Anda di halaman 1dari 19

Abstrak

Jepun sepertimana yang dapat dilihat oleh masyarakat antarabangsa hari ini adalah
sebuah negara yang hebat dari sudut ketamadunannya. Keunikan peradabannya
yang tidak terdapat pada peradaban lain menjadikan ia suatu yang menarik untuk
dikaji terutamanya dalam membentuk masyarakat pada hari ini. Kehebatan dan
keunikan negara Jepun ini adalah berasakan pengaruh China yang digunapakai
pada pemerintahan-pemerintah yang lahir pada ketika itu sehingga berjaya
membentuk sudut politik, ekonomi dan sosial masyarakat Jepun secara lebih teratur
dan sistematik. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah berasakan seratus
peratus sumber skunder dalam bentuk buku, latihan ilmiah, dan juga artikel-artikel
di laman sesawang. Sumber-sumber yang digunakan terlebih dahulu dianalisis
supaya hasil kajian lebih tepat dan menarik untuk dibaca. Hasil daripada itu,
dapatan kajian saya jelas menunjukkan yang tamadun Jepun mula mencapai tahap
kegemilangannya apabila pengaruh dari China dipraktikkan secara keseluruhan dan
pengaruh China terbabit mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat
Jepun itu sendiri. Secara tidak langsungnya, maklumat yang diperolehi dapat
menggambarkan kepada kita sesebuah tamadun yang hebat turut juga dipengaruhi
oleh tamadun lain.

Kata Kunci: Jepun, Pengaruh China, Peradaban, Politik, Ekonomi, Sosial


Pendahuluan

Sejarah awal Jepun sebenarnya bermula seawal tahun 8000 hingga 300 sebelum
masihi lagi dan ianya turut dikenali sebagai zaman Jomon sehinggalah zaman
pemerintahan Tokogawa antara tahun 1603 hingga 1867 masihi. Selepas itu era
moden mula bertapak dengan wujudnya pemerintahan Zaman Meiji iaitu pada
tahun 1868 sehingga 1912.1 Sejarah penampilan Jepun yang bermula daripada
zaman Jomon hingga zaman Yayoi telah memperkenalkan Jepun sebagai sebuah
negara yang mencapai kemajuan dalam segi peradapan dunia dan seterusnya.

Jepun sebagaimana yang dilihat oleh masyarakat hari ini adalah sebuah
negara yang sangat hebat terutamanya dari sudut ketamadunannya. Keunikan
peradapan yang ada pada negara Jepun hanya terdapat padanya sahaja dan tiada
negara pun yang memiliki peradapan yang sedemikian kecualinya. Oleh sebab
itulah, jepun ini menarik untuk didekati oleh semua lapisan masyarakat
antarabangsa lain untuk lebih mengenalinya.

Berdasarkan kajian terhadap kehidupan dan tamadun Jepun, jaringan


pembentukan dan pemantapan tamadun Jepun dapat dikenalpasti bermula dari
sejarah awal Jepun iaitu zaman Jomon ( 1800-399 S.M ) sehinggalah zaman
pemerintahan Tokugawa ( 1603-1867 ).2 Pada zaman Jomon hingga zaman
Tokugawa inilah merupakan aspek penting dalam sejarah Jepun khususnya dalam
menilai sejarah awal pembentukan tamadun negara tersebut yang seterusnya
membawa kepada peringkat perkembangan.

Pembentukan awal peradapan Jepun berlaku apabila berlaku proses interaksi


dan penerimaan pengaruh China terbukti dengan kewujudan hubungan baik antara
dua tamadun sejak zaman pra-sejarah lagi iaitu semasa zaman Yayoi.
Walaubagaimanpun, pengaruh China di Jepun sebenarnya sudah bermula pada
abad pertama apabila berlakunya interaksi pertama pada abad pertama lagi apabila
sudah munculnya rekod bahawa tanah Wa sudah memberikan ufti kepada Maharaja
1 Azhar Hi Mad Aros, et al, Siri Sejarah Fajar Bakti:Titas Kertas 2, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Cetakan Pertama, 2000, hlm, 3-5.

2 Azhar Hi Mad Aros, et al, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 2, Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2001, hlm, 291.
Kung-Wu di China.3 Orang Wa merupakan orang Jepun yang hidup pada abad
tersebut, sejak dari abad tersebut bermulanya interaksi budaya yang berterusan
dibawa ke masyarakat Jepun awal dari zaman Yayoi.

Sejarah awal pengaruh China ke Jepun

Hubungan China dengan Jepun boleh dilihat melalui dua tahap utama yang
membawa kepada terjalin ikatan China dan Jepun;

1. Tahap Pertama
Pada tahap permulaannya, Jepun mula menerima pengaruh daripada
Tamadun China adalah melalui perantaraan iaitu Korea. Korea juga
merupakan antara salah satu negara yang menerima pengaruh dari Tamadun
China secara langsung. Perantaraan melalui negara Korea ini disebabkan oleh
faktor kedudukan geografi Korea yang terletak antara China dengan Jepun
turut memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh Tamdun
China yang ketika itu antara tamadun yang terkuat dan hebat dari segi
politik, ekonomi dan sosialnya. Oleh itu, Korea menjadi negara perantara
dalam proses hubungan China dengan Jepun.

2. Tahap Kedua
Jika dilihat pada tahap petama, hubungan China Korea dan Jepun begitu baik
sekali namun hubungan antara Korea dengan Jepun ketika itu mula renggang.
Hal sedemikian telah menyebabkan Jepun mula bertindak menjalankan
hubungan secara langsung dengan China tanpa menggunakan perantar iaitu
Korea. Hubungan yang renggang antara Jepun dengan Korean ini juga boleh
dikatakan satu kelebihan buat Jepun kerana Jepun ingin mendapatkan lebih
maklumat tentang China dan mahukan unsur-unsur yang asli dari China.
Oleh itu hubungan secara langsung dengan China diwujudkan.

Dalam melihat hubungan antara China dengan Jepun yang secara langsung berlaku
semenjak zaman pra-sejarah Jepun ini lagi dapat dibuktikan dengan bukti yang
kukuh iaitu melalui ilmu arkeologi. Para arkeologi membuktikan perkara ini dengan

3 Richard Story, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1980, hlm. 5.
menemui beberapa barangan gangsa dan budaya penanaman padi di lereng-lereng
bukit pada zaman Yayoi.4 Penemuan terbabit adalah merujuk dengan hasil daripada
hubungan yang terjalin antara kedua belah negara iaitu China dan Jepun. Jaringan
hubungan yang terjalin ini juga kuat menggambarkan bahawanya Jepun sangat
terpengaruh dan mengadaptasikan pengaruh China ke dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhan, kemasukan pengaruh China ke dalam tamadun Jepun pada


peringkat permulaan tidaklah merubah tamadun Jepun secara mutlak yang mana
ianya mempengaruhi beberapa aspek tertentu sahaja. Pada akhirnya pengaruh
China ke atas tamadun Jepun mencapai tahap kemuncak dengan kemasukan agama
Buddha pada abad ke-6 yang mendapat sokongan daripada pihak pemerintahan
Jepun. Kemasukan agama Buddha telah merubah hampir keseluruhan aspek politik,
ekonomi dan sosial kehidupan masyarakat Jepun 5 dan tidak dapat dinafikan lagi
pengaruh China telah memainkan peranan yang tersangat penting dalam
perubahan dan pembentukan serta perkembangan identiti Tamadun Jepun dari abad
ke-6 sehinggalah ke hari ini.

4 Faezah Kassim, Agama dan Falsafah di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh


Terhadap Pemikiran Orang Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Pusat Panataran Ilmu
dan Bahasa, 2003, hlm. 7

5 Ibid., hlm. 15.


Pengaruh Tamadun China

Dalam membincangkan pengaruh China yang menular masuk ke dalam kehidupan


masyarakat Jepun dari sudut politik, ekonomi dan sosial dapat dikenalpasti bahawa
pengaruh China bermula dari abad ke-7 telah membawa satu perubahan yang besar
ke atas bentuk politik Jepun malah turut merubah aspek ekonomi dan sosial di
Jepun. Antara ialah;

Aspek Politik

1. Zaman Putera Shokotu Taishi

Pengaruh China terhadap Jepun mencapai tahap yang membanggakan pada abad
ke-7 Masihi. Namun, pada abad ke-9 Masihi, pengaruh China mulai merosot.
Sebelum pengaruh China tersebar ke Jepun, bentuk pentadbiran di Jepun adalah
berasaskan kepada puak-puak berpengaruh. Contohnya, pada zaman Yayoi, Ketua
Puak Yamato bertindak sebagai Tenno (Maharaja) dan menguasai puak-puak yang
lain (uji). Pengaruh China telah mengubah bentuk politik Jepun dan perubahan ini
dapat dilihat melalui zaman pemerintahan Putera Shokotu Taishi.

Putera Shokotu Taishi yang merupakan anak saudara kepada Maharani Suiko
iaitu maharani yang pertama memerintah Jepun pada tahun 593 Masihi. 6 Putera
Shokotu Taishi selaku pihak individu yang memainkan peranan yang penting dalam
menggalakkan satu transformasi ke atas ke Jepun. Beliau telah dilantik sebagai

6 G. Albert, Japan:A Short Story History, New York: Publishing, 1989, hlm. 18.
Penasihat DiRaja oleh ibu saudaranya dan merupakan Wali Buddha yang pertama di
Jepun.7 Ketika ini, Shotoku telah memeluk agama Buddha dan memberikan
sokongan terhadap perkembangan agama Buddha di Jepun. 8 Pada peringkat
awalnya, agama Buddha agak sukar untuk berkembang di Jepun kerana dianggap
bertentangan dengan agama Shinto di Jepun. Namun apabila Shokotu menaungi
tapak pemerintahan di Jepun, agama Buddha ini terima dengan baiknya oleh
masyarakat Jepun. Keadaan ini juga telah menggalakkan pengaruh China di Jepun
memandangkan beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sturuktur
pentadbiran. Shokotu Taishi telah menggunakan sebaik mungkin kuasa yang dimiliki
olehnya itu untuk menerapkan aspek-aspek serta idea-idea tamadun China dalam
hal ehwal pentadbiran di Jepun. Sebagai contohnya, beliau telah mengadaptasikan
struktur pentadbiran kerajaan berpusat yang diamalkan oleh China untuk
digunapakai di Jepun bagi mengukuhkan institusi politik Jepun.

Selain itu juga, penyebaran agama Buddha yang dibawa oleh Shokotu turut
membawa bersama idea-idea baharu yang akhirnya dipengaruhi oleh peradaban di
Jepun. Idea-idea baharu ini dapat disaksikan apabila Putera Shokotu Taishi
memperkenalkan Perlembagaan Artikel 17. Perlembagaan Artikel 17 yang
diperkenalkan ini berasaskan falsafah etika Buddha dan Confucianisme. Artikel 17
merupakan garis panduan etika sosial yang perlu dijadikan panduan oleh pengawai-
pengawai pemerintah dan rakyat Jepun dalam menjaga tingkah laku mereka. 9 Kod
etika perlembagaan ini turut ada menyatakan kuasa tertinggi terletak di tangan
Maharaja atau Maharani. Terkenal perlembagaan Artikel 17 kepada sistem politik di
Jepun telah meninggalkan kesan yang begitu ketara iaitu telah berubahnya sistem
pemerintahan yang berasaskan sistem berpuak-puak (Uji) kepada sistem
pemerinatahan berpusat ekoran pengaruh China yang menular di Jepun.

Putera Shokotu Taishi juga amat komited dalam usahanya menerapkan ciri-
ciri tamadun China di Jepun. Pelbagai usaha telah dilakukannya bagi merancakkan

7 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 6.

8 Ibid., hlm. 19.

9 G. Albert, Japan:A Short Story History, hlm. 20


lagi proses pengadaptasian dengan China. 10 Antaranya ialah beliau telah membawa
serta memberikan galakan kepada masyarakat di Jepun dengan proses
pembelajaran dan pengajaran tentang agama Buddha. Proses pembelajaran dan
pengajaran ini diperhebatkan lagi dengan membawa sami-sami Buddha dari China
untuk memberikan pengajaran serta bimbingan kepada masyarakat jepun ketika
itu. Kewujudan proses pembelajaran dan pengajaran ini juga telah membawa
kepada pembinaan kuil-kuil Buddha di seluruh Jepun dan antara kuil Buddha yang
terkenal ialah Kuil Horyuji yang dbina di Nara.

Pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Putera Shotoku sebagai


pentadbir ketika itu telah menunujukkan bahawa beliau adalah seseorang yang
bersungguh-sungguh dalam usahanya membawa pengaruh China ke Jepun.
Pengaruh China yang dibawanya itu juga telah meninggalkan impak yag positif di
jepun malah masyarakat Jepun sendiri menerimanya dengan baik terhadap apa
yang dilakukan oleh beliau.

2. Hubungan Diplomatik

Dalam menjalinkan hubungan dengan China, Jepun telah menjadikan sebagai satu
insiatif untuk menjalankan hubungan dengan China dengan lebih erat lagi.
Mengadakan hubungan diplomatik dengan China turut akan memberikan satu
dampak yang positif kepada sistem politik di Jepun serta mengukuhkannya lagi
dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada China untuk diterapkan nanti ke Jepun.

Hubungan diplomatik dapat disaksikan apabila berlaku penghantaran wakil-wakil


dari Jepun ke China oleh Putera Shotoku. Penghantaran wakil-wakil Jepun ke China
berlangsung dengan hebatnya tatkala China ketika itu di bawah pemerintahan
Dinasti Sui11 sehinggalah zaman pemerintahan Dinasti Tang. 12 Semasa China di
10 Umayado dlm. http://global.britannica.com/biography/Taishi-Shotoku. 20 Mac
2016.

11 G. Albert, Japan:A Short Story History, New York: Publishing, 1989, hlm. 19.

12 Ibid.
bawah pemerintahan Dinasti Sui, Shotoku telah menghantar sebanyak tiga
perwakilan kerajaan Jepun ke China manakala semasa China di bawah
pemerintahan Dinasti Tang penghantaran wakil ke China yang dilakukan oleh
Shotoku semakin pesat bilangannya yang mana kira- kira tiga belas wakil
perutusan telah dihantar ke China. Oleh hal yang sedemikian terjadi, tidak hairanlah
pengaruh China semakin menular dengan jayanya ke Jepun.

Penghantaran wakil-wakil Jepun ke China, setibanya mereka di tanah air mereka


iaitu Jepun, mereka ini akan menjejak kaki mereka dengan menbawa elemen-
elemen yang dipraktikan oleh tamadun China ke Jepun. Elemen-elemen yang
dibawa masuk oleh wakil yang dihantarkan ke China terbabit bukan sahaja bercorak
politik tetapi juga budaya dan teknologi yang digunakan di China. Perkara-perkara
yang sedemikian rupa akan diasimilasikan ke dalam tamadun Jepun melalui tenaga
pengajar yang terlatih.

Antara sumbangan yang terbesar dalam menjalankan hubungan diplomatik


dengan China ialah membawa balik para sami Buddha, para sarjana dan intelek,
pelukis, ahli muzik, pengawai kerajaan dan sebagai dari negara China. 13 Kehadiran
mereka ini memeriahkan lagi peradaban Jepun malah kehadran golongan ini
sebagai perantara ataupun orang tengah dalam proses menjalinkan hubungan
diplomatik. Mereka inilah yang akan memberikan penerangan serta tunjuk ajar
mengenai elemen-elemen tamadun China untuk dipraktikan oleh masyarakat Jepun
dan seterusnya membawa Jepun kepada peradaban yang tinggi setaraf dengan
tamadun China ketika itu.

Hasil hubungan diplomatik yang dijalankan antara China dan Jepun telah
mengangkat Jepun sebagi empayar yang kuat dalam bidang ketamadunan dengan
membawa perubahan yang pesat ke atas politik di Jepun. Tindakan bijak Putera
Shotoku Taishi sebagai pemerintahan di Jepun tidak dinafikan kerana dengan
usahanya mengadakan hubngan dua hala antara China dan Jepun telah
memberikan satu kejayaan buat Jepun untuk bergiat memajukan negaranya.
Hubungan yang terjalin ini juga tiada sebarang gangguan daripada mana-mana

13 Umayado dlm. http://global.britannica.com/biography/Taishi-Shotoku. 20 Mac


2016.
pihak yang membawa jalinan eart untuk China dan Jepun bersatu mencapai tahap
tertinggi dalam ketamduanan masing-masing.

3. Pembaharuan Taika

Selain daripada peranan Putera Shotoku dalam memulihkan sistem politk dengan
mengadakan hubungan diplomatik dan sebagainya, beliau turut membuat reformasi
ke atas sistem politik di Jepun dengan bantuan elemen-elemen dari China.
Pembaharuan ataupun reformasi yang dilakukan oleh beliau dikenali sebagai
pembaharuan Taika.

Pembaharuan Taika adalah set doktrin yang ditubuhkan oleh Maharaja Kotoku
pada tahun 645. Ia ditulis sebaik sahaja selepas kematian Putera Shotoku dan
Maharaja Kotoku selepas itu mangambil nama Taika ataupun Pembaharuan
Besaran.14 Walaupun selepas kematian Putera Shotoku pada tahun 621, hubungan
dua hala antara China dengan Jepun masih lagi berlanjutan serta kekal seperti
sediakala. Reformasi Taika ini merupakan cetusan daripada golongan pelajar-pelajar
yang telah dihantar ke China untuk menuntut segala ilmu yang bermanfaat supaya
dapat dimanfaat setelah sekembalinya pelajar-pelajar ke Jepun. 15 Pelajar-pelajar
yang dihantar ke China akan memainkan peranan yang penting dalam usaha
membawa masuk elemen-elemen China ke Jepun khusunya dalam aspek ilmu sains
dan kesusasteraan.16 Kepulangan mereka dari China, mereka akan membentuk satu
kumpulan dan mereka inilah yang akan memperkenalkan pembaharuan yang
dikenali sebagai pembaharuan Taika terhadap masyarakat Jepun ketika itu.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan oleh sekumpulan pelajar ini ialah


menyentuh soal reformasi tanah dan peradaban kerajaan pusat dan tempatan.
Elemen-elemen dalam pembaharuan Taika jelas menunjukkan Jepun banyak

14 Great Reformation of the Taika Era; Taika no kaishin dlm.


http://global.britannica.com/event/Taika-era-reforms . 20 Mac 2016.

15 Suryoharjodiprojo, et al, Manusia dan Masyarakat Jepang, Jakarta: Universitas


Indonesia, 1987, hlm. 12.

16 Ibid.
mempelajari dan membina peradaban tamadunya dengan mengutip pengalaman
dari China yang mewarisi satu peradaban yang gemilang suatu ketika dahulu.

Sebagaimana yang diketahui, pembaharuan Taika merangkumi sistem politik


dan pentadbiran, kebudayaan dan pelajaran, dan ia mempercepat pengaliran
masuk idea-idea, pemikiran, falsafah dan nilai-nilai moral agama Buddha dan
Konfucius ke negara Jepun.17 Selain daripada mengreformasikan soal tanah dan
kerajaan pusat dan tempatan ianya juga memperkemaskan sistem pengenalan
struktur kerajaan yang sistematik iaitu dengan sistem pentadbiran pusat
berasaskan sistem kerajaan Tang di negara China. Di bawah struktur ini, sebuah
Majlis Agong Negara telah ditubuhkan yang mana ianya diketuai oleh Dajo-daijin
atau lebih difahami dalam konteks sekarang ialah Perdana Menteri.

Apabila sesebuah mempunyai seorang wakil ataupun ketua maka terdapat


juga menteri-menteri sebagai pembantu ketua kerajaan untuk membantu
melicinkan urusan pentadbiran negara. Negara Jepun telah mengalami satu lagi
pembentukan baharu dalam kuasa politik mereka dengan mewujudkan serta
membahagikan wilayah-wilayah yang akan ditadbir oleh gabenor-gebenor yang
dilantik oleh kerajaan pusat. Wilayah-wilayah tersebut pula akan dipecah-pecahkan
juga menjadi beberapa daerah yang turut ditadbir oleh gabenor-gabenor daerah
yang turut dilantik oleh kerajaan pusat. Perkara sebegini wujud di dalam negara
Jepun semakin jelas menggambarkan yang sistem kerajaan jepun sama seperti
sistem kerajaan yang dijalankan di negara China. Hal ini menyebabkan sistem
kerajaan di Jepun standing dengan negara China sehinggakan dapat melahirkan
negara Jepun sebagai negara yang mempunyai sistem kerajaan yang sistematik dan
teratur.

4. Pengenalan Kod Taiho

17Ibid.
Pada tahun 702 M, diperkenalkan Kod Taiho (Taihoryo) dan melaluinya struktur
kerajaan telah dikaji semula. Berdasarkan sistem baru ini, Kerajaan Pusat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Jabatan Pemujaan (ffingi-kan) dan Jabatan
Negara (Dajo-kan). Jabatan Pemujaan lebih penting berbanding dengan Jabatan
Negara.18 Menurut kod ini, negara Jepun dibahagikan mengikut wilayah (kuni) dan
setiap wilayah ditadbir oleh gabenor (kami) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.
Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (Gun atau Kori) dan ditadbir
oleh gabenor-gabenor daerah (Gunshi). Bilangan wilayah semakin meningkat
apabila tanah-tanah baru diterokai dan dimajukan.

Menjelang kurun ke-8, terdapat sejumlah 66 buah wilayah yang mengandungi


592 daerah. Pegawai- pegawai di peringkat wilayah dan daerah bertanggungjawab
untuk menjaga keamanan dan kestabilan; mengutip cukai dan mengambil tenaga
buruh untuk kerja wajib. Daftar penduduk dan peruntukan tanah dikekalkan 19.
Sistem baru yang diperkenalkan ini merupakan pengaruh dari kebudayaan Cina
terutama struktur kerajaan dinasti Tang. Pembaharuan Taika dan Kod Taiho telah
membina asas dan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih
sistematik (lengkap) dan teratur.

Di samping itu dari segi pencapaian, kemunculan aristokrasi yang


memainkan peranan penting dalam struktur Kerajaan di Yamato. Kelas aristokrat ini
kemudiannya, memainkan peranan penting (dominan) dalam sejarah
perkembangan politik Jepun sejak kurun ke-8 sehingga kurun ke-12 Masihi.

18 Taih-ry dlm. http://global.britannica.com/topic/Taiho-code. 24 Mac 2016.

19 Ibid.
Aspek Ekonomi

1. Pengenalan Sistem Cukai, Mata Wang Syiling dan Sistem Ukur


Timbang

Sebelum negara Jepun menerima pengaruh daripada China, sistem ekonomi negara
Jepun tidak sama sekali menonjol kerana belum lagi melibatkan aktiviti ekonomi
yang benar-benar menjamin atau membuktikan masyarakat Jepun mula terlibat
dalam bidang berkenaan dengan jelas. Jika dilihat pada zaman Jomon iaitu zaman
yang tidak sama sekali menerima pengaruh luar, masyarakat Jepun yang tinggal
pada zaman Jomon hanya bergantung dengan hasil semulajadi sahaja. Kegiatan
utama mereka ialah memburu binatang di hutan sebagai sumber makanan bagi
mereka dan juga melakukan kegitan menangkap ikan di lautan. Namun selepas itu,
berlaku zaman peralihan dimana, pada zaman Yayoi ini kegiatan ekonomi Jepun
mula jelas dan sistematik apabila, negara Jepun menerima pengaruh luar iaitu
pengaruh China.

Bermula pada zaman Yayoi, pengaruh China yang masuk ke Jepun ini telah
mewujudkan satu kegiatan ekonomi yang jelas dengan melakukan pembaharuan-
pembaharuan tertentu. Pembaharuan yang dikatakan ini adalah pembahruan Taika
yang memperkenalkan sistem cukai yang seragam, membuat mata wang syiling
serta menyeragamkan sistem ukur dan timbang pada tahun 702. 20 Perkara ini
berlaku akibat rentetan pembentukan politik yang sistematik di Jepun. Elemen-
elemen tersebut merupakan model dari Dinasti Tang di negara China. Peningkatan
prasarana sistem pengangkutan juga turut dinaiktarafkan oleh pemerintah bagi
merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang pesat di Jepun. 21 Sememangnya
tidak boleh dinafikan lagi pembaharuan Taika bukan sahaja membantu membentuk
politik negara Jepun sahaja malah telah memantapkan kedudukan ekonomi serta
kewangan Jepun.

20 Zalilah Binti Bahari, Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban Jepun, Kuala


Lumpur: Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya, 2004, hlm. 59.

21 Ibid.
2. Sistem Pendaftaran Penduduk

Sistem pendafttaran penduduk turut diperkenalkan melalui pembaharuan Taika


yang memperuntukkan tanah untuk dikerjakan sebagai penanaman padi bagi
masyarakat Jepun. Sistem ini lebih dikenali sebagai sistem pemilikan tanah secara
persendirian.

Sistem pemilikan tanah secara persendirian ini akan diusahakan oleh petani-petani
bagi menjalankan aktiviti penanaman padi dan keluasan yang ditetapkan mengikut
saiz keluarga petani itu sendiri. Penanaman padi ini dijalankan setiap enam tahun
sekali dan akan diagihkan semula mengikut saiz serta keperluan keluarga petani
masing-masing.22 Pengagihan ini akan direkodkan pada sistem pendaftaran
penduduk yang diperkenalkan. Sekali lagi, sistem ini wujud di Jepun ekoran
pengadaptasi daripada pengaruh China yang dipraktikkan semasa zaman Dinasti
Tang di China.

22 Zalilah Binti Bahari, Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban Jepun, hlm. 92.
Aspek Sosial

1. Agama Buddha

Sejak agama Buddha mula masuk dan tersebar di Jepun yang dimulai pada
pertengahan abad ke-6 masihi, agama ini telah mempengaruhi keseluruhan aspek
dalam tamadun Jepun. Memandangkan ianya mempengaruhi kesemua aspek yang
perkatakan umpamanya mempengaruhi falsafah dan pemikiran, kebudayaan,
kesenian, kesusasteraan dan sebagainya dalam tamadun Jepun. 23

Sebelum ini, masyarakat Jepun menganuti agama Shinto. Agama Shinto atau
Shintoisme atau cukup disebut Shinto, adalah agama kuno dalam sejarah Jepun.
Penganut agama Shinto melakukan upacara menyembah dewa atau roh yang dapat
berada di kuil lokal tertentu atau disembah secara global, seperti dewi matahari
Amaterasu.24 Agama Shinto telah menjadi sumber penting pembentukan peradaban
dan tamadun mereka dan salah satu kesan yang penting ialah kesetiaan
masyarakat Jepu terhadap Maharaja dan Maharaninya.

Penerimaan dan perkembangan pengaruh China di Jepun dalam aspek agama


Buddha ini merupakan elemen yang pertama yang diserapkan ke atas masyarakat
Jepun yang mempunyai nilai yang tinggi untuk diasimilasikan dalam tamadun Jepun.
Agama Buddha ini senang mempengaruhi masyarakat Jepun kerana sifatnya yang
tidak membawa kepada sebarang pertentangan konflik elemen-elemen masyarakat
Jepun seperti agama Shinto. Hal in dapat dibuktikan dengan melihat situasi yang

23 Faezah Kassim, Agama dan Falsafah di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh


Terhadap Pemikiran Orang Jepun, Universiti Malaysia Sabah, Pusat Panataran Ilmu
dan Bahasa, 2003, hlm. 23-25.

24 Ibid., hlm. 28-29.


serupa di negara-negara Asia yang menerima agama Buddha. Namun begitu,
kepercayaan terhadap agama Buddha tidak pernah mengambil tempat terhadap
agama Shinto. Keadaan yang sebeginilah yang membawa masyarakat Jepun
menganuti dan mengamalkan agama tersebut secara serentak dalam kepercayaan
mereka. Sikap masyarakat Jepun yang mudah menerima unsur luar asalkan tidak
bercanggah dengan kepercayaan mereka yang terdahulu dan akan menerimanya
dengan baik sekaligus dapat membangunkan peradaban mereka.

Pengaruh agama Buddha turut membawa kepadanya timbul beberapa


mazhab-mazhab Buddha yang penting di Jepun seperti mazhab Tendai, Shingo,
Jodo, Zen dan Lottus Hokke.25 Antara mazhab-mazhab yang wujud di Jepun, mazhad
Zen merupakan mazhad yang diperkenalkan daripada China. Mazhad ini banyak
mengajar tentang cara mendisiplinkan diri dan popular dalam kalangan tentera di
Jepun. Selain mazhad Zen yang mendapat tempat pada masyarakat Jepun, mazhad
Lottus Hokke turut mempunyai pengikut yang ramai dan kebanyakkan agama-
agama baru yang muncul akan berasakan mazhab ini.

Secara jelasnya, agama Buddha merupakan agama yang kedua yang dianuti
oleh masyarakat Jepun setelah menerima pengaruh agama Buddha ini dari China.
Percampuran agama Buddha dengan agama Shinto telah membentuk kepercayaan
Jepun yang seterusnya melahirkan identiti masyarakat Jepun sehingga hari ini.

2. Agama Falsafah Konfuciusme

Agama Konfucius ini bukannya sebuah agama yang sama seperti Buddha dan
Shinto. Ianya merupakan sebuah falsafah yang ditiru dari negara China dan dibawa
masuk ke Jepun. Falsafah Konfucius lebih kepada falsafah, etika dan pembelajaran
politik.26 Kemasukan falsafah Konfucuis ini mempunyai pendapat ahli pengkaji dan
sejarawan masing-masing.

25 Ibid.

26 Ibid., hlm. 35-37.


Pendapat ataupun teori kemasukan falsafah Konfucius hebat diperkatakan apabila
dua pedagang dari Korea dari daerah Pakche iaitu Achiki dan Wani. 27 Selain itu, juga
pula cakap ianya datang dari saudagar-saudagar China yang datang ke Jepun
menaiki Kapal Korea manakala ianya turut dikatakan yang Konfuciusme ini dibawa
masuk ke Jepun semasa Dinasti Han dan Dinasti Tang di China melalui Korea.

Proses perkembangan falsafah Konfusianisme di Jepun menurut Eiichiro Jshida


falsafah ini mula diperkenalkan di Jepun pada zaman Asuka 28 dan falsafah ini mula
berkembang di Jepun sebagai satu falsafah politik dan sosial yang mengikuti ciri
peradaban China. Permulaan perkembangan Konfusianisme di Jepun dapat dilihat
pada zaman awal pembanguna Jepun iaitu dalam bidang politik. di dalam
pelembagaan Artikel 17 yang berasakan artikel pemerintahan konfusianisme. Kod
etika ini menjadi panduan kepada pegawai-pegawai pemerintah dan rakyat Jepun
dalam menjaga tingkah laku mereka. Selain itu, ianya turut menyatakan bahawa
kuasa tertinggi dalam negara terletak di tangan maharaja dan maharani.

27 Siti Dahsiah Anwar, Cara Berpikir Orang Jepang: Sebuah Perspektif Buddhisme,
Universitas Indonesia: Program Studi Jepang, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya,
2004, hlm. 120-125.

28 Ibid.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, pengaruh China terhadap tamadun Jepun sangat kuat sehingga
mampu menjadikan negara Jepun sebuah negara yang mencapai tahap
kegemilangan dalam peradapan dunia. Pengaruh China bermula dari abad ke-7
masihi telah mengubah bentuk politik Jepun melalui hubungan interaksi antara
China dan Jepun mencapai tahap yang membanggakan pada abad ke-7 Masihi.
Kemasukan pengaruh China ke dalam tamadun Jepun ini juga telah mengubah corak
kehidupan mereka melalui pengaruh agama Buddha sehingga dapat mencorak
serta menjadi pemangkin kepada keadaan politik negara Jepun. Namun, pada abad
ke-9 Masihi, pengaruh China mulai merosot. Pengaruh China telah menjadikan
sistem pentadbiran Jepun lebih sistematik.
Rujukan

Azhar Hi Mad Aros. et al, 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti:Titas Kertas 2. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azhar Hi Mad Aros. et al. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 2.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Faezah Kassim. 2003. Agama dan Falsafah di Jepun: Perkembangan dan Pengaruh
Terhadap Pemikiran Orang Jepun. Universiti Malaysia Sabah: Pusat Panataran
Ilmu dan Bahasa.

G. Albert. 1989. Japan:A Short Story History. New York: Publishing.

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Arenabuku Sdn. Bhd.

Richard Story. 1980. Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Dahsiah Anwar. 2004. Cara Berpikir Orang Jepang: Sebuah Perspektif
Buddhisme. Universitas Indonesia: Program Studi Jepang, Fakultas Ilmu
Pengetahuan Budaya.

Suryoharjodiprojo. et al. 1987. Manusia dan Masyarakat Jepang. Jakarta: Universitas


Indonesia.
Zalilah Binti Bahari. 2004. Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban Jepun. Kuala
Lumpur: Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya.

Great Reformation of the Taika Era; Taika no kaishin dlm.


http://global.britannica.com/event/Taika-era-reforms. 20 Mac 2016.

Taih-ry dlm. http://global.britannica.com/topic/Taiho-code. 24 Mac 2016.

Umayado dlm. http://global.britannica.com/biography/Taishi-Shotoku. 20 Mac


2016.