Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA KEUSAHAWANAN

TAJUK : IDEA PERNIAGAAN

NAMA / NO FATIN NADZIRAH BINTI MOHD


PENDAFTARAN ZAINAL KIPLI
( A07STK16F803 )

AMY FAZLINA BINTI GHAZALI


( A07STK16F807 )

NUR EZZATY BINTI SAIDIN


( A07SMN16F602 )

MOHD SHAKIR ZUFAYRI BIN MOHD


ZAILI
( A07SMN16F603 )
MUHAMMAD NAIM BIN SHALIM
(A07SMN16F604)
NAMA NORUL BAIZURA BINTI ZAKARIA @
PENSYARAH ALIAS

Pengenalan
Bismillahhirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kami telah diberi satu tugasan berkumpulan oleh pensyarah kami


yang bertajuk mencari idea perniagaan berdasarkan kehendak
atau keperluan pengguna di persekitaran kami. Dalam tugasan ini
kami harus mencari idea perniagaan dan membuat soal selidik
kepada orang ramai yang boleh diniagakan dikawasan Kolej
Komuniti Taiping. Tugasan ini perlu disiapkan dan dihantar pada
7/4/2017 pada hari Jumaat kepada pensyarah keusahawanan iaitu
Puan Norul Baizura Binti Zakaria @ Alias.

Pada era globalisasi ini, produk kosmetik ataupun produk


kecantikan giat dipasarkan di pasaran dan digilai oleh masyarakat
tidak mengira usia dan jantina. Tambahan pula masyarakat
sekarang lebih mengambil peduli terhadap penampilan diri. Oleh
kerana populariti Sabun semakin digilai ramai kami ingin
mengambil inisiatif ini supaya orang ramai akan mula sedar
bahawa kecantikan bukan sahaja untuk kaum wanita tapi untuk
kaum lelaki juga. Maka kami ingin memperluaskan lagi
perniagaan kami bukan dikawasan kolej sahaja tapi disekitar
kawasan lain juga.

Kami telah memilih untuk membuat perniagaan Sabun Skrub


Kopi. Sabun Skrub Kopi ini diperbuat daripada biji kopi Arabica
dan campuran vitamin A & C , 100% beraroma kopi dan bebas
dari bahan kimia. Selain mencerahkan dalam sekali pakai, skrub
kopi memiliki manfaat lain seperti membersihkan sel kulit mati ,
mencerahkan , menghaluskan kulit , membantu mengurangkan
selulit , membuang kulit - kulit kasar dan membantu proses detox
iaitu pengeluaran racun dari bahagian dalam kulit ke permukaan.

Cara penggunaan Sabun Skrub Kopi ini ialah digunakan diseluruh


badan mahupun dimuka , digunakan 2 atau 3 kali dalam
seminggu , dilumurkan ke badan , usap dengan lembut kemudian
bilas hingga bersih dan jangan campurkan skrub kopi dengan
apa-apa pun sekalipun dengan air , penambah rasa atau aroma.

SOAL SELIDIK SABUN SCRUB


KOPI
BAHAGIAN A

Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan


yang berkaitan dengan diri anda. Bagi soalan terbuka,tulis
jawapan anda dengan tepat dan jelas diruangan yang telah
disediakan.

1) Jantina?

( ) Lelaki ( ) Perempuan

2) Bangsa?

( ) Melayu ( ) Cina ( )India

Lain-lain sila nyatakan:______________

3) Umur?

________Tahun.

4) Jumlah pendapatan bulanan.


( ) RM500-RM1000 ( ) RM1000-RM2500

( ) RM2500-RM3500 ( ) Lebih dari RM3500

BAHAGIAN B

ARAHAN: Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan bagi


kenyataan yang berkaitan.

1) Adakah anda mengetahui tentang produk sabun sebelum ini?

( ) Ya ( ) Tidak

2) Adakah anda menyukai produk sabun?

( ) Ya ( ) Tidak

3) Berapa kalikah anda membersihkan muka pada setiap hari?

( ) 1Kali ( ) 2Kali ( ) 3Kali

4) Adakah anda bersetuju jika produk sabun ini diinovasikan


menjadi produk kecantikan untuk badan dan muka?

( ) Bersetuju ( ) Tidak bersetuju

5) Adakah anda akan menggunakan produk sabun sebagai produk


utama anda untuk muka dan anggota badan anda?

( ) Ya ( ) Tidak
6) Adakah anda membeli produk sabun ini jika ia berada
dipasaran?

( ) Ya ( ) Tidak

ANALISIS
KEPERLUAN
PASARAN
ANALISA SOAL SELIDIK

Chart Title

sabun beras
19%
30% sabun bee venom
sabun skrub kopi
11% sabun cherry blossom

40%

Penggunaan sabun skrub kopi adalah permintaan yang paling


minima kerana ramai yang menyukai sabun skrub kopi kerana
merupakan sabun yang bahan utamanya berupa kopi dan
mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya yang tersendiri.

Analisis yang dibuat adalah:

19% yang menyukai sabun beras.


11% yang menyukai sabun bee venom.
40% yang menyukai sabun skrub kopi.
30% yang menyukai cherry blossom.

Kesimpulannya ,sabun skrub kopi telah menjadi salah satu produk


yang diminati oleh orang ramai dan membuktikan ia telah
mendapat sambutan yang memberangsangkan di pasaran.Ia
telah menjadi permintaan orang ramai kerana kualitinya yang
bagus dan memberi manfaat pada orang ramai.Paling maksima
40% yang menyukai dan menggunakan sabun scrub kopi.
Manakala, yang paling minima 11% yang menyukai produk sabun
Bee venom.

Akan tetapi ada juga yang menyukai produk sabun cherry


blossom sama seperti produk sabun skrup kopi.Tetapi kurang
sedikit peratusannya yang dikaji oleh kami iaitu 10% sahaja. Ini
bermakna sabun skrub kopi telah menjadi salah satu permintaan
orang ramai dan lebih banyak yang ingin menggunakan sabun
scrub kopi sebagai produk utama untuk kecantikan mereka.Ini
bermakna sabun scrub kopi berpotensi untuk menjadi produk
yang terbaik untuk semua dan kami berharap produk ini semakin
maju dan berjaya.
RUMUSAN
Kesimpulannya, selepas kami membuat soal selidik kepada
orang ramai kami mendapati ramai yang berminat untuk
menggunakan sabun skrub kopi sebagai sabun mandian mereka
pada setiap hari.Oleh itu, kami memilih untuk membuat
perniagaan sabun skrub kopi untuk dijualkan dipasaran dan
dikawasan Kolej Komuniti Taiping kerana ia adalah salah satu
permintaan orang ramai. Ia juga dapat menyelesaikan masalah
orang ramai yang mempunyai masalah kulit.Kami juga berharap
perniagaan kami akan mendapat sambutan yang hangat
dipasaran suatu hari nanti.

Selain itu, kami akan memastikan kami menjadi seorang yang


lebih bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk memberi
perkhidmatan dan komitmen yang lebih baik untuk memajukan
lagi perniagaan sabun skrub kopi ini.

Akhirnya, kami berharap bahawa perniagaan kami akan lebih


berkembang dengan pesat dan diminati oleh orang ramai dan
akan pergi ke serata dunia.

Anda mungkin juga menyukai