Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

AJ10203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

SEMESTER 2 SESI 2016/2017

TUTOR: ENCIK ABDUL RAHMAN

MASA: 08.00 AM-09.00 AM

TEMPAT: BILIK TUTORIAL 6

SOALAN 10: BINCANGKAN CABARAN PENYATUAN SABAH DAN SARAWAK


DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA TAHUN 1961-1963

NAMA NOMBOR NOMBOR


MATRIK TELEFON
ABDUL SALLEH BIN AMPAS BA16110123 0198404915

NUR SOLEHAH AHMAD BA16110015 0149547182

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

PENSYARAH

PROF. DR. BILCHER BALA

1.0 PENGENALAN

1
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 Ucapan
Tunku Abdul Rahman di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Asia
Tenggara Mengenai Rancangan menggabungkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah & Sarawak dalam satu kesatuan Politik
Tujuan: Membendung pengaruh Komunis, Mengimbangi jumlah
penduduk, Meningkatkan kemajuan ekonomi & Mempercepatkan proses
kemerdekaan bagi negeri-negeri terbabit.
Pada 23 Julai 1961 - Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
ditubuhkan - Donald Stephen - Menerangkan dengan lebih jelas tentang
konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah,
Sarawak dan Brunei.
Pada 17 Januari 1962 - Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan
Untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara
(Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 walaupun
mendapat tentangan yang hebat khususnya dari Indonesia dan
Filipina (Cabaran Luaran)
Namun, Cadangan penubuhan Malaysia telah menjadi isu yang
diperkatakan oleh berbagai pertubuhan politik yang sedia ada di Sabah
dan sarawak (Cabaran Dalaman).

2.0 CABARAN PENYATUAN SABAH KE DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA


PADA TAHUN 1961-TAHUN 1963
2.1 CABARAN DALAMAN

2.1.1 PENENTANGAN PARTI POLITIK DI SABAH

PARTI POLITIK LATAR BELAKANG FAKTOR PENUBUHAN & PENENTANGAN


Ditubuhkan pd ogos Kesedaran politik baharu mencapai
UNITED NATIONAL 1961 mewakili org kemerdekaan
KADAZAN Kadazan Menganggap rancangan Malaysia ini
ORGANIZATION (UNKO) Dibawah pimpinan adalah sebagai satu bentuk penjajahan
Donald Stephens yang baharu
Mendpt sokongan di Mereka berpendapat sekiranya rancangan
Pantai Barat Malaysia berjaya dilaksanakan, segala
jawatan pentadbiran di Sabah akan
diambil alih dan diisi oleh orang-orang
Melayu dari Semenanjung
UNITED NATIONAL Ditubuhkan pd Jun Ditubuhkan atas Ketidaksetujuannya
PASOK MOMOGUN 1962 Mewakili dengan Donald Stephens tentang
ORGANIZATION kaum Dusun, kaum- dasar parti UNKO dan istilah Kadazan
(PASOK MOMOGUN) kaum lain dan Mendapat sokongan dan bantuan
Disertai oleh Kaum kewangan daripada dua orang saudagar
cina yang belum Cina yang kaya dan terkenal iaitu Peter
bersedia untuk Chin Khoo Siak Chiew.
menubuhkan sistem Peniaga Cina yang berasa cemas tentang
politik tersendiri kemungkinan gagasan Malaysia
Dibawah Pimpinan berjaya diwujudkan.

2
Orang Kaya Orang-orang Cina terutamanya golongan
Sedoman & G.S peniaga berasa khuatir penyertaan Sabah
Sundang dalam Malaysia akan memberi kuasa
Mndpt Sokongan di politik ke tangan Orang Melayu
Kwsan Pedalaman Mereka beranggapan Kerajaan Malaysia
Keningau, yang baharu itu tidak akan bersimpati
Pensiangan, Tenom, dengan golongan mereka yang selama
Tambunan ini mendapat simpati dan
perlindungan daripada penjajah
British

NORTH BORNEO NBDP ditubuhkan Mereka menginginkan Sabah mencapai
DEMOCRATIC PARTY awal 1962 di Kota kerajaan sendiri terlebih dahulu
(NBDP) & UNITED PARTY Kinabalu Peterr sebelum menyertai Malaysia
Chin UP berpendapat penubuhan Malaysia
UP ditubuhkan pada adalah perkembangan yang terlalu
februari 1962 di awal di Sabah
Sandakan Khoo NBDP menuntut taraf berkerajaan
Siak Chiew sendiri, tidak ada bahasa dan agama
Disertai peniaga rasmi, bahasa inggersi terus dikekalkan
golongan Hakka dan Penentuan Taraf orang cina kacukan
Teachew yg Dusun (Sino-Dusun) di Sabah
brpndidikan Inggeris Melindungi kepentingan komunitinya
di Sabah
Beranggapan org Melayu akan
mendominasi politik di Sabah
Menjejaskan bahasa cina dan
pendidikan mereka di Sabah

2.2 CABARAN LUARAN

2.2.1 TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH

I. 24 MEI 1962: Apabila usaha-usaha Jawatankuasa Perundingan Perpaduan


Kaum (MSCC) menunjukan adanya sokongan kepada rancangan
penubuhan Malaysia, Filipina mula merasa bimbang dan menghantar
memorandum tuntutan ke atas Sabah kepada Duta Filipina di London.
II. Tuntutan ditolak pihak British - sebarang tuntutan ke atas Sabah baik
dari Kerajaan Filipina mahupun orang perseorangan akan ditentang oleh
Kerajaan British.
III. 22 JUN 1962 - Kerajaan Filipina tidak berputus asa dan sekali lagi
menghantar surat kepada Kerajaan British - menuntut hak kedaulatannya
ke atas Sabah sebagai wakil dan pengganti kepada Kesultanan Sulu
IV. Sebab Tuntutan - Bagi Filipina, Sultan Sulu tidak pernah menjual Sabah
kepada pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara, sebaliknya hanya
memajakkannya dengan bayaran sebanyak $5000 setahun.

3
V. Kawasan yang dituntut - meliputi keluasan 29,388 batu persegi
meliputi Pulau-Pulau Banggi dan Balambangan yang telah dipajakkan
kepada Baron Von Overback dan Alfred Dent suatu ketika dahulu.
VI. OGOS 1962 - Filipina pernah menghantar surat kepada Tunku Abdul
Rahman berhubung tuntutannya ke atas Sabah. Tetapi Tunku
menegaskan bahawa perkara tersebut adalah pertelingkahan di
antara Filipina dengan Kerajaan British dan beliau tidak boleh
campur tangan selagi Sabah tidak berada di bawah Persekutuan
Malaysia
VII. 28 JANUARI 1963 - satu perundingan telah diadakan di London di antara
Naib Presiden Filipina, Emmanuel Pelaez dengan Setiausaha Luar British,
Lord Home. Bagaimanapun, rundingan tersebut menemui kegagalan
disebabkan pihak British yang tidak mahu mengakui kedaulatan
Filipina ke atas Sabah.
VIII. Filipina Gagal membuat tuntutan - Filipina telah mengambil langkah
lain dengan membuat propaganda dan menuduh bahawa rancangan
Malaysia merupakan rancangan British untuk menyatukan Sabah dalam
Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai cara penjajahan
baharu.
IX. 16 OKTOBER 1963 - Perbuatan ini telah menaikkan kemarahan
pemimpin-pemimpin Parti Perikatan di Sabah dan telah mengambil
tindakan menghantar surat kepada Presiden Macapagal bagi menafikan
perkara tersebut.
X. 16 OGOS 1963 PBB Hantar wakil untuk tinjau pandangan masyarakat
Sabah dan Sarawak.
XI. 14 SEPTEMBER 1963 Setiausaha agung PBB mengumukan laporan
yang memperakui bahawa majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
menyertai Malaysia
XII. 16 SEPTEMBER 1969 Hubungan diplomatik antara Malaysia dan
Filipina disambung Semula walaupun terdapat konflik yang agak berat
ketika itu.

3.0 CABARAN PENYATUAN SARAWAK DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA


PADA TAHUN 1961-1963.

3.1 CABARAN DALAMAN

3.1.1 PENENTANGAN PARTI POLITIK DI SARAWAK

1. Parti Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United Peoples


Party (SUPP)

Dipimpin oleh Ong Kee Hui.

Dibentuk pada bulan Jun 1959.

Sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri


daripada kaum Cina.

4
Objektif SUPP ialah untuk mengukuhkan hukum negara iaitu adil dan
mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira
budaya dan kepercayaan.

Matlamat parti ini adalah untuk Mewujudkan perpaduan kesetiaan rakyat


Sarawak dan menyatu padukan kaum di Sarawak.

Sebab penentangan bimbang Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan


Tanah Melayu.

2. Parti Negara Sarawak (PANAS)

Ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato Bandar Abang
Haji Mustapha.

Kebanyakkan anggotanya terdiri daripada orang Melayu

Matlamat penubuhan adalah untuk Mewujudkan keharmonian kaum di


Sarawak serta Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah,
disamping itu juga untuk, mempertingkatkan kedudukan politik, ekonomi
dan sosial bumiputera di Sarawak.

Sebab penentangan, khuatir mengenai isu kemajuan ekonomi dan sosial di


Sawarak.

3. Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP)

Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan

pada bulan April 1961

Ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.

Matlamat Penubuhan parti adalah untuk Perjuangkan hak dan kepentingan


orang Iban Sarawak serta mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.

Sebab penentangan, Bimbang sumber ekonomi Sarawak akan dikuasai


oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kuasa pusat).

4. Parti Penubuhan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)

Ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman


Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.

Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada
orang Melayu dan Melanau serta sebilangan kecilnya terdiri daripada
orang Iban dan orang Bidayuh.

Matlamat adalah untuk menuntut hak istimewa penduduk bumiputera


selain itu adalah untuk, pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak
serta mewujudkan keharmonian rakyat dan selamatkan rakyat dari

5
ancaman komunis. Menuntut bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan.

Sebab penentangan parti ini sama dengan parti PANAS, iaitu bimbang
tentang kemajuan ekonomi dan sosial.

5. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

Pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan


Ogos 1962.

Matlamat perjuangan parti ini ditubuhkan untuk memelihara kepentingan


kaum Dayak dalam pelbagai aspek dan memastikan hak mereka
terpelihara.

6. Sarawak Chinise Assocation (SCA)

Ditubuhkan pada bulan Julai 1962.

Dipimpin oleh Ling Beng Slew dan Ling Beng Siong.

Parti ini juga ditubuhkan kerana orang Cina memikirkan wakil mereka
dalam kerajaan apabila perjuangan SUPP yang anti-Malaysia, berfahaman
sosialis dan seterusnya menjadi pembangkang.

Matlamat penubuhan parti ini adalah untuk berusaha ke arah perpaduan


kaum cina.

seperti yang telah berlaku di Sabah, parti-parti politik di Sarawak ini juga
kebanyakannya

dikuasai oleh satu-satu kaum.

Oleh itu. Parti Perikatan Sarawak dibentuk, merupakan

gabungan parti-parti politik orang Cina, Iban dan Melayu. lima buah parti
iaitu

PANAS,SNAP,BERJASA,SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti


Perikatan

Sarawak. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong dan berusaha
menyekat

pengaruh SUPP.

3.2 CABARAN LUARAN


1. Ancaman pengaruh komunis di Sarawak
Pihak komunis Menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina di Seberang
Laut pada tahun 1947. Namun, diharamkan setahun kemudian
apabila darurat diisytiharkan.

6
Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan
iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah
menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan
petani.
Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan
untuk menentang Inggeris.
Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem
pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina. Pengaruh
komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi membanteras
komunis dalam SUPP tetapi gagal.

2. Konfrontasi Indonesia-malaysia

Sebuah perang mengenai masa depan Malaya, Brunei, Sabah dan


Sarawak yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962
hingga 1966.

Perang ini bermula, apabila cadangan pembentukan Malaysia di utarakan.

Keinginan tersebut ditentang oleh Presiden Sukarno yang menganggap


pembentukan Malaysia adalah hanya sekadar menjadi Boneka inggris.

Sukarno telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada awal 1963.


Hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk
mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia.

Sukarno menjadi menjadi semakin tersinggung apabila Tunku


mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum PBB itu mengumumkan
hasil siasatannya.

Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula
bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini,
penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai
Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada
sempadan Indonesia. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh
Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya dan Askar Gurkha.

Para gerila Indonesia terus menyerang Sabah dan Sarawak. Sehingga


pada akhirnya menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk
pemerintahan setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konfik
dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi
dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.

4.1 KESIMPULAN
1. Kesimpulannya, tindakan Tunku Abdul Rahman menyatukan Sabah dan
Sarawak adalah satu tindakan yang sangat berisiko, hal ini kerana pada
mulanya ia mendapat tentangan yang hebat daripada setiap Negeri
yang ingin disatukan.

7
2. Di antara faktor utama yang mendorong Sabah dan Sarawak menyertai
Malaysia ialah dari segi pentadbiran, keselamatan ekonomi dan sosial.

3. Ancaman komunis di Sarawak pula semakin serius kerana terdapat


kegiatan pengganas parti komunis Kalimantan Utara. Oleh itu melalui
gabungan politik dan ekonomi antara rakyat Sabah dan Sarawak akan
dapat mencapai kemerdekaan melalui Malaysia dan seterusnya masa
depan mereka akan lebih terjamin.

4. Adalah difikirkan juga dengan penubuhan Malaysia, Sabah dan


Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera.
Sekiranya Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan itu sendiri
ia mungkin tidak akan tercapai biarpun dalaM tempoh 5 tahun. Jadi
boleh dianggap bahawa rancangan Malaysia itu merupakan jalan pintas
bagi Sabah dan Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Karim. 1962. Penyata Suruhajaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azharuddin Mohamed Dali. 2012. Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah


dan Sarawak ke Dalam Malaysia. Kota Kinabalu: Jabatan Sejarah Universiti
Malaysia Sabah.

Berita Harian. 14 0ktober 1961. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Program Perayaan Hari Malaysia sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-
51. 1996. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia, 3-21.

H. Willard. 1964. The Formation of Malaysia: Factors in Politics. New York: New
American

Universities Field Staff Inc.

8
Sabihah Osman. 2008. Pembangunan Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, Hlm 1-27.

Shameer shah. 1962. Perlembagaan Persekutuan (Pindaan hingga 10 Mei 2010),


Kuala

Lumpur: Penerbitan Akta (M) Sdn Bhd.

Tan Tai Yong. 2008. Creating Greater Malaysia: Decolonization and the Politics of
Merger. Pasir Panjang: Institute Of Southeast Asian Studies, Singapore.