Anda di halaman 1dari 8

3.1 KEPENTINGAN JIHAD DALAM KONTEKS MALAYSIA.

3.1.1 Ilmu.
Kata lain bagi jihad dalam konteks jihad ilmu adalah jihad makrifah.
Sekiranya jihad ini dihayati sepenuhnya oleh seseorang muslim, Insya
Allah mereka mampu bangkit menjadi muslim yang berkaliber dalam erti
kata mampu menghadapi cabaran secara global. Kepentingan jihad makrifah
pada zaman kemajuan intelektual, pengetahuan dan teknologi hampir
menyamai kepentingan jihad dimedan peperangan pada zaman lampau.
Peperangan zaman moden tidak hanya menuntut penggunaan senjata sahaja
tapi lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai senjata
dalam peperangan zaman kini. Pengamalan ilmu itu sendiri adalah cara
jihad yang sepatutnya. Hal ini disebabkan ajaran agama islam itu
sendiri telah menuntut supaya ilmu pengetahuan yang dipelajari
dimanfaatkan dan diamalkan oleh pemiliknya.

3.1.2 Hawa Nafsu.


Jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang paling besar diantara
setiap jihad. Hal ini disebabkan nafsu itu sendiri adalah anugerah Allah
kepada hambanya. Dengan itu, menentang hawa nafsu tidak bermakna
menolak semua bentuk kesenangan dan kenikmatan di dunia ini. Iamya
lebih kepada mengawal dan menyalurkan nafsu kearah yang betul. Oleh
itu, jiwa seseorang itu haruslah dibersihkan. Contohnya, jihad mencari
petunjuk dan jalan yang benar. Bagi mendapat petunjuk, ilmu menjadi
langkah permulaan dan prasyarat utama dan dalam konteks ini adalah
ilmu agama. Sekiranya ilmu tersemat dalam jiwa, seseorang individu itu
mampu membezakan hak dan batil. Ilmu agama juga akan membantu
seseorang itu mengetahui keutamaan dalam beramal. Selain itu, jihad
menentang hasutan iblis dan syaitan adalah salah satu jihad mengawal
hawa nafsu. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Oleh itu,
seseorang individu muslim itu harus mempunyai azam yang kuat untuk
memperbaiki diri, memahami ilmu dan petunjuk agama , berpegang
teguh dengan kebenaran , mengukuhkan hubungan dengan Allah dan
bersama sama dengan jemaah yang soleh.

3.1.3 Harta.
Jihad harta boleh didefinisikan sebagai menyumbang harta dalam segala
bidang kebaikan yang mengantarkan keredhaan kepada Allah seperti
membantu fakir miskin, membangun masjid dan lain lain. Terdapat
banyak bentuk jihad harta ini. Amat berbahaya sekali bagi hamba Allah
yang cintakan harta. Oleh itu, islam telah mengajar bahawa pemilikan
harta itu hanya bersifat sementara sahaja. Kerana itulah harta yang tidak
dinafkahkan di jalan Allah akan menjadi kotor. Setiap sumbangan yang
telah dinafkahkan sedikit sebanyak membantu orang susah dan
seterusnya membantu saudara kita sendiri. Oleh itu, tidak salah sekiranya
harta yang kita miliki itu dinafkahkan kepada orang lain kerana itulah
tanggungjawab kita sebagai saudara untuk membantu saudara yang
memerlukan. Nilai nilai dermawan seharusnya dimiliki oleh setiap
orang yang bergelar muslim. Hal ini kerana sikap yang dermawan itu
sendiri akan disanjung mulia oleh Allah.

3.1.4 Amar Maruf dan Nahi Munkar.


Amar Makruf Nahi Mungkar membawa maksud sebuah perintah untuk
mengajak atau menganjurkan hal hal yang baik dan mencegah hal
hal yang buruk bagi masyarakat. Dalam kehidupan modernisasi sekarang
ini banyak sekali kaum muslimin dan muslimat yang terlibat akibat dampak
perkembangan zaman era teknologi canggih, sehingga kerap sekali
mengabaikan nilai-nilai ketakwaan kita terhadap Allah SWT , khususnya
dalam Amar Maruf dan Nahi Munkar. Kehidupan yang serba hedonis yang
dialami oleh manusia di abad ini dapat sekali memicu terjadinya
kemungkaran baik secara langsung maupun tidak langusng. Oleh karena itu
kita sebagai generasi baru harus mengetahui hal-hal apa yang bersifat
Maruf dan hal-hal apa saja yang bersifat Munkar. Oleh itu, individu itu
perulah berjihad dalam mencegah kemungkaran bagi mengelakkan diri
kita terleka dan lalai akan duniawi yang bersifat sementara.

3.1.5 Ekonomi.
Jihad ekonomi dapat diertikan sebagai keupayaan untuk membuang jauh
jauh kepentingan peribadi. Hal ini merupakan pengorbanan yang harus
dibangunkan untuk membangun system ekonomi yang ideal dalam
konteks jihad ekonomi. Dengan demikian, jika jihad ekonomi
dilaksanakan dengan cara yang betul, institusi institusi ekonomi mampu
mengaplikasikan idealisme seperti keadilan politik. Oleh itu, peningkatan
dalam sector ekonomi menjamin sesebuah negara yang maju untuk
membebaskan diri daripada tekanan kuasa asing. Peningkatan dalam
sector ekonomi juga menjamin dan menyumbang kepada perjuangan di
jalan Allah dari sudut kemampuan mempertahankan rakyatnya yang
beragama islam dan umat islam di negara lain yang tertindas.
3.2 KESAN PENGABAIAN JIHAD.

3.2.1 Umat Islam Menjadi Lemah.


Sekiranya pengabaian jihad tidak dilaksanakan, hal ini akan
mengakibatkan umat islam itu menjadi lemah. Perkara ini tidak
sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana akan mendatangkan kesan
negative kepada umat islam. Ini akan menyebabkan umat islam itu
dipandang rendah oleh agama lain. Kehebatan umat islam pada masa
dahulu adalah kerana mereka melaksanakan jihad dalam semua aspek
kehidupan mereka. Contohnya, pada zaman kegemilangan dan
pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa Al Rasyidin. Walaupun
jumlah umat islam sedikit pada ketika itu, tetapi mereka tetap digeruni
oleh kuasa kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Kesan pengabaian jihad
pada hari ini umat islam tidak dipandang mulia oleh musuh musuh
islam apatah lagi digeruni. Oleh sebab itu ramai umat islam hari ini
hidupnya tertindas kursusnya di negara negara bukan islam di
Myammar dan China. Oleh itu, umat islam seharusnya bangkit dan
bersatu hati dalam melindungi sesama sendiri.

3.2.2 Umat Islam Akan Ketinggalan.


Sekiranya umat islam menjadi lemah, hal ini menyebabkan umat islam
terpaksa bergantung dengan orang bukan islam dalam aspek kehidupan.
Hal ini menyebabkan umat islam ketinggalan dari sudut teknologi malah
dalam pendidikan. Kebanyakan negara islam dikurniakan oleh Allah
sumber semula jadi yang banyak seperti minyak dan hasil galian lain.
Malangnya umat islam tidak menguasai teknologi yang sepatutnya bagi
membolehkan mereka mengeksploitasikan sendiri sumber sumber alam
itu untuk kebajikan ummah. Negara Arab Saudi dan negara negara
teluk yang kaya dengan sumber petroleum terpaksa menjemput kuasa
luar khususnya Amerika Syarikat untuk mengusahakan pengeluaran
petroleum di negara mereka. Dengan kemasukan orang luar ini secara
tidak langsung kesucian budaya umat islam setempat mula dicemari
oleh elemen elemen Barat yang bersifat hedonis. Oleh itu, betapa
pentingnya jihad ilmu itu terhadap seseorang muslim.

3.2.3 Menerima Balasan Allah.


Jihad merupakan salah satu arahan Allah kepada umat islam. Ianya
adalah satu kewajipan bagi semua umat islam. Sesiapa yang
meninggalkan atau mengabaikan jihad akan memperoleh balasan dan
mendapat kemurkaan Allah SWT. Allah akan menurunkan bala kepada
umat yang mengabaikan kewajiapan berjihad. Terdapat banyak contoh
bala yang telah diturunkan oleh Allah. Contohnya, pemimpin yang
zalim. Pemimpin yang zalim telah diturunkan oleh Allah kepada rakyat
atau umat yang zalim. Oleh itu, sebelum mengubah pemimpin,
seseorang individu itu sendiri terlebih dahulu berubah.

3.2.4 Umat Islam Akan Dijajah.


Kelemahan dari segi keilmuan dan teknologi menyebabkan umat islam
lemah dan mudah untuk dijajah. Oleh itu, umat islam disarankan
mempertahankan hak masing masing. Mempertahankan hak itulah
adalah salah satu jihad. Contohnya, keluarga Yaser dan isterinya
Sumayyah yang gugur syahid setelah diseksa dengan kejam oleh kaum
kafir kerana mempertahankan agama Allah SWT. Kekurangan ilmu dan
keimanan dalam diri seseorang umat islam itu sendiri menyebabkan
umat islam itu lemah dari segi penderian dan daya saing.
3.3 HALANGAN DALAM MELAKSANAKAN JIHAD.

3.3.1 Mempunyai Iman Yang Lemah.


Kebanyakan penganut agama islam itu sendiri takut berjihad. Hal ini
disebabkan oleh perasaan takut dan mempunyai iman yang lemah
walaupun jihad merupakan pekerjaan terpuji yang disanjung oleh Allah
S.W.T seperti mana dalam firman-Nya dalam Surah Al-Nisa. Perasaan
takut untuk berjihad disebabkan oleh sikap yang pentingkan diri
sendiri, terlalu cintakan dunia dan takut untuk mati. Perasaan takut ini
juga disebabkan oleh faktor daripada keimanan seseorang itu sendiri.
Sekiranya mereka meletakkan suruhan Allah lebih dari segalanya, hal
ini tidak akan terjadi kepada umat islam. Bukan itu sahaja, dunia islam
hari ini juga telah diterajui oleh pimpinan yang lemah , kurang
mempunyai semangat jihad dan mudah tunduk kepada gertakan serta
tekanan pihak Barat. Pemimpin yang lemah kepimpinan tidak sesuai
dijadikan pemimpin. Hal ini menyebabkan negara itu sendiri akan takut
melaksanakan jihad. Kebanyakan kuasa sekarang telah dipegang oleh
kuasa Barat. Oleh sebab itu, pergerakan untuk melaksanakan jihad itu
telah pudar. Namun, masih ada segelintir orang masih mempunyai
keimanan yang tinggi dan sanggup berjihad.

3.3.2 Ikatan Persaudaraan Yang Rapuh.


Ikatan persaudaraan umat islam pada hari ini adalah rapuh dengan
masing masing lebih mengutamakan bangsa dan negara masing
masing daripada persaudaraan islam sejagat. Mereka tidak menganggap
bencana atau musibah yang menimpa di sesetengah negara umat islam
sebagai masalah mereka. Hal ini amat lari dari konsep persaudaraan
sesama agama. Inilah punya menyebabkan musuh musuh islam
mengganyangkan wilayah wilayah Islam seperti mana yang berlaku di
Palestin , Iraq dan Afghanistan. Di Palestin, Israel dengan penuh
keangkuhan dan sewenang wenangnya menakluki dan merampas
wilayah Arab tanpa ada pembelaan yang bersungguh sungguh
daripada suadara saudara Islam di seluruh dunia. Sementara di Iraq
dan Afghanistan pula Amerika Syarikat berjaya menceroboh negara
tersebut dengan mudah kerana turut mendapat bantuan logistic
daripada pemerintah negara Islam sendiri seperti Arab Saudi dan
Jordan.
Rumusan.

Dalam konteks negara Malaysia, konsep jihad perlu difahami secara meluas dan
terbuka. Amalan jihad perlu jelas agar tidak mengganggu dan mengugat keamanan
dan kedamaian rakyat dan negara. Terdapat peristiwa peristiwa yang dikaitkan
dengan jihad telah berlaku di negara seperti peristiwa Sauk. Sebenarnya jihad
perlulah bermatlamatkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukannya
memenuhi ideology politik dan agenda individu yang tertentu. Jika matlamat jihad
terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut adalah kosong dan
berdosa. Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad hendaklah jelas.

Realitinya banyak lagi yang perlu diperjuangkan oleh masyarakat islam di


Malaysia khasnya. Selain berjihad dari segi peperangan, umat islam mestilah
berusaha mengangkat semula kegemilangan islam dalam semua bidang. Kekuatan
islam dan umatnya pada hari ini bukan semata mata kerana semangat dan
kekuatan dalam ketenteraan saja, malah kekuatan dari segi ekonomi, politik, sains,
teknologi, dan sebagainya. Justeru itu, dengan penguasaan tersebut umat islam
digeruni oleh pihak musuh dan seterusnya menjadi pemangkin kepada negara
negara lain di dunia.

Anda mungkin juga menyukai