Anda di halaman 1dari 1

LATAR BELAKANG

Umumnya masyarakat mengetahui dan memahami seorang pendidik itu ialah seorang
yang terlibat dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran atau dengan erti kata lain seseorang
yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab,
university atau pun di surau, masjid, pondok atau madrasah. (Ghazali Basri, 1987). Manakala
pengetua pula bermaksud individu yang dipilih di kalangan guru yang dilantik secara rasmi oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentadbir dan mengetuai sesebuah sekolah menengah
dan diberi autonomi untuk menguruskan segala sumber yang ada di sekolah.

Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat
penting dalam sistem sekolah. Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan
perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Malah kejayaan atau kegagalan
sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua. Hal ini menjadi satu
cabaran kepada mereka. Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka
untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan
dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Juhana Zailah, 2XXX).

Dalam membawa sesebuah sekolah ke arah kejayaan, seorang pengetua mestilah


menunjukkan gaya kepimpinan yang benar-benar meyakinkan, menunjukkan contoh teladan
yang baik serta melibatkan diri dalam semua aktiviti di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai