Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN

SELENGKOH 06910 YAN, KEDAH

MINIT MESYUARAT
TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Tarikh : 11 MAC 2017 (Rabu)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Tayangan Sekolah
Kehadiran:
1. En. Ismail bin Junus Guru Besar
2. En. Abdul Hamid b Md Isa GPK Pentadbiran
3. En. Rosli b Ismail GPK Hem
4. Tn. Haji Mohd Reme b Hassan GPK Kokurikulum
5. Ketua Panatia
6. Semua Guru
Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2.Pengesahan Minit Mesyuarat
3.Perkara-Perkara Berbangkit
4.Taklimat PBPPP
5.Hal-Hal Lain
6.Penutup

I. Ucapan Pengerusi
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al- Fatihah dan
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
2. Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru
untuk meningkatkan prestasi guru.

II. Pengesahan Minit Mesyuarat


3. Tiada
II. Perkara- Perkara Berbangkit
4. Tiada

IV. Taklimat PBPPP


5. Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia disampaikan oleh pengerusi dan setiausaha
-rujuk slide.
6. Memberi penerangan tentang latar belakang PBPPP. PTK digantikan dengan penilaian baru
yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan Kompetensi berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.
7. Memberi penerangan tentang komponen penilaian (PdP) dan Komponen Penilaian
Bersepadu (Kepimpinan Sekolah)
8. Penerangan tentang proses penilaian PBPPP guru rujuk slide.
9. Penilaian PBPPP guru Penilaian terbahagi kepada Kompetensi 80% dan Keberhasilan
murid 20%. Guru diukur merujuk kepada Kompetensi Guru dan Keberhasilan Murid sebagai
penunjuk kepada kualiti guru dan akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan mereka.
10. Penerangan tentang pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP).
11. Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(JKPBPPP) 2017 adalah seperti berikut :

Guru Besar sebagai Pengerusi : En. Ismail bin Junus


GPK Pentadbiran sebagai Setiausaha : En. Abdul Hamid b Mat Isa
Ahli Jawatankuasa : En. Rosli b Ismail
Hj Reme b Hassan
Pn. Ranita bt Awang
Urusetia : Pn. Munawwarah bt Mohsin

12. Kriteria Pegawai yang dinilai adalah semua guru dan pemimpin sekolah seluruh Malaysia
akan dinilai pada tahun 2017. Pelantikan penilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh
Panel Penilaian Sekolah seperti berikut:
Pegawai Yang Dinilai Penilai Pertama Penilai Kedua
Akademik Guru Penolong Kanan Guru Besar
Ketua Panitia Guru Penolong Kanan Guru Besar
Staf Bukan akademik Guru Penolong Kanan Guru Besar

13. Pengurusan penilaian PBPPP adalah secara dalam talian melalui Laman web. PBPPP akan
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini.
Tindakan semua guru
14. Instrumen Penilaian Kompetensi bagi kumpulan Guru Akademik , Guru Bimbingan dan
Kaunseling serta Jurulatih . Kaedah Penilaian adalah melalui Semakan Bahan, Temu bual ,
Pencerapan dan Pemerhatian. Menilai hasil kerja guru dalam tempoh satu tahun terhadap
murid yang di bawah tanggungjawabnya.
Tindakan semua guru
15. Penerangan tentang Deskriptor Aras Pencapaian dalam PBPPP. Deskriptor Aras Pencapaian
dalam PBPPP adalah terbahagi kepada lemah, memuaskan, baik dan cemerlang.
Tindakan semua guru
V. HAL-HAL LAIN
16. Setiausaha memaklumkan bahawap penilaian akan dilaksanakan secara manual dan data
kemudian akan di masukkan ke dalam laman web yang berkenaan. Semua guru harus
bersedia.

VI. PENUTUP
17. Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh:

(ABDUL HAMID B MAT ISA)


Setiausaha.

Disemak oleh,

(ISMAIL BIN JUNUS)


Guru Besar.