Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tajuk Jurnal : Stres Kerja Guru: Punca, Kesan Dan Strategi Tindak Balas.
Jurnal yang bertajuk Stres Kerja Guru: Punca Dan Strategi Tindak Balas adalah
sebuah jurnal yang membincangkan tentang masalah stres yang dihadapi guru sama
ada semasa berada di sekolah atau di luar waktu bekerja. Jurnal ini juga merupakan
sebuah kajian yang mengandungi 10 muka surat dan diperolehi daripada Prosiding
Seminar Profesion Perguruan. Tujuan jurnal ini ditulis adalah untuk melaporkan hasil
kajian yang dibuat penulis tentang stres guru, punca dan strategi untuk menangani
stres tersebut. Jurnal tersebut juga telah memuatkan beberapa data hasil kajian penulis
mengenai tahap tekanan emosi dalam kalangan guru dan punca-punca yang
menyebabkan kes burnout guru.
ULASAN KTITIS
Jurnal yang ditulis oleh Sapora Sipon ini membincangkan tentang isu stres dalam
kalangan guru yang semakin menular hari demi hari. Sebelum itu, penulis telah
membincangkan tentang peranan pendidikan yang meruapakan agenda utama negara
bagi melahirkan modal insan di negara ini selaras dengan keperluan semasa
pembangunan negara. Mutu pendidikan yang cemerlang adalah disebabkan produktiviti
dan semangat gigih daripada warga pendidik untuk membantu negara mencapai
matlamat Wawasan 2020.
Menurut Barling (1990), stres juga dilihat sebagai punca kepada penurunan
kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan. Menurut penulis, Malaysia sebagai
sebuah negara pesat membangun perlu menghadapi pelbagai perubahan dan
perkembangan dari aspek ekonomi, sosial dan teknologi.
Justeru, guru juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang selari
dengan kepesatan bidang pendidikan. Penulis membincangkan tugas guru untuk
menanam kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi
pengetahuan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang seiring dengan
perkembangan teknologi dan proses globalisasi telah mewujudkan stres dalam
kalangan guru. Guru-guru berada dalam dilema memandangkan guru terpaksa memikul
berbagai permintaan seperti permintaaan daripada masyarakat.
Pada pandangan saya sebagai contoh dalam aspek pengurusan stres untuk diri
individu, seseorang guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut
tempoh masa dengan baik agar tidak menambahkan lagi bebanan semasa mengajar.
Dengan mengurus stres yang telah ditetapkan oleh individu itu sendiri, produktiviti akan
meningkat manakala jika guru stres, guru tidak mempunyai akauntabiliti terhadap
tugasnya. Pelajar juga akan menghadapi stres jika tidak diuruskan dengan baik.
Dengan mengurus stres secara bijak, guru dapat mengelakkan berlakunya kejadian
yang tidak diingini, seperti murid-murid yang berbuat bising dan bertingkah laku nakal di
dalam bilik darjah.
Dalam pada itu, melalui konsep akauntabiliti keguruan, guru yang mempunyai
akauntabiliti terhadap diri sendiri harus berpengetahuan luas dan berketerampilan
dalam bidang mata pelajaran yang diajar. Guru yang berkesan akan sentiasa
mengemaskini diri tentang perkembangan baharu. Oleh itu, guru itu akan terus
meneroka dan mencari ilmu baharu serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam
bidangnya agar tidak berlakunya stres yang dihadapi.
Penulis juga membincangkan kajian yang dibuat terhadap 110 orang guru
dengan menggunakan skala Sumber Stres mengandungi 61 item yang dibahagikan
kepada enam sub-skala iaitu faktor intrinsik kerja, peranan pengurusan, hubungan
dengan orang lain, kejayaan dan pencapaian, struktur dan iklim organisai dan
halangan-halangan kerja rumah. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati punca stres
tertinggi ialah disebabkan peranan pengurusan.