1:

Sebagai guru UBK, saya berpendapat punca utama murid tidak hadir ke sekolah ialah atas kesedaran
murid itu sendiri. Kebanyakan murid masa kini mudah terpengaruh dengan persekitaran luar yang
lebih menarik. Emm..murid-murid lebih gemar kepada perkara yang tidak merumitkan pemikiran
mereka.

Informan 2:

Selalunya murid yang ponteng di sekolah ini sebab tidak sihatlah..tapi ada juga tu yang kadang-
kadang yang disebabkan oleh masalah kenderaan. Lebih-lebih lagi kalau time hujan. Confirm
besoknya tanya budak tu, dia akan jawab Bapa saya tidak suruh pigisekolah, cikgu. Habis kami naik
motor saja.

Informan 3:

Pada pendapat saya, pelajar tidak hadir ke sekolah..mmm..mungkin disebabkan oleh masalah
keluarga pelajar tersebut..(Berfikir lama).. Boleh jadi juga pelajar tersebut mempunyai masalah
kesihatan seperti anemia yang menuntut pelajar tersebut selalu berjumpa doktor atau masuk
hospital.
Kategori Transkripsi Informan Memoing
Kesedaran Saya berpendapat punca utama murid tidak 1 -
murid hadir ke sekolah ialah atas kesedaran murid
itu sendiri. K1A11
Mudah Kebanyakan murid masa kini mudah 1 rakan sebaya
terpengaruh terpengaruh dengan persekitaran luar yang keselesaan di
lebih menarik. K2A12 rumah

Gemar kepada Murid-murid lebih gemar kepada perkara 1 kerja rumah


perkara yang yang tidak merumitkan pemikiran mereka. tugasan
tidak K3A13
merumitkan
pemikiran
Masalah Selalunya murid yang ponteng di sekolah ini 2 sebab demam,
kesihatan sebab tidak sihat lah.. K4A24 sakit mata,
sakit gigi dan
sakit perut
Mempunyai masalah kesihatan seperti 3
anemia yang menuntut pelajar tersebut
selalu berjumpa doktor atau masuk hospital.
K4A38
Masalah Tapi ada juga yang kadang-kadang disebabkan 2 tiada
kenderaan oleh masalah kenderaan. K5A25 kenderaan
sendiri
sewa kereta
orang
ibu bapa ada
motosikal

Cuaca Lebih-lebih lagi kalau time hujan. K6A26 2 jalan becak


takut sampai
sekolah sudah
basah kuyup
Masalah Masalah keluarga pelajar tersebut. K7A37 3
keluarga
Dapatan kajian mendapati bahawa salah satu faktor- faktor murid tidak hadir ke sekolah adalah
disebabkan oleh masalah kesihatan. Ini dapat ditunjukkan melalui teks verbatim penuh pada K4A24
dan K4A38.

Selalunya murid yang ponteng di sekolah ini sebab tidak sihat lah..contohnya sebab demam, sakit
mata, sakit gigi dan sakit perut

Informan 1

Mempunyai masalah kesihatan seperti anemia yang menuntut pelajar tersebut selalu berjumpa
doktor atau masuk hospital.

Informan 2

Anda mungkin juga menyukai