Anda di halaman 1dari 7

JAWAPAN LAMPIRAN A

SEGMEN I : NEGARA DAN PERKHIDMATAN AWAM


1. Bilakah tarikh pembentukan Malaysia?
16 / 9 / 1963

2. Senaraikan jawatan-jawatan utama dalam struktur dan organisasi perkhidmatan


awam
a) Yang Di pertuan Agong
b) Ketua Setiausaha Negara
c) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
d) Ketua Setiausaha Kementerian

3. Jelaskan mengenai suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan awam dan bidang


kuasanya
Suruhanjaya Perkidmatan Awam Malaysia ditubuhkan pada 31 ogos 1957, Hari
Kemerdekaan Tanah Melayu dan telah dibentuk sebagaimana termasuklah dalam Perkara
144 (1)
Fungsi SPA meliputia) melantik
b) memasukkan dalam jawatan berpencen
c) menaikkan pangkat
d) mengesahkan dalam perkhidmatan
e) menukar (pertukaran perkhidmatan)
f) menjalankan kawalan tatatertib
a. Suruhanjaya Pasukan Polis
- pengambilan pegawai polis seluruh negara
b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
- pengambilan pegawai perkhidmatan pelajaran
c. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- pengambilan pegawai perkhidmatan awam dan persekutuan
d. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
-pengambilan pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan
e. Majlis Angkatan Tentera
- pengambilan angkatan tentera Malaysia

4. Apakah syarat-syarat kelayakan akademik bagi memasuki perkhidmatan awam


mengikut gred?
Gred 41-54 Ijazah
27-40 Diploma / STPM /Sijil /Politeknik
17-26 SPM
11-16 PMR / SRP
1-10 < PMR

5. Apakah komponen yang terdapat dalam skim perkhidmatan?


i) Pengurusan dan professional / Gred utama Jasa
ii) P & P / Pengurusan dan professional / Gred 41-54
iii) Sokongan I (B) Gred 27-38
iv) Sokongan I (C) Gred 17-26
v) Sokongan I (D) Gred 1-16

6. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?


Sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan

7. Apakah badan-badan yang terlibat dalam pemerintahan negara menerusi


Perlembagaan Persekutuan?
i) Badan Pemerintah
ii) Badan Kehakiman
iii) Badan Perundangan

8. Senaraikan agensi pusat dalam perkhidmatan awam


i) Perbendaharaan Malaysia
ii) Unit Perancang Ekonomi
iii) Jabatan Perkhidmatan Awam
iv) Unit Penyelarasan Perlaksanaan
v) Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia

9. Jelaskan mengenai Gagasan 1 Malaysia.


Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
berteraskan beberapa nilai penting. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

10. Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan?


Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada yang di Pertuan Agong
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera
Malaysia, Sabah dan Sarawak.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan sosial?


Keadilan Sosial. Semua rakyat Malysia akan terbela dan tiada manamana pihak
ditinggikan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada
pada tahap berbeza.

12. Jelaskan mengenai prinsip nilai-nilai murni.


Prinsip nilai murni : explain#
i. hormat-menghormati antara sesama kaum
ii. rendah diri
iii. kesederhanaan
iv. berbudi Bahasa

13. Apakah kriteria negara maju berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI)?
Kriteria negara maju (berdasarkan HDI) umur mortality baby, celik huruf dan pendapatan

14. Senaraikan 12 bidang ekonomi utama negara di bawah Program Transformasi


Ekonomi (ETP) dan huraikan program yang terlibat dalam Program Transformasi
Negara ##

12 bidang ekonomi negara yang utama


a. Minyak, gas dan tenaga
b. Minyak sawit
c. Perkhidmatan perniagaan
d. Pelancongan
e. Elektrik dan elektrikal
f. Barang runcit
g. Pendidikan
h. Perkhidmatan perniagaan
i. Kesihatan
j. Teknologi maklumat dan komunikasi
k. Pertanian
l. KL / kawasan sekitar lembah klang yang lebih baik
15. Senaraikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program
Transformasi Kerajaan
NKRA dalam program tranformasi kerajaan
i) Mengurangkan kadar jenayah
ii) Meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
iii) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
iv) Meluaskan prasarana dalam Bandar dan pedalaman
v) Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

SEGMEN II : TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI

16.Nyatakan Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan.


Januari, Februari, Mac : Januari
April, Mei, Jun : April
Julai, Ogos, September : Julai
Oktober, November, Disember : Oktober

17. Apakah syarat-syarat yang membolehkan pegawai disahkan dalam


perkhidmatan?
- Menjalani tempoh percubaan dengan jayanya tempoh percubaan asal atau yang
dilanjutkan
- Menghadir dengan jayanya kursus induksi umum dan induksi khusus
- Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan
- Syarat-syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa
- Mendapat perakuan PDP dan ketua jabatan

18. Di manakah maklumat perkhidmatan pegawai direkodkan?


Maklumat perkhidmatan pegawai direkodkan dalam buku perkhidmatan kerajaan

19. Berapakah kadar Cuti Bersalin bagi pegawai wanita?


Kadar cuti bersalin
- 300 hari sepanjang tempoh wajib
- Mase 3 bulan / bersalin

20. Nyatakan Cuti Tidak Berekod


Cuti tidak berekod (TB)
a) Cuti gantian
b) Cuti latihan pasukan sukarela
c) Cuti mengahadiri latihan / kursus tahunan pertubuhan / persatuan
d) Cuti perayaan
e) Cuti untuk peperiksaan
f) Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
g) Cuti khas perubatan
h) Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
i) Cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan
j) Cuti urusan kematian keluarga terdekat

21. Apakah tujuan pegawai memohon Cuti Berkursus?


Tujuan cuti berkursus
- Untuk pegawai mengikuti kursus (jangka sederhana / panjang / separuh masa)
- Pegawai dibenarkan meninggalkan tugas dalam tempoh ini

22. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas rasmi?


Tugas rasmi : tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri
kursus yang dibenarkan
23. Apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh pegawai yang baru pertama kali
dilantik dalam perkhidmatan awam?
Tuntutan perjalanan

24. Nyatakan tafsiran Keluarga berdasarkan Bab F Perintah Am.


Pegawai lelaki : isteri dan anak-anak
Pegawai perempuan : suami dan anak-anak
anak termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-
undang

25. Berikan contoh kesalahan rasuah.


Contoh kesalahan rasuah
- Doktor terima rasuah oleh syarikat swasta sebagai upahan bagi mencadangkan nama
syarikat unuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai buang perubatan
bagi hospital
- Salah guna kuasa
- Kemukakan tuntutan palsu

26. Apakah kesan rasuah secara umum kepada negara?


Kesan rasuah
- Berlaku ketidakadilan dalam masyarakt (golongan miskin / sederhana ditindas)
- Menjejaskan imej negara ( nama negara akan tercemar di mata dunia)
- Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan bahan tidak berkualiti)
- Melemahkan system pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
- Menghancurkan sebuah negara

27. Apakah maksud akauntabiliti dalam perkhidmatan awam?


Akauntabiliti
- Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab berpandukan
peraturan dan undang-undang sama ada berjaya atau gagal.

28. Bagaimanakah nilai amanah digambarkan melalui tingkah laku?


Nilai amanah :
- Menggunakan masa dengan sebaiknya
- Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali
daripada melakukan rasuah dan pembaziran.
- Menyiapkan kerja mebgikut tempoh yang ditetapkan.

29. Apakah kepentingan Arahan Keselamatan?


Arahan keselamatan
- Untuk menjamin kawalan keselamatan berterusan
- Rahsia kerajaan tidak jatuh ke tangan kuasa asing
- Perkara terperingkat tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan

30. Apakah antara aspek penting pengurusan keselamatan peribadi pegawai awam?
Tapisan keselamatan untuk memeriksa latar belakang pegawai awam.
Prinsip : perlu mengetahui bahawa rahsia besar tidak boleh disampaikan kepada sesiapa
selain yang betul-betul memerlukannya untuk menjalankan
tugas.
Terhad: hanya penjawat awam yang dibenarkan akses kepada dokumen berperingkat sahaja
boleh menaip, menyalin/meniru dokumen tersebut.
Pendidikan : mendidik pegawai awam menerima peraturan-peraturan keselamatan
sebagai kewajipan.
31. Adakah pegawai awam dibenarkan memegang jawatan dalam sesebuah parti
politik?
Jawatan dalam parti politik
Tidak : untuk kumpulan pengurusan dan professional
Boleh : jika telah pencen / menyokong selepas dapat kebenaran dari ketua jabatan

32. Nyatakan jenis-jenis hukuman tatatertib.


Jenis-jenis hukuman tatatertib
- Amaran
- Denda
- Lucut dalam emdaman*
- Tangguh pergerakan gaji
- Turun gaji
- Turun pangkat

33. Adakah pegawai awam boleh menerima hadiah?


Boleh terima hadiah dengan kebenaran keua jabatan

34.Berapakah bilangan hari berkursus yang diwajibkan kepada setiap pegawai


7 hari setahun untuk berkursus

35. Apakah yang dimaksudkan dengan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan)
- Kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada* skim
perkhidmatan yang lebih tinngi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam
skim pekhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan.

36. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab menimbang kenaikan pangkat pegawai


awam.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam

SEGMEN III : BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA

37. Apakah yang anda faham mengenai Tonggak Dua Belas?


Tonggak 12: Dasar, perpaduan dan pokok kepercayaan yang menjadi dasar/asas sesuatu
tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di
semua peringkat.

38. Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam Tonggak Dua Belas


1. Menghargai masa
2. Ketekunan membawa kejayaan
3. Keseronokan bekerja
4. Kemuliaan kesederhanaan
5. Ketinggian peribadi
6. Kekuatan sifat baik hati
7. Pengaruh teladan
8. Kewajipan menjalankan tugas
9. Kebijaksanaan berhemah
10.Kekuatan kesabaran
11.Nikmat mencipta
12.Peningkatan bakat

39. Apakah Amalan 8S yang boleh dipraktikkan semasa berurusan dengan


pelanggan?
Amalam 8s
1. Salam
2. Sayang
3. Segak
4. Segera
5. Sempurna
6. Sensitif
7. Senyum
8. Sopan

40. Nyatakan ciri-ciri Perkhidmatan Pelanggan yang berkualiti.


Penyampaian kepelbagaian, responsif, menepai masa dan mudah ditahani, kompeten,
Emosi mesra dan ail, hormat-menghormati, mendengar dan memahami.
Fizikal dengan kemudahan sokongan dan persekitaran yang kondusif

41. Apakah kepentingan Hari Bertemu Pelanggan?


Kepentingan hari bertemu pelanggan
- Mendapat maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan disediakan oleh kkm
- Dapatkan cadangan bagi mengatasi langkah-langkah penambahbaikan serta
meningkatkan mutu perkhidmatan
- Memberikan kemudahan khidmat nasihat serta-merta
- Mangadakan khidmat pada masyarakat dalam menjaga kesihatan
- Memperkenalkan peranan KKM

42. Apakah itu Piagam Pelanggan?


Piagam pelanggan ialah satu komitmen bertulis jabatan terhadap penyampaian keluaran
atau perkhidmatannya.
Ia merupakan satu jaminan jabatan untuk menyampaikan keluaran atau pekhidmatan
mengikut kualiti yang ditetapkan.

43. Nyatakan alat bantuan berfikir.


Alat bantuan berfikir
- Soalan dan penyoalan
- Peta minda
- Pengurusan grafik
- CORT*

44. Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi?


Kreativiti : proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga
sebagai penemuan baru di mana ia menuju kearah
yang lebih realiti.
Inovasi : kaedah cari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan
yang lebih baik.
Juga berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah
persamaan antara permintaan dan pengeluaran.

45. Nyatakan jenis-jenis majlis rasmi dan formal


Jenis-jenis majlis rasmi dan formal
- Perhimpunan pagi
- Mingguan
- Hari Anugerah Kecemerlangan
- Kejohanan Sukan Tahunan
- Pameran Kerjaya

46. Bagaimanakah cara atau gaya duduk yang sopan?


Cara atau gaya duduk yang sopan
- Masuk sebelah kanan (kalau boleh)
- Duduk tegak dan sandar belakang dan kempis perut
- Rapatkan kedua-dua kaki dan lutut, sorokkan tangan di atas riba

47. Apakah pakaian yang ditegah ke pejabat?


Pakaian ditegah ke pejabat
- Kelihatan kasual
- Kasut tidak terjaga
- Warna garang
- Berselipar
- Mengancam
- Kaca mata hitam berkilat
- Solekan tebal
- Stokin belang

48. Apakah yang dimaksudkan dengan tatahias?


Tatahias : aspek pengurusan diri yang dititikberatkan. Harus kemas, sempurna, dan sesuai
berpakaian semasa rasmi atau tidak rasmi.

49. Apakah yang dimaksudkan dengan keterampilan sosial?


Keterampilan sosial : keterampilan individu untuk berkomunikasi secara efektif
dengan orang lain baik secara verbal ataupun non verbal sesuai dengan situasi dan
keadaan yang ada pada saat itu, di mana keterampilan ini merupakan perilaku yang
dipelajari.

50. Apakah yang dimaksudkan dengan etiket?


Etiket : peraturan-peraturan tingkah laku dan sopan santun sama ada dalam
kehidupan harian, dalam hiburan satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal
atau tidak formal.

Anda mungkin juga menyukai