Profession Per Guru An PPP M 2016

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 55

GGGA1133 PROFESIONALISME KEGURUAN

DAN PEMBANGUNAN INSAN

LAPORAN TUGASAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PPPM 2013-2025
(BAB 1, 2, 3 DAN 4)

DISEDIAKAN OLEH

NURHAYATI BINTI NORDIN (P76331)

NURHIDAYAH BINTI AB KARIM (P84460)

PENSYARAH
Prof. Dr. Zamri Mahamod

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1 BAB 1 : KONTEKS DAN PENDEKATAN 1-10

2 BAB 2 : VISI DAN ASPIRASI 11-18

3 BAB 3 : PRESTASI SEMASA 19-37

4 BAB 4 : PEMBELAJARAN MURID 38-46

5 KESIMPULAN 47-50

6 RUJUKAN 51-52
BAB 1 : KONTEKS DAN PENDEKATAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah merupakan suatu kepentingan dalam pembangunan sesebuah Negara.

Oleh itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah menjadi

penentu utama kejayaan masa hadapan sesebuah negara. Kejayaan sesebuah negara amat

bergantung pada pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi rakyatnya. Pendidikan juga

menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai

latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik berinteraksi serta belajar memahami dan

menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan

dan membentuk satu identiti nasional. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti

berupaya melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang dikongsi bersama-

sama ke arah pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan.

Sistem pendidikan sesebuah negara adalah kompleks dan pelbagai, justeru, usaha

mentransformasi sistem pendidikan negara memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan masa

yang panjang untuk mendapat hasilnya. Oleh yang demikian, Kerajaan dan Kementerian telah

memulakan tindakan berani, bersungguhsungguh, dan drastik dalam melaksanakan transformasi

yang amat penting dengan menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini melalui

kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas oleh pihak awam. Berdasarkan

kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal

ditempuhi, Pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia

sehingga 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan

bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.

1
1.2 Latar belakang penyediaan

Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia telah menjalani tempoh persediaan yang

panjang. Sebelum tahun 1957 (sebelum merdeka), Malaysia tidak lagi mempunyai satu sistem

pendidikan kebangsaan dan kerajaan pada ketika itu. Pendidikan hanya sepenuhnya bergantung

kepada sumbangan dermawan, institusi keagamaan dan komuniti. Seperti contoh Sekolah

Menengah St John, Kuala Lumpurdan Maahad Al-Ehya Assharif, Perak. Kekurangan yang

dihadapi dalam pendidikan membawa kepada hampir lebih separuh populasi tidak pernah

mengikuti sebarang pendidikan formal. Masalah akses terhadap pendidikan dalam Malaysia

ketika itu menjadi cabaran utama untuk diselesaikan.

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, Penyata Razak 1956 telah disediakan dengan

jangka masa yang singkat dan telah disusuli dengan Penyata Rahman Talib 1960. Penyata ini

menetapkan satu visi bagi mencorakkan sistem pendidikan yang baharu. Cadangan kukuh yang

dikemukakan kemudiannya dijadikan asas penggubalan akta pendidikan yang pertama, iaitu

Akta Pelajaran 1961. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran Kebangsaan 1979 merupakan satu lagi langkah besar yang memberi penekanan

terhadap usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang bersedia menghadapi masa depan.

Laporan ini memberi gambaran secara menyeluruh tentang pendidikan yang bermatlamat

melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Ekoran Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (kini

dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan dilaksanakan. Seterusnya, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, 1988 dibentuk dan Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan dinamakan Akta

2
Pendidikan 1996. Walaupun pelbagai perubahan dasar dilakukan, namun pencapaian akses,

kualiti, dan ekuiti berdasarkan keberhasilan murid, perpaduan dalam kalangan murid, disokong

oleh sistem penyampaian yang cekap dan berkesan masih menjadi tonggak sistem pendidikan.

Berdasarkan beberapa pengukuran, Malaysia jelas berjaya mencapai pelbagai kejayaan dalam

tempoh 50 tahun yang lepas. Kadar literasi dalam kalangan populasi dewasa yang berumur 15

tahun dan ke atas pada tahun 2010 ialah 92%. Enrolmen pada peringkat rendah dan menengah

rendah hampir mencapai tahap 100%, dan bagi menengah atas kadar enrolmen ialah 80%. Lebih

kurang dua pertiga daripada jumlah murid meneruskan pengajian pada peringkat lepas menengah

atau mengikuti pelbagai latihan yang disediakan pada peringkat matrikulasi, prauniversiti, asasi

dan vokasional.

Tambahan pula, Malaysia telah menunjukkan kebolehan dalam menyaingi Negara-negara

lain dengan menyertai dan TIMSS di peringkat antarabangsa. Ujian PISA adalah merupakan

akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD

(Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali

bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Ujian

ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan

membaca, Sains dan Matematik manakala TIMSS adalah singkatan kepada Trends in

International Mathematics and Science Study bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa

dalam subjek Matematik dan Sains. TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

3
Gambar rajah 1 Gambar Rajah 2

Sumber: http://sme6044mailaasriupsi.blogspot.my/2015/11/isu-3-isu-menyediakan-kesamarataan.html

Gambar rajah 1 dan 2 menunjukkan pencapaian PISA dan TIMSS terkini. Berikutan kepada

pencapaian yang ditunjukkan, kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia

perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang semakin meningkat dan

juga dapat bersaing dengan negara lain yang setanding. Dunia dan ekonomi yang bersifat global

hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif, dan inovatif. Bagi

memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara lain sentiasa menambah baik pendekatan

terhadap pendidikan, dan Malaysia juga perlu melakukan perkara yang sama dengan melalui

PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia).

4
1.3 Objektif PPPM

Pelan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke- 21 berasaskan dasar dan laporan

terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan kepada cara membangun

dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi

tujuan itu, Pelan ini dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan

penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang

pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid, serta memaksimumkan

keberkesanan sistem;

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun

yang seterusnya sehingga 2025; dan 3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh

untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian, yang membolehkan

sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong

transformasi perkhidmatan awam.

1.4 Pendekatan Membangunkan PPPM

Pelan ini dihasilkan dengan mengira pelbagai pandangan pakar dan agensi antarabangsa untuk

menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk agensi luar seperti Bank

Dunia, UNESCO, dan OECD. Pelan ini merupakan hasil daripada analisis yang mendalam, temu

bual, kumpulan fokus, kaji selidik dan penyelididkan yang dijalankan dengan bantuan pakar.

(Gambar rajah 3).

5
Rajah 3

Pelan ini melalui beberapa fasa untuk dihasilkan, antaranya adalah:

Fasa 1 : Melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan. Fasa

ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan

kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar, dan penggerak utama pencapaian tahap

prestasi masa kini, di samping mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem

pendidikan sebagai model untuk diikuti dan dicontohi. Hampir semua dapatan daripada pelbagai

aliran kerja dinilai secara kritis oleh satu Pasukan Petugas yang terdiri daripada kumpulan

pemimpin kanan Kementerian.

6
Fasa 2 : Memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia dengan menggunakan dapatan dalam Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang

keutamaan dan memperincikan program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang

akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun iaitu antara 2013 hingga 2025. Fasa ini merangkumi

maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan

GTP2.0.

Pada April 2012, Kementerian telah melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara

untuk mendapatkan maklum balas rakyat berkaitan pendidikan. Pelaksanaan Dialog Nasional ini

menandakan langkah berani Kementerian bagi mendapatkan pelibatan generasi murid, guru, dan

ibu bapa masa kini dan masa depan. Sebuah panel yang diketuai oleh Tan Sri Dato Dr. Wan

Mohd. Zahid Mohd. Noordin telah menerajui 16 sesi dialog (diadakan di Putrajaya, Perak,

Kedah, Sabah (2 lokasi), Sarawak (2 lokasi), Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pulau

Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Johor) yang dihadiri oleh hampir 12,000 orang

awam dan 20 sesi perbincangan meja bulat dengan 325 orang peserta. Lawatan ke sekolah juga

dijalankan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada murid sekolah rendah dan

menengah. Banyak idea bernas dan keprihatinan mereka dibangkitkan semasa sesi ini telah

diambil kira dalam penyediaan Pelan ini.

Perancangan untuk fasa GTP seterusnya disesuaikan dengan Pelan ini bagi memastikan

wujud keselarasan dalam keutamaan dan tindakan. Bagi tujuan itu, inisiatif GTP2.0 yang

dilaksanakan mulai 2013 hingga 2015 akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan

Gelombang 1 Pelan ini yang meliputi seluruh tempoh 2013 hingga 2025. Inisiatif ini akan

dilaksanakan bersama-sama dengan PEMANDU. Bagi mewujudkan inisiatif ini, beberapa siri

makmal pendidikan yang menumpukan usaha kepada cadangan penyelesaian dalam bidang

7
keutamaan seperti guru, pengetua/guru besar, penambahbaikan sekolah, kurikulum dan

pentaksiran, serta infrastruktur telah diadakan selama dua bulan. Seterusnya, Kementerian

mengkaji semua cadangan daripada Dialog Nasional dan Makmal Pendidikan dengan teliti dan

menyepadukannya dalam Pelan ini berdasarkan empat kriteria. Pertama, setiap tindakan yang

diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid seperti yang diterangkan di atas.

Kedua, Kementerian menggunakan data antarabangsa bagi mengenal pasti dan memberikan

keutamaan kepada faktor yang menghasilkan impak paling besar dalam penambahbaikan

terhadap sistem pendidikan dan murid. Ketiga, cadangan perlu relevan dengan kedudukan tahap

permulaan sistem pendidikan dan keupayaan Kementerian untuk melaksanakannya. Keempat,

manfaat pelaksanaan cadangan perlu mengatasi kekangan kewangan dan operasi.

Fasa 3 : Ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia ini. Fasa ini melibatkan rundingan dan pelibatan guru, ibu bapa, murid, dan pihak

berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang Laporan Awal Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia. Maklum balas berkenaan telah dipertimbangkan dalam

penyediaan laporan akhir. Pada Disember 2012, Kementerian telah menggabungkan semua

maklum balas sebelum menyerahkan Pelan ini kepada Jemaah Menteri pada Januari 2013.

8
1.5 Gambaran keseluruhan pelan PPPM

Setelah meneliti bagaimana pelan ini disediakan dan dihasilkan, secara ringkasnya ia

dibahagikan kepada 8 bab. Tujuh bab berikut yang terkandung dalam Pelan ini akan mengkaji

dan menangani isu, serta menggariskan langkah yang boleh diambil untuk masa depan. Bab itu

ialah:

Bab 2 menggariskan aspirasi baharu untuk keseluruhan sistem pendidikan Malaysia, termasuk

aspirasi setiap murid.

Bab 3 mengandungi analisis terperinci tentang keberhasilan murid Malaysia dan menetapkan

prestasi semasa sistem pendidikan Negara.

Bab 4 mengkaji pembelajaran murid dalam sistem pendidikan Malaysia, dengan mencari

penyelesaian dalam melaksanakan perubahan yang perlu bagi mencapai aspirasi tersebut. Bidang

yang diberikan tumpuan ialah kurikulum dan pentaksiran, pengukuhan pembelajaran Matematik

dan Sains serta penguasaan kemahiran berbahasa, intervensi ke arah peningkatan prestasi

sekolah, pendidikan khas, pendidikan kumpulan peribumi dan minoriti lain, dan pendidikan

murid pintar cerdas.

Bab 5 mengkaji peranan guru dan pemimpin sekolah yang merupakan barisan hadapan sistem

pendidikan negara, dengan memberi tumpuan kepada cara meningkatkan kualiti dan sokongan

untuk guru dan pemimpin sekolah

Bab 6 meneliti cara Kementerian dapat dibangunkan supaya dasar dan inisiatif Pelan ini

dilaksanakan secara terbaik, termasuk mentransformasi pendekatan asas Kementerian terhadap

9
sumber manusia dan kewangan bagi menambah baik keupayaan penyampaian dan produktiviti

sumber

Bab 7 mengkaji struktur sistem pendidikan dan memberikan tumpuan kepada peringkat

pendidikan, mewujudkan pelbagai laluan pendidikan untuk disesuaikan dengan spektrum minat

dan kebolehan murid yang lebih luas, memperkembang pendidikan prasekolah serta

memperkukuh pelibatan ibu bapa, komuniti setempat, dan sektor swasta.

Bab 8 menggariskan keseluruhan program transformasi, termasuk menyusun inisiatif mengikut

tahun pelaksanaan antara 2013 hingga 2025 berdasarkan objektif akhir untuk menambah baik

keberhasilan murid, meningkatkan kualiti profesional guru dan pemimpin sekolah, serta

menyusun semula struktur Kementerian dan sistem pendidikan negara. Bab ini juga merangkumi

keperluan penyampaian bagi memastikan kejayaan Pelan ini.

10
BAB 2 : VISI DAN ASPIRASI

2.1 Pengenalan.

Malaysia sedang mengalami transformasi hasil pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan

dan Matematik. Transformasi ekonomi Malaysia akan bergantung pada industri yang dihasilkan

oleh pengetahuan dan inovasi. Oleh itu, Malaysia perlu melakukan transformasi sistem

pendidikan asas untuk membolehkan negara merealisasikan aspirasi dan memenuhi keperluan

modal insan pada masa hadapan. Suatu transformasi besar sistem pendidikan diperlukan untuk

menzahirkan cita-cita dan aspirasi negara. Sistem pendidikan sesebuah negara mesti didasarkan

pada aspirasi yang berkait rapat dengan konteks negara tersebut. Walaupun terdapat perspektif

yang berbeza tentang perkara untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia hebat, namun

hampir semua pihak berkepentingan setuju bahawa sistem ini perlu ditambah baik bagi

memenuhi harapan dan jangkaan rakyat.

Transformasi ini perlu berasaskan objektif yang jelas serta memenuhi keperluan Negara.

Langkah ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk mendengar suara rakyat. Malah, aspirasi

pendidikan adalah satu daripada topik paling popular yang dibincangkan semasa Dialog Nasional

yang meliputi 15% daripada semua maklum balas. Aspirasi untuk menjayakan transformasi

sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan

aspirasi setiap murid.

2.2 Aspirasi sistem pendidikan.

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan ini untuk diaplikasikan dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Antaranya adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Pelan

Pembangunan Pendidikan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan akses, ekuiti, kualiti,

11
kecekapan, dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Kelima-lima teras asas ini juga selari

dengan aspirasi yang disuarakan peserta semasa Dialog Nasional. Tindakan bagi kelima-lima

bidang adalah penting dan tiada apa-apa inisiatif dalam satu bidang tertentu seharusnya

mengganggu atau menjejaskan kemajuan dalam bidang yang lain.

Rajah 4

2.2.1 Akses kepada kejayaan dan Kualiti standard antarabangsa yang tinggi.

Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari

peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.

Dari segi kualiti, kementerian berharap kedudukan sistem pendidikan negara diletakkan dalam

kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend

Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar

12
Antarabangsa (PISA) yang menguji bacaan, Matematik dan Sains dalam tempoh 15 tahun. Selain

itu, jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan

pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020 juga diharap dapat dirapatkan

serta menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi

pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Dari

segi kecekapan, walaupun kerajaan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian

berhasrat untuk memaksimum keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. Selain

keberhasilan sistem pendidikan, setiap murid juga perlu berupaya untuk bersaing pada peringkat

global.

2.2.2 Ekuiti untuk semua murid

Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap

kanak-kanak, tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi. Sistem pendidikan

yang direncanakan bagi Malaysia ialah semua kanak-kanak warganegara, tanpa mengira siapa

ibu bapa mereka, atau tempat mereka belajar, akan dilengkapi keperluan untuk membuka segala

peluang bagi masa depan mereka. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh

jurang sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid

menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi dan antara bandar dengan luar bandar

dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah.

Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai

sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia.

13
2.2.3 Memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Rajah 5

Murid menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah semasa

mereka berusia 7 hingga 17 tahun (Rajah 5), maka sekolah merupakan tempat penting untuk

memupuk perpaduan. Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang

sosioekonomi, agama, dan etnik, murid belajar memahami, menerima, dan menghargai

kepelbagaian. Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan Malaysia.

Melalui nilai dan pengalaman ini, maka terbentuk identiti nasional yang sama dan terjalinnya

perpaduan negara.

14
2.2.4 Pelaksanaan berkecekapan tinggi

Dalam usaha Kementerian mencapai aspirasi sistem pendidikan, pelaksanaannya akan

dijalankan secara lebih bertanggungjawab dan akan menekankan penggunaan sumber awam

yang diperuntukkan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid

dengan bajet yang diperuntukkan. Kerajaan juga komited dalam mengekalkan tahap pelaburan

dalam sistem pendidikan sedia ada, iaitu lebih kurang 16% daripada bajet tahunan Persekutuan.

2.3 Aspirasi Murid.

Rajah 6

Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Sehubungan itu,

semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam

15
enam ciri di atas. (Rajah 6). Ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi

juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran memimpin;

kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai, serta semangat identiti

nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua

murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara.

2.3.1 Pengetahuan

Setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini

melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam

masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan

maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan.

2.3.2 Kemahiran berfikir

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan

pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan

mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk

melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid

perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti Pemikiran Kreatif dan

Inovatif, Pemikiran Kritis dan Penaakulan dan Keupayaan Belajar.

2.3.3 Kemahiran memimpin.

Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting,

terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Sistem pendidikan berusaha membantu

setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin,

16
serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat

unsur: anataranya adalah Keusahawanan, Berdaya tahan, Kecerdasan emosi dan Ketrampilan.

2.3.4 Kemahiran dwibahasa

Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga akhirnya

akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan

berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan terus berpeluang

untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah

kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina,

Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas untuk

meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu, semua murid akan digalakkan

untuk belajar sekurangkurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan

berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara

jiran dalam dunia global masa ini.

2.3.5 Etika dan kerohanian.

Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk

nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:

1) Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas

hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi;

2) Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang betul;

dan

17
3) Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain

dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan sumbangan

kepada masyarakat.

4) Identiti nasional.

Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi

pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

18
BAB 3 : PRESTASI SEMASA

Pengenalan

Transformasi Pendidikan yang ingin dicapai mensasarkan seoptimum mungkin impak terhadap

perkembangan institusi pendidikan dalam negara. Modal yang dikeluarkan oleh negara Malaysia

dikategorikan sebagai sangat tinggi akan tetapi negara tidak dikedudukan negara-negara yang

mempunyai prestasi pendidikan yang baik di dalam pentaksiran antarabangsa berbanding bajet

yang dikeluarkan oleh negara. Justeru PPPM 2013-2025 menjadi wawasan kejayaan sistem

pendidikan negara yang bagi mendepani cabaran era globalisasi yang turut merangkumi

keseluruhan aspek sistem itu sendiri selain meletakkan kejayaan peribadi individu itu sendiri

PPPM memfokuskan kepada beberapa perkara teras yang menjadi tonggak pembangunan

institusi pendidikan di bawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

a) Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru dipilih dari kalangan yang cemerlang akademik

Kualiti guru dipertingkatkan

Penambahan bilangan guru

b) Meningkatkan Kepimpinan Sekolah

Memberi ganjaran kepada pengetua cemerlang, pemilihan pengetua berdasarkan merit

c) Meningkatkan Kualiti sekolah

Meningkatkan kemudahan ICT, kemudahan internet dan jalur lebar

d) Mengukuhkan standard pentaksiran dan kurikulum

Pembinaan kurikulum berdasarkan standard piawaian antarabangsa

Memberi penekanan terhadap kreativiti, penyelesaian masalah dan inovasi pelajar

e) Menguasai Bahasa ketiga

19
f) Penglibatan komuniti,swasta dan ibu bapa

g) Meningkatkan kesedaran terhadap memajukan diri ke peringkat pengajian tinggi dan

alam pekerjaan

Menyediakan pelajar kemahiran insaniah seperti kepimpinan, dan komunikasi berkesan

h) Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber

Mengurus sumber dengan lebih baik bagi menjamin keberkesanan dalam pendidikan

negara.

i) Membina keupayaan dalam sistem penyampaian

Kualiti serta system urus tadbir kementerian serta kecekapan pegawai dipertingkatkan.

Bab 3 PPM 2013-2025 meletakkan Prestasi Semasa sebagai kaedah pembangunan sistem

Pendidikan yang baru iaitu melalui usaha meningkatkan Kualiti Pendidikan, Ekuiti dalam

Pendidikan, Perpaduan melalui Pendidikan dan memaksimumkan kecekapan.

Rumusan kepada BAB 3

20
3.1 KEBERHASILAN DALAM AKSES DAN KUALITI PENDIDIKAN

Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari

peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.

Dari segi kualiti, kementerian berharap kedudukan sistem pendidikan negara diletakkan dalam

kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend

Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar

Antarabangsa (PISA) yang menguji bacaan, Matematik dan Sains dalam tempoh 15 tahun. Selain

itu, jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan

pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020 juga diharap dapat dirapatkan

serta menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi

pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Dari

segi kecekapan, walaupun kerajaan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian

berhasrat untuk memaksimum keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. Selain

keberhasilan sistem pendidikan, setiap murid juga perlu berupaya untuk bersaing pada peringkat

global.

Asas kejayaan sistem persekolahan bergantung kepada apa yang murid mesti tahu,

faham, dan mampu lakukan. Sejak dahulu lagi, murid Malaysia berkebolehan mengemukakan

semula kandungan mata pelajaran yang diikuti. Walau bagaimanapun, kemahiran ini kurang

penting dalam ekonomi yang sentiasa berubah pada masa ini. Sebaliknya, murid perlu ada

keupayaan menaakul, membuat unjuran, dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam

suasana baharu yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri kepimpinan untuk bersaing di

peringkat global.

21
Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar mengaplikasi

kemahiran berfikir aras tinggi. Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa seperti

Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung

tentang kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem. Kaedah ini mentaksir pelbagai

kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam

TIMSS buat julung kalinya pada 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam

Matematik dan Sains. Statistik terbaru daripada Trends in International Mathematics and Science

Study (TIMSS) bagi tahun 2011 yang menunjukkan purata skor Matematik telah jatuh dari 474

mata pada tahun 2007 kepada 440 pada tahun 2011. Manakala skor purata mata pelajaran Sains

pula telah jatuh merudum pada skala yang lebih besar lagi iaitu dari 471 mata pada tahun 2007

kepada 426 mata pada tahun lepas. Di dalam laporan tersebut, ranking Malaysia dalam

pembelajaran Matematik juga telah jatuh pada kedudukan 26 pada tahun 2011 daripada

kedudukan 20 pada tahun 2007. Ranking dalam pembelajaran Sains juga telah merudum jatuh

daripada kedudukan di ranking 21 pada tahun 2007 kepada ranking 32 pada tahun 2011. Murid

ini dikenal pasti memiliki penguasaan konsep asas matematik dan sains yang terhad. (Rajah 1

dan 2)

Keputusan PISA (Programme for International Student Assessment) pada tahun2009

(penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia

terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini

juga meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Organisation for

Economic Co-operation and Development (OECD). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang

22
menyertai PISA (2009) gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala

44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan

skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan.

Perbandingan skor ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong

Kong dan Shanghai mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding murid

berumur 15 tahun di Malaysia. Malaysia nampaknya terperangkap di tangga sepertiga terbawah

di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian dalam penilaian antarabangsa dan tidak

mencatatkan sebarang kemajuan. Ini boleh dilihat pada keputusan PISA 2012 Malaysia yang

lebih buruk berbanding PISA 2010, (Rajah 7).

Matematik Sains Bacaan

2010 2012 2010 2012 2010 2012

Skor 404 421 422 420 414 398

Tangga 57 52 52 53 55 59
Rajah 7

(2012 PISA) Matematik Sains Bacaan

Thailand 427 444 441

Malaysia 421 420 398


Rajah 8

Lebih membimbangkan, jurang perbezaan antara Malaysia dan negara-negara yang

berpencapaian terbaik semakin lebar dalam PISA 2012. Menurut keputusan PISA pada 2012,

pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65

Dan terlihat Negara Thailand, Negara jiran lebih mendahului markahnya berbanding Negara

Malaysia. (Rajah 8)

23
3.1.1 Kajian Kementerian Pendidikan

Dalam kajian Kementerian Pendidikan dikatakan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada

keputusan terendah berbanding negara-negara lain iaitu:

1. Sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh

Dalam hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguh-sungguh menjawab soalan

PISA kerana mereka menganggap penilaian ini tidak penting. Oleh yang demikian, semasa

pelaksanaan ujian PISA dijalankan, banyak soalan yang tidak dijawab oleh murid.

2. Format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih

ringkas.

Jika dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman,

terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam adalah lebih

ringkas dan berdasarkan rajah serta jadual. Oleh sebab itu, pelajar lebih menunpukan perhatian

kepada peperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA. Selain

itu, bentuk jawapan dalam peperiksaan awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak

berbentuk penulisan seperti dalam ujian PISA.

3. Keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar

pengetahuan.

Faktor penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana kebanyakan guru lebih

mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan mereka tidak

mengambil masa untuk memahamkan murid dengan konsep. Guru juga menggunakan banyak

jalan pintas iaitu menyuruh murid supaya menghafal terutamnya melalui latihan latih tubi. Oleh

sebab itu, murid hanya menghafal tetapi tidak memahami konsep.

24
3.1.2 Rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi untuk mengatasi masalah

ini bertujuan melonjakkan sistem pendidikan negara agar berada dalam kalangan negara

sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.

a) Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sejak beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah

kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan

Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan

banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak

negara di dunia termasuk negara-negara maju seperti Australia, Britain, Hong Kong dan juga

mulai diperkenalkan di Singapura. Pada masa kini pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi

dengan adanya sistem telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama

sistem PBS ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya

bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi akademik,

tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data tentang kelebihan dan

kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem sekarang yang berorientasikan

peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran

dibuat diperingkat sekolah.

b) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) / Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM)

Penambahan elemen baharu seperti inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan

teknologi maklumat komunikasi (ICT). Setiap murid akan menerima asas literasi dan numerasi,

iaitu kemahiran asas untuk pembelajaran pada masa hadapan, serta dalam mata pelajaran Sains,

25
iaitu bidang pertumbuhan utama bagi ekonomi Malaysia KSSR (Kurikulum Standard Sekolah

Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum

Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017. Kementerian juga menambah baik sistem

penilaian kebangsaan dengan memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus

soalan KBAT akan dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

c) i-Think.

Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. i-Think perupakan kaedah

pembelajaran dengan menggunakan lapan Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di sepuluh

buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

d) Kajian Susulan.

KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian

PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik

pengajaran. Murid akan diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan standard sistem

pendidikan berprestasi tinggi dan tanda aras ini perlu disahkan oleh badan bebas untuk

meyakinkan ibu bapa. Pentaksiran tambahan yang mengambil kira dimensi kualiti lain yang

relevan dengan konteks Malaysia, boleh dimasukkan apabila dibina dan diterima di peringkat

antarabangsa.

e) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penanda aras kepada

pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.

Kementerian sudah mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum ini yang

26
kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan murid

kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab soalan pentaksiran

berkenaan. Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan

menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT).

f) Menubuhkan Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa

(TIMSS) dan PISA atau dikenali sebagai Task Force TIMSS dan PISA.

Kementerian juga akan menetapkan dan memantau sasaran pencapaian murid dalam pentaksiran

antarabangsa PISA dan TIMSS. Sebagai langkah segera, kementerian menubuhkan

Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Pisa

yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan dianggotai kesemua bahagian profesional

kementerian.Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan

kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru. Jawatankuasa itu akan mengenal

pasti dan memantau inisiatif yang perlu dijalankan untuk penambahbaikan program penilaian

murid antarabangsa.

Secara keseluruhannya, transformasi ini akan memberikan impak yang besar kepada

peningkatan kualiti pendidikan negara. Sekiranya dilaksanakan dengan cekap dan berkesan,

untuk tempoh akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan

negara seterusnya merealisasikan wawasan negara demi melahirkan insan yang berilmu

pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan

falsafah pendidikan negara. Semua pihak harus berganding bahu dalam menyokong pendidikan

di negara kita untuk menjadi sebuah negara yang maju dan setanding dengan negara luar.

27
3.2 PRESTASI SEMASA: EKUITI DALAM PENDIDIKAN

Elemen kedua terpenting dalam meningkatkan prestasi semasa pendidikan negara adalah Ekuiti

dalam Pendidikan. Elemen ini penting bagi menentukan garis keberhasilan yang merentasi

jurang pencapaian di antara gender, jenis sekolah, status sosioekonomi dan tahap persekolahan.

Laporan Bank Dunia (2011) mendapati bahawa Malaysia secara relatifnya berjaya mencapai

aspirasinya. Hasil ini diperolehi dari penelitian terhadap hubungan statistik yang signikan antara

perbelanjaan orang awam dengan status ekonomi dan sosial yang menunjukkan perbelanjaan

awam adalah progresif. Jurang atau yang turut dikatakan sebagai ketaksamarataan merupakan

cabaran besar kerana jurang-jurang yang terlibat turut merangkumi faktor geografi dan budaya

setempat dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara multi-budaya yang perlu dipersefahami

oleh segenap lapisan masyarakat di samping turut menerima penyerapan unsur budaya asing ke

dalam negara.

PPPM memastikan jurang pencapaian pendidikan dapat di kecilkan. PPPM mensasarkan

pengecilan jurang-jurang yang berikut:

Jurang Status Ekonomi dan Sosial, Jurang Bandar dan Luar Bandar, Jurang antara sekolah

Kebangsaan dan Swasta, Jurang Gender, Jurang Sekolah Kebangsaan dan Vernakular.

Tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai bentuk intervensi awal telah membuahkan hasil

dengan pengecilan jurang bagi setiap kategori yang disenaraikan. Pendemokrasian Pendidikan

berlaku apabila jurang status ekonomi dan sosial juga berjaya dirapatkan dan merit kemasukan

ke institutsi Pengajian Tinggi tetap diambil kira sebagai merit kepada para pelajar. Pihak

Jawatankuasa mengambil peranan berusaha berganding bahu untuk memastikan tempat di pusat-

pusat pengeajian berkenaan agar pelajar dapat memperembangkan potensi dirinya di peringkat

yang selanjutnya (Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang

28
Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia, KPTM, 2005) Prestasi setakat

November 2016 menurut Timbalan Meneteri Pendidikan Sin Woon Chong Sin Woon

menunjukkan peningkatan tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah luar

bandar pada kadar 83.3 peratus manakala pelajar di bandar mencatatkan tahap literasi pada kadar

89.9 peratus . Data ini menandakan bahawa usaha kerajaan mendekatkan jurang perbezaan antara

bandar dan luar bandar menunjukkan keberhasilan positif.

PPPM juga menangani isu jurang perbezaan status kemampuan ekonomi sosial (SES) dan

menghasilkan metodologi mengukur kecemerlangan (merit) yang boleh digunakan bagi

menentukan kemasukan pelajar ke IPTA. Anuar Abdullah (1990) mendapati bahawa ibu bapa

yang berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran pendidikan yang tinggi lalu mampu

menyediakan keperluan pendidikan yang mampu menjamin masa depan anak-anak. Keadaan ini

selanjutkan akan meletakkan anak-anak di tahap sosial yang berstatus tinggi juga. Keadaan ini

disebabkan oleh ransangan kognitif yang diterima menyebabkan mereka lebih maju dalam

pendidikan.

KPM telah menggariskan bahawa jurang SES turut merujuk kepada perbezaan tahap disiplin,

kesihatan, kebajikan pelajar, dan kemiskinan termasuk kemiskinan bandar sebagai kategori

Status Ekonomi dan Sosial. (Pelan Induk Pendidikan Malaysia: 2006-2010). SES merupakan

cabaran terbesar pendidikan di Malaysia dan isu utamanya adalah kesamarataan.

Ketaksamarataan ini sebenarnya terhasil dari pendapatan ibu bapa dan lokasi sekolah mereka.

Kemiskinan di dapati merupakan salah satu factor kemunduran pelajar luar bandar dalam

pendidikan (Zalizan et all, 2009) Kerajaan, dalam usaha menangani jurang SES ini turut

menyediakan pelbagai bentukbantuan dan sokongan termasuklah bantuan kewangan kepada

pelajar yang kurang mampu.

29
Kerajaan juga telah berjaya mengecilkan jurang perbezaan gender dalam kalangan pera

pelajar. Berikut adalah data terkini dimana pelajar lelaki dan perempuan hamper berada pada

jumlah kemasukan yang sama berbanding pada tahun 2004 iaitu pada tempoh 10 tahun

kebelakang.

Cadangan dan penambahbaikan

Pengecilan Jurang Kecerdasan IQ dan Kebolehan Pelajar

Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan terhadap pengecilan jurang berbentuk fizikal

seperti yang dibincangkan terdahulu daripada ini. Namun begitu dengan system pendidikan yang

sedang menuju era globalisasi ini pengecilan jurang intelektual turut harus di beri perhatian.

Dalam erti kata lainnya jurang antara pelajar normal, pelajar cerdas dan juga pelajar yang lemah.

Ini tidak bermakna pengredan mengikut kelas (streaming) yang berlaku telah memenuhi usaha

30
menangani masalah ini. Aturan gred kelas yang ditetapkan masih lagi mengikut kelayakan

akademik semata-mata dan tidak mampu mencungkil bakat serta keupayaan sesetengah pelajar

di dalam sesebuah bilik darjah. Kerajaan berusaha menghasilkan pelbagai program menulusuri

pelajar-pelajar cerdas akademik, namun begitu masih belum ada kaedah melalui kurikulum

khusus yang mampu mengenalpasti kebolehan pelajar yang bukan bersifat akademik. Begitu juga

tahap IQ seseorang pelajar yang lemah mampu dipertingkatkan dengan penerapan kemahiran dan

pelaziman aktiviti tertentu bagi mengecilkan perbezaan pencapaian pelajar di dalam sesuatu

kohort.

3.3 PRESTASI SEMASA : AKSES

Malaysia juga berjaya meningkatkan secara signifikan enrolmen kepada pendidikan rendah dan

menengah. Kadar enrolmen pendidikan rendah meningkat daripada 95.7% pada tahun 2010

kepada 97.9% pada tahun 2014 dengan jurang penyertaan antara murid perempuan dengan lelaki

semakin mengecil daripada 1% kepada 0%. Pada tahap menengah, kadar penyertaan meningkat

daripada 88.1% pada tahun 2010 kepada 90% pada tahun 2014.

Matlamat negara meningkatkan akses sejagat diperingkat Menengah dan Rendah

persekolahan hampir tercapai dengan jayanya melalui wujudnya PPPM.

Berikut adalah Secondary School Completion Rates (%) mengikut negeri pada tahun 2014

berdasarkan Malaysia Millenium Development Goals Report 2015.

31
Wilayah Persekutuan Putrajaya menunjukkan kadar tamat persekolahan yang tinggi berbanding

Sabah dan Sarawak di mana kadar rakyat pribumi berbilang kaum adalah tinggi.

3.4 Meningkatkan akses pribumi.

Perbezaan faktor geografi dan sosio budaya setempat memberikan cabaran yang besar terhadap

golongan pribumi di negara ini. Pembahagian sumber dan kemudahan negara harus di teliti agar

ianya lebih saksama. Kemampuan memnyalurkan bantuan dalam pelbagai sudut kewangan,

tenaga, idea dan sokongan berkeupayaan menarik pelajar untuk meneruskan persekolahan dan

mampu mengelakkan keciciran daripada berterusan. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan agar

tidak ada pelajar yang tercicir dari arus pembangunan negara. Sokongan dari sudut pembangunan

infrastruktur, saluran kemudahan ICT, penempatan guru-guru berkebolehan membimbing

berlandaskan budaya dan mampu berada di kawasan-kawasan kritikal luar bandar mahupun

pedalaman adalah amat penting dalam usaha menjamin pendidikan berkualiti dan dapat diakses

32
dengan baik oleh pribumi. Motivasi yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan minat

berterusan pelajar pribumi terhadap pendidikan. Peluang yang sama diberikan oleh melalui

pendekatan holistik oleh para guru yang berkebolehan mampu mewujudkan suasana

pemebelajaran yang koperatif dan interaktif dan ianya berkeupayaan membantu mengurangkan

keciciran dalam kalangan pelajar masyarakat pribumi.

Akses murid ke sekolah dan jurang pencapaian murid juga adalah berkaitan antara satu sama

lain. KPM menggariskan dalam PIPP bahawa jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk

kepada kesulitan menguasai 3M (membaca , menulis, mengira) Kegagalan mencapai standard

minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Faktor yang

menyumbang kepada perkara ini adalah sama ada terdiri daripada factor luaran mahupun factor

dalaman. Apa pun juga faktornya pelajar akan menghadapi risiko menghadapi keciciran dalam

system pendidikan.

Kajian oleh Kementerian Pelajaran (2010) dalam Program Hala Tuju Program

Transformasi Kerajaan (GTP) mengenal pasti bahawa keciciran pelajar adalah disebabkan oleh

ketidakupayaan pelajar menerima pelajaran yang diajar disekolah. Hampir 32,000 pelajar pada

tahun 2008 tercicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Kerajaan amat berharap melalui

penekanan terhadap penguasaan numerasi asas dan literasi yang bermula diperingkat awal akan

mampu mengurangkan kadar keciciran secara keseluruhannya.

Data di bawah menunjukkan penignkatan enrolmen pelajar dipelbagai peringkat pada

perbandingan tahun 2013 sehingga tahun 2015.

33
3.5 PRESTASI SEMASA: PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

Negara

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang paling utama adalah mewujudkan keharmonian

dan kemakmuran dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tidak dinafikan bahawa

34
pendidikan telah mengalami perkembangan yang besar semnejak selepas kemerdekaan pada

tahun 1957 dan penubuhannya pada tahun 1963. Pelbagai sistem bersepadu telah dibentuk

diperingkat Nasional untuk membangunkan potensi individu dan masyarakat yang mampu kekal

dalam keharmonian. Kewujudan PPPM 2013-2025 mengukuhkan lagi misi menjadikan negara

maju berteraskan keharmonian yang dicapai.

Malaysia sebuah negara yang unik menzahirkan kepelbagaian etnik yang menjadi cabaran serta

kekuatan terbesar negara. Kepelbagaian ini menjadi identity negara Malaysia. Pendidikan

merupakan wadah dan jambatan kepada perpaduan negara. Globalisasi yang komplek didalam

konteks pembangunan integrasi nasional menjadikan negara berpotensi memupuk keharmonian

secara bersepadu. Menurut data PPPM 2013-2025, hubungan etnik diluar bilik darjah adalah baik

dan kerajaan menjadikan subjek dan kurikulum sivik serta sejarah untuk membina perpaduan.

RIMUP contohnya menjadi komponen penting dalam sebagai ejen perpaduan berasaskan

sekolah. Begitu juga kewujudan sekolah wawasan yang berkongsi kemudahan dalam satu

kawasan. Stratafikasi etnik telah meningkat.Jumlah murid Cina yang mendaftar di

SJKC meningkat daripada 92% pada 2000 kepada 96% pada 2011. Enrolmen murid India di

sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) meningkat daripada 47% kepada 56% bagi tempoh yang

sama. Sebanyak 97% murid di SK kini ialah Bumiputera. Persekitaran homogeny ini memberi

peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih terbuka dan berkongsi pengalaman

budaya antara satu sama lain.

35
3.6 PRESTASI SEMASA: MEMAKSIMUMKAN KECEKAPAN

Perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan, jumlah (% daripada KDNK) di Malaysia adalah 6.29

pada 2013. Definisi perbelanjaan kerajaan am mengenai pendidikan di sini adalah (semasa,

modal, dan pemindahan) yang dinyatakan sebagai peratusan daripada KDNK. Ia termasuk

perbelanjaan yang dibiayai oleh pemindahan daripada sumber Antarabangsa kepada pihak

kerajaan. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memeastikan kelancaran

system pendidikan pada dasarnya membantu meningkatkan keberkesanan setiap program

bersepadu yang dijalankan dalam menggerakkan PPPM 2013-2025. Ekosistem yang diwujudkan

menambahbaikkan system pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbelanjaan kerajaan untuk

memastikan kecekapan antara lainnya adalah memastikan kepimpinan di sekolah diiktiraf selain

prasarana yang berkaitan dibekalkan sebaiknya kepada pihak sekolah. Kerajaan mengharapkan

kecemerlangan sekolah ditahap yang optimum dengan usaha meningkatkan pencapaian di

sekolah masing-masing. Antara usaha meningkatkan pengurusan pencapaian adalah berdasarkan

ciri-ciri berikut:

a) Aplikabiliti: tawaran baru dikeluarkan kepada Pengetua, dan Guru Besar di semua

sekolah rendah dan menengah kerajaan Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Agama

bantuan Kerajaan , Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Model Khas Sekolah Kluster,

Sekolah Berasarama Penuh, Sekolah Teknik dan Vokesional dan Sekolah Menengah

Kebangsaan

b) Pengukuran Pencapaian : Pengukuran pencapaian sekolah berdasarkan skor komposit

yang terdiri daripada 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% skor Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM). Gred Purata Sekolah berasaskan pencapaian sekolah

36
dalam peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM. Manakala SKPM merupakan

instrumen penarafan kendiri sekolah yang mengukur empat dimensi iaitu visi dan misi,

pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan pencapaian murid

c) Ketelusan dalam pencapaian sekolah: Pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenarai

mengikut kedudukan dan diumumkan melalui akhbar pada setiap tahun mulai tahun

2010.. Hebahan penyenaraian kedudukan sekolah ini, diharapkan dapat meningkatkan

kerjasama masyarakat dan kami dalam usaha meningkat kecemerlangan sekolah.

Ketelusan dalam pengukuran pencapaian juga akan mendorong pihak sekolah untuk terus

berusaha meningkatkan tahap pencapaian.

Dalam usaha memaksimumkan kecekapan Kerajaan berusaha mewujudkan jalinan kerjasama

dengan pelbagai pihak berkepentingan. Usaha-usaha koloboratif berlangsung bagi

menambahbaik tadbir urus dipelbagai peringkat enrolmen pelajar.

Keberhasilan murid menjadi subjek utama dalam menentukan pengagihan modal dan

pendapatan Negara ke arah pendidikan yang terjamin.

37
BAB 4 : PEMBELAJARAN MURID

Rumusan kepada PPPM 2013-2025 Bab 4

4.1 PEMBELAJARAN MURID: KURIKULUM

Abad ke 21 menekankan pelbagai aspek/domain yang holistik. Ianya merangkumi domain

kognitif (pengetahuan/kemahiran intelek) melebihi domain afektif (emosi/sikap) dan juga

domain psikomotor (kemahiran/jasmani). Antara Matlamat penggubalan polisi pendidikan

Negara melalui PPPM 2013-2025 adalah melahirkan modal insan yang konsisten dengan takrifan

oleh PISA, iaitu mereka yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Suatu reformasi pendidikan yang telah berubah

daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih kompleks. Taksonomi Bloom

diperkemaskan oleh Lorin Anderson pada tahun 1996, melalui penambahbaikan aras iaitu

mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Seperti yang


38
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, PPPM 2013-2025 adalah selaras dengan

konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang memberi penekanan ke atas

penambahbaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran merangkumi pedagogi, kurikulum dan

ko-kurikulum, membina keupayaan stakeholder,sokongan komuniti, pengurusan sumber, dan

juga kaedah penaksiran. Menurut Zamri Mahamod (2013), Kementerian Pelajaran Malaysia

telah melakukan pelbagai jenis anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025. Anjakan- anjakan ini dilakukan bagi menyediakan murid bersaing dalam menghadapi

cabaran globalisasi, mempersiapkan murid kearah kemahiran abad ke 21 dan meningkatkan

kualiti pendidikan kearah standard antarabangsa.

Berikut adalah rangka cadangan input Pengajaran & Pembelajaran berlandaskan penerapan

kemahiran Abad ke 21 dalam sistem pendidikan Negara.

39
4.2 PEMBELAJARAN MURID : STEM

Becker & Park (2011) Pendidikan STEM merupakan pendekatan yang meneroka pengajaran

dan pembelajaran antara mana-mana dua komponen STEM atau lebih atau juga antara satu

komponen STEM dengan disiplin ilmu lain Manakala Sanders et all (2011) menyatakan bahawa

Pendidikan STEM adalah pengintegrasian konsep reka bentuk teknologi/kejuruteraan kedalam

pengajaran dan pembelajaran sains/matematik Pembelajaran murid berdasarkan STEM yang

disarankan PPPM bercirikan seperti yang berikut Sistem Sokongan: iaitu penglkibatan komuniti

dari aspek aplikasi,lawatan, dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar : yang bertindak

sebagai peneylesai masalah, perekacipta, pencipta dan berdikari serta pemikir yang logic.

Kurikulum: merentas interdisiplin dalam keseluruhan proses. Pengajaran dan Pembelajaran :

Para pelajar akanbekerjasama secara koloboratif dan terlibat secara langsung dalam

menyelesaikan masalah , termasuk menjalankan penyelidikan, membuat aktiviti inkuiri dan

refleksi. Penilaian : Pelajar akan membuat penilaian eksplisit terhadap pembelajaran berkaitan

sains teknologi dan kejuruteraan dan matematik serta menggunakan teknik penilaian alternative

berasaskan performance atau penggunaan portfolio.

Kajian oleh Lilia Halim melaluui Projek STEM [Entrepreneurial Science Thinking (EnSciT)] di

dalam Kolokium Pendidikan Sains dan Matematik Universiti Malaya pada September 2012

menghasilkan dapatan bahawa Tahap kemahiran proses sains peserta telah meningkat. Nilai min

keseluruhan daripada 3.35 (SP=0.41) kepada 3.56 (SP=0.46), p< 0.05

40
Maklumbalas Pelajar 1: Saya mencadangkan program liken ini akan dijalankan pada

masa akan datang dan lebih lama diadakan.

Pelajar 2: Panjangkan lagi tempoh program, eksperimen diperbanyakkan.

Guru 1: Melibatkan banyak lagi penyertaan pelajar.

Guru 2: Saya harap kalau program ini akan diteruskan pada masa depan, bilangan

peserta boleh diperbanyakkan, sebab ramai pelajar yang berminat nak

sertai.

Langkah-langkah yang dijalankan di dalam projek tersebut Berjaya meningkatkan minat dan

kefahaman pelajar yang tinggi terhadap STEM.

Bagi memartabatkan STEM, kerajaan bertungkus lumus menyediakan hos perpustakaan video

melalui Eduweb TV sebagai langkah mewujudkan e-pembelajaran. Melalui video pendek di

Eduweb TV topik-topik khusus termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan

Matematik akan diberi tumpuan. Bermula 2014, kerajaan menghendaki semua guru Sains dan

Matematik memperuntukkan sekurang-kurangnya satu waktu seminggu untuk rancangan

pengajaran. Kementerian juga akan menganjurkan pelbagai pertandingan inovasi diperingkat

negeri dan kebangsaan juntuk para guru khusunya pada topik-topik yang sukar difahami oleh

para pelajar. Bagi merealisasikan hasrat ini pelbagai jalinan kerjasama telah dan akan

dilaksanakan dengan organisasi antrabangsa seperti Pusat serantau Pertubuhan Menteri-Menteri

Pelajaran Asia Tenggara bagi Pendidikan Sains dan Matematik (SEAMEO-RESCAM).

Dalam mengaplikasikan STEM, Pembelajaran Pelbagai Mod (Blended Learning) merupakan

pendekatan pengajaran bersemuka dengan dibantu teknologi dijadikan kaedah meningkatkan

tahap pemahaman pelajar. Ianya turut menggunakan kaedah pendekatan strategi pedagogi yang

baru.

41
4.3 PEMBELAJARAN MURID: BAHASA

Bahasa Jiwa Bangsa

Dasar terkini, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) Memperkukuh Bahasa

Inggeris (MBMMBI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 telah mempamerkan sebuah

usaha kerajaan mengangkat Bahasa Melayu seperti yang digariskan dalam Perlembagaan

Persekutuan. Dasar ini memanfaati Bahasa Melayu sebagai sebuah Bahasa yang digunakan

dalam perbualan, urusan rasmi, penerokaan ilmu serta kerjaya. Bahasa Melayu juga mampu

membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bentuk bidang ilmu melalui saluran

ICT disamping mempnyau pemikiran yang kreatif , kritis dan inovatif. Pengangkatan Bahasa

Melayu juga akan mewujudkan negara bangsa yang berjatidiri kukuh, dinamik, progresif dan

berupaya bersaiing diperingkat global.dalam menuju negara maju. (Buku Kecil MBMMBI,

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia; 6).

Melalui PPPM 2013-2025, Kementerian menetapkan tiga matlamat pembelajaran

Bahasa: iaitu, memeupuk perkongsian identiti yang unik dalam kalangan rakyat Malaysia

melalui Bahasa Malaysia; Membentuk insan yang bersedia menceburi dunia pekerjaan dalam

pasaran ekonomi global dengan kemampuan menguasai Bahasa Inggeris.; menyediakan

peluang murid menguasai satu lagi bahasa tambahan. Galakan Kerajaan agar rakyat

menguasai Bahasa Inggeris mengukuhkan kedudukan negara untuk bersaing dengan

kompetitif dalam ekonomi global. Profisiensi Bahasa Malaysia walaubagaimanapun kekal

menjadi dasar Bahasa kebangsaan dan tumpuan turut diberikan kepada usaha memastikan

murid pelbagai etnik mampu bertutur dengan Bahasa Melayu dengan baik. Aspirasi sistem

42
pendidikan negara adalah untuk melahrikan murid yang sekurang-kurangnya mampu fasih

dalam Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris, sehingga bebas berinteraksi (independent

proficiency) dalam wacana sosial.

Sesungguhnya Bahasa adalah elemen penting dalam pembentukan tamadun yang turut

menjadi factor persaingan diperingkat antarabangsa. Penaklukan sesuatu bangsa melibatkan

Bahasa yang digunakan dalam proses penaklukan yang menguasai komuniti taklukannya.

Apabila penaklukan berlaku, timbul rasa perlunya membangkitkan kembali Bahasa yang

tenggelam hasil penaklukan yang berlaku, dari insiden penaklukan itu lahir perjuangan

menegakkan kembali Bahasa yang mewujudkan ideology sesuatu bangsa (Fairclough,

1989:12)

PPPM 2013-2025 membuktikan keberkesanan penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat

global dengan keberhasilan penguasaan Bahasa Inggeris di peringkat Antarabangsa melalui

keputusan English Proficiency Index 2016. Malaysia berada dikedudukan tangga ke dua

teratas di Asia dan tangga ke 12 kadar profisiensi Bahasa Inggeris di dunia. Fakta ini

merupakan suatu kebanggaan yang masih boleh diperbaiki dalam memenuhi aspirasi PPPPM

2013-2025.

43
4.4 PEMBELAJARAN MURID :KUMPULAN BERKEPERLUAN KHUSUS

Kementerian meneruskan usaha memastikan murid berkeperluan khusus mempunyai peluang

mendapatkan pendidikan berkualiti bersesuaian dan relevan dengan keperluan mereka.

PPPM 2013-2025 menyediakan 3 pilihan persekolahan iaitu a) Sekolah Pendidikan Khas, b)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) c) Program Pendidikan Inklusif. Sekolah

Pendidikan Khas dibahagikan kepada 5 dimensi:

i ) pengesanan awal, intervensi dan sokongan penjagaan kesihatan

ii ) keluwesan, kerelevenan dan kualiti kurikulum;

iii ) Guru dan Tenaga Pakar

iv ) infrasturuktur dan kewangan

v) kesedaran dan penglibatan awam

Kementerian melaksanakan sistem berkepentingan bagi memperbaiki sistem pelajar

berkepentingan khas ini melalui 3 Gelombang dasar:

Gelombang 1 memberi tumpuan kepada pengukuhan program yang sedia ada.

Gelombang 2 memberi tumpuan kepada peningkatan inisiatif dan menambah jumlah pakar

sedia ada bagi menangani pertambahan murid berkeperluan khas yang timbul.

Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan serta menggabungkan inisiatif yang Berjaya.

Dalam melaksanakan gerakan improvisasi ini kerajaan menjalin hubungan Pusat Serantau

Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara bagi Pendidikan Khas (SEAMEO-

SEN).

Kajian oleh Norliah Mohd Amin dan Hanafi Mohd Yasin (2016) telah dijalankan bertujuan

untuk menilai pelaksanaan PPI dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2015 berasaskan ketetapan dasar yang dibina oleh Kementerian Pendidikan

44
Malaysia (KPM) bagi mensasarkan 30% penyertaan MBK dalam sistem pendidikan arus

perdana. Kajian tersebut mengadaptasi Model KIPP oleh Stufflebeam (1971) yang menilai dari

aspek konteks, input, proses dan produk PPI yang dilaksanakan. Model PCK oleh Shulman

(1987) turut diambil kira bagi menilai aspek pengetahuan guru dalam mengendalikan MBK di

kelas inklusif. Selain menjawab soalan-soalan kajian , pemerhatian turut dijalankan terhadap

proses PdP guru dan murid dikelas inklusif bertujuan menyokong data dan rujukan silang.

Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM (2012) mempamerkan

bahawa sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan melaksanakan

PPI adalah sebanyak 355 sekolah iaitu 161 sekolah rendah dan 194 sekolah menengah. Ini

menunjukkan hanya 6% MBK yang diletakkan di bawah PPI manakala 89% mengikuti PPKI

dan 5% mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK). PPI yang dilaksanakan tiada keseragaman

untuk untuk semua PPI yang dilaksanakan. Bertitik tolak dari situ timbul isu berkenaan aspek

perancangan dan pelaksanaan. Terdapat juga isu-isu yang membabitkan soal kepakaran

tenaga pengajar, bahan pembelajaran dan peruntukan kewangan serta kemudahan-kemudahan

lain yang diperlukan. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM (2013) berdasarkan pemeriksaan

ke atas PPI yang dijalankan melaporkan bahawa pendidikan inklusif tidak dilaksanakan

dengan sempurna memandangkan kekurangan kefahaman berkaitan PPI dan keperluan murid.

Pengurusan PPI tidak terurus secara terancang dan berkesan bagi memastikan objektif sebenar

dicapai sepertimana yang dihasratkan.melihat pelaksanaan PPI di sekolah arus perdana dengan

mengintegrasikan satu hingga lima MBK dalam kelas aliran perdana. Namun didapati masih

kurang MBK mengikuti PPI kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk

melaksanakan PPI. Di samping itu, kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk

memilih pendidikan inklusif bagi anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Dapatan kajian ini

45
membuktikan bahawa pentadbir yang turut terdiri daripada PGB harud turut memainkan peranan

dalam membangunkan PPI disekolah. Selain itu, ilmu pengetahuan tentang pendidikan inklusif

adalah amat penting agar perlaksanaan pendidikan inklusif dapat dilaksanakan dengan lebih

sempurna. Mengajar kemahiran prabacaan dan membaca antara lainnya memerlukan perhatian

kerana kaedah pembelajaran murid bermasalah perlu diajar menghubungkaitkan kemahiran

Bahasa dengan kehidupan selain perlunya diajar membaca (Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod

2015). Penyediaan sumber dan kemudahan melaksanakan PPI adalah menjadi tanggungjawab

pentadbir sebagai usaha memperbaiki pendidikan inklusif disekolah. PdP dalam pendidikan

inklusif melibatkan kemahiran pedagogi yang dapat dikuasai dengan baik oleh guru yang

melaksanakannya. Dapatan kajian juga selanjutnya mendapati bahawa peningkatan MBK adalah

sangat bergantung kepada kerja sama semua pihak berkepentingan untuk meneruskan hasrat

PPPM 2013-2025

46
KESIMPULAN

BAB 2,3 dan BAB 4 PPPM 2013-2025 merupakan sebahagian daripada hasrat transformasi

komprehensif oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan bagi meletakkan martabat

pendidikan negara seiring dengan kehendak transformasi zaman. Usaha ini mensasarkan

keberhasilan bersifat holistic yang memerlukan penggembelingan usaha dan koloborasi

pelbagai pihak di dalam dan di luar institusi pendidikan itu sendiri. Pendidikan merupakan

satu-satunya platform bagi mencapai ketamadunan insani yang memacu pembangunan

berteknologi selari dengan melestarikan nilai kebajikan dan sosial berasaskan kesejahteraan

masyarakat. Hanya melalui pendidikan yang dititiskan kepada pelajar melalui pendoktrinan

ilmu dan kefahaman yang jelas tentang tujuan PPPM 2013-2025 dilakarkan oleh kerajaan

sahaja, matlamat yang diimpikan oleh negara akan mampu tercapai. Usaha ini berlangsung

tidak hanya dalam tempoh yang direncanakan akan tetapi berlangsung sepanjang hayat. Ianya

bukanlah satu tugas yang mudah kerana tanggungjawab ini dipikul bukan sahaja di bahu

pengamal pendidikan bahkan seluruh entity masyarakat perlu mengambil tahu tentang PPPM

2013-2025 agar usaha ini tidak menjadi usaha satu hala dan didikan hanya terpaksi kepada

akademik sedangkan penekanan terhadap kemahiran insaniah pelajar contohnya memerlukan

komitmen serta sokongan ahli masyarakat disetiap peringkat. Praktikalnya Malaysia telah

pun mencapai matlamat MDG dengan menyediakan enrolmen pendidikan rendah dan

menengah sejagat apabila menjelang 2014 kadar penyertaan telah meningkat sehingga 97.9

%. Kadar literasi remaja juga telah meningkat sehingga 98%. Namun begitu kita tidak perlu

selesa kerana ledakan globalisasi terlalu besar impaknya dan bergerak terlalu pantas

sehinggakan padang permainan negara-negara maju sudah tentunya tidak sama dengan

padang permainan negara membangun seperti Malaysia. Justeru itu pemangkin peranan

47
melahrikan insan berkebolehan berdasarkan kemampuan yang di pupuk dan di gilap akan

memancarkan individu yang mempunyai towering personality yang mampu memobilisasikan

diri sesuai dengan arus peredaran global.

SINTESIS

Gambarajah di bawah menjelaskan bahawa kemampuan pelajar tidak boleh

digeneralisasikan. Kegagalan juga bukanlah bererti kegagalan selama-lamanya. Kejayaan

Donal Trump memegang tampuk presidensi Amerika Syarikat disebut oleh Richard

Kahlenberg dikatakan memberi indikasi bahawa sistem sivik dan pendidikannya gagal

menerapkan pengamalan pemikiran sivik apabila pemilihan Trump dianggap pembelaan

kepada prejudis kaum di Amerika Syarikat. Sistem sivik dikatakan runtuh apabila penekanan

kepada employability/ kebolehpasaran menjadi matlamat kehidupan dan pemartabatan nilai

sivik diketepikan. Maka dasar Aparteid dan perkauaman yang dulunya dapat dihapuskan

berkemungkinan muncul kembali di Amerika Syarikat, hanya diakibatkan oleh runtuhnya

nilai pendidikan yang selama ini diterapkan. PPPM 2013-2025 meletakkan pasak dasarnya

kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu dipertahankan oleh semua rakyatnya.

Dewasa ini ia bukan lagi bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata malah

perkara-perkara lain seperti pemupukan kemahiran social dalam kalangan pelajar terhadap

persekitaran, masyarakat dan negara juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah

sekolah. Selain daripada itu, kualiti ilmu atau pengetahuan, sikap dan kemahiran pelajar

(ASK-Attitude, Skill And Knowledge) sebagai input di sekolah melalui proses untuk

mengubah pelajar menjadi modal insan yang harmoni dan seimbang untuk mencapai

matlamat negara maju menjelang tahun 2020 sebagai output.

48
Keputusan peperiksaan UPSR baru-baru ini mengejutkan banyak pihak seperti yang dilampirkan

bersama di sini.

49
Namun begitu, pepatah menyatakan sekali air bah, sekali pantai berubah; perubahan

dasar ini merlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Berikut adalah kesan perlaksanaan dasar

yang perlu ditangani dengan bijak oleh semua pihak.

Rumusannya, hasrat PPPM 2013-2025 perlu digarap sebaiknya untuk melahirkan modal insan

terbaik dan keciciran dapat dielakkan di semua peringkat persekolahan. Return of Investment

(ROI) dari PPPM ini harus diperhalusi agar pendidikan tidak menjadi beban negara.

Pemerkasaan Profesion perguruan perlu diwujudkan sebagai sebuah kerjaya pilihan pelajar

pelajar cemerlang. PPPM harus menuju matlamat rakyat beridentiti demokratik dalam konteks

negara berbilang kaum dan budaya. Seluruh rakyat negara ini juga harus faham bahawa hanya

pengukuhan sistem nilai manusiawi mampu menyelesaikan segala kemelut pendidikan dalam

negara. Setiap individu berhak mempertahankan Malaysia ini dari sebarang jenayah pendidikan

yang mampu meruntuhkan struktur ekonomi dan sosial negara.

50
RUJUKAN

Becker, K., & Park, K. .2011. Effects Of Integrative Approaches Among Science,

Technology, Engineering, And Mathematics (STEM) Subjects On Students' Learning: A

Preliminary Meta-Analysis. Journal of STEM Education: Innovations and Research, 12(5), 23-

37.

Is Trumps Victory the Jum Start Civics Education Needed, Richard D

Kahlenberg and Cliffard Janey 10, November 2016 diakses pada 17 November 2016

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ketiga,

Shah Alam: Giga Wise Network Sdn. Bhd.

Lilia Halim (2012), Mencetus semula Minat Terhadap Sains dan Matematik Melalui

STEM Kolokium Pendidikan Sains & Matematilk, UM 12-13 Sept 2012

Malaysia Development Goals Report 2015: Economic planning Unit, Prime Minister

Department

Arnot, M., David, M. dan Weiner, G. 1995. Educational Reforms And Gender Equality In

Schools.

Mohd Rashid Hj. Md Idris (2013), Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Pendidikan

dan mendepani Cabaran Globalisasi Malaysian Journal Of Youth Studies

Noraini Idris. (2005), Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noor Aini Ahmad & Zamri Mahamod. 2015 Pengubahsuaian Dalam Pengajaran

Kemahiran Bahasa Malaysia Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran (Modification Of Malay

51
Language Teaching Skills For Students Learning Disabilities) Jurnal Pendidikan Malaysia 40(1),

63-73.

Nurciana, Nasaruddin, Norliah Mohd. Amin,Mohd Hanafi Mohd Yasin .2016.

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013 2015, m International Conference on Special Education In

Southeast Asia Regioun 6th Series 2016

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rancangan Malaysia ke 11

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025: Pendidikan

Prasekolah Hingga Lepasan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sanders, M. E. 2011, June. Introduction to Integrative STEM Education. Invited paper

presented in Seoul and Daegu, Korea, June

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Isu, Kontroversi, Pandangan Serta Harapan. Sebuah

Wawancara (2011), Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Zalizan Mohd Jelas & Saemah Rahman. 2010. Jurang Pencapaian Akademik Mengikut

Gender Dan Jenis Sekolah Di Sekolah Menengah Agama Negeri. International Journal of

Learner Diversity, 2 (1). pp. 135-146. ISSN 2180-1630

Zalika Adam, Faridah Kasiim, Mohd Johdi Salleh. 2009 Memperkasakan Pendidikan

Luar Bandar Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009, 3 5 Februari

2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan

Sosial, University Malaysia Sabah.

52
53

Anda mungkin juga menyukai