Anda di halaman 1dari 1

KEPIMPINAN

Kepimpinan di takrifkan sebagai proses mempengaruhi kegiatan manusia supaya


mereka berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga faktor
penting yang mempengaruhi kepimpinan iaitu:

Kepimpinan melibatkan pihak lain sama ada pekerja bawahan atau pengikutnya.
Pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah pengikutnya dan ia menjadi simbol
kekuasaan yang dimilikinya.
Pemimpin mempunyai daya mepengaruhi melalui arahan bagi memastikan
pekerja bawahan melaksanakan tugas.

PENGURUSAN
Pengurusan didefinisikan sebagai proses yang melibatkan perancangan,
penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi. Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut priority manakala
kepimpinan menggunakan kuasa melalui pengaruh.
Kesimpulan, kepimpinan dan pengurusan mempunyai definisi dan takrifan yang berbeza. Namun
dalam konteks pentadbiran organisasi, kedua-dua elemen ini amat penting dalam pencapaian
matlamat organisasi.

Pengurusan didefinisikan sebagai proses melaksanakan kerja secara terancang,


bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan yang melibatkan perancangan, pengelolaan,
kepemimpinan, dan pengawalan dalam sesuatu organisasi dengan menggunakan sumber
organisasi secara cekap dan berkesan demi mencapai sasaran sesuatu organisasi.
Kepimpinan pula ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi orang lain supaya
mengikutinya dalam pelaksanaan tugas dan berusaha mencapai matlamat organisasi berdasarkan
sumber kuasa yang dimiliki, samada kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa pakar, kuasa paksaan atau
kuasa rujukan.
Kesimpulannya, kepimpinan dan pengurusan mempunyai perbezaan dari segi definisi dan
takrifan. Namun, kedua-dua elemen ini amat penting terutama dalam konteks pentadbiran
organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai