Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI TINGKAH LAKU DEVIAN

Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai


perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al.,(2005)
menyatakan bahawa tingkahlaku devian membawa maksud tingkah laku
yang melanggar norma - norma masyarakat tertentu. Ianya juga
ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memahami norma -
norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996).

Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentafsirkan tingkah laku devian sebagai
kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan
yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial.

JENIS - JENIS SALAH LAKU DEVIAN

Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu
cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan
mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan
matlamatnya lali melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan
menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya
dengan matlamat lain).

CARA - CARA MENGATASI :


UNTUK MENGATASI MASALAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH
MEMERLUKAN KOMITMEN DAN DEDIKASI SEMUA PIHAK. Antara cara
penyelesaiannya ialah :

Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekolah.

Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah


dan guru- guru kelas.
Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan
pelajar yang seringkali ponteng.

Mempelbagaikan KAEDAH MENGAJAR agar pelajar minat ke sekolah.

Mewujudkan pelbagai aktiviti kokurikulum yang menarik minat pelajar ke


sekolah.

Mewujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya


dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Pihak sekolah dan PIBG sentiasa dan masa ke semasa secara berterusan
berusaha bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi


masalah ini. Khususnya dari segi mewujudkan satu budaya yang
mementingkan ilmu.

FAKTOR-FAKTOR DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

- Alaf baru memperlihatkan keruntuhan moral di kalangan pelajar sekolah.


Keruntuhan ini pula merupakan salah satu faktor yang akan memberi kesan
kepada generasi yang akan datang. Teori interaksionalisme berpendapat
bahawa devian sebagai satu proses sosial yang biasa. Ia merupakan salah
satu proses yang harus dilalui oleh segolongan remaja dalam mengharungi
alam menjelang kedewasaan. Ia juga dilihat sebagai satu proses neutrilisasi
dala interaksi mereka.

FAKTOR SEKOLAH

Menurut Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan


Pendidikan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu berkelakuan
devian.

Faktor pertama merupakan kesalahan guru yang gagal berperanan dalam bilik
darjah. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh guru agar pelajarnya tidak
terjerumus ke arah devian?
Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya. Contoh di sini
lebih memberatkan tentang perawakan dan nilai - nilai murni. Pelajar
menganggap guru sebagai idola mereka. Apabila guru memberi contoh yang
kurang baik maka pelajar tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mewarisi
ciri-ciri seseorang yang devian. Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai
nilai murni adalah tidak munasabah apabila pelajar disabitkan dengan
kesalahan yang guru itu sendiri tidak mengamalkannya.

Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok. Adalah tidak
wajar bagi seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang
merokok di kantin sekolah dan sebagainya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang telah digariskan oleh Amir
adalah sikap guru yang tidak menghormati murid. Terdapat pepatah inggeris
yang mengatakan give respect and take respect. Hormat menghormati
merupakan satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa
mengira umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati
seseorang, sudah tentunya kita akan dihormati. Ia merupakan proses interaksi
sosial yang biasa dalam sesuatu masyarat.

Anda mungkin juga menyukai