Anda di halaman 1dari 28

ISI

KANDUNGAN
1 STEVE JOBS - PEMUDA
BERIMPIAN YANG MENGUBAH
GAYA HIDUP DUNIA

4 8 PRINSIP KEJAYAAN
STEVE JOBS

5 39 RAHSIA MUDAH CARA HIDUP


ORANG YANG SANGAT BERJAYA

11 ISU KESIHATAN - KEADAAN


SOSIO-EKONOMI SEMASA 15 5 PANDUAN KEUTAMAAN
HIDUP DI DUNIA
BOLEH MENGANCAM TAHAP
KESIHATAN MENTAL KITA JIKA
TIDAK DIKAWAL 19 RICHWELL & CABARAN
PESAKIT MENTAL : KENAPA
PERLU BERPESEPSI NEGATIF?

23 TRAVEL. EXPERIENCE. ENJOY.


FIRST IMPRESSIONS - A MAN-
GLISH ME IN NEW YORK CITY

Penulisan & Editor


Penasihat Penerbitan Pemasaran Digital
(editor@richworks.com.my) Pereka Grafik
Dr. Azizan Osman Aizzuan Mohamad Ali
Om Karini Karean Mohd Helmi Mamat
Jerry Rizal Mohd Iqbal Hazzard
Nurzamir Zakaria
Steve Jobs
STEVE JOBS - PEMUDA
BERIMPIAN YANG MENGUBAH
GAYA HIDUP DUNIA
AWAL KEHIDUPAN
Steve merupakan anak angkat kepada keluarga Paul Jobs dan Clara. Di sini, namanya menjadi Steven Paul
Jobs. Ibu angkatnya Clara bekerja sebagai seorang akauntan dan bapa angkatnya Paul bekerja sebagai
pengawal pantai veteran dan jurumesin. Mereka sekeluarga menetap di Mountain View, California, kini
kawasan ini telah dikenali dengan nama Silicon Valley.

Sewaktu kecil, Steve dan ayahnya akan menghabiskan masa bertukang barangan elektronik di garaj milik
keluarganya. Ayahnya akan mengajar Steve cara-cara pemasangan alat-alat elektronik secara tidak langsung
ia telah menjadi hobi kepada Steve. Hobi yang dipupuk ini berjaya menambahkan keyakinan dan ketabahan
diri serta kekuatan kemahiran dari segi skil mekanikal.

Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran genius dan inovatif, Steve seringkali merasa hampa dengan sistem
formal pembelajaran sekolah yang sedia ada. Akibatnya, beliau suka belajar sambil lewa di peringkat sekolah
rendah sehinggakan cikgu terpaksa merasuah Steve untuk belajar secara serius.

Keputusan peperiksaan beliau di zaman sekolah rendah sangat cemerlang. Pentadbir sekolah ingin melangkaukan
beliau terus ke peringkat sekolah menengah akan tetapi telah dibantah oleh ibu bapanya.

Selang beberapa tahun, Steve memasuki alam persekolahan menengah dengan mendaftar di Homestead High
School pada tahun 1971. Di sini beliau telah berkenalan dengan rakan baru bernama Steve Wozniak.

Pada tahun 2007, PC World telah menemuduga Wozniak dengan bertanya bagaimana beliau dan Steve
dapat bekerjasama dengan begitu bagus. Wozniak mengatakan, Kami berdua sangat sukakan elektronik
dan bagaimana kami berdua begitu tertarik dengan cip digital. Jika dilihat kini, terlalu sedikit orang yang
memahami apa itu cip digital, bagaimana kegunaannya dan apakah potensi cip digital ini mampu lakukan.
Saya telah reka bentuk banyak jenis komputer, jadi saya lebih mahir dalam elektronik dan reka bentuk komputer
lebih dari Steve. Walaubagaimanapun, kami masih mempunyai minat yang sama dan kami mempunyai sifat
berdikari yang tinggi terhadap apa yang ada di dunia ini.

1 AO Tribe
APPLE COMPUTER
Pada tahun 1974, Steve telah bekerja bersama syarikat Atari sebagai pereka permainan video. Selang beberapa
bulan, beliau meletak jawatan meninggalkan syarikat Atari demi mencari ketenangan rohani di negara India.

Tahun 1976, ketika ini umur Steve mencecah 21 tahun, beliau dan Wozniak mencipta Apple Computer.
Mereka berdua memulakan kerja di garaj milik keluarga Steve dengan bermodalkan permulaan sebagai
usahawan bersama dari penjualan bas Volkswagen milik Steve dan penjualan kalkulator saintifik kesayangan
milik Wozniak.

Steve dan Wozniak menjadi pencetus revolusi kepada industri komputer dengan mencipta teknologi terbaru,
mesin yang lebih kecil, murah, intuitif dan mampu diakses oleh pengguna pada setiap masa.

Wozniak mengilhamkan beberapa siri komputer peribadi yang mesra pengguna, manakala Steve dipertanggung-
jawabkan bagi melakukan pemasaran secara agresif. Harga bagi sebuah komputer Apple bermula dengan
harga USD666.66.

Versi Apple I (pertama) memberi pulangan syarikat sekitar USD774, 000. Selang tiga tahun, syarikat Apple
mengeluarkan versi yang kedua. Apple II telah memberi keuntungan sehingga 700 peratus kepada syarikat
dengan jualan mencecah USD139 juta.

Pada tahun 1980, Apple Computer telah menjadi sebuah syarikat yang didagangkan kepada umum dengan
nilai pasaran sebanyak USD1.2 bilion pada akhir hari pertama ia didagangkan. Steve menawarkan John
Sculley, pakar pemasaran Pepsi Cola bagi membantu mengisi kekosongan jawatan presiden syarikat Apple.

AO Tribe 2
MENINGGALKAN memiliki prestasi komputer lebih yang kemudiannya menjadi Pixar
APPLE bagus berbanding komputer IBM, Animation Studios. Dengan
produk Macintosh masih tidak mempercayai potensi Pixar ini,
Beberapa produk keluaran Apple dapat menandingi kehebatan secara Steve telah melabur USD50 juta
seterusnya telah mengalami keseluruhan IBM. Sculley president duit beliau sendiri kepada syarikat
kelemahan reka bentuk yang ketara syarikat Apple percaya bahawa tersebut. Pixar Studios mula meng-
dan menyebabkan kekecewaan kelemahan ini terjadi akibat hasilkan filem-filem animasi yang
kepada penggunanya. Syarikat daripada Steve, akibatnya eksekutif popular seperti Toy Story, Finding
IBM berjaya mengambil peluang syarikat berkenaan mula Nemo dan The Incredibles. Filem
ini dengan mengungguli dunia menghentikan perkhidmatan Pixar telah memberi pulangan
komputer serta mempunyai jualan beliau. sebanyak USD4 bilion. Pixar mula
komputer lebih tinggi berbanding bergabung dengan Walt Disney
syarikat Apple. Tanpa memiliki sebarang jawatan pada tahun 2006, menjadikan Steve
rasmi di syarikat Apple, pada tahun Jobs sebagai pemegang saham
Pada tahun 1984, syarikat Apple 1985 Steve meninggalkan Apple terbesar di dalam Disney.
mengeluarkan produk Macintosh, dan memulakan perusahaan baru
pemasaran komputer yang perkakasan dan perisian yang
mencerminkan gaya kehidupan dipanggilkan NeXT, Inc.
seperti romantik, remaja dan kreatif.
Walaupun berjaya mencipta jualan Tahun berikutnya, Steve membeli
yang memberangsangkan serta syarikat animasi dari George Lucas

MEMPERBAHARUI APPLE DAN TERUS MENGUNGGULINYA


NeXT, Inc telah mereka bentuk sistem operasi baru dan sedang dalam percubaan untuk menjualnya kepada
pelanggan aliran utama Amerika. Pada tahun 1996, Apple akhirnya membeli NeXT, Inc dengan harga USD429
juta. Pada tahun berikutnya, Steve kembali semula ke Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple.

Sama seperti kejayaan Apple yang dicipta oleh Steve Jobs pada tahun 1970, beliau telah diberi pujian tinggi
pada tahun 1990 oleh Apple bagi memberi nafas baru kepada syarikat tersebut. Dengan adanya pasukan
pengurusan baru, pilihan saham diubah dan gaji tahunan yang dikenakan sebanyak USD1 setahun, Steve
berjaya membawa kembali Apple ke landasan yang tepat.

Produk pintar Steve seperti iMac, kempen penjenamaan yang berkesan dan reka bentuk bergaya berjaya
menarik pengguna sekali lagi. Kepintaran dan inovatif Steve tidak berhenti setakat ini, beliau terus mengungguli
dunia digital dengan mengeluarkan produk seperti Macbook Air, iPod, iPad, iPhone dan iTunes.

Produk terakhir sentuhan Steve Jobs merupakan telefon pintar iPhone 5s.

3 AO Tribe
8 PRINSIP
KEJAYAAN
STEVE JOBS 1. BUAT PERKARA YANG ANDA SUKA LAKUKAN
Cari minat sebenar anda. Lakukan apa yang anda suka sehingga ia membawa perbezaan. Satu-satunya cara
untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.

2. JADIKAN IA BERBEZA
Mempunyai pemikiran berbeza Lebih baik menjadi lanun daripada menyertai tentera laut kata Steve Jobs.
Maksudnya bukan berfikir untuk melakukan perkara yang buruk, tapi selalu berfikiran luar biasa.

3. LAKUKAN YANG TERBAIK


Melakukan yang terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan. Jangan leka! Hanya kejayaan membina
lebih banyak kejayaan. Mengupah orang yang bagus dengan mempunyai kesungguhan untuk
mencapai kecemerlangan.

4. MEMBUAT ANALISIS SWOT


Sebaik sahaja anda menyertai atau membina syarikat, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan
diri dan syarikat anda di atas sekeping kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi
keuntungan syarikat. S-Strengths, W-Weaknesses, O-Opportunities & T-Threats.

5. JADI USAHAWAN
Mencari sesuatu yang hebat untuk masa hadapan. Cari idea-idea dengan pantas dan mengambil tindakan
tegas terhadap idea tersebut. Kadang-kala langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar.
Teruskan sahaja!

6. MULA KECIL, BERFIKIRAN BESAR


Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan beberapa perkara yang mudah
dahulu dan kemudian baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Fikirkan tentang masa hadapan bukan masa
esok sahaja.

7. BERUSAHA MENJADI PEMIMPIN INDUSTRI


Memiliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat
teknologi baru yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya.
Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.

8. PELAJARI DARI KEGAGALAN


Kadang-kala apabila anda membuat pembaharuan, anda boleh terjerumus kepada kesilapan. Adalah lebih
baik untuk mengakui kesilapan itu dengan cepat dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain.

AO Tribe 4
39 RAHSIA
MUDAH CARA
HIDUP ORANG
YANG SANGAT
BERJAYA
Anda boleh menjadi lebih berjaya dalam kehidupan anda
dengan mengamalkan beberapa tabiat baru ini yang sangat
mudah dan berkesan.
Apabila ditanya untuk menggambarkan penyesalan penting
dalam kehidupan ramai mereka yang berjaya, lebih 8 daripada
10 orang memberi tumpuan kepada tindakan yang mereka
tidak ambil. Dalam erti kata lain, mereka memberi tumpuan.
kepada perkara-perkara yang mereka gagal lakukan dan
bukannya pada perkara yang mereka gagal bertindak.
- David Niven, 100 Rahsia Mudah Orang Yang Berjaya.
Memang tidak akan ada satu cara sahaja atau satu
jalan terbukti berjaya, tetapi terdapat beberapa
ciri-ciri umum dan kepercayaan di kalangan orang

#1
yang paling berjaya yang membuatkan mereka lain
dari yang lain. Berikut adalah 39 cara hidup mudah
orang yang sangat berjaya.

Rakan-rakan terbaik mereka semuanya berjaya.


Oleh itu, bergaul dengan orang-orang yang berjaya.

#2
Mereka amat bermotivasi kerana mereka suka apa
yang mereka lakukan. Oleh itu, lakukan apa yang
anda suka.

#3
Mereka tahu bahawa jika mereka kekal positif,
perkara-perkara positif akan berlaku. Oleh itu
sentiasa kekal positif.

#4
Mereka menentukan kejayaan mereka dengan
kebahagiaan, bukan wang. Oleh itu, bergembira
selalu dengan apa yang anda ada.

5 AO Tribe
#5
Mereka memahami bahawa kejayaan profesional mereka
berkait dengan kejayaan peribadi mereka dan begitu juga
sebaliknya. Oleh itu, jadikan kejayaan matlamat hidup anda.

#6
Mereka tidak pernah memberi alasan. Oleh itu, berhenti
membuat alasan.

#7
Mereka melihat risiko sebagai satu peluang untuk
menceburi sesuatu yang tidak diketahui dan ia membuatkan
hati mereka berdebar kerana mereka sendiri mengambil risiko
dengan senyuman yang bersemangat. Oleh itu, belajar

#9
mengambil risiko dengan ilmu yang betul.

#8
Mereka tidak memilih jalan yang kurang
Mereka mengabaikan perkara negatif dan orang
yang berkata, Anda tidak boleh. Jadi selalu
berkata Saya boleh.
rintangan. Oleh itu, pilih jalan yang lebih

#10
mencabar.

Mereka mengaku, memperbaiki dan belajar dari


kesilapan mereka dengan cepat. Selepas itu, mereka
bergerak maju ke hadapan.

#11
Mereka terus berusaha walaupun sesuatu yang
buruk berlaku kerana mereka tahu akhirnya rezeki
akan mengetuk pintu mereka. Oleh itu, cipta
peluang untuk anda menarik rezeki.

#12
Mereka mengelilingi diri dengan orang-orang
yang lebih bijak dan mempunyai lebih banyak
set kemahiran. Oleh itu, pilih rakan-rakan
anda dengan bijak.

AO Tribe 6
#17
Mereka memberi tumpuan kepada satu perkara pada
satu masa. Oleh itu, berhenti dari melakukan

#13
multitasking.

Mereka meletakkan nilai yang lebih tinggi pada pengalaman


dalam kehidupan mereka daripada harta benda. Oleh itu,
perolehi dan cari banyak pengalaman hidup, bukan barangan.

#14
Mereka memilih usaha perniagaan baru mereka dengan bijak
dan melihat kedudukan masa depan dengan mengutamakan
passion utama mereka dan kekuatan diri. Oleh itu, miliki
passion dalam apa yang anda kerjakan.

#15
Passion mereka untuk membuat yang terbaik memberi
inspirasi kepada mereka untuk terus belajar, sentiasa
mendengar dengan terbuka, memerhati dan membina
rangkaian. Jadi sentiasa bersedia untuk peluang
berkembang maju.
$
$ $
$ $
#18
Mereka tertarik pada masalah atau isu-isu yang
orang lain dapati sukar untuk diselesaikan. Oleh itu,
cari cabaran.

#19
Mereka tidak mengikut kebijaksanaan konvensional
atau apa yang orang lain biasa lakukan atau
fikirkan. Oleh itu, ikut gerak hati anda.

#16
Mereka tidak tamak. Jadi sentiasa
#20
Hampir setiap perkara yang dilakukan adalah lebih
berkongsi. dari jangkaan orang lain. Oleh itu, belajar untuk set
pencapaian diri yang tinggi.

7 AO Tribe
#25
Mereka tahu kejayaan akan datang bila masanya,
dengan dedikasi berterusan dan kerja keras yang

#21
tidak henti-henti. Oleh itu, bekerja keras dengan
bijak.

Mereka mewujudkan list tugasan harian (to-do list) yang


realistik. Oleh itu, lakukan beberapa perkara sahaja setiap
hari dengan baik.)

#22
Mereka tidak pernah menyatakan siapa diri mereka
berdasarkan pesaing mereka. Oleh itu, jadi seorang
bintang.

#23
Mereka tidak pernah hilang fokus pada keperluan pelanggan
mereka. Oleh itu, cuba fahami apa yang pelanggan anda mahu.

#26
Apabila mereka berhadapan dengan keraguan atau
kegagalan yang biasanya akan menghancurkan
impian seseorang, mereka mengharunginya dengan
penuh kesabaran dan ketenangan. Oleh itu, miliki
sebuah impian yang kukuh.

#27
Mereka mendapat inspirasi daripada perkara-
perkara yang menawarkan manfaat terbesar
kepada orang lain. Oleh itu, berfikiran besar.

#24
Mereka amat fokus dan terdorong, tetapi #28
mereka tahu bila waktunya untuk berehat Mereka mengejar perkara-perkara dalam
dan mereka kerap berehat. Oleh itu, jaga kehidupan yang akan membina pengalaman
diri anda. mereka dan membawa kepada peningkatan.
Oleh itu, cari peningkatan.

AO Tribe 8
#29
Mereka melihat masalah sebagai peluang untuk membawa
sesuatu yang baru atau lebih baik kepada dunia. Oleh itu,
jadi seorang optimis.

#30
Mereka menangguhkan keputusan besar apabila
emosi mereka tinggi. Oleh itu, berfikiran setara
(level-headed).

#31
Mereka bekerja keras menjaga reputasi mereka dengan
menjalankan kehidupan dan kerjaya mereka dengan kasih
sayang, empati dan etika yang kukuh. Oleh itu, jadi seorang
yang sentiasa jujur.

#32
Mereka berfikir beberapa langkah ke depan dan mewujudkan
laluan alternatif untuk meliputi semua perkara asas. Oleh itu,
pastikan anda wujudkan pilihan dalam hidup anda.

#33
Mereka kekal fokus pada matlamat utama mereka
walaupun melalui masa yang sukar. Oleh itu,
sentiasa bersabar.

#34
Keluarga adalah keutamaan nombor satu mereka.
Oleh itu, luangkan masa berkualiti untuk bersama
mereka yang anda sayangi.

#35
Mereka membincangkan keputusan penting
dengan rakan-rakan sekerja yang dipercayai
sebelum melibatkan diri dalam sesuatu perkara.
Oleh itu, jadi seorang yang bekerjasama.

9 AO Tribe
#36
Mereka berkata-kata dengan hormat dan menghormati
orang lain. Oleh itu, jadi seorang yang menghormati orang
lain.

#37
Mereka memahami bahawa kehidupan mereka pada
dasarnya lebih kaya apabila mereka menyumbang
tenaga diri mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu,
berkhidmat secara sukarela dalam komuniti anda.

#38
Mereka bertanggungjawab untuk keputusan penting yang
mereka lakukan dan mereka kekal telus setiap masa. Oleh itu,
jadi seorang yang bertanggungjawab.

#39
Mereka bersyukur untuk semua yang telah mereka capai dalam
kehidupan mereka dan mereka berterima kasih pada orang-orang
yang membantu mereka sampai ke sana. Oleh itu, bersyukur
selalu.

PETIKAN DARI
Inc.com;
PENULIS
PETER
ECONOMY,
THE
LEADERSHIP
GUY
AO Tribe 10
ISU KESIHATAN
KEADAAN SOSIO-EKONOMI
SEMASA BOLEH MENGANCAM
TAHAP KESIHATAN MENTAL
KITA JIKA TIDAK DIKAWAL
PENGENALAN - APA ITU PENYAKIT MENTAL?

1
Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang
yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

2 Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir
11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.

3
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5
penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020
penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

11 AO Tribe
ADAKAH SEMUA PENYAKIT MENTAL SERUPA?
Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara
umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:

1. NEUROSIS :
A) Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di
dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.

B) Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.
Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti
berikut:

- KEMURUNGAN -
Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering
kita alami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi
tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit
kemurungan.

- KEBIMBANGAN -
Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang,
berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.

2. PSIKOSIS
A) Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam
pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas.

B) Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka.
Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak
dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil
delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka
menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan.

AO Tribe 12
C) Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap
seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah :

Schizophrenia :
- Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan
dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.

Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):


- Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi.
Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu
sedih (fasa kemurungan).

3. KECELARUAN PERSONALITI
A) Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau
karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal
dengan orang di sekelilingnya.

APA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENYAKIT MENTAL?


Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar
penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

1. FAKTOR GENETIK / KETURUNAN :


A) Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi
berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. GANGGUAN BAHAN KIMIA DALAM OTAK :


A) Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan
baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:

1. Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan


2. Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
3. Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
4. Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

3. JANGKITAN VIRUS :
A) Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan
penyakit mental.

13 AO Tribe
4. SEJARAH HIDUP YANG GETIR :
A) Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil,
terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.

5. KEADAAN SOSIO-EKONOMI YANG RENDAH :


A) Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh
meningkatkan masalah penyakit mental.

BOLEHKAH PENYAKIT MENTAL DIUBATI?


Ya
Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di
dalam merawat penyakit mental.
Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan
positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan.
Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif,
terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan
pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

DIMANAKAH BANTUAN BOLEH DIPEROLEHI?


Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi
rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes
yang rumit.

ADAKAH SEBARANG UJIAN YANG BOLEH MENGESAN KEWUJUDAN


PENYAKIT MENTAL?
Ya
Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian
yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ).

Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!! www.myhealth.gov.my

(Sumber ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia)

AO Tribe 14
5 PANDUAN
KEUTAMAAN
HIDUP DI DUNIA
Kehidupan dunia akan mencerminkan kehidupan akhirat.
Sekuat mana tubuh badan dan sebijak mana pun kebijaksanaan otak manusia jika kedua-dua ini tidak
digunakan dengan baik dan selari di dunia maka ia akan menjadi satu pembaziran besar di akhirat kelak.
Sebagai seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran, anda sebenarnya mampu membina kehidupan di
dunia dalam keadaan terbaik sekali jika anda berjaya fokus kepada matlamat KEUTAMAAN HIDUP yang
sebenar.

Masih ramai yang terhuyung hayang tidak tahu ke mana arah kehidupan yang ingin dituju. Ini terjadi mungkin
disebabkan mereka tidak tahu matlamat hidup yang hendak dicapai kerana tiada siapa yang ingin berkongsi
mengajar mereka atau mereka sendiri tidak ingin belajar tentangnya.

Edisi ke-11 ini Majalah AO Tribe berkongsi 5 panduan asas perkara-perkara yang anda harus pelajari dan
inisiatif yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan diri di dunia. Anda akan mempelajari
bagaimana hendak mengukuhkan kedudukan hati, emosi, akal dan fizikal menjadi selari.

Secara asasnya, setiap individu mempunyai keutamaan hidup yang berbeza. Bagi memudahkan anda, kami
mengambil 5 contoh keutamaan hidup yang popular dan sering dimiliki oleh mereka yang berjaya. Berikut
adalah 5 contoh keutamaan hidup:

1) Keutamaan terhadap TUHAN


2) Keutamaan terhadap IBUBAPA
3) Keutamaan terhadap DIRI SENDIRI
4) Keutamaan terhadap ORANG LAIN
5) Keutamaan terhadap ALAM
15 AO Tribe
1. KEUTAMAAN TERHADAP TUHAN
Bagi yang beragama Islam, anda wajib memahami bahawa Allah SWT merupakan sumber alam yang paling
hebat dan tiada lagi yang sehebat dariNya.

Untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, anda wajib mengikut segala perintah yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya dengan izin Allah SWT sahaja anda boleh menikmati kejayaan hidup yang
diimpikan.

Dengan memahami semua ini, anda wajib memberi keutamaan yang paling tinggi kepada Allah SWT. Wajib
menjaga solat, melaksanakan perintahNya serta menyayangi RasulNya akan membuatkan hidup anda lebih
harmoni, ceria dan teratur.

2. KEUTAMAAN TERHADAP IBUBAPA


Pernahkah anda mendengar pepatah yang mengatakan Ibubapa umpama keramat hidup di dunia?

Doa ibubapa merupakan doa yang sungguh hebat terutamanya doa dari seorang ibu, kerana ibu telah diberi
kelebihan istimewa di mana setiap doa ibu yang diminta dariNya, Insya Allah mudah dimakbulkan. Ini
bermakna, rezeki, kebahagiaan, keuntungan dan kejayaan akan datang dengan penuh rahmat jika ibubapa
mendoakannya untuk diri anda.

Menjaga ibubapa umpama menjaga rezeki seumur hidup. Menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan
bertanggungjawab akan membuatkan lagi hidup anda lebih bermakna.

AO Tribe 16
3. KEUTAMAAN TERHADAP DIRI SENDIRI
Keutamaan diri sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

a. Spiritual (Kerohanian)
Ia merupakan makanan kepada jiwa dan emosi. Untuk mencapai kestabilan jiwa dan emosi, anda perlu
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan hanya menyayangi Allah SWT dan RasulNya, jiwa dan emosi
ini akan kekenyangan dengan kegembiraan, ketenangan dan keharmonian hidup.

b. Fizikal
Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, anda dapat melakukan segala perkara dengan mudah. Tanpa
kesihatan yang baik, anda akan menghadapi kepayahan dalam melaksanakan tugasan dan ia akan mengganggu
perjalanan kejayaan hidup anda.

c. Minda
Minda akan lebih bijak jika ia disajikan dengan ilmu yang berguna. Anda perlu memajukan diri dengan
mencari ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta orang lain. Dengan ilmu sahaja ianya dapat
membezakan tahap kedudukan minda anda dengan orang lain.

17 AO Tribe
4. KEUTAMAAN TERHADAP ORANG LAIN
Anda hidup di dunia ini bukan secara berseorangan, anda hidup secara bersama berkongsi dengan orang lain.
Telah menjadi lumrah kehidupan di mana yang kuat akan membantu yang lemah, manakala yang lemah perlu
membantu diri menjadi kuat.

Jangan kedekut untuk berkongsi kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Jika anda seorang yang bijak
dalam membina kejayaan dan kekayaan hidup, maka kongsikanlah kebijaksanaan ini kepada orang ramai
yang memerlukannya. Manakala, jika anda mempunyai harta kekayaan yang banyak, maka dermakan sedikit
darinya kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, mangsa bencana, pusat-pusat kebajikan atau mereka
yang memerlukan.

Percayalah bahawa setiap apa yang anda kongsikan bersama orang lain, anda akan terima habuannya berlipat
kali ganda di masa hadapan kelak.

5. KEUTAMAAN TERHADAP ALAM


Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlunya ada keutamaan terhadap alam. Sekali lagi, anda diingatkan bahawa
anda bukan hidup secara berseorangan, masih ada hidupan lain lagi selain manusia.

Cuba anda bayangkan kehidupan anda tanpa sebarang tumbuhan dan haiwan di bumi ini. Bolehkah anda hidup
tanpa kedua-dua ini? Disebabkan itu, anda perlu mendidik diri menjadi prihatin terhadap penjagaan alam
sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata, mengamalkan kitar semula, rajinkan diri bercucuk
tanam, tidak menzalimi hidupan lain dan sebagainya.

Alhamdulillah, sehingga hari ini masih ada lagi pertubuhan-pertubuhan yang dibina khusus untuk
melindungi alam ini. Jika anda ringan tulang, sertai pertubuhan berdaftar ini. Mereka memerlukan banyak tenaga
sukarelawan untuk membantu menjayakan aktiviti dan program advokasi mereka.

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak idea untuk membina matlamat
keutamaan hidup dari segi dalaman dan luaran bagi persediaan sebenar erti kehidupan dunia dan akhirat.

AO Tribe 18
RICHWELL & CABARAN PESAKIT MENTAL :
KENAPA PERLU BERPESEPSI
NEGATIF?
Lawatan kami ke Wad Sakit Jiwa Sebelum kami pergi lebih jauh, Ketika berjalan menghampiri wad,
Hospital Besar Kuala Lumpur pada ketika di dalam sesi taklimat, Dr Salina banyak berpesan kepada
Khamis 19/3/2015 yang lalu sangat Saudara Khairul Saleh selaku kami agar jangan takut dengan
memberikan kesan yang mendalam. Pegawai Kerja Sosial Perubatan di mereka. Mereka hanya mengalami
Ketika kami tiba di Hospital Besar situ seringkali memberi perhatian masalah mental dan kemungkinan
Kuala Lumpur, jam menunjukkan terhadap sumbangan untuk mereka bertindak ganas adalah
pukul 10.30 pagi dan sebagai penambahbaikan dari segi prasarana sebuah kes yang sangat terpencil.
permulaan, kami diberi taklimat dan juga kemudahan ubat-ubatan Kami dibawa melawat ke wad 1
oleh beberapa orang pegawai pesakit. Apa yang jelas bermain terlebih dahulu kerana wad 1
termasuk Dr. Hajjah Salina bt di fikiran kami adalah, takkanlah menempat pesakit yang mentalnya
Abdul Aziz, Ketua Jabatan Psikiatri hospital kerajaan pun perlukan berada di tahap satu iaitu tahap
& Kesihatan Mental Hospital Kuala bantuan orang awam? yang paling rendah. Sebahagian
Lumpur yang bertugas sebagai daripada kami mula menyampaikan
tonggak utama dalam memberi Apa yang kami tidak ketahui ialah beg-beg yang berisi beberapa jenis
perhatian kepada setiap pesakit
sehingga ke hari ini, sudah berapa makanan yang dibenarkan sahaja
di sini. Alhamdulillah, selesai
banyak NGO yang tak jemu-jemu oleh pegawai hospital sebagai
sesi taklimat, kami mula dibawa
membantu memandangkan sesuatu sumbangan kepada setiap pesakit.
oleh pegawai yang bertugas
yang diminta secara rasmi
melawat setiap pesakit-pesakit
adakalanya tidak berlaku dengan Kelihatan mereka mula beratur
yang diberi rawatan di situ.

panjang di dalam satu barisan mereka bukannya umur sekitar bahagian masing-masing sambil
seperti kanak-kanak di zaman 30-40an, bahkan sebaya ayah- mengucapkan terima kasih dan
persekolahan dahulu. Lebih ayah kita pun ada di sini. Dengan terus duduk untuk makan. Sambil
menyayat hati apabila ada di antara berbaju hijau, mereka mengambil memerhatikan mereka makan,

19 AO Tribe
kami sempat bertanyakan kepada pencapaian seseorang anak itu
Dr Salina tentang beberapa perkara dengan pencapaian di kalangan
mengenai pesakit dan hospital ini. adik-beradik, ahli keluarga
atau orang lain kerana minda
Beliau mula berkongsi beberapa isu anak-anak senang mengingati
tentang pesakitnya. Setiap bulan, sesuatu yang baik mahupun
jumlah pesakit yang akan masuk buruk. Jika kita didik mereka
ke sini adalah seramai 150 orang tentang kejayaan, mereka akan
secara puratanya dan jumlah katil berusaha ke arah kejayaan, jika kita
di situ hanyalah 79 buah sahaja, didik mereka tentang kegagalan,
termasuk lelaki dan perempuan. mereka akan rasa diri mereka ada
Tercengang kami dibuatnya, kekurangan dan ini menyebabkan
masing-masing bertanya bagaimana mereka berasa tertekan dan kurang
mereka tidur? Kami dibawa masuk berkeyakinan hingga dewasa.
ke dalam bilik dan ternyata, ada
yang tidur di atas lantai. Bukan untuk Walaupun ada yang bertujuan
merendah - rendahkan keupayaan untuk berdaya saing, tapi lama
mereka tapi kesesakan dan kurang- kelamaan mereka akan berasa
nya peralatan yang menyebabkan Kenapalah kaum Melayu asyik terbuang dan terasing sepi sambil
berlaku sedemikian. Mengalir lagi menjadi juara benda-benda begini memendam rasa yang tidak sihat
air mata kami. Bila kami cek dan di mana-mana. jika mereka tidak diajar berdaya
lihat betul-betul pakaian mereka, saing dengan cara yang betul
ada yang koyak, kotor dan tidak Sejauh manakah kita kisah dan dan sihat. Bagi golongan
sesuai lagi untuk dipakai. Namun peka kepada penyakit ini? Hari ini yang bercinta, letaklah tahap
apakan daya hanya itu yang mereka hari mereka. Mungkin esok lusa kecintaan tersebut pada hadnya
ada. adalah hari kita. Memang kita tidak yang betul. Jangan sampai berlaku
minta, tapi apa yang turut diberitahu konflik cinta maka hilanglah
oleh Dr Salina adalah mereka segalanya. Kembali kepada di
yang tinggal di sini kami terpaksa manakah kita letak nilai hidup
off kan rekod-rekod mereka. Ada kita. Andai nilai itu pada cin-
VVIP, ada orang yang berjawatan ta, apabila cinta pergi, nilai diri
besar, ada orang kaya, ada yang turut pergi bersama. Apabila nilai
stres bekerja, ada yang cinta tak dirinya diletakkan pada harta dan
kesampaian, ada yang bermasalah kedudukan, tatkala diuji Tuhan
punca daripada keluarga dan dengan kehilangan, maka dirinya
pelbagai 1001 masalah luaran lain. turut ditelan kehilangan. Berlakulah
Tentang keturunan, rupa-rupanya apa yang berlaku di hadapan
bukan semua akan mewarisi sakit mata kami hari ini jika emosi ini
mental daripada ibu dan ayah tidak dikawal dengan sebaiknya.
sekalipun mereka berdua mengalami
masalah tersebut tapi persekitaran
adalah faktor utama yang
Barulah kami sedar, apabila Dr membuatkan seseorang itu mudah
Salina menyambung lagi perbualan, dan terkena akan penyakit ini.
sebenarnya punca sakit mental
yang diwarisi oleh keturunan Antara nasihat yang diberikan
hanyalah 44% sahaja. Lagi 56% kepada kami ialah tentang
adalah berpunca daripada faktor penjagaan diri daripada tekanan
sekeliling. Berkaitan dengan jumlah yang melampau. Bermula di
pesakit mengikut bangsa pula peringkat kanak-kanak lagi,
ialah kaum Melayu sebanyak ibubapa dan penjaga sebenarnya
70%, 20% adalah kaum India dan tidak bagus kalau sentiasa
bakinya adalah kaum Cina. membanding - bandingkan

AO Tribe 20
situ adalah selama 3 hari, paling lama mungkin
sebulan atau lebih bergantung kepada tahap
kesihatan mereka dan bagi yang sakit
berlanjutan akan dihantar ke Hospital Bahagia di
Tanjung Rambutan, Perak atau Tampoi, Johor.

Sebagai menghormati setiap pesakit, kami tidak


Tambah Dr Salina lagi, hari ini dah ramai orang
dibenarkan mengambil gambar mereka. Untuk
buka pusat rawatan psikiatri secara swasta.
pengetahuan anda, wad lelaki dan perempuan
Orang yang berduit, mereka akan dapatkan
diasingkan bagi tujuan keselamatan dan kemudahan.
rawatan di sana sebelum lebih parah. Ini
Lelaki tidak berjumpa pun dengan wanita dan
menunjukkan bahawa golongan pesakit mental
begitulah sebaliknya. Squad kami sempat
hari ini sebenarnya ramai. Dr Salina juga
membawakan sesuatu yang mampu membuatkan
menasihati agar dapatkan rawatan segera
mereka gembira dan syukur Alhamdulillah terpancar
sekiranya terdapat simptom-simptom anda
kegembiraan di wajah mereka ketika kami
mengalami tekanan dan rawatan yang terbaik bagi
menjamu dessert buah cocktail kepada mereka.
umat Islam khususnya adalah sebuah kitab yang
Ada yang minta lagi, ada yang berterima kasih
hari ini wajib ada di dalam rumah mereka. Itulah
banyak kali sehingga air mata kami tidak mampu
penenang jiwa sebenar yang diperlukan oleh semua
lagi untuk dikawal. Doa mereka kepada kami
makhlukNya.
tak putus-putus kedengaran dan kami faham
walaupun keadaan mereka begitu, mereka berdoa
InsyaAllah kami akan merancang lebih banyak
dengan seikhlas hati. Moga Allah berikan yang
lawatan ke wad-wad yang kurang mendapat
terbaik untuk mereka.
kunjungan dari masyara kat umum. Semoga dengan
usaha kecil kami ini dapat menggembirakan
pesakit-pesakit tadi dan pesakit-pesakit yang akan
datang. Jika anda ingin turut sama menyumbang,
boleh layari www.richwell.org.

Kelihatan ahli keluarga mula datang untuk


melawat dan jam ditangan menunjukkan waktu
melawat pesakit telah bermula. Dari jauh
mereka melompat-lompat gembira dengan
kehadiran ahli keluarga yang mereka kenali. Ada
sebahagian yang masih bersama beberapa orang
pegawai bantuan yang membantu memulihkan
kesihatan mereka. Paling cepat mereka berada di

21 AO Tribe
TRAVEL. EXPERIENCE. ENJOY
FIRST IMPRESSIONS -
A MANGLISH ME IN
NEW YORK CITY
Travelling is a luxury to many but its something to
aim for in life as nothing beats the pleasures of travel
that refreshes and renews the spirit. To see, to hear, to
feel and to experience the unknown is exhilarating. Its
being ignorant for one moment and enlightened the
next instant.

Alhamdulillah, I have been privileged to have the


resources and experience to travel and these travel
experiences has groomed and pruned my perception
of the world over the years. My recent travel early this
year was to West Palm Beach Florida and New York
City with our beloved Dr Azizan and his lovely wife
Diana. It was a mix of 80% work and 20% leisure.
During the day, we drained our brain muscles at Tony
Robbins Business Mastery Program and we retire with
a bit of fun during sunset and the weekends.

This country, the United States of America (USA)


is signified as the land of opportunities for many
The American Dream is a set of ideals in which
immigrants. And the Statue of Liberty is the first view
freedom includes the opportunity for prosperity and
of the United States for many, which signifies new
success, and an upward social mobility for the family
opportunities in life. The statue is an iconic symbol of
and children, achieved through hard work in a
the American Dream. However, the meaning of the
society with few barriers. James Truslow Adams in
American Dream has changed over the course of
1931 defined the American Dream as, life should
history to include various aspects such as home
be better and richer and fuller for everyone, with
ownership, upward mobility in society, citizenship as
opportunity for each according to ability or
well as a global vision.
achievement regardless of social class or circumstances
of birth.

And this ideal proclaims that all men are created


equal with the right to Life, Liberty and the Pursuit
of Happiness.

23 AO Tribe
Walking down Wall Street and
Trump Tower, we saw several Clark
Kents in suits and blazers, a wow at
first but yet that image is just a first
impression. Look deeper and youll
see many, masses of them surviving
a 9 to 5 job just to put food on the
table and get you going through life.
Life is difficult for the Americans
too.

Walk downtown between the tall


towers and lanes, youll find your-
self in a lorong or road similar to
Chow Kit Kuala Lumpur. That is
why I have a personal preference
for the English. They are more
structured. Life and welfare of the
citizens are better taken care off in
the UK.
with a new appreciation for their
The America today is a developed own country while gaining a broader
nation with its successes as well worldview in the process.
as setbacks. Its not always as Remember, you only live once,
glorified as we perceive it to be from so passing up a chance to travel is
the square box in our living room tantamount to passing up a life-
and the movies portraying the great altering experience.
Americans and their advanced
lifestyles. They may have the nations
of the world within their grasp in a
fist but yet domestically, they face
the common economic and social
challenges like every other nation in
the world. Theres unemployment,
high rates of crime, breakdown in
Getting halal food here was a
marriage institutions, high cost of
challenge so we fed on bread, eggs
living and more.
(a variety of ways to cook and
eat em) as well as lots of salad.
And surprise, surprise, I do think
Malaysia have better shopping malls
than the Americans do and the
social justice we offer our citizens is
that these malls operate every day
of the week, till 10pm the least.
To wrap up my point here in a
Anyway, even if you live in a sentence, we can only appreciate
vibrant city like New York and have and value what we have when we
an exciting job and active social give ourselves the opportunity to
life, nothing can replace the unique visit new places, learn new things,
experiences traveling offers. Visit- explore and experience the world.
ing a foreign country opens your And how do you do that?
eyes to how the rest of the world
lives; many therefore return home Travel. Experience. Enjoy.

AO Tribe 24