Anda di halaman 1dari 2

Perang Saudara di Amerika Syarkikat berlaku di antara negeri-negeri utara

dengan negeri-negeri selatan Amerika Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah


negeri utara Amerika Syarikat dengan 11 buah negeri di selatan Amerika
Syarikat. Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika
Syarikat yang diketui oleh Presiden Jefferson Davis manakala negeri-negeri
selatan dinamakan Gabungan negeri-negeri Amerika yang diketuai oleh Presiden
Abraham Lincoln. Perang Saudara ini berlanjutan selama empat tahun iaitu dari
tahun 1861 hingga 1865 dan pertenpuran bermula pada 12 April 1861 apabila
tentera kesatuan menyerang sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat di kubu
Sumter di Carolina Selatan, negeri pertama yang berpecah keluar dari Amerika
Syarikat, dalam tempoh masa tersebut dianggarkan sejumlah 500000 orang
tentera telah terkorban . Perang saudara tersebut berlaku disebabkan beberapa
faktor penyebab sehingga menyebabkan Amerika berpecah kepada dua iaitu
kesatuan Amerika Syarikat dan Gabungan negeri-negeri Amerika Syarikat.

Faktor meletusnya perang saudara ini ialah isu mengenai sistem perhambaan
yang diamalkan di Amerika Syarikat pada masa tersebut. Sitem perhambaan
merupakan satu sistem yang menjadi kebiasaan dan rutin biasa diamalklan di
bahagian selatan Amerika Syarikat dan sistem perhambaan ini menjadi
sebaliknya di bahagian utara Amerika Syarikat kerana beranggapan bahawa
sisitem ini merupakan satu bentuk kekeajaman dan perlu dihapuskan. Perasaan
anti perhambaan yang telah lama wujud di Utara menyebabkan sekumpulan
Abolitionists atau anti perhambaan berusaha menangani atau menghapuskan
sistem perhambaan. Pada tahun 1859, John Brown memimpin pemberontakan
hamba di bahagian selatan Amerika. Parti Republik turut berjuang untuk
menghapuskan amalan perhambaan di Amerika. Pada tahun 1861, Abraham
Lincoln yang mengetuai Parti Republik dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat
yang ke-16. Beliau menentang amalan perhambaan dan berjaya menghapuskan
amalan ini pada tahun 1863. Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan
perhambaan mencetuskan Perang Saudara.
Faktor yang seterusnya ialah negeri-negeri selatan menarik diri daripada
kesatuan Amerika Syarikat. Pada tahun 1960, Abraham Lincoln telah dipilih
sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 16 dan tindakan Abraham Lincoln
membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan menarik diri
daripada kesatuan Amerika Syarikat. Pada tahun 1861. Dalam pidato perlantikan
Abraham Lincoln pada 4 Mac 1861, beliau telah meyatakan bahawa dari sudut
hukum pengunduran diri semua negeri bahagian Sekatan adalah batal, tujuh
buah negeri selatan telah membuat keputusan untuk berpisah daripada kesatuan
Amerika Syarikat dan negeri yang paling awal berpisah daripada Kesatuan
Amerika Syarikat ialah Carolina Selatan. Selepas itu negeri-negeri seperti
Virginia, Georgia, Carolina Utara, Florida, Alabama, Mississippi, Lousiana,
Tennese, Arkansas, dan Texas juga memutuskan untuk berpisah dan pada 4
Februari 1861, negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baru yang dipanggil
sebagai Gabungan Negeri-Negeri Amerika dan Jefferson Davis tlah dilantik
sebagai Presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
Di samping itu, faktor yang mencetuskan perang saudara juga disebabkan kerana
perbezaan antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan dan
perbezaan tersebut jelas dapat dilihat dalam aspek ekonomi. Penduduk di negeri
selatan melibatkan diri dan mendominasi hasil hasil pertanian seperti ladang
kapas, gula, tembakau dan berapa industri-industri kecil yang lain manakala
penduduk di negeri-negeri utara terlibat dalam perusahaan dan sebagai pusat
perdagangan, perindustrian dan kewangan. Hasil pengeluaran seperti tekstil,
pakaian, barangan kulit dan bulu merupakan hasil pengeluaran yang terdapat di
kawasan utara. Walaupun kemakmuran kawasan selatan memperlihatkan hasil
pengeluaran yanglumayan tetapi perkembangan sistem perindustrian seta
perkembangan sistem perindustrian serta perkembangan ekonomi lebih pesat di
utara berbanding selatan. Perbezaan dalam sistem perekonomian ini telah
menyebabkan kawasan utara ingin keluar daripada Amerika Syarikat dan
membentuk kesatuan sendiri. Demikian juga kepada bahagian selatan yang
membawa kepada wujudnya Sectionalism pada 1960. Keadaan ini ditambah
dengan rasa tidak puas hati penduduk selatan yang merasakan bahawa hasil
bumi mereka telah dibeli dengan harga yang murah dan dijuak dengan harga
yang mahal di Eropah olah pedagang kawasan Utara.
Akhir sekali, faktor yang menyebabkan berlakunya perang saudara di Amerika
Syarikat ialah rasa tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.
Negeri-negeri di kawasan selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang
yang diluluskan oleh kerajaan pusat yang mena mereka berpendapat bahawa
undang-undang tersebut digubal hanya untuk melindungi kepentingan penduduk-
penduduk di negeri utara sahaja. Negeri-negeri di kawasan selatan membantah
tindakan kerajaan pusat yang mengenakan cukai yang tinggi terhadap barangan
import yang dibawa masuk dari luar ke kawasan selatan Amerika. Mereka
berpendapat bahawa tindakan tersebut menjejaskan kedudukan negeri-negeri
selatan kerana penduduk di negeri selatan banyak bergantung kepada barang
import. Oleh itu, penduduk di kawasan selatan berpendapat bahawa
penggubalan undang-undang oleh kerajaan pusat dilihat seperti salah satu usaha
yang dilakukan untuk menindas para penduduk di kawasan selatan setersunya
menyebabkan penduduk di kawasan selatan tidak puas hati terhadap undang-
undang kerajaan pusat.
Kesimpulannya, walaupun tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat
namun perang ini dapat menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah
kepada dua. Perang ini juga menyebabkan negeri-negeri utara dan selatan
Amerika bersatu. Bahagian utara Amerika menerima banyak faedah hasil
peperangan tersebut dan secara langsung meningkatkan ekonominya apabila
bahagian ini telah mengalami peningkatan bukan sahaja kepada pembangunan
ekonomi tetapi juga perkhidmatan fizikal. Namun begitu, berbeza dengan
kawasan selatan yang menerima nasib yang buruk sehingga menjejaskan bukan
sahaja aspek fizikal tetapi keruntuhan nilai ekonominya.