Anda di halaman 1dari 9

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov.

2016): 1-9 1

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN


BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
(The Affecting Factors in Malay Language Essay Writing of the Secondary School Students)

NURUL AISYAH ABDULLAH


Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh faktor-faktor yang
nurulaisyah87@gmail.com mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah
di sekitar daerah Manjung, Perak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan
ZAMRI MAHAMOD menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Kajian ini
Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan analisis deskriptif untuk melihat tahap nilai min kajian dan
d-zam@ukm.edu.my analisis inferensi menggunakan ujian-t untuk mencari perbezaan. Seramai 400
orang pelajar tingkatan 4 di sekolah bandar dan sekolah luar bandar di sekitar
daerah Manjung mengambil bahagian sebagai responden. Data dianalisis
NOR AZWA HANUM menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 18.0.
NOR SHAID Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi
Universiti Kebangsaan Malaysia penulisan karangan pelajar secara keseluruhan adalah berada pada tahap
aazwahanum@gmail.com sederhana (faktor pengajaran dan pembelajaran = min 2.62, faktor individu =
min 2.34 dan faktor persekitaran = min 3.00. Dari segi perbezaan jantina,
didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi
Dihantar pada: penulisan karangan Bahasa Melayu antara murid. Sebaliknya dari segi lokasi
13 Mei 2016 sekolah, terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi
penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 ini. Implikasi kajian ini
ialah faktor pengajaran dan pembelajaran, individu, persekitaran dan jantina
Diterima pada: tidak mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah
18 Oktober 2016 menengah.

Koresponden: Abstrak: Penulisan karangan, Bahasa Melayu, pelajar sekolah menengah


d-zam@ukm.edu.my
Abstract: This study aims to identify the factors that influence the Malay
essay writing among secondary school students in the district of Manjung,
Perak. This study was a survey and using a questionnaire as a tool of
research. This study used descriptive analysis to evaluate the mean value of
the study and analysis of inference using t-test to look for differences. A total
of 400 form 4 students in urban schools and rural schools around the
Manjung district participated as respondents. Data were analyzed using SPSS
(Statistical Package for Social Science) version 18.0. The results showed that
the main factors affecting the essay writing as a whole is at a moderate level
(learning factor = 2.62 min, individual factors = min 2:34 and environmental
factors = the mean of 3.00. Terms of gender differences, found no differences
significant factors affecting the Malay essay writing among students. contrast
in terms of the location of the school, there was a significant difference factors
influencing Malay essays form 4 students this. implication of this study is that
factors of teaching and learning, the individual, the environment and gender
not affect essay writing Malay secondary school pupils.

Keywords: Essay writing, Malay Language, secondary school students

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 2

PENGENALAN Malaysia (SPM). Kurikulum Bahasa Melayu


sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
menengah digubal bersesuaian dengan bahasa melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
semasa berinteraksi dengan orang lain, mengakses Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan
maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan. pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan
Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk berkomunikasi dengan menggunakan peraturan
hasil pembelajaran. Pernyataan hasil pembelajaran tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar mampu
adalah dalam bentuk fungsian yang mencerminkan mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai
amalan harian dalam kehidupan sebenar disiplin atau mata pelajaran di samping
masyarakat Malaysia. Kandungan sukatan mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis
pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi penggunaan dan kreatif. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu
bahasa, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sekolah menengah adalah untuk melengkapkan
sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Bagi pelajar dengan keterampilan berbahasa dan
kemahiran bahasa, meliputi kemahiran mendengar, berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.
bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku. PERMASALAHAN KAJIAN
Kemahiran berbahasa merupakan isu yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Penulisan merupakan salah satu cara penting untuk
di sekolah sejak dahulu lagi. Menurut Siti Hajar berkomunikasi. Setiap individu mahu melahirkan
(2009), isu yang pernah diperkatakan adalah perasaannya seperti harapan, impian, kegembiraan,
tentang terdapatnya sebilangan pelajar sekolah ketakutan, kemarahan dan setiap individu juga
rendah yang masih tidak menguasai kemahiran mahu mengemukakan ideanya yang tersendiri.
berbahasa, terutamanya kemahiran membaca dan Kemahiran menulis juga membantunya untuk
menulis walaupun mereka telah menjalani sesi mempertimbangkan gagasan yang ingin diutarakan
persekolahan selama enam tahun. Pelajar sekolah secara lebih rasional. Sebab itulah menulis
menengah pula kerap melakukan kesalahan bahasa merupakan satu aktiviti yang lambat dan perlahan
dalam penulisan dan aktiviti lisan mereka. daripada bertutur (Mohd Jonit 1993). Menurut
Justeru, bagi mengatasi kelemahan ini, Kamaruddin et al. (1997), kelemahan pelajar
pengajaran kemahiran berbahasa telah dalam menghasilkan sesuatu penulisan tergambar
distrukturkan semula, dikemas kini dan berdasarkan tiga faktor, iaitu isi, bahasa dan
diperkukuh dalam sukatan pelajaran bahasa tulisan. Kelemahan isi dalam penulisan sesebuah
sekolah rendah dan menengah. Tambahan lagi, karangan adalah berpunca daripada:
faktor yang menyebabkan kelemahan tersebut
ialah pelajar tidak berpeluang untuk mendirikan 1. Ketiadaan isi utama dalam sesebuah
asas berbahasa yang kukuh sewaktu sekolah perenggan
rendah. Pada peringkat menengah pula, pelajar 2. Kelemahan penghuraian tentang isi utama
lebih memberi perhatian dan tumpuan terhadap 3. Ketiadaan isi-isi sampingan yang berfungsi
peperiksaan kerana ingin lulus. Dalam erti kata untuk menjelaskan huraian ayat topik atau
lain, pelajar mempelajari bahasa untuk menjawab ayat lain yang mengikutinya
soalan peperiksaan dan bukannya untuk 4. Isi karangan pelajar kurang bernas dan
mendapatkan kemahiran berbahasa. kenyataan mereka hanya sepintas lalu
Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 5. Isi karangan pelajar tiada urutan dari satu
(2001), Kurikulum Bersepadu Sekolah Malaysia fakta ke satu fakta yang lain
(KBSM) digariskan bahawa para pelajar harus 6. Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis
dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan 7. Pemilihan perkataan yang tidak tepat
dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan 8. Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan
dan kegiatan seharian. Bahasa Melayu merupakan 9. Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul.
subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 3

Menurut Abd. Aziz (2000), faktor yang 1. Mengenal pasti faktor-faktor yang
terlibat dalam proses pembelajaran bahasa mempengaruhi penulisan karangan Bahasa
terbahagi kepada faktor dalaman dan faktor luaran Melayu pelajar sekolah menengah.
keluarga pelajar. Bagi faktor dalaman ialah seperti 2. Mengenal pasti perbezaan antara jantina
ibu bapa dan ahli keluarga. Hal ini adalah kerana faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan
proses P&P bahasa bermula daripada keluarga. karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah
Dalam hal ini, ibu bapa dan keluarga merupakan menengah.
model dan guru bahasa yang pertama sekali 3. Mengenal pasti perbezaan lokasi sekolah
mengajar bahasa kepada pelajar tersebut, iaitu terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi
semasa mereka masih kanak-kanak. Perlu penulis karangan Bahasa Melayu pelajar
diingatkan bahawa dalam tahap awal ini, (tahap sekolah menengah.
pembelajaran bahasa dalam keluarga) terdapat
pelbagai perbezaan antara individu dalam proses HIPOTESIS KAJIAN
pembelajaran dan perkembangan bahasa yang
sedikit sebanyak mempengaruhi proses 1. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang
pembelajaran seterusnya, iaitu apabila kanak- signifikan antara jantina terhadap faktor-
kanak ke bangku sekolah kelak. faktor yang mempengaruhi penulisan
Bagi faktor luaran pula, seperti persekitaran karangan bahasa Melayu.
tempat tinggal, guru dan pelajar lain. Pergaulan 2. Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang
sosial dan persekitaran tempat tinggal juga signifikan antara lokasi sekolah terhadap
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan
sebelum mereka bersekolah. Agen P&P bahasa karangan bahasa Melayu.
dalam hal ini ialah orang dewasa, rakan sebaya
dan sepermainan, serta alam sekeliling tempat METODOLOGI
kanak-kanak itu bermain dan berinteraksi setiap
hari. Faktor sosial dan fizikal di sekeliling tempat Reka Bentuk Kajian
tinggal ini pun boleh terdiri daripada aspek yang
beraneka jenis yang akan mempengaruhi Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang
perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak- menggunakan analisis kuantitatif. Kajian tinjauan
kanak semasa mereka membesar. dilakukan adalah untuk menghuraikan ciri-ciri
Menurut Che Zanariah (2011), mengajar sesebuah populasi agar kajian dapat dilaksanakan.
menggunakan kaedah yang betul dan berkesan Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan
menjadi faktor peningkatan pencapaian pelajar jawapan bagi soalan-soalan yang berikut.
dalam penulisan. Pelajar menghadapi masalah Kebanyakan kajian tindakan memerihalkan
untuk memulakan proses menulis karangan apabila insiden, kekerapan dan taburan ciri sesuatu
kekurangan idea dan menjadikan karangan yang populasi yang telah dikenal pasti (Noraini
ditulis tidak bermutu. Kajian ini ingin melihat Kaprawi, 2010). Menurut Mohd Majid (2005),
faktor jantina dan lokasi yang mempengaruhi kaedah penyelidikan kuantitatif dipilih kerana ia
pelajar dalam penulisan karangan. menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk
angka dan ukuran. Kaedah ini dipilih kerana ia
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN sesuai untuk ditadbir ke atas sampel dalam masa
yang singkat.
Kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen
mempengaruhi penulisan karangan pelajar-pelajar soal selidik yang diedarkan kepada responden.
tingkatan empat sekolah di sekitar daerah Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik
Manjung, Perak mengenai penulisan karangan deskriptif dan statistik inferensi untuk
Bahasa Melayu. Secara khusus objektif kajian ini menganalisis data. Statistik inferensi yang
adalah seperti berikut: digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t iaitu untuk
mencari perbezaan antara pemboleh ubah kajian.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 4

Populasi dan Pensampelan digunakan dalam kajian. Ia bertujuan untuk


memastikan sama ada ukuran atau indikator yang
Menurut Noraini (2010), dalam pensampelan digunakan mengandungi semua ciri atau gagasan
rawak mudah, setiap ahli populasi mempunyai yang harus ada dalam konsep yang diukur itu.
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kesahan sesuatu alat kajian menunjukkan sama
Cara ini adalah yang terbaik untuk mendapatkan ada alat kajian tersebut mengukur apa yang
sampel daripada populasi besar. Menurut Sabithan sepatutnya diukur mana kala kebolehpercayaan
(2006) pemilihan secara rawak ialah di mana pula merujuk kepada petunjuk ketekalan dan
setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang kestabilan alat kajian (Jackson, 2006).
yang sama untuk dipilih. Apabila pemilihan dibuat Bagi menentukan kesesuaian sesuatu
secara rawak ini bermaksud setiap responden instrument kajian ialah melalui kesahan dan
dalam kajian tersebut mempunyai peluang yang kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan dalam
sama banyak untuk dipilih atau tidak dipilih. Oleh sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan
itu, responden telah dipilih secara rawak mudah suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa
semasa kajian dijalankan. apabila pengukuran yang sama diulangi (Chua,
Kajian ini terdiri daripada 400 orang pelajar 2012). Dalam kajian ini, instrumen adalah
sekolah menengah yang telah dijadikan sampel daripada soal selidik yang telah diubahsuai
kajian. Saiz sampel yang dipilih dalam sesuatu daripada pengkaji terdahulu dan diadaptasi untuk
kajian adalah berdasarkan keupayaan masa, tenaga kajian pengkaji. Pengkaji telah merujuk penyelia
dan wang yang ada untuk menjalankan dan dua orang guru yang berpengalaman dalam
penyelidikan. Sebanyak lapan buah sekolah iaitu mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah untuk
empat buah sekolah bandar dan empat buah kesahan kandungan item soal selidik.
sekolah luar bandar di sekitar daerah Manjung, Seterusnya, bagi mendapatkan kesahan dan
Perak telah dipilih dalam kajian ini. Seramai 197 kebolehpercayaan, data yang diperoleh melalui
orang pelajar sekolah menengah di kawasan kajian rintis di analisis dahulu menggunakan
bandar dan 203 orang pelajar sekolah menengah di perisian Predictive Analytics SoftWare (PASW)
kawasan luar bandar telah dipilih dalam kajian ini. Statistics 18 untuk memperoleh nilai
kebolehpercayaan, iaitu alfa Cronbach (). Nilai
Instrumen Kajian yang diterima pakai oleh kebanyakan pengkaji
ialah sekurang-kurangnya 0.70. Menurut Zaidatun
Dalam kajian ini, pengkaji memberikan soal et al. (2003), nilai alfa Cronbach kurang daripada
selidik secara langsung kepada responden dan 0.6 mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
menerangkan tujuan kajian. Menurut Mohd Majid dan item perlu diubah suai. Nilai alfa antara 0.60
(2005), soal selidik amat sesuai digunakan kerana hingga 0.80 diterima manakala nilai alfa melebihi
soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk 0.80 adalah dianggap baik. Dalam kajian rintis ini,
populasi besar. Sekiranya kaedah pensampelan item faktor memperoleh nilai alpha 0.72, iaitu
digunakan untuk mengkaji populasi, soal selidik. berada pada kebolehpercayaan yang baik.
dapat mengukur ciri-ciri atau pemboleh ubah yang
hendak diukur daripada saiz sampel yang besar. Jadual 1: Interprestasi skor min
Borang soal selidik ini diadaptasi dan diubahsuai
daripada soal selidik Gan Ek Hern (2012) dan Skor Min Interpretasi Skor Min
disesuaikan dengan kajian pengkaji. 1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 3.67 hingga 5.00 Tinggi

Alat kajian yang digunakan dalam kajian rintis Data yang diperoleh daripada kajian rintis
dinilai dari segi kesahan dan kebolehpercayaan dianalisis untuk mengukur kebolehpercayaan alat
alat kajian yang bakal digunakan dalam kajian dengan melihat kepada nilai pekali alfa
pengumpulan data kajian sebenar. Menurut Cronbach. Jadual 1 menunjukkan interpretasi skor
Sabitha (2006), kesahan digunakan untuk min yang diadaptasi daripada Jamil (2002) yang
mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 5

min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada lokasi sekolah, seramai 200 orang responden
tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 adalah nilai (50%) daripada sekolah bandar dan 200 orang
min pada tahap sederhana manakala skor nilai min responden (50%) daripada sekolah luar bandar.
3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi keputusan PMR untuk subjek
Bagi analisis statistik inferensi dalam kajian Bahasa Melayu seramai 252 orang (63%)
ini melihat perbezaan yang diperoleh daripada mendapat A, 128 orang (32%) mendapat B dan 20
analisis ujian-t dan menjawab persoalan dan orang (5.0%) mendapat C.
hipotesis kajian dalam bab I. Menurut Zaidatun et.
al (2003), ujian-t adalah analisis untuk Jadual 3: Profil responden kajian
membandingkan min antara dua kumpulan. Ujian-t
yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t Demografi Kategori Kekerapan Peratusan
sampel tidak bersandar (independent sampel t- Jantina Lelaki 196 49.0
test). Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan Perempuan 204 51.0
Bangsa Melayu 331 82.8
untuk menguji kewujudan perbezaan antara min
Cina 21 5.3
satu pemboleh ubah bagi dua kumpulan sampel India 46 11.5
yang tidak saling bergantungan. Lain-lain 2 0.5
Lokasi Bandar 200 50.0
DAPATAN KAJIAN Sekolah Luar
200 50.0
bandar
Kajian ini melibatkan 400 orang pelajar tingkatan Keputusan A 252 63.0
empat di sekolah menengah sekitar daerah BM (PMR) B 128 32.0
Manjung, Perak. Sebanyak empat buah sekolah di C 20 5.0
bandar dan empat buah sekolah di luar bandar
telah dipilih dalam kajian ini. Senarai sekolah dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi dalam
bilangan responden seperti dalam Jadual 2. Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Jadual 2: Senarai sekolah dan bilangan responden Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan untuk faktor-
faktor yang mempengaruhi penulisan karangan
Lokasi Bilangan bahasa Melayu. Bagi faktor pengajaran dan
Bil Nama Sekolah Sekolah Responden pembelajaran (P&P) menunjukkan Min
1. SMK Tok Perdana, Sitiawan. Bandar 55 keseluruhan ialah 2.62 iaitu pada tahap sederhana
2. SMK Ahmad Boestamam, Bandar 18
Sitiawan.
dengan sisihan piawai 1.158. Nilai-nilai min
3. SMK Seri Manjung, Manjung. Bandar 95 kesemua kenyataan berada pada tahap sederhana
4. SMK Kg Dato Seri Kamarudin, Bandar 32 iaitu faktor sukar menulis perenggan isi iaitu
Manjung sebanyak (min=2.77), diikuti dengan sukar
5. SMK Batu 10, Lekir. Luar 80 menulis perenggan pendahuluan sebanyak
bandar
6. SMK Raja Shahriman, Beruas. Luar 55 (min=2.70) dan menyatakan bahawa pengajaran
bandar dan pembelajaran yang kurang menarik
7. SMK Changkat Beruas, Beruas. Luar 28 (min=2.69). Faktor-faktor lain ialah sukar menulis
bandar perenggan penutup (min=2.57), teknik mengarang
8. SMK Dato Idris, Pantai Remis. Luar 37
bandar
yang diajar susah difahami (min=2.51) dan
Jumlah 400 penerangan guru terlalu ringkas (min=2.46).

Jadual 3 menunjukkan dapatan demografi


bagi responden kajian. Pelajar lelaki seramai 196
orang (49%), manakala pelajar perempuan seramai
204 orang (51%) dengan nilai min 1.510. Bagi
pecahan kaum pula, seramai 331 orang (82.8%)
terdiri daripada kaum Melayu, 21 orang (5.3%)
kaum Cina, 46 orang (11.5%) kaum India dan 2
orang (0.5%) terdiri daripada kaum lain-lain. Bagi
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 6

Jadual 4: Faktor pengajaran dan pembelajaran Faktor Persekitaran

Bil Jadual 6 menunjukkan faktor persekitaran yang


Sisihan Tahap
Faktor Min
Piawai mempengaruhi penulisan karangan pelajar. Min
1. Pengajaran dan keseluruhan bagi faktor persekitaran ialah 3.00
Pembelajaran yang 2.69 1.167 Sederhana iaitu berada pada tahap sederhana dengan nilai
kurang menarik sisihan piawai 1.261. Item-item yang mempunyai
2. Teknik mengarang yang Sederhana nilai min yang sederhana ialah item tidak selesa
2.51 1.108
diajar susah difahami
3. Penerangan guru terlalu Sederhana
ketika pembelajaran iaitu kelas terlalu bising
2.46 1.047 sebanyak (min=3.49), waktu pengajaran Bahasa
ringkas
4. Sukar menulis perenggan
2.70 1.238
Sederhana Melayu yang kurang sesuai iaitu pada waktu
pendahuluan tengah hari sebanyak (min=3.24), terpengaruh
5. Sukar menulis perenggan Sederhana
2.77 1.188 dengan rakan yang malas belajar sebanyak 36.3%
isi
6. Sukar menulis perenggan Sederhana (min=2.96) dan kurangnya perhatian ibu bapa atau
2.57 1.200 penjaga kepada anak-anak dalam pelajaran punca
penutup
Min Keseluruhan 2.62 Sederhana pelajar bermasalah dengan subjek Bahasa Melayu
khususnya (min=2.30).
Faktor Individu
Jadual 6: Faktor persekitaran
Jadual 5 menunjukkan faktor individu. Min Bil
keseluruhan bagi faktor individu ialah 2.34 iaitu Sisihan Tahap
Faktor Min
Piawai
berada pada tahap sederhana dengan sisihan
1. Tidak selesa ketika
piawai 1.113. Item-item yang lain dalam faktor pembelajaran-kelas terlalu 3.49 1.332 Sederhana
individu menunjukkan nilai min yang sederhana bising
ialah bagi item tidak minat mengarang iaitu 2. Terpengaruh dengan rakan Sederhana
2.96 1.238
(min=2.84), diikuti dengan kurang yakin kerana yang malas belajar
kemahiran bahasa lemah (min=2.80) dan tiada 3. Waktu pengajaran bahasa Sederhana
Melayu yang kurang sesuai- 3.24 1.302
motivasi/bosan belajar Bahasa Melayu (min=2.41). waktu tengah hari.
Faktor-faktor lain berada pada tahap yang rendah 4. Kurangnya perhatian ibu Rendah
iaitu bagi item kurang disiplin iaitu sengaja tidak bapa atau penjaga kepada
menyiapkan latihan sebanyak (min=2.32), sukar anak-anak dalam pelajaran
2.30 1.171
punca pelajar bermasalah
menulis dalam Bahasa Melayu (min=1.84) dan dalam subjek bahasa Melayu
sukar bertutur dalam Bahasa Melayu (min=1.82). khususnya
Min Keseluruhan 3.00 Sederhana
Jadual 5: Faktor individu

Bil Perbezaan antara Jantina terhadap Faktor-


Sisihan Tahap
Faktor Min
Piawai Faktor yang Mempengaruhi Penulisan
1.
Karangan Bahasa Melayu
Tidak minat mengarang 2.84 1.216 Sederhana
Berdasarkan Jadual 7, nilai min pelajar lelaki ialah
2. Kurang yakin kerana Sederhana
kemahiran bahasa lemah
2.80 1.116 2.64, manakala nilai min pelajar perempuan ialah
3. Kurang disiplin diri-sengaja Rendah 2.58. Keputusan yang diperoleh ialah nilai
2.32 1.083
tidak menyiapkan latihan t(397)=1.016, p=0.310 iaitu p>0.05. Hasil daripada
4. Tiada motivasi atau bosan Sederhana analisis ujian-t menunjukkan bahawa hipotesis null
2.41 1.106
belajar bahasa Melayu
diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang
5. Sukar bertutur dalam Rendah
1.82 1.082 signifikan faktor yang mempengaruhi penulisan
bahasa Melayu
6. Sukar menulis dalam Rendah karangan bahasa Melayu berdasarkan jantina.
1.84 1.076
bahasa Melayu
Min Keseluruhan 2.34 Sederhana
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 7

Jadual 7: Ujian-t bagi perbezaan antara jantina mempengaruhi dalam penulisan karangan. Perkara
terhadap faktor yang mempengaruhi ini disokong oleh Abdul Jamian (2011) bersetuju
penulisan karangan menyatakan bahawa faktor kebolehan dan
kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta
Jantina N Sisihan Nilai kesedaran bahawa mereka juga mempunyai
Min t df
pelajar Piawai Sig.
potensi untuk berjaya dalam pembelajaran.
Lelaki 196 2.64 0.679
Perempuan 204 2.58 0.570
1.016 397 0.310 Bagi faktor individu pula, kebanyakan
*signifikan pada aras P<0.05 responden menyatakan mereka tidak minat
mengarang. Menurut Izny Atikah (2012), terdapat
Perbezaan antara Lokasi Sekolah terhadap pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu
Faktor yang Mempengaruhi Pelajar dalam subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai
Penulisan Karangan Bahasa Melayu pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut.
Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan
Berdasarkan Jadual 8, nilai min sekolah bandar mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap
ialah 2.446, manakala nilai min sekolah luar subjek tersebut. Faktor individu yang lain ialah
bandar ialah 2.769. Keputusan yang diperoleh responden kurang yakin untuk menulis kerana
ialah nilai t(397)=-5.331, p=0.000 iaitu p<0.05. mempunyai kemahiran bahasa yang lemah.
Hasil daripada analisis ujian-t menunjukkan Responden juga menyatakan bahawa mereka tiada
bahawa hipotesis null ditolak. Oleh itu, terdapat motivasi atau bosan belajar bahasa Melayu.
perbezaan yang signifikan faktor yang Bagi faktor persekitaran pula, majoriti
mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu responden menyatakan mereka tidak selesa ketika
berdasarkan lokasi sekolah. pembelajaran iaitu kelas terlalu bising. Dapatan ini
hampir sama dengan kajian oleh Hussin (1999),
Jadual 8: Ujian-t bagi perbezaan antara lokasi iaitu masalah utama dalam pendekatan
sekolah terhadap faktor yang mempengaruhi komunikatif adalah keadaan bilik darjah yang
penulisan karangan bising dan mengganggu penumpuan responden
terhadap pelajaran. Menurut Izny Atikah (2012),
Lokasi N Sisiha bilangan pelajar yang terlalu ramai juga
Nilai
Sekola Min n t df merupakan faktor yang mendorong kepada
Sig.
h Piawai masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak dapat
20 2.44 mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan
Bandar .6251 -
0 6 39 0.00 pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat
5.33
Luar 20 2.76 7 0 berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Hal ini
.5850 1
Bandar 0 9
akan menyebabkan kelas menjadi bising dan
*signifikan pada aras p<0.05 mengganggu rakan sekelas yang lain.
Bagi analisis inferensi pula, dapatan kajian
PERBINCANGAN
mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara jantina terhadap faktor-faktor
Hasil kajian menunjukkan tahap min bagi ketiga-
yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa
tiga faktor iaitu faktor pengajaran dan
Melayu. Dapatan ini serupa dengan kajian yang
pembelajaran, faktor individu dan faktor
dilakukan oleh Yusfaiza et. al (2012) terhadap
persekitaran adalah pada tahap sederhana. Bagi
penggunaan Jigsaw II dalam penulisan karangan
faktor pengajaran dan pembelajaran, responden
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
menyatakan mereka sukar menulis perenggan isi
antara responden lelaki dan perempuan. Bagi
dan perenggan pendahuluan dalam menulis
perbezaan faktor ini, menunjukkan bahawa
karangan. Hal ini diakui oleh Roselan Baki (2003)
responden lelaki dan perempuan adalah sama.
yang menyatakan bahawa kelemahan pelajar
Manakala bagi dapatan kajian mendapati terdapat
dalam menghasilkan sesuatu penulisan ialah pada
perbezaan yang signifikan terhadap lokasi sekolah
isi, bahasa dan tulisan. Responden juga
bagi faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
karangan.
yang kurang menarik juga menjadi faktor yang
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 8

Dapatan ini menyerupai dengan dapatan pengajaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana
kajian yang dilakukan oleh Siti Zabidah (2006) Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
yang menunjukkan perbandingan dalam kumpulan Kebangsaan Malaysia.
pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif Inderbir Kaur A/P Shamsher Singh. 1995.
(PPKBK) berdasarkan lokasi (bandar dan luar Kesalahan Bahasa Melayu di kalangan
bandar) menunjukkan kesan yang signifikan dalam mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan
pencapaian penulisan karangan deskriptif dan Universiti Pertanian Malaysia. Tesis Sarjana
imaginatif dari aspek kreatif (kelancaran, Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan,
kelenturan, keaslian dan penghuraian) dan Universiti Putra Malaysia.
bilangan perkataan. Izny Atikah. t.th. Masalah pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah.
KESIMPULAN http://www.slideshare.net/iznyatikah/5-
masalah [20 Februari 2016].
Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan Jackson, S.L. 2006. Research method and
faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan statistics. A critical thinking approach. 2nd
karangan pelajar sekolah menengah. Diharapkan Edition. Boston: Thomson Wadworth.
kajian ini dapat membantu para guru dalam Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya
mengatasi masalah mengajar kemahiran menulis penyelidikan di kalangan guru di sekolah:
karangan. Faktor-faktor yang dibincangkan satu penilaian. Tesis Dr. Fal. Fakulti
diharap mampu membawa perubahan pendekatan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
pengajaran di dalam bilik darjah, supaya dapat Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. 1997.
menarik minat pelajar dalam penulisan karangan Siri Pendidikan perguruan: Penguasaan
bahasa Melayu. kemahiran menulis. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan
pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala
Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan
Lumpur: Utusan Publications & Distributors pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat.
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kurikulum.
kemahiran membaca dan menulis bahasa Mohd Jonit Mohd Johari. 1993. Pengajaran
Melayu pelajar-pelajar sekolah rendah di luar kemahiran menulis dalam mata pelajaran
bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu pada peringkat menengah
1(1): 1-12. atas. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan,
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah penyelidikan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 Pustaka.
(1): 67-87. Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam
Chua Yan Piaw. 2012. Kaedah dan statistik pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill
penyelidikan buku 2: Asas statistik Education.
penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Mc Noraini Kaprawi. 2010. Kajian tinjauan secara
Graw Hill Education. kuantitatif. Dlm. Noraini Idris (Pnyt.).
Gan Ek Hern. 2012. Assessing the needs and Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala
difficulties of gifted Malaysian ELS learners Lumpur: McGraw Hill Education.
writing in English. Tesis Sarjana Pendidikan. Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu.
Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Hussin Sarif. 1999. Persepsi pelajar terhadap
penggunaan pendekatan komunikatif dalam
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9 9

Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial


Pendekatan Pragmatik. Batu Caves:
Edusyste.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Siri pendidikan guru:
Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Siti Zabidah Mohamed. 2006. Kesan pendekatan
penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam
pengajaran karangan deskriptif dan karangan
imaginatif dalam kalangan pelajar tingkatan
4. Tesis Dr. Fal. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. 2012.
Aplikasi pembelajaran jigsaw ii dalam
pengajaran penulisan bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 62-70.
Zaidatun Tasir & Mohd Slleh Abu. 2003. Analisis
data berkomputer SPSS 11.5 for windows.
Kuala Lumpur: VENTON Publishing.

Anda mungkin juga menyukai