Anda di halaman 1dari 20

Faktor-faktor yang Membentuk Etika Individu

1.0 PENGENALAN

Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu
Tun Dr Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk
Malaysia Melangkah ke Hadapan semasa pelancaran Majlis Perdagangan
Malaysia. Kertas kerja tersebut mengandung satu gagasan pemikiran dan
rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada
tahun 2020. Gagasan tersebut kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020.

Matlamat utama yang dicita-citakan dalam wawasan ini ialah pembentukan

sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.
Kemajuan yang dimaksudkan bukan sahaja terhad kepada bidang ekonomi
sahaja malah merangkumi politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada
sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak
negara-negara maju yang wujud sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna dan tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan
materialistik sahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini kerajaan bertekad untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai-nilai
moral dan etika yang tinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan cabaran
ketujuh yang terkandung dalam Wawasan 2020. Cabaran ketujuh tersebut
adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri,
dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi
pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.

Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral

dan etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian sesebuah
negara. Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting
kerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah
masyarakat dan negara itu pincang. Penghayatan dan amalan nilai-nilai moral
dan etika oleh setiap anggota masyarakat akan menjadi penghalang dalaman
kepada mereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kelebihan yang
dimiliki untuk mengganggu hak orang lain.

2.0 Definisi

Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu
itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang
berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap
tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik
terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi
sosial seseorang individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang
berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna
sesuatu tindakan. Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia
tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral,
kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Daripada sudut bahasa, etika atau ethics bermaksud sikap dan adat
yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan
etika sebagai salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral
(virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza
daripada undang-undang keagamaan dan budaya. Pendekatan secara peribadi
kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui
rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia. Menurut Sahakian et.al.
(1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud
falsafah moral. Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang
merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas
daripada menganalisis apa yang betul dan salah. Salah satu aspek utama etika
ialah kehidupan baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.
Pencarian summum bonum atau kebaikan yang terbaik merupakan salah satu
isu utama dalam etika. Tindakan yang betul akan membuahkan kebaikan yang
terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan mengakibatkan hasil yang
sebaliknya.

Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip

moral, iaitu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan
seseorang itu sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999).
Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, etika berkaitan dengan
konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, keadilan dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan
bahawa etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk
menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima
daripada segi moral atau sebaliknya. Setiap individu perlu mempunyai etika
yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya. Individu
yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan membawa kepada konflik
sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas
dan sebagainya.

2.1 Etika Profesional

Profesional boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam

melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran.
Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan
bidang profesional. Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional
merupakan satu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang
membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah laku
mereka dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya, etika profesional boleh
disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,
profesional dan nilai.

Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan

oleh setiap kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul. Etika
tersebut perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial
seperti jenayah ketika menjalankan tanggungjawab. Kesimpulannya, etika
profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap
disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah
organisasi. Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini perlu difahami dan diaplikasikan
oleh setiap anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan.

3.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Etika Individu

Etika individu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah

keluarga, rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral dan faktor
keadaan.

3.1 Pengaruh Keluarga

Secara umumnya, kanak-kanak akan meniru atau mencontohi perilaku dan etika
ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa beretika, maka kanak-kanak juga akan
beretika. Begitu juga jika berlaku sebaliknya.

3.2 Pengaruh Rakan

Faktor pengaruh rakan merupakan salah satu faktor yang paling berpengaruh
dalam pembentukan etika seseorang individu. Untuk melihat keperibadian
seseorang, kita hanya perlu melihat keperibadian rakan mereka. Jika kita
berkawan dengan seseorang yang beretika dan mempunyai keperibadian yang
baik, maka kita juga akan turut mempunyai etika dan keperibadian yang baik.
Begitu juga sebaliknya.

3.3 Pengalaman Hidup

Pengalaman hidup juga amat berpengaruh dalam membentuk etika individu.

Sekiranya sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri tidak
mendapat teguran atau hukuman, maka perbuatan mencuri itu dianggap bukan
satu kesalahan. Tetapi sekiranya seseorang itu dihukum kerana kesalahan
mencuri, maka dia akan mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan.

3.4 Nilai Peribadi dan Prinsip Moral

Faktor ini dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Individu yang mengutamakan

kedudukan pangkat dan kewangan akan bertindak berdasarkan keuntungan
tanpa mengira implikasinya terhadap individu lain.

3.5 Faktor Situasi

Faktor situasi turut mempengaruhi etika seseorang. Walaupun sesuatu perilaku

itu diketahui tidak beretika, tetapi faktor situasi boleh menyebabkan seseorang
melanggar etika tersebut. Seorang ahli perniagaan yang mengalami masalah
kewangan boleh bertindak mengubahsuai keuntungan perniagaan untuk
mengurangkan cukai yang dikenakan.

4.0 Tiga Faktor yang Membentuk Etika Individu

Faktor-faktor seperti pengaruh keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup

merupakan beberapa faktor yang utama dalam membentuk etika individu.
Faktor-faktor tersebut akan dibincangkan di bawah.

4.1 Pengaruh Keluarga

Ahli-ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan

kanak-kanak semasa mereka membesar. Ibu bapa dalam sesebuah keluarga
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan etika kanak-kanak.
Segala kelakuan dan perbuatan yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga
terutamanya ibu bapa akan ditiru dan diamalkan oleh kanak-kanak. Oleh itu,
sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang positif, maka kanak-kanak
tersebut akan meniru dan mengamalkan etika positif tersebut dalam kehidupan
mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta
menghormati orang lain akan turut mempengaruhi etika anak-anaknya. Kanak-
kanak yang mempunyai ibu bapa seperti ini akan membesar menjadi individu
yang beretika, menghormati orang lain dan menjadi seorang warganegara yang
berguna.

Tetapi sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut menunjukkan etika yang negatif,
maka kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku
dan etika yang negatif. Contohnya, seorang bapa yang melakukan penderaan
fizikal terhadap anak-anaknya boleh mendatangkan kesan negatif ke atas fizikal
dan psikologi mereka. Isu penderaan ialah suatu isu yang berkaitan dengan
salah laku jenayah yang boleh menyebabkan seseorang menerima akibat atau
kesan buruk daripada penderaan. Kanak-kanak yang menjadi mangsa
penderaan akan mengalami trauma yang berpanjangan dan akan mempengaruhi
hidupnya sehingga dewasa. Apabila individu tersebut berkeluarga dan
mempunyai anak, besar kemungkinan dia juga akan menjadi seorang pendera.
Oleh itu, ibu bapa sepatutnya menjadi seorang idola dan contoh terbaik kepada
anak-anaknya dengan mengamalkan perilaku yang beretika.

Asuhan dan cara didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak juga

mempengaruhi pembentukan etika mereka. Ibu bapa yang bersikap penguasaan
serta autokratik akan mewujudkan individu yang begitu taat kepada arahan
tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang
mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-
santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibu bapa yang
mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan
anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila
membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak yang membesar dalam
suasana yang kondusif akan menjadi seorang individu yang aktif, cerdas dan
lebih bersopan santun.

4.2 Pengaruh Rakan

Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses

pembentukan etika dalam diri individu. Pengaruh keluarga semakin merosot
apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabia mereka menjadi semakin
dewasa, kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam
proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima
oleh kumpulan rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan
menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpuan tertentu. Ini boleh
membawa sama ada kesan positif ataupun negatif. Contohnya, sekiranya rakan-
rakan dalam sesebuah kumpulan rakan sebaya tersebut mempunyai standard
etika yang tinggi seperti mementingkan disiplin diri dan pelajaran maka besar
kemungkinan individu-individu dalam kumpulan tersebut juga akan menerima
standard etika tersebut.

Tetapi pengaruh rakan sebaya juga kadang kala mewujudkan keadaan

yang tidak menyenangkan seperti vandalisme. Pengaruh rakan sebaya boleh
menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan
sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang
melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak
mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga bermasalah mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan
membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu di luar jangkaan untuk
menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak
bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme dalam kalangan remaja
seperti Black Metal sudah cukup memberi cabaran kepada ibu bapa, guru-guru,
kerajaan dan masyarakat untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke
arah pengalaman budaya sihat. Kesimpulannya, pengaruh rakan sebaya akan
mencorak sikap, tingkah laku dan etika individu terutamanya mereka yang
berasal daripada keluarga bermasalah dan tercicir dalam pelajaran.

4.3 Pengalaman Hidup

Setiap memori serta pengalaman yang dialami oleh individu sebenarnya menjadi
satu pedoman dan pengajaran untuk meneruskan kehidupan. Setiap
pengalaman yang diperoleh hasil daripada tindakan yang diambil oleh individu
sama ada beretika atau tidak akan mendorongnya untuk meneruskan perbuatan
tersebut atau meninggalkannya. Ini sebenarnya menjadi salah satu faktor
pembentukan etika dalam diri individu. Contohnya, seorang pelajar yang suka
meniru dalam peperiksaan tetapi tidak pernah mendapat teguran atau hukuman,
maka perbuatan meniru itu dianggapnya bukan satu kesalahan. Tetapi sekiranya
pelajar itu didapati bersalah meniru dalam peperiksaan dan dihukum, maka dia
akan mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan dan akan berhenti
melakukannya.

Seseorang yang menyara hidupnya dengan meragut akan terus

menjalankan aktiviti tidak beretika tersebut sekiranya tidak mendapat tentangan
atau hukuman. Selagi dia belum ditangkap dan dijatuhkan hukuman, dia akan
terus melakukan kegiatan tersebut kerana merasakan perbuatannya itu
bukanlah satu kesalahan besar. Tetapi sekiranya individu tersebut dihukum
kerana meragut, maka dia akan mengetahui bahawa perbuatan tersebut
merupakan satu kesalahan besar.

Sekiranya seseorang individu itu melakukan kebaikan, seperti

memulangkan dompet pelancong yang tercicir dalam bas dan diberikan ganjaran
di atas perbuatannya itu akan terus melakukan kebaikan. Ganjaran dan
penghargaan yang diberikan kepadanya atas perbuatan baiknya itu akan
menjadi satu motivasi kepada dirinya untuk terus mengamalkan etika dan
perilaku yang positif.

5.0 Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral

Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh
masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan
(published), diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan (enforced).
Secara ringkasnya, undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh
masyarakat untuk menguasai atau mengawal kelakuan di dalam sesebuah
masyarakat. Semua keputusan yang akan diambil perlu ditentukan oleh undang-
undang kerana masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat
secara kolektif oleh anggota masyarakat tersebut mengenai tindakan dan
kelakuan yang harus dibuat apabila berlaku dilema moral.

Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

Salah satu daripada kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai
perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama, ideologi
politik dan sebagainya. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur
dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara.
Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan
dan kesejahteraaan. Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli
masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan
memudaratkan diri dan orang ramai. Individu yang melanggar peraturan
undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan
mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada
si pelaku dan orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap
individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik
yang stabil dapat diwujudkan.

Apa yang paling utama ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagai

panduan untuk pilihan moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam
sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan
dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar organisasi. Setiap individu
yang tinggal di dalam negara Malaysia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi
1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan negara.
Akta ini boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti
berikut. Romeo, anak seorang imigran daripada sebuah negara jiran kini
bertugas sebagai anggota polis di sebuah daerah di pantai timur Sabah.
Walaupun keluarga Romeo sudah lama menetap di Malaysia, namun mereka
masih mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli keluarga di negara asal
mereka. Romeo menghadapi dilema etika apabila berlaku konflik di antara
kerajaan dengan sebuah kumpulan militan di negara asal ayahnya.

Sepupu kepada ayahnya, seorang jeneral dalam kumpulan tersebut meminta

Romeo untuk menyalurkan maklumat tentang rahsia dan kekuatan pihak polis di
daerah tersebut kepadanya. Romeo percaya maklumat tersebut akan digunakan
untuk menyerang balai-balai polis di daerah tersebut. Sebelum mengambil
tindakan yang sesuai, Romeo terpaksa menimbangkan beberapa faktor seperti
tali persaudaraannya dengan jeneral tersebut, keselamatan keluarganya dan
juga kesetiaannya kepada negara. Sebagai anggota keselamatan, Romeo
merujuk kepada undang-undang sebagai panduan kepadanya untuk bertindak.
Sekiranya dia bersetuju untuk menyampaikan maklumat tentang kekuatan dan
rahsia polis tersebut kepada pihak musuh, kemungkinan besar Romeo akan
dianggap sebagai pengintip. Seksyen 3 iaitu pengintipan bagi maksud yang
mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia dalam Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88) memperuntukan penjara seumur hidup kepada
pesalahnya. Atas nilai etika yang tinggi dalam diri dan kesetiaannya kepada
negara, akhirnya Romeo mengambil keputusan bijak menolak permintaan
jeneral tersebut dengan tegas.

Walaupun Romeo telah menolak permintaan jeneral tersebut, dia masih

percaya bahawa kumpulan militan tersebut pasti akan mengotakan hasrat
mereka untuk menyerang balai-balai polis di daerah tersebut dalam masa yang
terdekat. Romeo juga sebenarnya masih lagi menghadapi dilema etika, kerana
berpandukan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dia masih lagi boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Ini kerana mengikut Seksyen 7 (a) akta
yang sama, dia masih boleh dipenjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi
tidak lebih daripada lima tahun atas kesalahan tidak melaporkan kejadian
bahawa terdapat individu yang meminta rahsia rasmi. Sebagai seorang anggota
polis yang menjunjung tinggi undang-undang dan rasa tanggungjawab untuk
mengekalkan keselamatan dan keamanan, akhirnya dia melaporkan perihal
jeneral dan kumpulan militan tersebut kepada pegawai atasannya.

Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila

berhadapan dengan dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya,
seorang pembantu jurutera telah menemui bukti bahawa seorang jurutera awam
di sebuah jabatan kerajaan telah menerima rasuah untuk memberikan kelulusan
sijil layak menduduki bangunan apartmen kos sederhana yang telah siap dibina.
Setelah membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut telah mendapati
banyak spesifikasi yang tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan
masalah keselamatan pada masa akan datang. Dia ingin membuat aduan
kepada pihak-pihak berwajib mengenai perkara tersebut tetapi bimbang
tindakannya itu boleh menjejaskan kerjaya dan keselamatan dirinya. Atas
nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi, akhirnya dia melaporkan
perkara tersebut kepada pihak berwajib kerana yakin dia akan dilindungi oleh
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan
pada 15 Disember 2010. Akta yang baru digubal ini memperuntukan
perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan sesuatu
kelakuan tidak wajar. Perlindungan yang diberikan merangkumi, perlindungan
maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba
dikenakan terhadap pemberi makumat dan juga perlindungan terhadap tindakan
yang memudaratkan.

KESIMPULAN

Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini,
ternyata etika membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan
dan kedamaian hidup. Daripada sudut individu, seseorang yang beretika
sentiasa menjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan dengan nilai dan
kehendak moral sesebuah masyarakat.
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya
membentuk sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan
sebagainya. Dari segi mental pula, orang yang beretika mulia tidak gemar
memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Individu seperti ini akan
sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara
sebelum mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa
mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang
unggul walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk
falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya.

Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang

mempunyai nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan
masyarakat yang lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan
turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat
antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan
etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.
Sejarah telah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang
pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di
Iraq, Mesir, Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan
ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.

2, 924 patah perkataan

RUJUKAN

Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian

Tinggi.

Selangor: Budiman Sdn Bhd.

Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul
Ehsan:

OUM.
Mohd Jabib ohari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor
Darul

Ehsan: OUM

Rahmad Shukor. (2009). Pendidikan Moral: Tahun 3. Selangor Darul Ehsan:

OUM.

Sahakin et.al. (1993). Ideas of the Great Philosophers. Pg31. Barnes and Noble
Books.

White, T.I (1993). Busines Ethics: A philosophical Readar. New York: MacMiller

Pub. Co.

www. Agc.gov.my/Akta/vol.2/Akta 88.pdf (Diakses 7 Mac 2013)

www. Bheauu.gov.my/pdf/Akta/Akta 711.pdf (Diakses 7 Mac 2013)

sesebuah masyarakatperlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan