Anda di halaman 1dari 17

PENGAJARAN MIKRO

Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro

a. Konsep

Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan


pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi
yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan
pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

b. Tujuan

Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;

1. membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih


2. mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
3. memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran
4. meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran
5. menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik

Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat
5 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya, membuat objektif spesifik dan mengajarnya
kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau
pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan. Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh
pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu
dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan.

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

a. Kemahiran set induksi

Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila
menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik
perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut :

memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak diajar


membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran
memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru
merangsang minat dan penglibatan murid
meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar
menggalakkan pelajar menyertai pelajaran dengan giat.
mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

b. Kemahiran menggunakan papan tulis

Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi
penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan bagaimana
penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar

c. Kemahiran variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar
kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru
pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar,
persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non- verbal guru.

d. Kemahiran penyoalan

Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif
aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil
fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan
pelajar

i. Panduan menyoal

pastikan soalan jelas


nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki
menjawab soalan berkenaan
tanya satu soalan pada satu masa
gunakan soalan aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang
lebih tinggi
gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan jawapan.

ii. Aras soalan

Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan :


Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
e. Kemahiran menggunakan pengukuhan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan,
mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri
dalam perbincangan bilik darjah.

f. Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa
penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan
pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian
pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran
baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan
kemahiran baru.

PENGAJARAN MAKRO

PENGENALAN

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro
dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk memahami konsep pengajaran Makro, kita
perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait
rapat dengan pengajaran Mikro.

PENGERTIAN

Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini beerti pengajaran mikro
adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih.
Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa
pengajaran makro dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap menghasilakn pengajarn
yang berkesan.
PRINSIP PENGAJARAN MAKRO

Antara prinsip pengajaran makro ialah:


Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras
pengetahuan pelajar.
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas
sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan.
Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.

Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu
kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu
bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau
muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu
diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif,
disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki
pengajarannya.

MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO

Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru.
Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin
berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis
kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah
berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih
terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.

Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan
lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting sebagai
medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin.
Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan
diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru berkenaan
boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya .

Dalam sesi pengajaran mikro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi
tersebut. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau
pelajar. Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan
pihak lain.

APLIKASI PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahran-kemahiran


pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro
dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran
mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan
masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai
kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan
sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO

1) Memahami ciri-ciri perancanngan pengajaran makro


2) Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan

3) Mengaplikasikan ses pengajaran makro dalam bilik darjah

SITUASI PENGAJARAN MAKRO

1) Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid

2) Murid sebenar

3) Guru pelatih ,engajar sepenuh masa

4) Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar

5) Situasi sebenar pengajaran

6) Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO

Sebelum pengajaran

Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan
aspek

penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan meningkatkan pencapaian akademik
murid dan mengurangkan masalah disiplin.

CARA MELAKSANAKAN SESI PENGAJARAN MAKRO

Sebelum melaksanakan pengajaran makro, adalah penting bagi seseorang guru pelatih
mengetahui konsep pengajaran mikro. Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam
pengajaran makro.
Menurut Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang,
praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen
sekali lagi.

Semasa pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami. Ini kerana konsep
tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama
mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid
supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat
bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa
peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam
awal sesuatu pelajaran.

Prinsip-prinsip kemahiran set induksi

Aktiviti ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampakan seterusnya.

Aktiviti ini dikaitkan dengan pengetahuan sedia murid ada.

Aktiviti-aktiviti set induksi harus boleh menarik minat dan perhatian murid.

Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.

Aktiviti-aktiviti harus disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang
singkat.

Objektif-objektif set induksi

Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran baru yang
hendak disampaikan.
Membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersdia mempelajari sesuatu yang baru
berkaitan dengan yang lepas.

Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.

Menarik perhatian dan tumpuan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
akan dijalankan.

Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.

Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktivit, tugas atau projek.

Membantu murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah dan bermakna.

Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi

Kemahiran set induksi boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu menarik perhatian,
mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstrukturkan pengajran. Cara-cara
melaksanakan set induksi ini adalah dengan merancang satu aktiviti pengajran yang berdasarkan
empat bahagiaan tersebut. Alat bantuan mengajar harus disediakan dengan tujuan menambahkan
kesan penyampaian set induksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam set induksi
ialah:-

Aktiviti menarik perhatiaan

- menggunakan nada suara

- menggunakan alat Bantu mengajar

- menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata

- menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

Aktiviti mewujudkan motivasi

- membangkitkan rasa ingin tahu


- menggunakan teknik bercerita

- menunjukkan suatu aktiviti yang berguna

- menggunakan soalan mencabar

Aktiviti membuat perkaitan

- menyatakan had tugas yang akan dijalankan

- menggunakan satu siri soalan yang berkaitan

- menyatakan cara melaksanakan tugas

- menyatakan aktiviti tugas atau projek

Aktiviti menstrukturkan pengajaran

- mengaitkan pengetahuan lepas murid

- mengaitkan isi pelajaran baru

- mengaitkan peristiwa semasa

- mengaitkan minat dan pengalaman murid

KEMAHIRAN MENYEBARKAN PENYOALAN

Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Kemahiran
ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu
menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.

Prinsip-prinsip kemahiran penyoalan

soalan-soalan yang dikemukakan

- aras soalan adalah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.
- Guru perlu merancang soalan-soalan pengajaran.

- Bahasa, perkataan, istilah adalah mudah dan dipelajari oleh murid.

- Soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid

- Soalan-soalan yang mendorong pemikiran murid.

teknik mengemukakan soalan

- Guru kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat
keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama
pelajar jika tiada respon.

- Soalan-soalan yang dikemukan harus itu harus ditujukan kepada seluruh kelas
kecuali mengawal disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan
kemudiaan mengemukakan soalan.

penerimaan jawapan murid

- Pujian perlu diberi kepada murid yang dapet menjawab soalan guru

- Elak daripada mengulang jjawapan murid oleh guru supaya murid dapat memberi
perhatian kepada jawapan rakannya.

- Jika jawapan salah, maka guru boleh meminta rakan lain untuk membantu
membetulkan jawapan itu.

Komponen-komponen kemahiran penyoalan

Mempunyai 8 bahagiaan kemahiran iaitu :-

Cara membentuk soalan

Pengfokusan soalan
Pelbagai hala fokus soalan

Sebaran soalan secara serata

Hentian selepas kemukakan soalan

Melayan jawapan

Memberi nasihat

Mengcungkilkan jawapan.

KEMAHIRAN PENGURUSAN PAPAN HIJAU

Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan
hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan.
Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru
semasa penerangan guru.

Prinsip-prinsip Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

Guru merancang terlebih dahulu penggunaan papan hijau seperti tempat menggantung
gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis.

Guru perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan hijau. Tulisan guru cukup
besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid.

Kapur warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea penerangan.

Penggunaan papan hijau harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan
merupakan salah satu alat bantuan mengajar.

Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan papan hijau semasa aktiviti latihan atau
pengukuhan pengajaran.
Objektif-objektif Penggunaan Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

Guru dapat menggunakan papan hijau dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan
idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan.

Menulis di papan hijau dapat menarik perlihatan murid dan menekankan kepentingan isi
atau fakta pengajaran.

Salah satu cara mevariasikan ransangan pengajaran

Menjadi salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Komponen-komponen Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

Kejelasan tulisan/lukisan

- saiz tulisan, tepat tulisan

- Kemas dan boleh dibaca

- Gambarajah jelas, mudah dan ringkas

Susunan kerja

- ruang tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang.

- Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang
kelas.

- Nnnota-nota dirancang dengan sistematik.

Penonjolan dan penekanan

- guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid.

- Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.


Teknik persembahan

- Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami.

- Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea.

- Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas.

- Menggunakan papan hijau dalam masa-masa tertentu.

KEMAHIRAN PENGUKUHAN

Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid
yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik. Peneguhan ini boleh
diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti
baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti
senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan

Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik.

Pengukuhan diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif.

Pengukuhan negatif harus dielakkan.

Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan sumbangan.

Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.

Objektif Kemahiran Pengukuhan

Memotivasikan murid dalam pembelajaran.

Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta pengajaran dan pembelajaran


Memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam pembelajaran

Mengawal disiplin kelas dan membina sifat dan tingkah laku murid

Menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.

Komponen Kemahiran Pengukuhan

Lisan Positif

- guru menggunkan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan murid

- guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul

Gerakan isyarat positif

- guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain

- guru menarik nafas dan mimik muka

Sentuhan guru

- guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu

- guru menyentuh kepala murid, bahu

- guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid

Dampingan guru

- mendampingi murid dan bertanya khabar

- berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain

- duduk disisi murid atau kumpulannya.


Lisan negatif

- mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain.

- Memberi alasan seperti kurang jelas, tidak lengkap dll

Gerak isyarat negatif

- muka yang marah atau menyindir

- menggeleng-geleng kepala

- mengangkat bahu dan membuka tangan

- menggoyang-goyangkan tangan

KEMAHIRAN PENUTUP

Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan
bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian,
pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan
cara:-

Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.

Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau.

Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid.

Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi.

Pujian kepd murid-murid yang berkelakuan yang baik.

Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran

Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.


PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENUTUP

Aktiviti-aktiviti harus berkaitan dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran dan
kemahiran murid-murid.

Semua aktiviti penutup perlu memberi kesan kepada murid-murid sama ada penutup
soasial atau penutup kognitif.

Aktiviti penilaian dalam penutup pengajaran adalah lebih merupakan penilaian pencapaian
objektif pengajaran pembelajran.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP

Memberi gambaran secara mudah tentang pembelajaran baru sesi itu.

Mengukuhkan idea, konsep dan kemahiran yang baru dipelajari

Melahirkan perasaan kejayaan dan pencapaian dalam sesi pembelajaran itu.

Guru dapat mengetahui tahap pencapaian objektif pengajaran.

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP

Penutupan Pengajaran yang berkaitan kognitif.

- membuat rumusan isi pelajaran.

- Mengulang fakta-fakta penting pembelajaran.

- Membuat penilaian atas apa yang di ajar.

- Menjalankan aktiviti pengukuhan.

Penutupan Pengajaran yang bekaitan dengan sosial


- menimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian.

- Mewujudkan perasaan ingin tahu.

- Memberi motivasi kepada murid-murd.

- Mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai