menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih
Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah
menelan belanja sebanyak RM20 juta.
diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai
Polis Bukit Kepong
ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad
keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.
Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
Pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah perlulah dilakukan oleh semua pihak. Panduan
dan iktibar kepada generasi muda dan bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi sejarah
yang berlaku dapat dijadikan menerusi kewujudan dan peninggalan bangunan bersejarah ini.
Persoalannya, apakah langkah yang harus dilakukan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah ini?
Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang sangat tertarik akan keunikan bangunan
sejarah contohnya seperti Kota AFamosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota Cornwallis, tapak kaki
Hang Tuah, Istana Kellis, Penjara Pudu dan Bangunan Stadhuys. Oleh itu, sebagai tarikan dan tatapan
pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan bersejarah ini
mempunyai daya penarik yang kuat kerana ia berkaitan dengan evolusi manusia dan sejarah yang
berlaku di tanah air kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelancong tidak mengira dalam dan luar negara sangat
berminat untuk melawat dan berkunjung ke bangunan bersejarah. Selain itu, pengubahsuaian juga
boleh dilakukan terhadap bangunan bersejarah dengan menjadikannya sebagai bangunan muzium
yang memaparkan peninggalan dan sejarah tertentu. Contohnya yang boleh dilihat adalah Muzium
Diraja Kedah yang merakamkan dan memaparkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah
negeri Kedah yang pada dahulunya merupakan Istana Lama Kedah. Pada masa yang sama, ia boleh
dijadikan sebagai tontonan dan panduan generasi muda akan datang menerusi keindahan seni bina
Bangunan Istana Lama Kedah.
Tambahan pula, bangunan pentadbiran boleh dijadikan daripada bangunan lama bersejarah ini.
Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pernah dijadikan mahkamah. Dengan
langkah seperti ini, kos pembinaan baharu dapat dikurangkan oleh pihak yang berkenaan dan menjadi
kebanggaan dan mercu tanda orang ramai yang pernah berurusan di situ. Selain itu, Bangunan Sultan
Abdul Samad merupakan mercu tanda Kuala Lumpur dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat
Malaysia. Justeru, pusat jagaan dan rumah kebajikan juga boleh turut dijadikan daripada bangunan
bersejarah ini. Badan kebajikan tidak perlu membina bangunan baru atau menyewa tempat lain.
Bangunan bersejarah tersebut boleh diubah suai oleh mereka mengikut keperluan tanpa perlu
merobohkan dan melupuskan bangunan bersejarah berkenaan. Dengan ini, golongan yang
memerlukan dan kurang bernasib baik mendapat pembelaan.
Selain itu, jika bangunan tersebut masih selamat digunakan, bangunan bersejarah dapat dijadikan
sebagai pusat perniagaan. Pelanggan akan mudah dan lebih tertarik dengan bangunan bersejarah.
Peniaga juga dapat merasai suasana yang unik dan berbeza dalam berniaga.
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman dalam mengkomersialkan dan menaikkan
nama Malaysia ke peringkat global. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung dan
mementingkan latar belakang sesuatu tempat dan lokasinya. Bangunan bersejarah perlu digunakan
sekiranya sesuatu filem itu berkonsepkan dan bertemakan peritiwa bersejarah. Contohnya, lakonan
Jacky Chan di dalam filem Police Story III yang berlatar belakangkan Stesen Kereta Api dan Mahkamah
Persekutuan. Jadi jelaslah di sini bahawa terdapat syarikat perfileman luar negara yang menjalankan
penggambaran di Malaysia. Secara natijahnya, Malaysia dapat diperkenalkan di persada dunia dan
berdiri sama tinggi dengan negara membangun dan maju yang lain.
Di samping itu, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan nilai-nilai seni
yang penting. Seni bina yang halus yang bercorakkan warisan budaya bangsa boleh dilihat dengan
teliti pada bangunan bersejarah. Kreativiti dan kehalusan seni bina bangsa kita pada zaman silam
dapat dihayati oleh kita semua. Keistimewaan dan keindahan budaya juga boleh kita hayati. Contoh
terdekat yang boleh diambil adalah ukiran unik dan indah pada dinding kayu rumah Melayu tradisional
yang terdapat di Malaysia ini. Sebahagian besarnya penjajah yang menjajah dan menakhluk sesuatu
negeri tersebut yang banyak mempengaruhi seni bina dan nilai seni sesuatu bangunan. Istana Seri
Menanti dipengaruhi oleh pengaruh Minangkabau. Jadi, penjagaan rapi hendaklah diberikan terhadap
bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Di samping itu, bahan penyelidikan juga dapat dijadikan menerusi bangunan bersejarah ini. Bagi
mereka yang meminati sejarah terutamanya bagi para pengkaji sejarah da
Meminimalkan gangguan seperti membaik pulih hanya struktur bangunan atau binaan bersejarah
yang rosak sahaja. Manakala yang masih elok perlu dikekalkan keasliannya Menjalankan kajian
saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap
kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam
membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak
Mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi amalan penting kerana ia dapat digunakan
sebagai bahan rujukan terhadap kerja penyelenggaran bangunan atau binaan bersejarah pada masa
akan datang
Pautan Sumber Asal mysumber.comSebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup
sejahtera dan harmoni meskipun negara ini mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian
kaum di Malaysia memaparkan pelbagai warisan budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza,
sekali gus mewarnai kehidupan yang pelbagai kepada negara yang kita cintai. Saya mengkaji
bangunan bersejarah yang telah memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya
juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang
mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk
atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini. Melalui aktiviti ini juga, ia
dapat menimbulkan semangat setia negara yang akan tersemai di jiwa setiap masyarakat. Misalnya
dengan mengambil iktibar melalui perjuangan tokoh-tokoh negara terdahulu yang telah mengadaikan
nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan bagi memerdekakan tanah air daripada penjajah.
Dalam pada itu, Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali
dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai negara. Seperti yang
disebut dalam peribahasa melayu,Tak kenal maka tidak cinta. Sehubungan dengan itu, saya
mengharapkan kerja kursus seumpama ini wajar diteruskan terutamanya kepada generasi akan datang
kerana ia memberi pengalaman dan pendedahan sangat berharga, selain menerapkan rasa bangga
serta cinta dan sifat menghargai terhadap tinggalan bangunan dan binaan bersejarah yang terdapat di
Malaysia