Anda di halaman 1dari 3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013- 2025)

Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi
Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan
tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.

Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, tiga objektif itu ialah:

* Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan


penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem.

* Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun
yang seterusnya sehingga 2025.

* Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk


perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan
baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.

"Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan pelan ini adalah suatu langkah berani dan
julung-julung kali dilakukan. Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa
dikumpulkan untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk
agensi luar seperti Bank Dunia, Unesco dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi (OECD)," menurut pelan pembangunan pendidikan itu.

PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan sistem
pendidikan dan terdapat tiga fasa iaitu:

* Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem
pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan
Malaysia, memberi tumpuan kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan
penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti
kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan
dicontohi.

* Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal PPPM dengan
menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan
memperinci program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan
dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini merangkumi maklum balas yang
dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.

* Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM. Fasa ini melibatkan
rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi
mendapatkan maklum balas tentang Laporan Awal PPPM.

Maklum balas berkenaan telah dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.

PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan negara lain yang
menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya mengekalkan peningkatan
dalam keberhasilan murid.
Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk memahami dan membandingkan
standard dan prestasi sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain.

"Sebagai sebahagian daripada proses, kementerian telah mengkaji data antarabangsa,


menganalisis dan menanda aras pendekatan daripada sumber antarabangsa yang
terkemuka seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend
Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," menurut laporan pelan itu.

Menurut PPPM 2013-2025 itu, kejayaan masa depan negara bergantung kepada
perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu
kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem
pendidikan negara dengan cepat dan berkesan.

Urutan Anjakan Transformasi

Transformasi yang dihasratkan adalah luas dan rencam. Oleh itu, banyak inisiatif
yang telah dibangunkan merupakan sebahagian daripada transformasi yang akan
dilaksanakan. Setiap inisiatif adalah penting dan sangat bermakna. Ia penting
untuk diselaraskan dengan teliti supaya sistem pendidikan dapat
melaksanakannya dengan baik dan berkesan.

Sudah menjadi kelaziman, kejayaan sesuatu transformasi yang dijalankan oleh


sektor awam dan swasta adalah dengan meletakkan keutamaan dalam beberapa
bidang yang perlu ditambah baik. Keutamaan yang ditetapkan adalah ditentukan
oleh dua faktor, iaitu pencapaian semasa pada permulaan transformasi dan bukti
antarabangsa tentang faktor penting membawa kepada keberhasilan murid.
Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan
negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan
dalam tiga gelombang.

Gelombang 1 (2013-2015):

Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan


penekanan kepada kemahiran teras

Kementerian memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem
dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam
tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan
kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam
sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki
pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan
kadar literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan numerasi menerusi
program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan
memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk
meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan
hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1,
Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/ guru besar dan sekolah
mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.

Gelombang 2 (2016-2020)

Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem


Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan
struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan
(rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1).
Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000
pengetua/ guru besar kepada pakej kerjaya baharu penstrukturan semula
bahagian di Kementerian untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan
menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan kurikulum baharu sekolah
menengah dan kurikulum semakan sekolah rendah dalam usaha menangani
kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai
dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3 (2021-2025)

Beranjak kearah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan


operasi.

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah guru dan pengetua/guru besar


perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian
akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk
memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat bagi pembangunan kecemerlangan
profesionalisme.

Anda mungkin juga menyukai