Anda di halaman 1dari 14

XBOH2103

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY

SEMESTER : SEPTEMBER 2016

KOD KURSUS : XBOH2103

TAJUK KURSUS : OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 771021115137001


NO. KAD PENGNEALAN : 771021115137
NO. TELEFON : 019-668 2997
E-MEL : zafani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

0
XBOH2103
KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka surat

1.0 PENGENALAN 2
2.0 TEORI DOMINO 2 - 4
3.0 PERANAN PENYIASAT KEMALANGAN 4

3.1 PENJELASAN PERANAN PEGAWAI PENYIASAT 5 - 6


3.2 KENALPASTI PUNCA KEMALANGAN 6

4.0 TEORI ICE-BERG 7-8


4.1 KOS LANGSUNG 8
4.2 KOS TAK LANGSUNG 8 -9
5.0 CADANGAN TINDAKAN PEMBETULAN 9 - 10
5.1 PENGHAPUSAN (ELIMINATION) 10
5.2 PENGGANTIAN (SUBSTITUTION) 11
5.3 KAWALAN KEJURUTERAAN (ENGINEERING CONTROL) 11
5.4 KAWALAN PENTADBIRAN (ADMINISTRATIVE CONTROL) 11
5.5 KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) 11
6.0 KESIMPULAN 10 -11

6.0 APENDIKS 13

1
XBOH2103

1.0 Pengenalan
Kemalangan di tempat kerja merupakan satu malapetaka atau bencana yang sering
berlaku ketika seseorang itu berada di tempat kerja atau sedang melakukan kerja. Risiko
berlakunya kemalangan seperti terjatuh daripada tempat tinggi semasa bekerja sebagai
contoh di tapak pembinaan dan sebagainya. Perkara seperti ini terjadi sekiranya aspek
keselamatan tidak diperdulikan dan dimbil perhatian oleh individu ataupun pihak
majikan. Kemalangan bermaksud suatu perkara yang tidak dirancang berkemungkinan
mengakibatkan kecederaan seseorang atau kerosakan harta benda (King dan
Hudson,1985). Menurut kamus Webster, kemalangan ditakrifkan sebagai peristiwa atau
keadaan yang tidak dijangka dan dirancang. Ia juga bermaksud peristiwa malang yang
berpunca daripada kecuaian dan kejahilan. Selain itu, kamus Webster memberi maksud
peristiwa yang berlaku secara tidak sengaja atau akibat sebab yang tidak diketahui. Ini
bermakna sesuatu kemalangan boleh berlaku di semua peringkat di tempat kerja sama ada
kerja di pejabat ataupun di lapangan dan sebagainya.

2.0 Teori Domino


Terdapat beberapa teori yang terkenal telah mengenegahkan isu-isu keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja di antara yang terawal adalah teori domino heinrich yang
telah diperkenalkan oleh Heinrich, H.W. (1931) merupakan salah satu teori yang
mengkaji punca dan sebabnya berlakunya sesuatu kemalangan di tempat kerja sekitar
pada tahun 1931. Teori Heinrich adalah lebih terkenal dengan teori domino dan
menjelaskan kecelakaan di tempat kerja adalah suatu kejadian yang berkait antara satu
sama lain. Ini bermakna sekiranya satu faktor tumbang maka faktor-faktor yang lain akan
ikut sama tumbang satu demi satu dan ini akan boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Menurut Ridley, (1986) Teori ini menyatakan bahawa suatu kemalangan
terjadi dari satu rangkaian kejadian. Ianya telah memberikan 5 faktor penyebab kepada
kemalangan di tempat kerja di antaranya iaitu faktor keturunan dan persekitaran sosial,
kesalahan manusia, perbuatan dan keadaan tidak selamat, kemalangan dan kecederaan.

2
XBOH2103
Faktor penyebab pertama teori domino Heinrich adalah menyatakan bahawa
keturunan dan persekitaran sosial telah menyumbang kepada berlakunya kemalangan di
tempat kerja. Contoh faktor keturunan yang menyebabkan berlakunya kejadian
kemalangan adalah keadaan latar belakang seseorang seperti sikap keras kepala yang
diwarisi dari keturunan juga menyumbang kepada berlakunya kemalangan ditempat
kerja. Contoh mereka ingkar arahan keselamatan yang diberikan dengan tidak memakai
alat kelengkapan perlindungan persendirian (PPE) semasa melakukan kerja-kerja yang
berisiko dan hazad seperti mengendalikan dan mengangkut bahan kimia berbahaya. Oleh
itu, faktor persekitaran sosial yang datang daripada persekitaran luar akan mempengaruhi
sifat-sifat seperti degil, keras kepala, pemarah dan tidak sabar. Ini akan memberikan
kesan negatif terhadap kerja dan boleh menyebabkan seseorang akan hilang
pertimbangan.
Teori domino kedua adalah kesalahan manusia ianya berkaitan dengan sifat-sifat
keperibadian pada seseorang, di mana Heinrich menyatakan bahawa sifat semulajadi
atau tingkahlaku yang buruk seperti tidak sabar, tidak bertimbang rasa, tidak
berpengetahuan dan sikap gopoh ketika melakukan kerja boleh mendatangkan bahaya
kepada diri sendiri dan juga orang lain. Perkara-perkara ini akan menyumbang kepada
berlakunya kemalangan. Menurut, Heinrich, kelemahan semulajadi dalam keluarga atau
persekitaran kehidupan, boleh menyebabkan berlakunya kecacatan sekunder pada diri
mereka dengan menyumbang kepada wujudnya keadaan tidak selamat atau tindakan tidak
selamat.
Kemalangan boleh berlaku di sebabkan oleh tindakan yang tidak selamat dan
keadaan kerja yang tidak selamat di tempat kerja adalah merupakan teori Domino Ketiga.
Kemalangan ini berlaku samada pekerja atau individu tersebut menyedarinya ataupun
tidak. Di antara penyebab kepada tindakan tidak selamat di tempat kerja adalah pekerja
gagal atau tidak mengikut protocol kerja yang selamat seperti tidak membaca atau
merujuk manual operasi sesuatu mesin sebelum memulakan kerja semasa mengendalikan
mesin tersebut. Selain itu, sikap tidak suka memakai atau menggunakan kelengkapan atau
pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai ketika melakukan kerja-kerja yang
berbahaya seperti mengendalikan bahan kimia boleh mengakibatkan kemalangan dan
kecederaan serius sekiranya mereka mengabaikan keselamatan dan kesihatan diri.

3
XBOH2103
Keadaan kerja yang tidak selamat pula adalah seperti susunatur yang tidak kemas
di mana mesin pengeluaran diletakkan secara berselerak dan tidak teratur. Ini
menyukarkan pekerja untuk membawa dan mengangkat produk siap ke tempat lain
seperti gudang dan sebagainya. Selain itu, pencahayaan juga penting bagi tempat kerja,
sekiranya tempat bekerja gelap dan malap ianya juga boleh mengundang hazad kepada
pekerja seperti rabun atau buta, terkena mesin panas dan lain-lain.
Teori domino Heinrich keempat adalah berkaitan kemalangan. Kemalangan
merupakan suatu kejadian yang tidak dijangka akan menimpa seseorang dan ianya boleh
menyebabkan kerugian dan kecelakaan kepada diri sendiri ataupun orang lain tanpa
disedari. Sebagai contoh kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kerugian
adalah memandu kenderaan secara melulu dan laju di jalan yang sempit dan berselekoh.
Perkara ini dapat dielakkan sekiranya pemandu memandu berhati hati dan perlahan.
Dengan itu, ianya dapat mengelakkan daripada kemalangan dan kecederaan pada
manusia atau haiwan dan mengelakkan kerugian pada harta benda seseorang.
Teori domino yang terakhir adalah kecederaan. Menurut, Polis Di Raja Malaysia
(2004), kecederaan dikategorikan kepada 3 jenis iaitu mati disebabkan kemalangan jalan
raya dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian. Kedua adalah cedera parah di mana
seseorang itu mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya seperti hilang tenaga
kelelakian, hilang selama-lamanya satu mata dan lain-lain lagi. Cedera ringan pula adalah
selain daripada mati dan cedera parah akibat kemalangan jalan raya.

3.0 Peranan Penyiasat Kemalangan


Penyiasatan kemalangan merupakan satu proses mengumpul maklumat dan fakta
bagi mengenalpasti punca-punca dan sebab-sebab yang mengakibatkan berlakunya
sesuatu kemalangan sama ada di tempat kerja atau di atas jalan raya. Proses ini tidak
terhad kepada proses penyiasatan sahaja, ia juga merangkumi cara-cara memberitahu,
melaporkan hasil siasatan dan juga melibatkan proses mengambil tindakan susulan
terhadap hasil cadangan laporan siasatan.
Oleh itu, terdapat beberapa tugas atau peranan pegawai penyiasat kemalangan
yang perlu dilakukan dalam siasatan kes kemalangan. Di antara peranannya adalah
bersifat objektif dan tidak memihak, mengumpul data dan maklumat, mengasingkan

4
XBOH2103
faktor penyebab, mencari tindakan pembetulan dan pasukan pelaksana dan terakhir
melaksanakan tindakan pembetulan dengan tempoh masa yang ditetapkan.

3.1 Penjelasan Peranan Pegawai Penyiasat


Peranan pegawai penyiasat kemalangan pertama adalah melaksanakan objektif
dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini bermakna sebagai pegawai penyiasat
mereka perlu menetapkan objektif bagi memastikan siasatan yang dijalankan tidak
dipengaruhi oleh emosi, bersikap prejudis, menduga dan membentangkan laporan dengan
jelas dan tepat. Di samping itu, penyiasat juga tidak boleh bersikap memihak kepada
mana-mana individu atau organisasi dalam siasatan dan penyediaan laporan siasatan yang
disediakan. Ini bagi memastikan kemalangan tidak berulang dan menganiaya mana-mana
pihak.
Kerja-kerja mengumpul fakta dan maklumat kemalangan merupakan salah satu
peranan penyiasat kemalangan. Mereka bertanggungjawab untuk mengumpul fakta
dengan cara menemuduga saksi yang melihat, mangsa sekira hidup dan orang yang
berada di sekitar tempat kejadian atau rakan sekerja. Selain menemuduga, penyiasat juga
perlu mengumpul bukti dengan mengambil gambar tempat kejadian, mengenalpasti siapa
yang berada bersama dan berapa ramai yang terlibat, di mana ianya berlaku dan peralatan
yang terlibat. Di samping itu, kawasan kemalangan juga perlu di kordon bagi menghalang
orang ramai memasuki kawasan kemalangan dan bagi mengelakan bahan bukti
terganggu. Oleh itu, Segala maklumat yang diterima akan dikumpul untuk dibuat analisa
bagi mengenalpasti punca terjadinya kemalangan tersebut dan bagaimana untuk
mencegah daripada berulang kembali.
Peranan yang lain bagi pegawai penyiasat kemalangan adalah mengasingkan
faktor-faktor penyebab kemalangan. Ini bermakna, daripada fakta-fakta dan maklumat
yang telah dikumpul setelah siasatan yang telah dijalankan oleh pegawai penyiasat
mereka hendaklah mengasingkan faktor-faktor penyebab kemalangan dengan maklumat
yang lain hasil siasatan. Tujuannya adalah bagi memudahkan pasukan penyiasat membuat
analisis bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kemalangan
tersebut. Apabila ianya telah dikenalpasti, laporan tersebut dapat di serahkan kepada

5
XBOH2103
pihak pengurusan syarikat dan juga kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi lain yang terlibat.
Setelah faktor penyebab kemalangan dapat dikenalpasti, peranan seterusnya
adalah mereka perlu mencari tindakan pembetulan dan melantik pasukan
bertanggungjawab bagi memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksana seperti
dirancang. Ini bermakna sekiranya kejadian kemalangan berlaku samada di jalan raya
atau di tempat kerja, satu tindakan pembetulan perlu diambil dengan segera. Ianya sangat
penting bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang kepada orang lain. Oleh itu,
satu pasukan perlu dilantik untuk bertanggungjawab bagi memastikan pelan tindakan
pembetulan dapat dilaksana dan dipantau dengan rapi oleh orang yang
dipertanggungjawabkan.
Peranan yang terakhir pasukan penyiasat kemalangan adalah memastikan
pelaksanaan tindakan pembetulan dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini
bermakna setiap tindakan pembetulan yang dirancang dan dicadangan kepada pihak
bertanggungjawab dan pengurusan dilaksanakan dengan segera. Ianya penting untuk
mengelakkan kejadian yang sama berulang. Kerja-kerja pembetulan akan di pantau oleh
pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) dan laporan tindakan pembetulan akan
dimaklumkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

3.2 Kenalpasti Dan Menjelaskan Punca Kemalangan


Setelah penyiasatan dilakukan ke atas kemalangan lori yang membawa bahan
kimia berbahaya milik Vanhaul Depot. Di dapati ianya berlaku di jalan satu lorong yang
sempit, berselekoh dan berdekatan jambatan dengan had muatan 10 tan metrik. Pemandu
juga hanyalah dibenarkan membawa lori di dalam yard atau dalam kawasan depot sahaja
dan tidak dibenarkan keluar dari depot. Semasa kejadian, pemandu telah melalui jalan
pintas dan tidak melalui jalan yang dibenarkan iaitu 2 lorong. Dalam masa yang sama
pemandu juga telah melanggar waktu operasi yang dibenarkan iaitu dari jam 6.30 padi
hingga 4.00 petang. Kemalangan berlaku jam 4.00 petang. Punca berlaku kemalangan
adalah sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori tangki yang menyuruh sahabat
membawa lori tersebut sedangkan dia tahu menjadi kesalahan untuk dirinya. Punca lain
adalah tiada pengawasan daripada penyelia dan pengurusan.

6
XBOH2103

4.0 Lakaran Teori ice-berg

Kos Langsung (Direct costs)


i. Kos perubatan dan
rawatan
ii. Bayaran pampasan
RM 1000 a) Urusan
kematian
b) Kecederaan

Kos Tak Langsung (In- direct costs)


Kerosakan kenderaan
Kerosakan kepada
produk/bahan mentah
Ganguan/terhentinya
operasi pengangkutan
Masa untuk siasatan
Tanggung gaji pekerja
RM 100,000 Bayaran latihan
Bayaran kerja lebih
masa
Bayaran tambahan
penyelia
Masa pentadbiran
Nama syarikat terjejas

Rajah 1.0 : Rajah Ice- Berg

Kerugian akibat kemalangan di tempat kerja atau di jalan raya semestinya akan
mengundang kecelakaan, kerugian dan kerosakan harta benda kepada syarikat ataupun
individu yang terlibat. Kesan utama akibat daripada berlakunya kemalangan ini adalah
prestasi syarikat terjejas dan keuntungan menurun disebabkan keyakinan pelangan
terhadap reputasi syarikat. Akibat daripada kemalangan ini juga akan melibatkan kos-kos
langsung dan kos-kos tidak langsung terjadi. Menurut, Heinrich (1959) menggambarkan
perkaitan antara kos langsung dan tidak langsung implikasi dari kegagalan aspek

7
XBOH2103
keselamatan dan kesihatan dalam gambaran seperti ketulan ais yang besar. Secara
semulajadinya sifat ketulan ais yang terapung di lautan artik atau antartik adalah hanya
memaparkan sebahagian kecil isipadunya di atas permukaan laut manakala selebihnya
tersembunyi di bawah permukaan laut. Gambar ilustrasi yang mewakili perkaitan ini
dipaparkan seperti Rajah 1.0. Rajah ice-berg.

4.1 Kos Langsung


Kos langsung adalah satu kerugian di mana ianya dapat dinilai terus atau langsung
dari mula berlakunya kes kemalangan sehingga selesai kes tersebut. Di antara kos-kos
langsung yang telibat daripada kemalangan tersebut adalah penderitaan terhadap pekerja
yang terlibat dengan kemalangan, kos rawatan dan perubatan (pesakit luar), kos
pengangkutan dan hospital (swasta), bayaran pampasan insuran / SOSCO, bayaran gaji
semasa tidak bekerja, kos baikpulih jentera/kenderaan, dan kos pembersihan tumpahan
bahan kimia.
Mengikut Agensi Keselamatan dan Kesihatan Kesatuan Eropah (EASH, 2006),
kos kemalangan secara langsung adalah kos langsung yang terhasil dari sesuatu
kemalangan dan termasuk kos merawat jika berlaku kecederaan, dan kos bayaran
pampasan kepada pekerja yang tercedera atau mengalami keilatan. Kos sebegini
kebiasaannya diinsurankan dan ditanggung oleh pihak insuran dan mampu diuruskan oleh
pihak majikan. HSE (2005) menafsirkan kos kesihatan secara langsung adalah kos yang
ditanggung pihak majikan akibat pekerja yang jatuh sakit akibat persekitaran tempat
kerja. Kos-kos ini terdiri daripada ketidakhadiran pekerja akibat sakit, pembayaran gaji
bekerja lebih masa, kehilangan dan kerugian produktiviti dan pengeluaran, penangguhan
kerja pembinaan yang melebihi had masa yang ditetapkan, kos merekrut pekerja baru dan
kos menahan pekerja sedia ada untuk kekal bekerja di Syarikat tersebut.

4.2 Kos Tidak langsung yang Ditanggung Syarikat atau Majikan


Kos tidak langsung (Inderect costs) merupakan satu kerugian berbentuk
perbelanjaan yang dikeluarkan tidak nampak pada masa atau selepas berlakunya
kemalangan. Di antara kos tidak langsung yang terlibat adalah hilangnya masa bekerja
bagi mangsa terlibat, Hilang masa bekerja bagi rakan sekerja bagi membantu mangsa

8
XBOH2103
yang kemalangan, Kerja-kerja terpaksa dihentikan akibat kemalangan, Kerugian akibat
kerosakan kenderaan, Kerugian kos pembersihan bahan kimia tumpah, kos siasatan dan
audit dan kos mengambil dan melatih pekerja baru.
Kos tersembunyi implikasi dalam aspek keselamatan dan kesihatan ditafsirkan
sebagai kos yang tidak dapat dinilai dalam bentuk angka secara langsung hasil dari
sesuatu kemalangan samada melibatkan kecederaan atau tidak. Kos ini juga tidak
diinsurankan oleh pihak insuran. Maka kos ini juga disebut kos tidak diinsurankan atau
kos tidak langsung. Di Malaysia pihak insuran kepada pekerja dalam semua sektor
pekerjaan termasuk sektor pembinaan adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO). PERKESO juga tidak membayar pampasan kepada syarikat atau pekerja
yang menjadi ahlinya berkaitan kos tidak langsung
Menimbang kenyataan bahawa kos implikasi secara langsung dan tidak langsung
adalah kos -kos yang berbeza, suatu kaitan antara kedua -duanya dapat dibuat. Perkaitan
antara keduanya selalu ditafsirkan dalam bentuk nisbah. Sejak 1941 usaha ini telah
dijalankan di mana Heinrich (1959) mengatakan bahawa nisbah kos tidak langsung
terhadap kos secara langsung adalah 1 : 4. Ini bermakna kos tidak langsung berjumlah 4
kali ganda dari kos secara langsung. Nisbah lain hasil dari kajian terdahulu adalah Bird
dan Loftus (1976) 1 : 50, Sherif (1980) 1 : 10, Levitt et al.(1981) 1 : 5, Hinze dan
Applegate (1991) 1 : 2. Hasil kajian terkini dari HSE (2005) mengatakan bahawa nisbah
ini berjulat dari 2 hingga 36 dan meletakkan puratanya sebagai 1 : 10. Hasil kajian dari
Rahim (2001) juga menyimpulkan nisbahnya sebagai 1 : 10. Maka dapat dilihat bahawa
kos tidak langsung ini ternyata melebihi kos secara langsung yang ditanggung oleh pihak
insuran.

5.0 Tindakan Pembetulan


Kitaran terakhir bagi melengkapkan elemen safety health enviroment (SHE)
adalah proses mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan atau tindakan
pembetulan. Tindakan ini diambil setelah satu penilaian, pemantauan dan audit yang
dijalankan terhadap punca kemalangan. Ianya dibuat agar segala kelemahan dan
kesilapan yang berlaku dikenalpasti dan diperbetulkan supaya tahap keselamatan dan
kesihatan pekerja serta persekitaran berada pada tahap optimum. Langkah-langkah

9
XBOH2103
tindakan pembetulan ini dilakukan berdasarkan keputusan hasil penilaian, pemantauan
dan audit prestasi bagi sistem pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Di
antara langkah-langkah pembetulan yang diambil bagi mengelak berlakunya kemalangan
ditempat kerja adalah seperti berikut iaitu penghapusan (Elimination), pengantian
(Substitution), pengasingan (Isolation), pengurangan (Minimisation), Kawalan
kejuruteraan (Engineering Control), Kawalan Pentadbiran (Administrative Control),
Kelengkapan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment ).

5.1 Penghapusan (Elimination)


Tindakan pembetulan bagi mencegah dan mengelakkan kejadian yang sama
berulangan kepada pekerja atau majikan adalah dengan cara melakukan penghapusan
(elimination) terhadap hazad. penghapusan merupakan kaedah untuk mengeluarkan atau
membuang hazad daripada persekitaran tempat kerja dengan cara menukar peralatan,
proses kerja, bahan kerja atau menjauhkan hazad yang berbahaya dari kerja. Ia juga satu
tindakan yang paling berkesan dan first priority bagi mencegah berlaku kemalangan di
tempat kerja. Di antara contoh penghapusan yang sesuai bagi kes kemalangan lori adalah
dengan membuang pemandu lori iaitu Mr. Jimmy kerana meninggalkan tugas tanpa
memaklumkan kepada penyelia dan membenarkan orang yang tidak layak memandu dan
membawa lori tersebut. Di samping itu, pemandu dalam yard iaitu Mr. John Magee juga
perlu dibuang kerja kerana bersubahat dan membawa lori bahan kimia tanpa izin dan
menggunakan laluan yang salah serta tidak mematuhi undang-undang jalanraya.

5.2 Penggantian (Substitution)


Selain itu, tindakan pembetulan yang kedua bagi mencegah dan mengelakkan
berlakunya kemalangan adalah dengan membuat penggantian (Substitution). Pengantian
bermaksud proses penukaran bahan mentah yang berbahaya kepada bahan mentah mesra
alam dan tidak berbahaya kepada pekerja atau majikan. Sebagai contoh pihak majikan
perlu menggantikan pemandu-pemandu dan pekerja telah menyebabkan berlaku
kemalangan tersebut dengan pemandu yang lebih bagus displinya serta selalu mematuhi
arahan yang ditetapkan oleh syarikat. Pemandu-pemandu seperti ini telah menyebabkan
syarikat mengalami kerugian akibat kemalangan tersebut.

10
XBOH2103

5.3 Kawalan kejuruteraan (Engineering Control)


Tindakan pembetulan yang seterusnya yang perlu dilakukan oleh majikan adalah
dengan mengadakan kawalan kejuruteraan. Ini bermakna sekiranya sesuatu hazad itu
tidak dapat dikawal dengan kaedah penghapusan dan pengantian, kaedah lain adalah
dengan menggunakan kaedah kejuruteraan. Contoh kawalan kejuruteraan adalah dengan
memasang papan tanda amaran di semua sudut kepada semua pemandu agar sentiasa
mematuhi arahan dan mengikut peraturan yang ditetapkan syarikat.

5.4 Kawalan Pentadbiran (Administrative Control)


Tindakan pembetulan yang terakhir adalah dengan kawalan pentadbiran. Pihak
pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja perlu menyediakan satu
prosedur kerja yang jelas dan selamat bagi mengurangkan hazad kepada pekerja. Contoh
kawalan pentadbiran adalah dengan menggunakan buku log keluar masuk kenderaan dan
pemandu setiap masa dengan merekod masa perjalanan dari stesen A ke Stesen B bagi
memastikan pemandu menggunakan laluan yang betul.

5.5 Kelengkapan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment)


Aspek keselamatan merupakan perkara penting bagi pekerja yang melakukan
kerja di tempat yang berisiko adanya hazad. oleh itu langkah pembetulan adalah dengan
menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) untuk
perlindungan tambahan kepada pemakai selepas semua kaedah kawalan di atas telah
diambil kira dan dilaksanakan tidak berjaya. Sebagai contoh, pihak majikan perlu
menyediakan pakaian perlindungan peribadi (PPE) di dalam lori mengikut keperluan
jenis apa nahan yang dibawa, tahap hazad sesuatu bahan yang dibawa dan lain-lain.
Tujuannya adalah mencegah dan mengawal pekerjea daripada hazad semasa kemalangan
terjadi.

11
XBOH2103

5.0 Kesimpulan

Kesimpulan adalah teori domino merupakan teori yang terawal bagi mengkaji
tentang kejadian kemalangan yang dilakukan oleh Herbert William Heinrich (1930an).
Menurut Heinrich, melalui teori domino ianya menjelaskan kecelakaan di tempat kerja
adalah suatu kejadian yang berkait antara satu sama lain. Ini bermakna sekiranya satu
faktor tumbang maka faktor-faktor yang lain akan ikut sama tumbang satu demi satu dan
ini akan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Apabila berlaku kemalangan di
tempat kerja pihak majikan atau pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) perlu
melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa dengan segera dan melakukan siasatan
menyeluruh bagi mengenalpasti punca kemalangan tersebut. Kemalangan yang berlaku di
tempat kerja menyebabkan adanya kos langsung dan tidak langsung kepada mangsa dan
juga majikan. Kos-kos tersebut diertikan seperti sebuah bongkah air iaitu ice-berg di
mana di atas permukaan air hanya nampak kecil (kos langsung) tetapi jika dilihat di
dasarnya terbentuk sebuah bongkah yang besar (kos tidak langsung) . Bagi mengelakkan
kerugian yang melibatkan kos yang tinggi bila berlaku kemalangan tindakan pembetulan
perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kejadian kemalangan ini berulang.
Pihak majikan dan pekerja sama-sama bertanggungjawab bagi mengelak dan mencegah
berlaku kemalangan dengan memberikan latihan atau menyediakan peralatan
pelindungan peribadi (PPE) ketika bekerja di tempat yang hazad.

(2881)

APENDIKS

12
XBOH2103
RUJUKAN / REFERENSI

Accident prevention. (2012, July). Retrieved November 8, 2016, from


osh.ummc.edu.my/osh

Dr., S. H., Et.l. (2009). Garispanduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja.


W.P.Putrajaya, Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Prof Dato Ir Dr, R., Radin Sohadi et.l. (2007). Kod amalan keselamatan, kesihatan dan
persekitaran untuk sektor pengangkutan. (1st ed., Vol. 1, ISBN 97898343649
08). Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia (MIROS).

Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia,


(2011), Garis Panduan (Pencegahan Kemalangan di tempat kerja), Cetakan ketiga
2008

M. M., Mohamad, & A. A., Azhar. (2014). Occupational Safety And Health Management
(2nd ed., Vol. 2, Ser. 2014). Seri Kembangan, Selangor: OUM.

Heinrich, H.W. (1980). Industrial Accident Prevention: A Asfety Management Approach.


New York: McGraw-Hill Inc.

K. (Ed.). (n.d.). Kecelakaan Kerja. Retrieved November 8, 2016, from


http://fauzalenviron.blogspot.my/p/kecelakaan-kerja.html

Reese, D. Charles.Occupational Health and Safety Management.2009.CRC Press. United


States of America.

13