Anda di halaman 1dari 29

HBML4203

KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Isi Kandungan

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 2-3
2. Komponen novel: 4
2.1 Plot 4-6
2.2 Tema dan Persoalan 7 - 10
2.3 Watak dan Perwatakan 10 15
2.4 Latar 15 - 17
2.5 Gaya Bahasa 17 18
2.6 Sudut Pandangan 18 19
3. Unsur dan Kebudayaan Melayu 19 - 27
4. Kesimpulan 27 -28
5. Rujukan 29

1.0 Pengenalan

1
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Hashim Awang (1984) dalam Harun Jaafar (2014) menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Pemberian maksud ini adalah berdasarkan
etimologi. Etimologi bermaksud kajian asal usul bahasa. Oleh itu, berdasarkan etimologi,
kesusasteraan adalah berasal daripada cantuman kata su dan sastra dalam bahasa Sanskrit.
Kemudian perkataan ini diberi apitan kean untuk membentuk kata nama yang membentuk
istilah kesusasteraan iaitu Su (indah), Sastra (lisan, bertulis atau buku), Susastra (karya
yang indah dan berguna). Maka, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan
kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak yang ditulis
dalam bahasa Melayu (Jaafar, 2014).

Menurut Harun Jaafar (2014) lagi fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah
sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik dan menghibur. Mengajar atau disebut
juga didaktik adalah satu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan
difahami, manusia mendapat ilmu tentang sesuatu yang sebelum ini tidak mereka ketahui.
Namun begitu, pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini, pendidikan
memainkan peranannya (Jaafar, 2014).

Sastera juga dihasilkan sebagai produk kehidupan yang tentunya diangkat daripada realiti
objektif, memuatkan pelbagai nilai, antara lainnya nilai agama, sosial, psikologi, sejarah, politik,
budaya, ekonomi dan falsafah yang diadun dan dicerna dengan ketrampilan sasterawan
melahirkannya menjadi realiti imaginasi dan kreatif. Sastera mungkin lahir dalam bentuk
pengungkapan semula atau tidak mustahil muncul dalam bentuk penyuguhan konsep baharu.
Maka, terserahlah kepada pengarangnya untuk menyatakan sesuatu itu secara harfiah atau cadra
dan keadaan inilah yang memungkinkan tercetusnya kesubjektifan, ketaksaan dan secara sinkron
menimbulkan tafsiran ganda (Puteh, 1995).

Antara bentuk Kesusteraan Melayu Moden termasuklah novel, cerpen, drama dan sajak.
Namun begitu, berdasarkan tugasan ini akan membincangkan sebuah novel yang dihasilkan oleh
seorang sasterawan negara serta mengulas komponen dan unsur-unsur kebudayaan Melayu yang
terdapat di dalam novel tersebut. Menurut Harun Jaafar (2014) genre novel dalam Kesusasteraan
Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara dalam
Prosa Melayu Tradisional. Secara umumnya, novel boleh dibahagikan kepada dua iaitu novel

2
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

konvensional dan novel tidak konvensional. Novel konvensional termasuklah novel saduran,
novel Melayu asli, novel berunsur Islam, novel remaja, novel kanak-kanak, novel popular dan
novel sejarah. Sebaliknya, novel tidak konvensional lahir apabila terdapat beberapa orang
novelis yang menghasilkan novel beraliran anti-realisme atau novel absurd (Mohazri, 2008)

Sasterawan negara yang dipilih ialah Zakaria Ali melalui novelnya yang bertajuk
Empangan. Zakaria Ali merupakan salah seorang pengarang Malaysia yang dilahirkan pada 1946
di Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan. Zakaria Ali mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Air Molek, Johor Bahru dari tahun 1952 hingga 1953 dan menyambung pelajarannya di
beberapa buah sekolah Inggeris sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni
halus pada Mei 1972 dari Universiti Southwestern, Georgetown, Texas. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard, Massachusetts dan berjaya memperoleh Ijazah Phd.
pada Mac 1991. Zakaria menjadi pensyarah di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang dan dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang sejarah seni pada Januari 1993 hingga
kini (Mohazri, 2008).

Zakaria meneroka dunia seninya menerusi dua wadah iaitu tulisan seperti sajak, cerpen,
novel, esei, rencana, kertas kerja, diari dan lukisan yang menggunakan catan dan cat air. Zakaria
menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Puisi awalnya berjudul Sonnet I dan
Doubt tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970. Kemampuan Zakaria
menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk menceburi
bidang terjemahan. Misalnya, beliau menterjemahkan cerpen Massalla del Amor dan El
Pajaro karya Octavia Paz ke dalam Bahasa Melayu yang disiarkan di Dewan Sastera, Februari
1972. Pada tahun 1991, beliau memenangi tempat kedua (tiada pemenang pertama) dalam
Sayembara Novel Yayasan Sabah GAPENA ke-IV melalui novel Empangan dan Hadiah
Sastera Malaysia 1991/1992 juga menerusi novel yang sama. Antara karya penulisan beliau
termasuklah Merdeka 50: a celebration of Malaysian art; Muzium Kesenian Islam Malaysia
(2007), Villa Maya, Percikan, Empangan, Seni dan Seniman, Angsana serta Arah ke Selatan.

2.0 Komponen Novel

3
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

2.1 Plot

Menurut Harun Jaafar (2014), plot ditakrifkan sebagai kisah berangkai yang bersebab, disulami
dengan konflik atau permasalahan dan disudahi dengan penyelesaian. Secara konvensional, plot
dibina berasaskan permulaan, perkembangan dan akhirnya kesudahan (peleraian). Terdapat dua
jenis plot iaitu plot kronologi (mengikut urutan perjalanan waktu) dan plot tidak kronologi (tidak
mengikut urutan perjalanan waktu). Berdasarkan novel ini, pengarang mengaplikasikan plot
koronologi.

Empangan memaparkan plot yang sangat menarik. Pada peringkat pengenalan, novel
Empangan melibatkan peristiwa J bersiap-siap untuk kembali ke tanah air dari Amerika
hinggalah J selamat sampai ke Kampung Paya dan mengetahui tentang pembinaan empangan di
hulu Sungai Titian Terus. Pada pendapatnya pembinaan empangan itu akan mendatangkan kesan
buruk terhadap alam sekitar dan manusia. J menentang pembinaan empangan itu. Peringkat
pengenalan dimasukkan dalam prolog, bab 1, 2 dan 3.

Pada peringkat perkembangan pula telah dimasukkan dalam bab 4 hingga 10. Dalam
peringkat ini, pengarang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa watak lagi
kepada pembaca. Kebanyakkan watak-watak sampingan sama ada yang berperanan atau tidak
berperanan seperti Badak, Imam Kelawai, Haji Azman Nordin dan sebagainya. Peranan cerita
warisan juga lebih jelas dalam peringkat ini.

Di samping itu, pengarang telah memasukkan unsur konflik iaitu antara J dengan Nira
Hitam berkaitan dengan peristiwa pembinaan empangan, penubuhan SKKP (Syarikat Kerjasama
Kampung Paya) dan pembinaan lebuh raya. Pelbagai taktik jahat telah digunakan oleh Nira
Hitam untuk mengahalang J tetapi tidak berjaya. J juga berkonflik dengan Badak kerana
perbuatan membakar keretanya (Ali, 1998).

Konflik yang dimasukkan itu telah menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Antara
yang jelas adalah ketegangan dalam peristiwa perbicaraan antara J dengan Badak yang berakhir
dengan pergaduhan antara penyokong-penyokong suku masing-masing dan bapa Badak iaitu
Onton tidak dapat mengawal perasaan lalu mengamuk. Seterusnya, J berkonflik dengan dirinya
sendiri iaitu sama ada akan terus menentang Nira Hitam atau meneruskan niat asalnya untuk
membuat penyelidikannya.

4
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Pada peringkat ini juga, pengarang telah memasukkan unsur-unsur suspens. Misalnya
ketika J termakan racun. Timbul tanda tanya dihati pembaca sama ada penyakit J akan sembuh
atau adakah racun itu akan menyebabkan J meninggal dunia. Unsur suspens juga jelas dalam
peristiwa perkahwinan J. Hal ini disebabkan terdapat dua percubaan menggagalkan rombongan
majlis kenduri tersebut. Lagipun terdapat perbuatan mensabotaj perkahwinan itu dengan mencuri
dan mengkhianati barang-barang keperluan untuk mengadakan majlis projeknya serta menindas
penduduk kampung.

Pada peringkat kemuncak novel ini ditonjolkan dalam bab 10. Ketika itu J berada di
Kampung Sunyian untuk majlis perkahwinannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang
sangat kuat. Letupan itu berpunca daripada empangan yang pecah. Beberapa pengikut Nira
Hitam yang sedang berkelah di situ bertempiaran lari dan ada yang cedera namun tidak ada
sesiapa yang kehilangan nyawa.

Pada peringkat terakhir iaitu peringkat penyelesaian iaitu dalam bab 11 yang dinyatakan
dalam epilog. Kampung Paya dikatakan telah ditengelami air, lumpur serta pasir kerana banjir
besar telah berlaku akibat pecahnya Empangan Titian Terus. Banjir tersebut telah memusnahkan
tumbuh-tumbuhan yang ada serta kediaman penduduk-penduduk. Mereka yang terselamat adalah
penduduk Kampung Sunyian dari gunung. Bagi J, mimpinya ketika dia di Amerika dan ketika
dia di Kampung Paya itu memang benar-benar berlaku. Selepas itu, J meneruskan penulisan
disertasinya.

Selain itu, Zakaria Ali juga memasukkan beberapa unsur dalam teknik pengolahan plot.
Antara unsur yang digunakan dalam teknik pengolahan plot seperti dialog. Penggunaan dialog
dikemukakan untuk perbualan antara dua watak atau lebih. Terdapat juga dialog pendek yang
tidak bersesuaian dengan latar belakang pendidikan watak J. Hal ini disebabkan dialog tersebut
kelihatan bersahaja dan dialek Negeri Sembilan yang digunakan itu meletakkan J sama taraf
dengan watak-watak lain kecuali isi percakapannya yang menampakkan sikap keintelektualan
beliau.

Pengarang turut memasukkan penggunaan monolog. Terdapat beberapa monolog yang


dignakan oleh pengarang. Misalnya, J pernah berbisik kepada dirinya sendiri dengan berkata
padan muka yang ditujukan kepada Nira Hitam dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak.

5
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Kesannya, penulis berjaya memberikan fokus atau tumpuan kepada pembaca terhadap watak-
watak yang tertentu dalam masa tertentu.

Penggunaan unsur pemerian juga dimasukkan oleh pengarang. Jika dibandingkan dengan
teknik dialog dan monolog, teknik pemerianlah yang paling kerap digunakan oleh pengarang.
Kesannya, pengunaan teknik ini menyebabkan pembacaan pembaca menjadi lancar tanpa
tersekat-sekat. Pembaca berasa seolah-olah sedang mendengar sebuah cerita secara terus
daripada pengarangnya.

Di samping itu, pengarang memasukkan unsur suspen (ketegangan). Contohnya, mimpi J


sama ada akan menjadi kenyataan atau tidak. Peristiwa percubaan untuk mencuri kereta J sama
ada akan berjaya atau tidak. Peristiwa J termakan tapai beracun, sama ada dia akan selamat atau
tidak.

Flash back (imbas kembali) juga digunakan bagi menjadikan plot novel Empangan lebih
menarik. Contohnya, J mengingati kembali cerita warisan yang berkaitan datuk neneknya.
Kenangan J tentang perkenalannya dengan Kathy Harrison ketika J bekerja sambilan sebagai
pemandu teksi ketika menuntut di Havard. Kenangan Datin Biduanda tentang keadaan kampung
sebelum projek pembangunan dilaksanakan. Sebelum itu mereka boleh berburu dan bercucuk
tanam tanpa gangguan dan masalah. Kesannya, penggunaan unsur flash back yang agak banyak
menimbulkan kesan tersekat-sekat dan menganggu tumpuan pembacaan pembaca serta
kelancaran jalan cerita.

Pengarang turut memasukkan unsur Imbas muka. Contohnya, mimpi J memberikan


sedikit gambaran tentang peristiwa yang bakal terjadi iaitu banjir. Terdapat juga imbas muka
melalui dialog misalnya pantun yang dinyanyikan dalam majlis perkahwinan J iaitu:

Ada pihak sukakan ayam


Curi ulam d kebun orang
Pesaka ibu akan tenggelam
Banjir besar melanda garang

2.2 Tema dan Persoalan

6
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Novel Empangan membawa pembaca menghayati tema pembangunan desa. Kampung Paya
adalah sebuah desa yang terpencil yang terletak berhampiran dengan Pekan Rembau di Negeri
Sembilan. Desa ini digambarkan sedang mengalami satu perubahan ke arah pembangunan yang
mendadak dengan terlaksananya projek pembinaan empangan yang akan berfungsi sebagai
penjana kuasa elektrik dan sebagai sebuah tasik untuk tarikan pelancong. Projek usahasama
dengan sebuah syarikat dari Korea itu juga membawa masuk pembangunan infrastruktur yang
lain iaitu pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala yang menghubungkan Kampung Paya
dengan pekan Rembau sepanjang lima kilometer dan diberi nama Lebuh Raya Nira Hitam,
sempena nama orang yang merancang projek tersebut.

Selain itu, kawasan yang terlibat juga mengalami perubahan dari segi penempatan dan
perumahan. Sebahagian daripada penduduk telah menikmati tempat tinggal yang lebih selesa
dengan terbinanya rumah-rumah teres dan banglo untuk menggantikan rumah tradisional
mereka. Nira Hitam juga merancang untuk menjadikan Kampung Paya sebagai sebuah tempat
tarikan para pelancong. Oleh itu, dibina beberapa tempat penginapan pelancong seperti Holiday
Resort yang terletak berhampiran dengan tasik empangan. Nira Hitam telah merobohkan masjid
yang lama dan diganti dengan masjid yang berharga RM3 juta ringgit untuk menarik perhatian
pelancong. Terdapat juga rumah-rumah contoh yang dicat dengan cantik. Keluarga yang tinggal
di rumah tersebut dibayar gaji untuk tinggal di situ sebagai tontonan pelancong.

Dengan itu, pembangunan desa juga telah menaikkan taraf sosio ekonomi beberapa orang
penduduk di kawasan yang terlibat sehingga ada yang mampu untuk membeli kereta dan
motorsikal yang baharu. Walau bagaimanapun, pembangunan desa ini juga telah menimbulkan
beberapa persoalan lain. Keadaan ini berlaku kerana disebalik pembangunan yang mendadak itu,
terdapat ciri-ciri penindasan, kepentingan peribadi, penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa,
masalah kesukuan, dengki pengkhianatan, dan pemusnahan alam sekitar. Tema ini dipaparkan
secara jelas kerana segala permasalahan yang timbul dari awal plot hingga ke akhir peristiwa
adalah berkaitan dengan pembangunan desa di Kampung Paya. Watak-watak utama dalam
Empangan juga bergerak atas landasan pembangunan desa.

Watak J sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan penindasan dan


pemusnahan alam sekitar sehingga dia dianggap sebagai anti pembangunan. J cuba

7
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

menggagalkan projek pembinaan empangan itu kerana pada pendapatnya projek itu tidak
dirancang dengan sempurna memandangkan pembinaanya dijalankan secara tergesa-gesa. J
dapati pekerja-pekerja Korea itu membancuh simen dalam cuaca hujan yang mengakibatkan
benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Apa yang ditakuti itu akhirnya
terjadi juga. Empangan tersebut pecah dan mengakibatkan berlaku banjir. Pembinaan lebuh raya
juga merupakan satu projek yang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada penduduk
desa. Keadaan ini demikian kerana setelah lebuh raya itu dibuka secara rasmi, lebuh raya itu
gelap pada waktu malam kerana tiada kuasa elektrik, dan hanya digunakan oleh lembu dan
kerbau kerana penduduk desa kebanyakkannya masih belum berkenderaan kecuali basikal dan
motorsikal. Sementara itu, watak Nira Hitam pula digambarkan sebagai orang yang cuba
mengambil kesempatan atas kelemahan penduduk desa dengan berselindung disebalik tujuannya
yang murni iaitu untuk membawa penduduk desa ke arah kemajuan agar tidak ketinggalan
zaman.

Oleh itu, novel Empangan dilihat berjaya mengutarakan tema yang menarik dan sesuai
dengan ekoran persoalan-persoalan sampingan yang dikemukakan untuk renungan pembaca.
Secara tidak langsung, tema ini juga disesuaikan dengan mesej utamanya iaitu pembangunan
mendadak tanpa perancangan yang teliti akan mengakibatkan kemusnahan dan merugikan
masyarakat sekeliling yang terbabit. Tema pembangunan desa yang dikemukakan juga
dipaparkan secara seimbang dari segi kesan positif dan kesan negatifnya.

Terdapat banyak persoalan yang timbul dalam novel Empangan ini. Antara persoalan
yang ditimbulkan adalah perbalahan antara suku. Perbalahan antara suku Batu Belang dengan
suku-suku yang lain. Terdapat juga perbalahan akibat dendam di antara Nira Hitam terhadap J
disebabkan Nira Hitam berasa kehadiran J di Kampung Paya mengancam kedudukannya dan
mungkin akan menggagalkan rancangannya. Penduduk berlainan suku juga tidak bertegur sapa.

Selain itu, dua buah masjid yang berbeza dibina untuk bersembahyang Jemaah dan
terdapat percubaan untuk menggagalkan perkahwinan J. Pemilihan yang tidak adil bagi
permohonan untuk menjadi ahli syarikat Kerjasama Kampung Paya (SKKP). Perbalahan antara J
dengan Daun Nadim dan J diracun. Hanya suku Batu Belang yang menghadiri majlis
perkahwinan J sedangkan suku-suku lain pergi berkelah pada hari tersebut sebagai alasan.

8
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Perhubungan dua sahabat karib, J dan Daun Nadim juga menjadi renggang akibat sikap Daun
Nadim yang beranggapan dia tidak akan memperoleh apa-apa keuntungan dengan menyebelahi
J. oleh itu, dia memihak kepada Nira Hitam dan mendapat banyak faedah termasuklah memiliki
sebuah kereta, rumah dan memiliki saham dalam syarikat SKKP.

Persoalan seterusnya adalah pelaksanaan projek pembangunan yang tidak terancang.


Projek yang dijalankan tidak sesuai dengan masa (musim) dan tempat. Projek dilaksanakan
dalam musim hujan mengakibatkan bahan-bahan binaan yang digunakan tidak kukuh. Projek
yang dijalankan lebih banyak mendatangkan keburukan dan tidak memberikan faedah kepada
penduduk kampung. Projek tidak mengambil kira masalah alam sekitar dan keselamatan
penduduk.

Di samping itu, persoalan pemusnahan alam sekitar dan hidupan liar. Keindahan desa
tercemar akibat projek yang dilaksanakan termasuk kemusnahan kebun dan dusun milik
penduduk tempatan. Banyak haiwan liar hilang tempat tinggal lalu merayau ke dalam kampung.
Kawasan lembah menerima bencana banjir akibat empangan yang pecah. Tindakan merobohkan
masjid mungkin menghilangkan kesan-kesan yang bernilai sejarah. Projek pembinaan
mengakibatkan bunyi bising dan menggangu ketenteraman hidupan liar. Secara umumnya,
kemusnahan sebuah kampung juga akan mengakibatkan orang Melayu kehilangan identiti. Hal
ini disebabkan memang identiti masyarakat Melayu itu sentiasa dikaitkan dengan kampung.

Terdapat juga persoalan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat
dilihat melalui watak Nira Hitam yang mementingkan dirinya sendiri untuk mengaut keuntungan
yang lumayan. Datuk Endut Bondorang juga tidak menunjukkan sikap mengutamakan penduduk
desa dan membiarkan Nira Hitam menjalankan aktivitinya sesuka hati. Datuk Endut Bondorang
tidak mahu menonjolkan dirinya ketika pembukaan rasmi dan tidak hadir dalam upacara
penyerahan anak kunci rumah.

Isu penindasan turut menjadi persoalan dalam novel ini. Amalan atau sistem
pemerintahan yang dijalankan oleh Nira Hitam menampakkan unsur penindasan. Mengambil
kesempatan untuk merampas tanah penduduk desa secara lembut dan menipu. Tidak memikirkan
manfaat bagi penduduk desa ketika menjalankan projek. Penduduk di sekitar kawasan
pembinaan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di kawasan tersebut. Tidak berlaku adil

9
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

ketika menjatuhkan hukuman terhadap Badak yang merompak wang hantaran J. Penindasan
terhadap kaum suku Batu Belang turut berlaku kerana tidak membenarkan mereka menyertai
SKKP sebagai ahli. Terdapat juga tindakan membeli tanah yang diusahakan oleh penduduk desa
dan menjual semula dengan harga yang lebih tinggi.

Penentangan terhadap kekejaman turut menjadi persoalan dalam novel ini. J menentang
Nira Hitam kerana dianggap kejam. Ketua suku Batu Belang menunjukkan protes terhadap Nira
Hitam dalam majlis penyerahan anak kunci rumah kerana menganggap pemilihan itu tidak adil
dan ada unsur penindasan serta pilih kasih. J melihat pembangunan yang dilakukan di Kampung
Paya seolah-olah menenggelamkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang terbabit
terutamanya Nira Hitam. J ingin membetulkan keadaan itu. Oleh itu, persoalan ini telah
mengubah perwatakan J daripada seorang orang luar yang pasif kepada orang dalam yang
aktif.

Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan yang melibatkan budaya Melayu iaitu adat
resam dan falsafah masyarakat Melayu. Pengarang masih menggunakan pantun dala adat
merisik. Dan beberapa falsafah hidup yang disampaikan oleh J. tambahan pula, beberapa
peristiwa penting seperti adat peminangan, perkahwinan dan Adat Perpatih turut dimasukkan
dalam novel ini. Persoalan pelaksanaan undang-undang mengikut adat, pengaruh orang
berpengaruh dan pengaruh terhadap cerita warisan masyarakat setempat juga menjadi persoalan
dalam novel ini.

2.3 Watak dan Perwatakan

Menurut Harun Jaafar (2014) watak merupakan tenaga yang dipertentangkan dalam
pertembungan atau konflik dalam sesebuah cereka. Watak manusia terdiri daripada watak
sampingan, watak berperikemanusiaan dan watak tidak berperikemanusiaan. Perwatakan pula
gambaran keseluruhan sifat watak yang ditonjolkan iaitu kelakuan, perasaan, cara berfikir dan
sebagainya. Perwatakan memainkan peranan penting untuk menghidupkan cerita kerana unsur
itulah yang menjadi punca kewujudan konflik antara watak. Oleh itu, watak dalam cereka boleh
dikategorikan kepada dua iaitu watak protagonist dan antagonis.

10
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

2.3.1. Watak J

J merupakan watak protagonis dalam novel Empangan. Dia tergolong sebagai seorang yang
mempunyai ciri-ciri intelektual dan telah merantau ke luar negeri selama 12 tahun untuk belajar
sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Sebagai seorang intelek, J tidak menerima secara
membuta tuli apa yang dikatakan oleh orang lain. Misalnya, J tidak terus menganggap projek
pembinaan empangan itu sebagai sesuatu yang baik seperti yang dianggap oleh kebanyakan
penduduk di Kampung Paya. Sebaliknya, J mendapati projek tersebut sebenarnya tidak banyak
mendatangkan manfaat malahan banyak keburukannya. J juga enggan mempercayai mimpinya.
Baginya mimpi itu hanya mainan tidur dan imej hasil pengalaman yang dilalui ketika sedar.

Pada peringkat awal, J digambarkan sebagai seorang yang tidak kuat iman. Walaupun
pada suatu ketika dahulu dia pernah belajar mengaji Al-Quran dan mempunyai pengetahuan
agama yang cukup dia lupa bagaimana mengerjakan solat sehinggalah dia diingatkan oleh
seorang nenek berkulit hitam. J belajar mengucap semula dengan pertolongan seorang nenek itu
dan seorang imam di Masjid Quincy. Setelah peristiwa itu, J tidak lagi mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim malah dia telah mengatur rancangan mengislamkan
beberapa orang dari Kampung Gunung secara serentak.

Tambahan pula, J mempunyai prinsip tersendiri tentang keadilan. Bagi J, apabila keadilan
yang dipinta tidak diberikan, maka keadilan perlu dirampas. Hal ini jelas dalam peristiwa
keretanya dibakar. Apabila masalah itu tidak diambil tindakan yang wajar oleh Nira Hitam, J
bertekad untuk mengambil tindakan sendiri. Dia berjaya menangkap pencuri itu. Dia juga
berusaha untuk mendapatkan satu keputusan yang adil dalam perbicaraan itu.

J menentang penganiayaan, penghinaan dan kekejaman. Hal ini jelas dalam peristiwa J
melepaskan Datin Biduanda yang diheret dengan keadaan tangan dan lehernya diikat seperti
haiwan kerana dikatakan bersalah menceroboh kawasan pembinaan empangan sedang bagi J,
Nira Hitamlah sebenarnya yang menceroboh kawasan penduduk kampung itu. Dalam peristiwa
itu juga, J minta disampaikan pesan kepada Nira Hitam bahawa mengikat tangan dan leher orang
yang ditangkap itu merupakan satu tindakan yang biadap.

Selain itu, J mempunyai pandangan hidup yang jauh. Hal ini jelas disebabkan sejak awal
lagi dia telah melihat kesan negatif pembinaan empangan di hulu sungai Titian Terus terutama

11
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

dari segi ekonomi yang dialami oleh masyarakat di Kampung Paya. J memandang dan
menganalisis pembinaan empangan tersebut dari pelbagai aspek. J tidak mudah terpedaya dengan
pulangan hasil dari projek tersebut seperti yang dikatakan oleh Nira Hitam. Dia lebih
memikirkan aspek kehidupan masyarakat Kampung Paya dan masalah alam semula jadi yang
sedang terancam ketika itu (Ali, 1998).

J juga memiliki sifat pemaaf. Dia memaafkan Nira Hitam dan Daun Nadim walaupun
mereka menyakiti hatinya. Misalnya, walaupun Nira Hitam secara berterusan cuba menjatuhkan
maruahnya, J tetap menjemput Nira Hitam ke majlis perkahwinannya. Dia juga menganggap
dirinya terhutang budi kepada Daum Nadim. Oleh itu, dia juga cuba berbaik-baik dengan Daun
Nadim walaupun sahabat baiknya itu telah memihak kepada Nira Hitam.

2.3.2. Watak Daun Nadim

Daun Nadim berketurunan suku Batu Berkembar dan berfungsi sebagai watak dinamik serta
mempunyai dua sisi, iaitu memihak kepada J dan kemudiannya memihak kepada Nira Hitam.
Daun Nadim (orang semenda) telah berkahwin dengan Latifah daripada suku Batu Belang. Daun
Nadim merupakan seorang tukang kayu yang mahir dan berjiwa seni. Dia telah membina mimbar
masjid dan kerusi meja di rumah Datuk Endut Bondorang juga adalah hasil pertukangannya.

Daun Nadim juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai selok-belok di Kampung
Paya. Dia telah membawa J ke kawasan pergunungan untuk melihat projek pembinaan dan ke
Kampung Sunyian untuk merisik Melur. Daun Nadim mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai cerita warisan. Dia dapat menceritakan mengenai penduduk Kampung Sunyian dan
Kampung Paya kepada J dengan jelas ketika pendakian mereka di Gunung Bunian.

Namun begitu, sikap Daun Nadim didapati berubah pada pertengahan cerita iaitu setelah
menjadi ahli SKKP. Dia digambarkan sebagai menerima rasuah daripada Nira Hitam yang
berupa sebuah kereta dan sebuah rumah batu, bengkel, dan anaknya dihantar melanjutkan
pelajaran ke Amerika dengan perbelanjaan dibiayai oleh Datuk Endut Bondorang. Daun Nadim
mula angkuh, besar diri, dan tidak bertegur sapa dengan orang-orang yang bukan ahli SKKP.

12
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Daun Nadim mula berpihak kepada Nira Hitam dan melakukan segala yang disuruh oleh Nira
Hitam.

2.3.3. Watak Nira Hitam

Nira Hitam merupakan watak antagonis dalam novel ini. Beliau pernah belajar di Universiti
Oxford pada tahun 1949. Beliau menjadi penghulu dan perancang kemajuan Kampung Paya.
Nira Hitam memiliki pelbagai kemewahan termasuklah helikopter, beberapa buah kereta mewah
dan mempunyai tiga orang isteri. Dia juga merupakan orang kepercayaan Datuk Endut
Bondorang.

Nira Hitam tidak berperikemanusiaan. Hal ini dapat dilihat melalui sikap, tindakan serta
pemikirannya pada sepanjang plot novel ini. Nira Hitam juga merupakan perancang pertama
dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan maruah J. Nira Hitam sangat lincah
dalam menjelaskan kegiatan serta muslihatnya kerana dia pandai berselindung. Kejahatannya
tidak diperlihatkan dengan jelas melalui perbuatan serta gerak lakunya, tetapi dilihat melalui
pemikiran serta sikapnya. Contohnya, bagi melindungi niat jahatnya dia tidak melakukan sendiri
perbuatan jahatnya itu tetapi mengupah Badak, Imam Kelawai, Kudung, Bulo dan beberapa
orang pengikutnya termasuklah Daun Nadim. Dia juga berselindung dengan sikap talam dua
mukanya terutama pada J (Ali, 1998).

Nira Hitam juga seorang yang bercita-cita tinggi. Dia menggerakkan pembangunan di
Kampung Paya dengan projek-projek mega dan melibatkan perbelanjaan yang besar dan
memerlukan pekerja-pekerja asing. Misalny,a projek pembinaan empangan, lebuh raya Rembau-
Kampung Paya serta projek-projek perumahan secara besar-besaran. Nira Hitam bersikap
angkuh, sombong dan ego. Tutur katanya memperlihatkan kesombongannya. Misalnya, dia
pernah menyindir J bahawa penduduk Kampung Paya tidak memerlukan seseorang yang
memiliki PhD untuk sekadar memberikan pendapat.

Dia juga seorang oportunist iaitu bijak mencari peluang yang sesuai pada masanya.
Misalnya, dia merasuah Daun Nadim dengan segala kemewahan. Kesannya, Daun Nadim
meninggalkan J dan memihak kepadanya kerana telah bersikap materialistik. Dia juga sanggup

13
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

membelanjakan wang dengan banyak untuk mengukuhkan kedudukan serta pengaruhnya.


Misalnya, dia sanggup membayar RM6000 sebagai denda yang dikenakan terhadap Badak atas
kesalahan membakar kereta J. Nira Hitam telah mengupah Imam Kelawai supaya meburuk-
burukkan J dalam khutbah Jumaat. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa dia juga seorang yang
sanggup memperalatkan agama demi kepentingan dirinya sendiri. Nira Hitam juga mengugat
untuk melucutkan jawatan Imam Kelawai sekiranya dia enggan memihak kepadanya.

Dengan sikap iri hati yang ada padanya pula, Nira Hitam sanggup mengkhianati J dengan
cubaannya menggagalkan kenduri perkahwinan J dengan Melur. Hal ini disebabkan kerana dia
juga menaruh hati kepada gadis tersebut. Apabila barang-barang keperluan untuk majlis kenduri
dimusnahkan, J terpaksa membatalkan kenduri itu di Kampung Paya dan mengadakan kenduri di
rumah pengatin perempuan, di Masjid Kampung Sunyian. Dia juga dipercayai mengupah Badak
untuk merompak rombongan peminangan Melur.

2.3.4. Perbezaan dan Persamaan Perwatakan J dengan Nira Hitam

J sensitif tentang hak-hak asasi manusia dan menentang unsur-unsur kekejaman sedangkan Nira
Hitam didapati bertindak tanpa perikemanusiaan. Contohnya, dalam peristiwa penangkapan
Datin Biduanda. J dan Nira Hitam sama-sama tergolong sebagai orang yang berpendidikan
tinggi. Apabila insaf tentang kecuaiannya menunaikan tanggungjawab dalam agama, J muncul
sebagai seorang yang berjaya mengislamkan masyarakat di kawasan pergunungan sedangkan
Nira Hitam tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan
daripada penduduk kampung tersebut. Di samping itu, Nira Hitam juga menggunakan Imam
Kelawai untuk mempengaruhi orang ramai dengan menabur fitnah terhadap J dalam khutbah
Jumaat.

J bersifat prihatin terhadap alam sekitar sedangkan Nira Hitam lebih mementingkan
keuntungan wang ringgit dan sanggup melihat kemusnahan alam sekitar berlaku demi mencapai
cita-citanya. J ingin melihat Kampung Paya maju. Nira Hitam turut berkongsi cita-cita yang
sama. Namun begitu, mereka berselisih pendapat tentang cara melaksanakan pembangunan itu. J
berpendapat pembangunan itu perlu mengambil kira faktor-faktor alam sekitar dan perasaan

14
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

penduduk tempatan serta masa depan mereka. Nira hitam tidak menghiraukan aspek-aspek
tersebut.

2.4 Latar

Menurut Harun Jaafar (2014) latar atau setting adalah segala unsur atau aspek yang mengiringi
dan mendampingi perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok pemikiran
penulis. Unsur dalam latar termasuklah tempat, cara hidup para pelaku, masa dan latar belakang
am. Latar termasuklah latar tempat, masyarakat, budaya dan masa. Latar novel ini dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu latar tempat, masa dan masyarakat seperti berikut:

2.4.1. Latar Tempat

Peristiwa dan aksi dalam novel ini berlaku di sebuah kampung.

2.4.2. Latar Masa

Latar masa dalam novel ini memaparkan peristiwa dan aksi berlaku pada waktu siang dan
malam.

2.4.3. Latar Masyarakat

Secara umumnya, masyarakat di Kampung Paya boleh dikatakan masih lagi dibelenggu
kemiskinan. Keadaan ini dapat kita lihat melalui keadaan sekeliling perkampungan mereka dan
aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Keadaan sekeliling mereka tidak banyak berubah sejak J
berada di luar negara kira-kira 10 tahun sebelum itu. Gambaran ini dapat kita lihat melalui
keterangan J sendiri apabila dia mula menjejak kaki di kampungnya. Menurut J, keadaan
jambatan di situ masih lagi tidak berpagar seperti dahulu dan lantainya dibuat daripada kayu
bulat. J juga mendapati keadaan jalan yang masih lagi becak ketika musim hujan dan begitu juga
rumah Daun Nadim dan surau yang snagat usang. Semua gambaran yang diberikan itu
menunjukkan taraf ekonomi masyarakat di Kampung Paya masih lagi dibelenggu kemiskinan.

Selain itu, kegiatan penduduk di situ juga didapati masih tertumpu kepada pertanian
secara tradisional iaitu bersawah. Menoreh getah, berkebun sayur, kelapa sawit dan berdusun.
Hanya segelintir daripada penduduk di situ yang berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka
kedai runcit, barang-barang hardware dan kedai kopi. Daun Nadim sendiri sebagai tukang

15
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

membuat perabot dan menorah getah. Penduduk-penduduk di situ juga kebanyakkannya tidak
memiliki kenderaan sendiri kecuali beberapa orang yang memiliki motorsikal dan basikal.

Tahap pemikiran (pendidikan) penduduk boleh dikatakan masih rendah kerana masih
kurang pendedahan dari segi pendidikan dan keadaan mereka yang tinggal di kawasan
pedalaman yang terpencil daripada arus pembangunan. Dengan pemikiran seperti itu,
kebanyakan daripada mereka akan menurut sahaja apa-apa yang dikatakan oleh pemimpin
mereka. Mereka menganggap semua orang jujur dan tidak banyak bersikap melawan kerana
menurut keterangan Nira Hitam ketika bertengkar dengan J, penduduk kampung harus menurut
perintah pemimpin mereka tanpa soal jawab sekiranya tidak, itu dianggap sebagai menderhaka
(hlm. 42). Menurut Nira Hitam lagi, mereka mengamalkan adat mereka menurut apa yang
mereka tafsirkan daripada cerita warisan. Oleh sebab itu, ketua kaum gunung iaitu Datin
Biduanda didapati tidak melawan apabila diberkas oleh orang-orang suruhan Nira Hitamkerana
dituduh menceroboh kawasan larangan walaupun dia dikat seperti haiwan dan kawasan yang
dikatakan kawasan larangan itu ialah kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. Dengan
alasan yang sama juga Nira Hitam tidak perlu meminta sokongan daripada penduduk kampung
untuk membina empangan kerana dia tahu penduduk kampung akan menurut sahaja apa yang
difikirkan baik oleh pemimpin mereka tanpa bangkangan.

Ketika J memberikan penjelasan bahawa dia mengambil gambar di kawasan pembinaan


empangan itu bertujuan untuk menulis buku bagi pengajiannyadi di peringkat ijazah kedoktoran,
salah seorang Datuk Lembaga ingin tahu apakah kaitannya gambar empangan dengan ilmu
perubatan kerana keliru dengan perkataan kedoktoran itu. Hal ini menunjukkan tahap pemikiran
yang rendah kerana kurang pendidikan. Tahap pemikiran seperti ini juga telah menyebabkan
sesetengah daripada mereka melakukan tindakan yang melulu dan kurang bijak. Misalnya,
tindakan Badak membakar kereta J dan merompak rombongan peminangan J. Begitu juga
dengan tindakan Onton (bapa Badak) mengamuk kerana marah anaknya didenda RM6000 bagi
kesalahan membakar J.

16
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

2.4.4 Perhubungan antara penduduk

Secara umumnya, perhubungan antara sesama penduduk di Kampung Paya adalah baik
sehinggalah terjadi perpecahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain.
Perhubungan yang baik ini dapat kita lihat dari segi permuafakatan mereka dalam kerja-kerja
bergotong-royong seperti sewaktu hendak mengadakan kenduri J. Dalam hal ini kita dapati
kebanyakan penduduk ingin mnghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dan benda seperti beras,
daging lembu dan kerbau, ayam dan itik, sayur dan sebagainya. Mereka juga digambarkan
sebagai masyarakat yang suka bekerjasama dan bantu-membantu. Namun begitu, ketika
perkahwinan J, penduduk yang dipaksa pergi berkelah itu ada juga yang menukar fikiran dan
turut sama memeriahkan majlis perkahwinan J dan melupakan perselisihan faham antara mereka.

Kebanyakan penduduk juga membuat keputusan dengan bermesyuarat di surau dan


mereka menjadikan surau seperti dewan perhimpunan orang ramai yang rasmi. Namun begitu,
perpecahan yang berlaku telah menyebabkan mereka bersembahyang Jumaat di masjid yang
berlainan dan perasaan perkauman antara suku yang berlainan semakin menebal. Keadaan ini
jelas dilihat dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak. Keadaan menjadi huru-hara dan bising
kerana penyokong sibuk menjeritkan nama Badak dan nama J. Menurut gambaran pengarang,
apa yang berlaku dalam peristiwa itu bukanlah perbicaraan untuk menegakkan kebenaran, tetapi
perlawanan antara dua suku dan demi menyelamatkan penduduk dari suku kaum yang sama,
mereka sanggup mengemukakan saksi palsu seperti Imam Kelawai.

2.5 Gaya Bahasa

Menurut (Jaafar, 2014) gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki
penulis kepada karyanya untuk menerangkan semua idea dan pemikirannya tentang persoalan
dan permasalahan yang menjadi renungannya. Aspek yang penting dalam gaya bahasa ialah
pmilihan kata, peyusunan ayat, bahasa kiasan, perlanbangan dan sebagainya.

Antara gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah personafikasi. Personafikasi
memberikan sifat manusia kepada benda, keadaan atau suasana. Contohnya angin waktu
menyapa jendela.

17
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Pengarang juga menggunakan gaya bahasa metafora. Metafora membandingkan sesuatu


dengan keadaan yang mempunyai dua perkataan. Salah satu daripadanya adalah konkrit dan satu
lagi adalah abstrak iaitu tidak nyata atau menjadi pembanding. Contohnya, tiba-tiba
kedengaran satu bunyi dahsyat dari lembah: satu ledakan, terjunan air yang berputar-putar
(Hlm. 256).

Pengarang turut menggunakan simile iaitu membandingkan sesuatu dengan jelas.


Pengarang menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama, ibarat, bak dan laksana. Contohnya,
seperti pohon di tengah padang.

Hiperbola membawa kepada pernyataan yang berlebih-lebihan. Untuk menekankan suatu


pandangan, pemikiran serta perasaan. Contohnya, Maka terpandanglah ia pada sebuah rumah
terlalulah indah-indah perbuatannya (Hlm. 19).

Selain itu, terdapat penggunaan bahasa pantun terutamanya dalam majlis perkahwinan di
antara J dengan Melur Putih. Contoh pantun tersebut ialah:

Ada pihak sukakan ulam,


Curi ulam di kebun orang,
Pusaka ibu akan tenggelam,
Banjir besar melanda garang.
(Hlm. 252)

Terdapat juga penggunaan dialek bahasa adat perpatih. Misalnya, Mano buleh kito
samokan adat dongan kebulehan bofikir (Hlm. 44).

2.6 Sudut Pandangan

Menurut Harun Jaafar (2014) sudut pandangan adalah suatu struktur yang penting.
Kewujudannya dapat menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat
pengisahan dan berhubung rapat dengan watak. Sudut pandangan terbahagi kepada tiga kategori
iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pendangan orang ketiga dan sudut pandangan aliran
kesedaran.

18
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Sudut pandangan orang pertama merupakan cara yang mudah dikesan oleh pembaca.
Pengarang memasukkan watak J alam cerita yang merujuk kepada diri pengarang sendiri.
Perkara yang dilakukan, difikirkan serta dirasakan oleh watak J pernah dilalui oleh pengarang
dan sangat berkesan.

Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas atau serba tahu. Pengarang berada di luar
lingkungan cerita. Pengarang bertindak sebagai penggerak watak. Pengarang kenal setiap watak
dengan terperinci seperti isi hati, perasaan dan segala-galanya tentang watak yang digerakkan.

Sudut pandangan orang ketiga terbatas. Pengarang berada di luar lingkungan cerita.
Pengetahuan pengarang mengenai watak-watak adalah terbatas. Pengarang mungkin mengenali
Biasanya watak terhad kepada pergerakan mereka atau watak sampingan.

Sudut pandangan objektif atau dramatik. Pengarang lebih bersifat pelopor. Pengarang
hanya melaporkan apa yang dilihat seperti bentuk fizikal atau aksi pelaku-pelaku. Pengarang
tidak mengetahui perasaan serta konflik yang ditanggung oleh watak. Sudut pandangan ini
membawa kesinambungan peristiwa yang dipaparkan secara dramatik, menggusarkan dan
mencemaskan.

3.0 Unsur dan Kebudayaan Melayu

Meneliti dan menghayati kembali novel Empangan karya Zakaria Ali yang telah diperakukan
sebagai pemenang kedua dalam sayembara novel Yayasan Sabah-GAPENA ke-IV, dan sebagai
pemenang Hadiah Sastera Malaysia genre novel 1990 hingga 1991. Sesungguhnya,
menyerlahkan dua sisi lagi yang wajar diperhatikan. Teks Empangan tidak sahaja memaparkan
realiti objektif masyarakat Kampung Paya secara harfiah tetapi yang utama dan penting malah
menjadi dasar pencandraannya terlaksana dalam ikatan kesukuan sistem adat perpatih yang
dipertembungkan dengan nilai-nilai lama dan baharu, dalam pengertian yang amat luas, melalui
gerak tindak pemikiran beberapa watak dengan tafsiran-tafsiran pengarang sendiri, yang
menghantarnya dengan wahana bahasa yang jati diri dan dengan langgam penceritaan yang
membezakan Zakaria Ali dengan pengarang-pengarang sebelum dan sezamannya sehingga kini.

19
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Apa yang ketara, sekiranya menghayati Empangan secara konvensional, membaca pada
waktu senggang, secara santai untuk keperluan hobi atau sekadar kecenderungan tuntutan budaya
membaca, maka seseorang akan berhadapan atau bertemu dengan protagonis J, calon siswazah
program kedoktoran dalam jurusan falsafah yang kembali ke desanya di daerah Rembau setelah
merantau ke kota-kota besar di Amerika Syarikat dan Mexico selama 12 tahun. Dalam usaha dan
upayanya melaksanakan penyelidikan untuk disertasi Doktor Falsafahnya tentang Konsep Maya
di dalam Penghidupan Melayu di Kampung Paya kelahirannya, protagonis J harus berhadapan
dengan antagonis Nira Hitam, lepasan Oxford University tahun 1949, penghulu yang menjadi
perancang dalaman bagi kemajuan Kampung Paya. Di samping itu, secara harfiah juga, Datuk
Endut Bondorang, penaja J dalam bidang pendidikan menyatakan lewat surat:

bahawa kini di Kampung Paya banyak sudah perubahan berlaku, memerlukan


penglibatannya, satu-satunya anak kampung yang sudah mempunyai dua ijazah dan sedang
berusaha mendapatkan yang ketiga. Sumbangan J sangat-sangat dialukan, dalam apa bentuk
sekalipun, memandangkan bahawa orang-orang kampung rata-rata masih buta huruf, miskin, dan
tak punya inisiatif. Suatu kepimpinan akan menginsafkan mereka tentang betapa perlunya
menanam nilai memperbaiki keadaan diri.

Masyarakat Kampung Paya terdiri daripada tujuh ikatan suku dalam sistem adat perpatih
yang mementingkan cara hidup berunding dalam masyarakat petani yang ekonominya berada di
bawah paras mundur itu, harus berhadapan dengan dengan arus kemajuan dan pembangunan
yang didatangkan tanpa penjelasan untuk menuju ke arah hidup pada era perindustrian. Inilah
paradox yang mencetuskan konflik antara J dengan Nira Hitam, iaitu mereka mempunyai
kepentingan, motif dan bertindak sesuai dengan keperluan tuntutan watak peribadi masing-
masing. Perlakuan itu dapat dihubungkaitkan dengan konflik sosial, politik dan ekonomi, yang
kemudiannya menimbulkan jalur tindak yang bertentangan, hitam putih dan terkadang-kadang
cenderung pada tindakan berbentuk perdebatan.

Pergeseran antara kedua-dua watak yang saling berkontras ini berawal muara dari
situasi siapakah yang berdiri di atas rumah siapakah yang berani merenung mata Nira Hitam
dengan begitu tajam, seperti yang dilakukan oleh J. (hlm. 22). J tidak mempersilakan Nira
Hitam naik kerana atas perhitungan situasi kala dan tempat, di samping keterpegunannya,

20
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

berbanding dengan sikap Nira Hitam justeru keghaiban adat, apatah lagi dia sebagai penghulu
Kampung Paya ingin penjelasan daripada J mengapa pulang senyap-senyap pada waktu tengah
malam dalam cuaca hujan dan meninggalkan kereta tersangkut di jambatan menghalang jalan?
Perlakuan dan pertanyaan itu jelas prejudis. Sebagai insan, tidak mustahil Nira Hitam bersikap
sedemikian. Bagaimanapun, statusnya sebagai penghulu yang dipilih oleh anak buah, sebagai
pemimpin haruslah melaksanakan sesuatu dengan cara dan tujuan:

menghilangkan yang buruk,


menimbulkan yang baik.

kerana dalam tatacara adat perpatih ada menyatakan:

Tiada kusut yang tidak dapat diselesaikan,


Tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan.

Apatah lagi pemimpin seperti Nira Hitam itu diibaratkan:

Air yang jernih,


Tempurung yang ceper.
Seperti pohon di tengah padang.
Uratnya tempat bergantung,
Buahnya untuk dimakan,
Daunnya untuk berlindung.

Walau bagaimanapun, perbilangan adat itu indah pada sebutan dan tidak berlaku. Nilai-
nilai itu tidak bermastautin apalagi sebati dalam diri Nira Hitam. Kehadiran J di kampung,
tindakan penyiasatan J bersama-sama Daun Nadim mendekati empangan menimbulkan
permasalahan dan mereka dituduh menderhaka iaitu menderhaka terhadap rancangan
pembangunan Datuk Endut Bondorang, penaja pendidikannya sejak dari darjah satu Sekolah
Melayu. Tuduhannya adalah pergi ke kawasan empangan, melawan dan menahan pengawal
berunifom, menghasut pesalah, dan melanggar peraturan dengan mengambil gambar empangan.

21
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Sesungguhnya sudut pandangan mereka atau tafsiran terhadap sesuatu peristiwa


mempunyai jurang yang amat dalam dan sukar untuk ditambunratakan. Hal ini dapat
dimengertikan atas dasar, pertama, Nira Hitam cuba menekankan kekuasaannya terhadap J.
sebagai penghulu, dia berusaha menunjukkan kebenarannya dengan memanfaatkan kedudukan,
pengalaman dan senioritinya. Hal ini berbeza berbanding dengan J, sebagai pemuda yang ingin
berterus-terang, terutama dalam berhujah menyatakan buah fikirannya dan ini sesuai dengan
ujarannya Mano buleh kito samokan adat dongan kebulehan bofikir (hlm. 44) yang
merupakan hasil daripada perantaunnya selama 12 tahun itu. Secara tersirat ada upaya Nira
Hitam meminggirkan aspek kecendekiawan dengan meletakkan di atas segalanya.
Selain itu, ada semacam bibit kecurigaan dalam hati Nira Hitam terhadap kehadiran J di
kampung Paya. Ada semacam rahsia yang ingin disembunyikan oleh Nira Hitam daripada
terdedah kepada pengetahuan J dan masyarakat seluruhnya. Apakah ini suatu sikap kecemburuan
sosial yang merasuk diri Nira Hitam? Mungkin tidak mustahil dan tentu sahaja ada alasannya
pula. Justeru itu, kembali sahaja pada hakikat sejarah dan liku-liku pendidikan formal Nira
Hitam. Usaha untuk memperoleh ijazah MA di Oxford University, umpamanya, dia terpaksa
merubah dua kali tesisnya pernah diterbitkan dalam JMBRAS walhal ini tidak pernah berlaku.
Hal ini berbeza berbanding dengan J sendiri yang berjaya dalam bidang pendidikan dan kini
dalam kajian untuk disertasi ijazah ketiganya.
J, sesungguhnya, bukan insan yang menentang kemajuan dan pembangunan. Dia dapat
menerima hakikat perubahan waktu dan pembangunan semasa. Namun begitu, apa yang
ditentangnya adalah perlaksanaannya itu seolah-olah menafikan hak setiap penduduk Kampung
Paya, di samping semacam ikut menafikan hak kebebasan bergerak penduduk gunung. Untuk
memperoleh data yang konkrit, J melakukan bancian dan hasilnya dirumuskan demikian:

kalau Nira Hitam sayangkan orang kampung, tak kira daripada suku mana, dia setidak-
tidaknya memberitahu penduduk apakah, dan sejauh manakah, projek empangan akan
diteruskan. Berapa ekar lagi tanah dusun yang akan terlibat? Siapakah yang akan mendapat
faedah secara langsung dan tak langsung? Penduduk Kampung Paya berhak diberitahu baik tak
baiknya projek ini kerana Sungai Titianterus ialah sumber penghidupan 70% penduduk
Kampung Paya. Air minum, air sawah, air kebun didatangkan dari Titianterus. Juga, sumber
pelbagai jenis ikan air tawar ada daerah balak di hulu. (Ali, 1998)

22
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

(Hlm. 63)
Dapatan tersebut dengan jelas dan tepat memberi gambaran tentang sikap penduduk
setempat yang menolak projek empangan. J sendiri berpendapat projek empangan itu, dari
banyak aspek, akan merugikan orang kampung. Air akan tercemar, kemarau akan berlaku, toksik
akan mengancam, hidupan air akan pupus, alam akan musnah, dan bagaimana hakisan akan
dapat dibendung.
Demikianlah, antara isu utama yang menjadi dasar pergolakan dan konflik. Apakah
kritikan sosial itu sahaja menjadi motif yang ingin dihantar oleh pengarangnya? Apakah tidak
mungkin ada yang tersirat disebaliknya? Inilah pencandraan yang ingin diselusuri.
Sesungguhnya, projek empangan secara tersirat hanya latar cerita, atau suatu pengucapan
simbolik, yang memiliki konotasi dan dapat ditafsirkan dari pelbagai perspektif. Empangan
sebenarnya wujud dalam kehidupan diri secara mujarad, hampir merata dan sebati dalam
masyarakat Kampung Paya yang masih tertutup, sukuan yang mengikat dan diperteguhkan lagi
dengan beberapa perilaku dianggap remeh-temeh, yang tiada bermanfaat dengan keperluan dan
kekuasaan dieksploitasi dengan semaksimum mungkin, malah dengan sewenang-wenangnya.
Lantas, menjadi amat sukar untuk warisan yang terkadang-kadang sudah tidak releven dengan
kala, yang ditokok tambah untuk kepentingan diri atau dilihat dari perspektif diri yang emosional
menjadi landas penentuan.
Demikianlah, sewaktu J dibicarakan di balairung, dia terasa bukan keadilan yang cuba
ditegakkan tetapi menimbulkan perlawanan dua suku di permukaan Kampung Paya (hlm. 118).
Kepulangan J ke tanah leluhurnya untuk menumbuhkan tunjang baharu menjadi di samping
untuk memahami serba sedikit tentang maya Melayu menjadi berkecamuk dan tepu dengan
kerancuan. Yang ditemukan dan dialami betapa maya Melayu ialah:
rasa suku yang amat mendalam sehingga setiap langkah, tindakan, keputusan diambil adalah
berdasarkan sakit hati. Jangan sakitkan hati orang Melayu. Orang Melayu yang skait hati lupa
daratan, menjadi makhluk primitive yang berdendam ke akhir hayat
(Hlm. 119)
Isu yang timbul dalam masyarakat tujuh suku di Kampung Paya itu amat mengecewakan
J sejak pengembaliannya bagi melaksanakan penyelidikan untuk disertasi kedoktorannya.
Amatlah disayangkan, Nira Hitam yang mempunyai ijazah kedua dari Oxford University tidak
secerdik yang disangka. J kembali bukan mencari musuh, jauh sekali untuk menghalang cita-cita

23
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

dan tujuan pembangunan dan kemajuan. J cuma mempertikaikan kebijaksanaan pembinaan


empangan dan akibat daripada pembangunan terhadap seluruh penduduk setempat yang tidak
dimaklumkan, yang tidak diajak berunding sesuai dengan norma dalam sistem kehidupan dan
kelangsungan adat perpatih, jika adat menjadi landas.
Elok juga kita melihat beberapa petanda awal yang dialami oleh protagonis J baik secara
realiti mahupun terlaksana dalam ilusi atau bawah sedar. Bertolak daripada bahagian prolog lagi,
sejak di Boston lagi, J diancam dengan mimpi dahsyat, banjir besar dengan air berputar meragut
nyawa. Sewaktu berada di desanya, J berhujan tidak berkesudahan turun menimpa Kampung
Paya. Dalam majlis perkahwinannya, J dengan Melur Putih, gadis asal kampung Sunyian anak
Datuk Datin Biduanda, orang gunung terlontar serangkap pantun:
Ada pihak sukakan ulam,
Curi ulam di kebun orang,
Pusaka ibu akan tenggelam,
Banjir besar melanda garang.
(Hlm. 252)
Bagi masyarakat kampung, sisipan pantun ini walaupun tajam menhunjam tetapi bagai
tidak dirasakan kerana kecenderungannya lebih gurauan dan tujuan keseronokan dalam
kemeriahan majlis perkahwinan. Tetapi tidak demikian halnya pada J sendiri. Sisipan pantun itu
merupakan suatu gambaran kengerian yang bakal timbul dalam reality dan ini sungguh-sungguh
terlaksana, wujud dalam realiti apabila akhirnya tiba-tiba kedengaran satu bunyi dahsyat dari
lembah: satu ledakan, terjunan air yang berputar (hlm. 256) (Ali, 1998).
Pada tahap ini kita ditemukan dengan dua hal. Pertama, penggunaan leitmotif yang
berhubung langsung dengan situasi, pemikiran dan watak-watak menerusi wacana. Timbul kata
dan frasa tentang banjir, mimpi, hujan tidak berkesudahan. Kedua, mimpi dan imaginasi J
muncul sebagai realiti ngeri dan sudah diberi gejala-gejala awal tentang hujan yang tidak
berkesudahan menimpa Kampung Paya dengan kerja-kerja pembinaan empangan tanpa mengira
iklim lembap dan basah. Kemungkinan berlakunya malapetaka itu tidak pernah ada dalam
kehidupan dan pemikiran Nira Hitam kecuali keghairahannya mengimport kemajuan dan
pembangunan termasuk penubuhan SKKP (Syarikat Kerjasama Kampung Paya) yang
menimbulkan masalah kerana tidak menerima ahli daripada suku Batu Belang yang tidak
menurut perintahnya, penubuhan syarikat kenderaan bas melalui jalan baharu Kampung Paya-

24
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Rembau setiap suku jam sekali tanpa penumpang, pembinaannya sekadar memberi tempias
kemakmuran kepada orang kampung berbanding Nira Hitam yang memilki pelbagai kemewahan
termasuk helikopter, motokar mewah beberapa buah, dan tiga isteri yang sering membeli-belah
di Switzerland dan negara lain.
Sesungguhnya banyak lagi dapat dilihat dengan pelbagai tafsiran kerana pengarangnya
secara sedar atau sebaliknya vnderung memilih sesuatu itu secara konotasi, memiliki tafsir
ganda, dan ketaksaan sifatnya. Umpamanya, mengapa harus bermula dengan istilah prolog
tidak mukadimah atau iftitah? Demikian dengan istilah epilog. Mengapa pula pengarang
sering memakai kata harian ditengok, atau menengok tidak dengan lebih baku dilihat atau
melihat? Tidakkah itu cuba memancarkan realiti objektif berkaitan dengan lokasi dan
kelaziman yang serentak berhubung dengan warna setempat?
Tujuh suku di Kampung Paya juga menarik diteliti apabila dihubungkan dengan individu-
individunya. J daripada suku Batu Belang yang mempunyai tradisi unik dalam sejarah seperti
terhimpun dalam cerita warisan benar-benar menunjukkan belangnya dalam masyarakat
Kampung Paya berbanding dengan Nira Hitam, yang secara simbolik nama ini mempunyai
konotasi menjurus kepada hal-hal negatif, berasal aripada suku Batu Hampar paling lewat
meninggalkan Minangkabau untuk berada di daerah baharu itu yang asalnya diteroka oleh
leluhur Datuk Endut Bodorang daripada suku Batu Paya. Kehidupan Nira Hitam juga
berpencaran, hartanya, isunya berpencaran, sikapnya berpencaran, dan isterinya juga berpencar-
pencar.
Daun Nadim daripada suku Batu Berkembar jelas memperlihatkan fungsi wataknya yang
dinamik dan mempunyai dua sisi memihak pada J dan kemudiannya pada Nira Hitam ialah orang
semenda yang mengahwini Latifah daripada Suku Batu Belang. Sebagai orang semenda
statusnya di tempat semendanya diibaratkan seperti:
Mentimun dengan durian:
Menggolek pun luka,
Kena golek pun luka.
Jelas, kekuasaannya dalam suku isterinya tidaklah ketara tetapi itu tidak bermakna Daun
Nadim tidak memperoleh penghargaan diri selayaknya. Dalam system adat perpatih orang
semenda mempunyai statusnya:
Orang Semenda di tempat semenda,

25
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Jika cerdik teman berunding.


Jika bodoh disuruh dirah,
Tinggi banir tempat berlindung,
Rimbun daun tempat bernaung,
Disuruh pergi, dipanggil datang,
Yang buta disuruh menunggu lesong,
Yang patah disuruh menunggu jemuran,
Yang pekak disuruh mencucuh Meriam,
Yang berani dibuat kepala lawan,
Yang kaya hendakan semasnya,
Kalau mualim hendakan doanya.
Jelas pula orang semenda itu senantiasa dihormati dan dihargai sesuai dengan status diri
bagi kemanfaatan masyarakat setempat. Ini ada kaitan langsung dengan sikap dan tindak-tanduk
Daun Nadim (Nadim: orang yang dipercayai, sahabat karib jika dihubungkan dengan J) yang
menerima arahan Nira Hitam untuk membawa maklumat ke masjid tetapi disampaikan dengan
penuh kerancunan antara lain disebabkan tekanan isterinya Latifah yang masih setia pada suku
Batu Belang (hlm. 237-238) (Ali, 1998)
Segala fenomena yang bergolak dalam masyarakat Kampung Paya, segala isu yang
berbangkit dalam tujuh suku dengan kritikan-kritikan sosial itu dihantar oleh pengarang dengan
langgam penceritaannya yang benar-benar berlainan berbanding dengan pengarang-pengarang
yang sezaman dengannya. Zakaria Ali, dalam bahagian tertentu cenderung bercerita secara lama,
bentuk lisan atau seperti yang kerap ditemukan dalam hikayat-hikayat. Lalu kita ditemukan
dengan beberapa langgam seperti yang berikut:
Di sini pengarang ingin mencelah agar pembaca tak terkejut dengan cara cerita ini akan
dikendalikan. Celahan ini berupa pembawaan bahan-bahan silam yang dikira berkaitan dengan
suasana dan sejarah Kampung Paya
(Hlm. 8)
(Ali, 1998)

26
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

3.1. Kepercayaan

Sejak turun-temurun penduduk Kampung Paya memegang teguh cerita warisan. Cerita warisan
dianggap satu-satunya bukti yang dapat menentukan identiti seseorang penduduk di situ. Cerita
warisan atau sejarah tidak formal juga meletakkan kuasa mutlak. Datuk Endut Bondorang yang
tidak dapat dipertikaikan. Cerita warisan juga telah menetapkan suku kaum dan keturunan
penduduk Kampung Paya. Kebanyakan penduduk juga didapati sudah kehilangan konsep
peredaran masa sehingga ada yang meletakkan masa itu menurut waktu sembahyang (hlm. 135)
seperti berikut:

1. Selepas subuh: bersedia untuk ke lading atau ke sawah.

2. Masuk waktu zuhur: masa untuk makan tengah hari.

3. Masuk waktu asar: masa untuk berhenti kerja

4. Selepas isya: masa untuk kanak-kanak yang mengaji di surau pulang ke rumah.

Terdapat juga penduduk-penduduk yang tidak tahu menghargai masa mereka yang
terluang. Mereka yang termasuk dalam golongan ini akan menghabiskan masa mereka dengan
berborak-borak di kedai kopi Sidik atau bermain judi, membaca akhbar dan minum minuman
keras. Ada juga penduduk yang tinggal di rumah untuk mendengar radio (Ali W. Z.).

4.0 Kesimpulan

Demikianlah, Zakaria Ali berusaha dengan pelbagai cara atau gaya menghantar kritikan
sosialnya, mendedahkan kecemburuan sosial, baik secara sinis mahupun simbolik dan secara
terang-terangan bagi memperoleh keseimbangan dan keadilan hidup. zahirnya J bertindak
bagaikan protagonis yang anti pembangunan, anti kemajuan dan anti pemodenan. Namun,
dengan melihat candranya dan mentafsirkan perjuangan protagonis J yang menciri diri,
mengenal bentuk-bentuk kejahatan dan menanti keredaan Allah perihal seorang insan
berhadapan dengan maya masyarakat kampungnya (hlm. 259) maka hal ini memperlihatkan
sikap, pemikiran, kecendekiawan dan idealism pengarang yang meletakkan protagonist J pada

27
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

era transisi, daripada jagat tradisional beranjak memasuki jagat moden dengan kelajuan arus
pembangunan dan kemajuan. Kesemuanya itu cuba dihantar dengan bauran langgam yang
memperlihatlan keunikan dalam upaya menemukan jati diri. Gambaran itu bukan sahaja
menyerlahkan realiti objektif yang diangkat secara harfiah, malah memungkinkan kita
menelusuri pencandraan yang lebih dasar, memahami gejolak dan tata nilai suatu sistem hidup
dalam masyarakat petani yang berhadapan dengan kederasan arus kemajuan (Ali W. Z.).

(3,000 PATAH PERKATAAN)

28
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2016

Rujukan

Ali, W. Z. (n.d.). Retrieved Jun 17, 2016, from Ms.m.wikipedia.org/Zakaria Ali:


Ms.m.wikipedia.org/Zakaria Ali.

Ali, Z. (1998). Empangan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Jaafar, H. (2014). HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohazri. (2008). Pengenalan Kesusasteraan Melayu Moden. Retrieved Jun 15, 2016, from
http://www.adaakukesah.blogspot.my: http://www.adaakukesah.blogspot.my

Puteh, O. (1995). Pengisian Dunia Sastera. . Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

Anda mungkin juga menyukai