Anda di halaman 1dari 33

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR 02

FALSAFAH UNIVERSITI 03

KOKURIKULUM DAN PELAKSANAAN 04

CARTA ORGANISASI 19

SINOPSIS KURSUS KOKURIKULUM 20

KATA PENGANTAR

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 1


_______________________________
PUPUK KUIN
Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada saudara/i para pelajar
baharu yang telah ditawarkan untuk mendaftar sebagai pelajar Kolej Universiti Insaniah pada
pengambilan kali ini. Selepas ini selain mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan program
yang dipilih, saudara/i juga wajib mendaftar kursus kokurikulum sebelum dianugerahkan ijazah
pada akhir pengajian nanti.

Kursus kokurikulum di Kolej Universiti Insaniah ini telah dilaksanakan semenjak


penubuhannya pada 2005. Sepanjang tempoh pelaksanaannya telah banyak perubahan dan
penambahbaikan telah dilaksanakan antaranya proses menyemak, mengemas kini, menyusun
dan memurnikan semula kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan agar isi kandungannya
sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Sehingga kini terdapat 19 kursus kokurikulum yang
boleh dipilih oleh pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Semua ini
dilakukan supaya kursus kokurikulum yang ditawarkan dapat benar-benar memainkan peranan
memupuk, mengasah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar supaya dapat dimanfaatkan
apabila saudara/i tamat pengajian dan berkhidmat kepada masyarakat suatu masa nanti.

Saya berharap saudara/i akan membaca buku panduan ini dengan teliti dan membuat
pemilihan kursus kokurikulum yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan saudara/i
supaya ia dapat memberikan nilai tambah dan menjadi pelengkap kepada bidang pengajian
yang telah ditawarkan kepada saudara/i. Selain itu, gunakanlah segala kemudahan yang
disediakan oleh pihak Kolej Universiti Insaniah ini melalui Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum (PUPUK) untuk saudara/i membina dan memantapkan sahsiah dan jati diri
kerana sesungguhnya saudara/i merupakan aset negara yang sangat bernilai.

Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan


dan cadangan daripada semua pihak dalam usaha kami meningkatkan lagi prestasi
perkhidmatan dalam semua urusan berkaitan pengendalian kursus kokurikulum demi kemajuan
pendidikan kokurikulum di Kolej Universiti ini.
Salam hormat dan selamat maju jaya.

PENEROKAAN KE ARAH KEBIJAKSANAAN

Hadijah Johari
Pengarah,
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PUPUK),
Kolej Universiti Insaniah.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 2


_______________________________
PUPUK KUIN
FALSAFAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Mengagungkan ilmu hakiki, membina, mengamal dan menyebarkan untuk mencapai
kebahagian dunia dan akhirat melalui:
Gabungan ilmu dan peradaban yang tulen
Gabungan kajian-kajian serta aktiviti-aktiviti duniawi dan ukhrawi.

OBJEKTIF KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


Melahirkan golongan berpengetahuan Islam dan kemahiran profesional yang
menghayati Islam.
Membangunkan ummah berlandaskan akidah ahlussunnah wal jamaah yang berfikiran
terbuka, rasional, bervisi jauh, berketerampilan dan berkeyakinan teguh.
Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk
dimanfaatkan.
Menggunakan teknologi maklumat dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan,
perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
Menjalinkan hubungan akademik pada peringkat antarabangsa.
Melahirkan generasi bertakwa, berakhlak mulia, personaliti yang seimbang, harmonis
dan holistik.

VISI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


Menjadi sebuah universiti yang sentiasa dilindungi Allah Subahanahu Wataala dalam
usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

MISI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


Mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi Ilmu.
MOTO KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Penerokaan Ke Arah Kebijaksanaan

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 3


_______________________________
PUPUK KUIN
KOKURIKULUM DAN PELAKSANAAN

1.0 PENGENALAN

Kegiatan kokurikulum telah diperkenalkan di Kolej Universiti Insaniah sejak tahun 2005.
Kursus kokurikulum dijadikan sebahagian kursus wajib seperti kursus-kursus Teras Universiti
yang lain. Justeru, setiap kegiatan kursus kokurikulum yang diceburi oleh pelajar akan
diberikan kredit dan dikira bersama-sama kursus akademik yang lain sebelum pelajar
bergraduasi.
Oleh sebab itu, kursus kokurikulum hendaklah diberikan keutamaan sebagai kursus akademik
dan bukannya sebagai kegiatan sampingan/sambilan sahaja. Kegagalan mendaftar kursus
kokurikulum sepanjang pengajian akan menggagalkan pelajar bergraduasi.
Bermula pada tahun 2005 sehingga kini kursus kokurikulum telah bertambah bidang
berdasarkan pertambahan jumlah pelajar dan kepelbagaian minat serta keperluan semasa.

2.0 OBJEKTIF KEGIATAN KOKURIKULUM

Program kokurikulum mempunyai objektif seperti berikut:


1. Memenuhi hasrat Universiti untuk mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh
supaya pelajar menjadi graduan yang lebih matang dan berdaya saing;
2. Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama
kumpulan dalam kalangan pelajar dan
3. Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 4


_______________________________
PUPUK KUIN
3.0 DASAR PELAKSANAAN

Kursus kokurikulum merupakan kegiatan akademik yang diwajibkan ke atas semua pelajar
yang mendaftar mengikuti pengajian pada peringkat Diploma dan Ijazah di Kolej Universiti
Insaniah. Para pelajar dikehendaki lulus dalam kursus kokurikulum yang disertainya
sepertimana kursus akademik yang lain sebelum bergraduasi.

3.1 Jumlah Kredit


Jumlah kredit bagi kursus kokurikulum ialah 2 kredit. 1 kredit bagi kursus
kokurikulum Tahap 1 (Kok 1) dan baki 1 kredit lagi untuk kursus kokurikulum
Tahap 2 (Kok 2).

3.2 Pemilihan kursus


Pelajar bebas memilih dan mendaftar mana-mana kursus yang diminatinya
bergantung kepada kekosongan tempat yang ditawarkan.

4.0 UNIT DAN SUBUNIT KOKURIKULUM


Bil Subunit Kod & Nama Kursus
Kokurikulum
1 Unit Uniform ASKAR WATANIAH 1 ( VAW 1011/ VAW 111 ) /
ASKAR WATANIAH 2 ( VAW 1021/ VAW 121 )
JABATAN PERTAHANAN AWAM 1 ( VPA 1011/ VPA 111 ) /
JABATAN PERTAHANAN AWAM 2 ( VPA 1021/ VPA 121 )
BRIDGED BOMBA 1 ( VBB 1011/ VBB 111 ) /
BRIDGED BOMBA 2 (VBB 1021/ VBB 121 )
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 ( VSM 1011/ VSM 111 ) /
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2 ( VSM 1021/ VSM 121 )
KELANA SISWA 1 ( VKS 1011/ VKS 111 ) /
KELANA SISWA 2 (VKS 1021/ VKS 121)
PUTERI ISLAM 1 ( VPI 1011/ VPI 111 ) /
PUTERI ISLAM 2 ( VPI 1021/ VPI 121 )
2 Unit TAHSIN AL-QURAN 1 ( VTQ 1011 / VTQ 111 ) /

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 5


_______________________________
PUPUK KUIN
Kesenian TAHSIN AL-QURAN 2 ( VTQ 1021 / VTQ 121 )
SENI KALIGRAFI KHAT 1 ( VKK 1011 / VKK 111 ) /
Islam
SENI KALIGRAFI KHAT 2 ( VKK 1021 / VKK 121 )
SENI AL-QURAN 1 ( VSQ 1011 / VSQ 111 ) /
SENI AL-QURAN 2 ( VSQ 1021 / VSQ 121 )
MARHABAN, BERZANJI & BURDAH 1 ( VMB 1011/ VMB 111 )
MARHABAN, BERZANJI & BURDAH 2 ( VMB 1021/ VMB 121 )
3 Unit PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 1 ( VRS 1011/ VRS 111 ) /
Kepimpinan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2 ( VRS 1021/ VRS 121 )
KEPIMPINAN 1 ( VKP 1011 / VKP 111 ) /
dan Seni
KEPIMPINAN 2 ( VKP 1021 / VKP 121 )
Ucap
PENGURUSAN MASJID & DAKWAH 1 ( VMD 1011/ VMD 111 ) /
PENGURUSAN MASJID & DAKWAH 2 ( VMD 1021 / VMD 121 )
DEBAT BAHASA MELAYU 1 ( VDM 1011 / VDM 111 )
DEBAT BAHASA MELAYU 2 ( VDM 1021 / VDM 121 )
DEBAT BAHSA ARAB 1 ( VDA 1011 / VDA 111 )
DEBAT BAHASA ARAB 2 ( VDA 1021 / VDA 121 )
DEBAT BAHASA INGGERIS 1 ( VDI 1011/ VDI 111 ) /
DEBAT BAHASA INGGERIS 2 ( VDI 1021 / VDI 121 )
4 Unit Seni KARATE DO 1 ( VKO 1011/ VKO 111 ) /
Bela Diri KARATE DO 2 (VKO 1021/ VKO 121 )
SILAT CEKAK HANAFI 1 ( VSC 1011/ VSC 111 ) /
SILAT CEKAK HANAFI 2 (VSC 1021/ VSC 121 )
SILAT GAYONG HARIMAU HITAM 1 ( VGH 1011/ VGH 111 ) /
SILAT GAYONG HARIMAU HITAM 2 (VGH 1021/ VGH 121 )

5.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Semua kursus kokurikulum yang ditawarkan pada setiap semester adalah tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

1. Perlu mendaftar dan lulus Kursus Kokurikulum Tahap 1 sebelum mendaftar


kursus Tahap 2 kecuali bagi kes tertentu pelajar boleh mendaftar kursus Tahap

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 6


_______________________________
PUPUK KUIN
2 dengan syarat mendapat kelulusan daripada Pengarah Pusat Pengajian Umum
dan Kokurikulum (PUPUK)
2. Sekiranya gagal atau mendapat status BAR (XK) semasa Kursus Kokurikulum
Tahap 1 pelajar hendaklah mengulang semula dengan mendaftar Kursus
Kokurikulum Tahap 1 yang berbeza daripada kursus kokurikulum kali pertama.
3. Sekiranya gagal atau mendapat status XK semasa Kursus Kokurikulum Tahap 2
pelajar hendaklah mengulang semula dengan mendaftar Kursus Kokurikulum
Tahap 2 yang sama (menjamin kesinambungan kursus kokurikulum) kecuali
bagi kes tertentu pelajar boleh mendaftar kursus Tahap 2 yang berlainan dengan
syarat mendapat kelulusan daripada Pengarah Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum (PUPUK)

6.0 PENDAFTARAN KURSUS

Pelajar boleh memilih mana-mana kursus kokurikulum yang ditawarkan sahaja. Kebiasaannya
pelajar harus mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum pada semester pertama ketika
memulakan pengajiannya di universiti ini.

Pendaftaran kursus kokurikulum Tahap 1 akan dibuat oleh Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum (PUPUK) berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh pelajar. Pelajar mesti mengisi
Borang Pemilihan Kokurikulum BKP (A) dan mengembalikan kepada Pusat Pengajian Umum
dan Kokurikulum (PUPUK) secepat mungkin. Pelajar perlu memastikan nombor kod kursus
kokurikulum yang dipilih bertepatan dengan jenis kursus yang akan diikuti. Manakala
pendaftaran kursus kokurikulum Tahap 2 akan dilakukan secara automatik (auto-registartion)
melalui sistem pendafatarn kursus (ICMS).

Pelajar tidak dibenarkan mengikuti kuliah kursus kokurikulum sekiranya tidak mendaftar
kursus tersebut. Sekiranya pelajar ingin menukar atau menggugurkan kursus kokurikulum
selepas mendaftar, sila berbuat demikian melalui proses gugur/tambah atau tarik diri mengikut

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 7


_______________________________
PUPUK KUIN
tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan dalam peraturan akademik universiti. (Perkara 3.4
dan 3.5 Peraturan Akademik Pindaan 2014).

7.0 YURAN PENDAFTARAN

Setiap pelajar diwajibkan untuk membayar yuran kokurikulum sebanyak RM150.00 (Ringgit
Malaysia:Seratus Lima Puluh) untuk setiap 1 kredit. Justeru, untuk Kursus Kokurikulum 1 dan
Kursus Kokurikulum 2 jumlah yuran adalah sebanyak RM300.00.

8.0 PEMINDAHAN KREDIT

Pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk kursus kokurikulum tertentu tertakluk kepada
kesesuaian serta memenuhi syarat-syarat pemindahan kredit seperti ditetapkan oleh universiti.
Pertimbangan untuk pemindahan kredit dibuat berdasarkan kelayakan berikut:
1. Pelajar lulusan Diploma dari Kolej Universiti Insaniah, UiTM, KUIS dan institusi lain
yang diiktiraf dan LULUS kursus kokurikulum yang sama sukatan pelajarannya seperti
yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah.
2. Pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Profesional dari Institusi/Badan yang diiktiraf
dalam bidang-bidang yang sama diikuti di Kolej Universiti Insaniah seperti Sijil
Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Pelajar yang mempunyai kelayakan seperti di atas dinasihatkan supaya membawa bersama-
sama mereka dokumen yang boleh membantu permohonan pemindahan kredit yang boleh
dibuat melalui borang khusus yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik. Walau
bagaimanapun, keputusan muktamad kelulusan pemindahan kredit adalah tertakluk kepada
pertimbangan Senat Universiti.

Permohonan perlu dibuat secepat mungkin dan dalam semester pertama kemasukan pelajar
mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik. Permohonan selepas
itu tidak akan dilayan.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 8


_______________________________
PUPUK KUIN
9.0 PENAMBAHAN DAN PENGGUGURAN KURSUS KOKURIKULUM

Syarat-syarat penambahan dan/atau pengguguran kursus kokurikulum adalah sama dengan


syarat yang diperuntukan bagi kursus-kursus akademik yang lain.

10.0 KEPERLUAN KURSUS

Pelajar dikehendaki mengikuti semua program yang disusun untuk setiap kursus termasuk
Aktiviti Dalam Kampus (ADK) untuk Kursus Kokurikulum Tahap 1 dan Aktiviti Luar Kampus
(ALK) untuk Kursus Kokurikulum Tahap 2. Semua aktiviti ini adalah bertujuan untuk
membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori kepada praktikal.

11.0 PENILAIAN

Setiap kumpulan kursus kokurikulum mempunyai pengukuran penilaian yang berbeza-beza


tetapi penilaian terhadap faktor-faktor asas yang diseragamkan iaitu:
1. Ujian bertulis/ teori
2. Latihan amali, kepimpinan dan prestasi pembinaan sahsiah
3. Kemahiran yang dicapai
4. Penglibatan diri dalam setiap aktiviti kokurikulum termasuk kehadiran ke kuliah, kawad
dan sebagainya.

12.0 NILAI KREDIT

Satu (1) kredit akan diberikan kepada aktiviti kokurikulum bagi setiap semester apabila pelajar
memenuhi keperluan penilaian yang ditetapkan. Kredit ini akan dikira pada setiap semester
berdaftar dan diambilkira dalam purata mata gred semester. Pelajar hendaklah mengumpul dua
(2) kredit daripada kursus kokurikulum sebelum layak bergraduasi.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 9


_______________________________
PUPUK KUIN
13.0 PAKAIAN SERAGAM

Setiap pelajar hanya dibenarkan memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Pusat
Pengajian Umum dan Kokurikulum (PUPUK) atau kursus kokurikulum masing-masing semasa
mengikuti kuliah atau menjalani latihan sama ada di dalam ataupun di luar kampus. Pelajar
yang tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan tidak dibenarkan mengikuti
kuliah/aktiviti kokurikulum manakala kehadiran tidak akan diambilkira.

14.0 MASA KULIAH/AKTIVITI KOKURIKULUM

Semua kuliah dan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Khamis mengikut slot
masa yang ditetapkan seperti berikut:

SLOT MASA
Pertama 2.00-4.00 Petang
Kedua 4.00-6.00 Petang

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 10


_______________________________
PUPUK KUIN
15.0 AKTIVITI KURSUS KOKURIKULUM

1. AKTIVITI DALAM KAMPUS (ADK)

Aktiviti Dalam Kampus (ADK) adalah kemuncak pembelajaran kokurikulum


bagi Tahap 1 yang mempamerkan output pembelajaran secara amali melalui
persembahan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Pelajar kokurikulum
diwajibkan berpatisipasi dalam program ini sebagai sebahagian daripada
penilaian pembelajaran kokurikulum.

2. AKTIVITI LUAR KAMPUS (ALK)

Aktiviti Luar Kampus (ALK) merupakan aktiviti wajib bagi pelajar kursus
kokurikulum Tahap 2. ALK harus berteraskan keperluan pembangunan
kemahiran insaniah dengan tumpuan kepada nilai-nilai kerjasama
berkumpulan, kepimpinan serta membangunkan daya dan kemampuan
interaksi dan komunikasi secara efektif dengan masyarakat setempat. ALK ini
dicernakan daripada kursus-kursus kokurikulum bagi memberi ruang kepada
pelajar mengadakan interaksi komuniti, budaya dan intelek dalam usaha
merealisasikan integrasi nasional dan mahasiswa universiti yang mempunyai
jati diri dan nilai kasih sayang sejagat. Pada akhir ALK pelajar diminta untuk
menyediakan dokumentasi/laporan projek untuk dinilai oleh jurulatih.
ena
16.0 PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN

Peperiksaan teori kokurikulum bagi kursus-kursus tertentu akan diadakan pada minggu ke-10
hingga ke-12. Peperiksaan amali akan dibuat pada waktu-waktu yang sesuai mengikut dasar
penilaian berterusan.

Semua keputusan kursus kokurikulum diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA)
sepertimana kursus-kursus akademik yang lain.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 11


_______________________________
PUPUK KUIN
17.0 PERATURAN PERLU

Pelajar diberi kebebasan memilih kursus yang diminatinya akan tetapi kursus tersebut
hendaklah terdiri daripada kelompok yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum (PUPUK) pada semester yang berkenaan. Pendaftaran bagi kursus tersebut akan
diterima tertakluk kepada kouta pengambilan yang telah ditetapkan bagi setiap semester.

Setelah mendaftar dan mengikuti kursus kokurikulum terpilih, pelajar tidak dibenarkan untuk
menukar kursus selepas tamat tempoh gugur/tambah kursus. Oleh sebab itu, setiap pelajar harus
berhati-hati sebelum membuat pilihan.

Setiap pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan


oleh Universiti dari semasa ke semasa.

18.0 RAYUAN

Rayuan berkaitan perkara-perkara berikut boleh dibuat oleh pelajar mengikut keperluan:
1. Pertukaran kursus kokurikulum
2. Penangguhan Aktiviti Dalam Kampus ADK) / Aktiviti Luar Kampus (ALK)
3. Pengecualian Aktiviti Dalam Kampus ADK) / Aktiviti Luar Kampus (ALK)
4. Semak semula gred kursus

18.1 Pertukaran
Jika dalam keadaan tertentu, apabila pelajar tidak dapat meneruskan kursus
kokurikulum yang dipilihnya maka mereka boleh memohon untuk menukar
kursus kokurikulum dengan menghantar surat permohonan menukar kursus
kepada Pengarah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PUPUK). Walau
bagaimanapun, sebarang kelulusan perlu disertakan dengan surat pengesahan

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 12


_______________________________
PUPUK KUIN
contohnya apabila berkaitan masalah kesihatan surat permohonan perlu
disokong dengan surat pengesahan doktor bertauliah serta Dekan Kulliyyah.

18.2 Penangguhan
Penangguhan hanya akan diberikan atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah
seperti kesihatan dan keperluan akademik berdasarkan permohonan pelajar.

18.3 Pengecualian
Permohonan boleh dibuat untuk mendapat pengecualian menyertai Aktiviti
Dalam Kampus (ADK) / Aktiviti Luar Kampus (ALK) / aktiviti lain pada masa-
masa tertentu dengan cara mengemukakan surat pengesahan doktor bertauliah
dan diiktiraf bagi mengesahkan taraf kesihatan fizikal dan/atau mental
pemohon. Walau bagaimanapun, jika pengecualian diluluskan maka pelajar
dikehendaki menggantikannya dengan tugasan lain yang sama penilaiannya.

19.0 LULUS BERSYARAT DAN IZIN MENGULANG

Kursus kokurikulum ditawarkan mengikut dasar yang sama dengan kursus akademik yang lain.
Pelajar yang gagal atau mendapat status XK (dihalang menduduki peperiksaan) dibenarkan
mengulang semester. Pelajar hendaklah mengulangi sepenuhnya kursus kokurikulum yang
diikuti sebelumnya.

20.0 PEMILIHAN DAN KEHADIRAN KULIAH

20.1 Pemilihan untuk menyertai kursus kokurikulum ditentukan oleh pelajar. Walau
bagaimanapun, pendaftaran ini tertakluk kepada kekosongan tempat yang
disediakan. Pelajar hendaklah memilih kursus-kursus lain sekiranya kouta
sesuatu kursus kokurikulum tertentu telah dipenuhi. Kelewatan/kegagalan
mendaftar kursus kokurikulum akan menimbulkan masalah dalam proses
bergraduasi.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 13


_______________________________
PUPUK KUIN
20.2 Kursus Kokurikulum pelajar cacat

Pelajar yang disahkan cacat dikehendaki mengikuti kursus kokurikulum seperti


mana pelajar lain. Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum akan memberi nasihat/bimbingan bagi pelajar berkenaan untuk
mengikuti kursus kokurikulum yang bersesuaian dengan keupayaannya.

20.3 Kehadiran

Sekiranya pelajar gagal pertama kali menghadiri kuliah kokurikulum, mereka


akan diberikan amaran secara lisan oleh jurulatih.

Sekiranya pelajar tidak menghadiri kuliah kokurikulum sebanyak dua (2) kali,
jurulatih dikehendaki memaklumkannya kepada Pengarah PUPUK dan amaran
akan diberikan kepada pelajar berkenaan supaya memberi sebab-sebab
ketidakhadirannya.

Sekiranya pelajar tidak menghadiri kuliah kokurikulum tiga (3) kali bagi sesuatu
semester dengan tiada sebab munasabah, jurulatih dikehendaki menghantar
nama pelajar dan maklumat berkaitan kepada Pengarah untuk tindakan tatatertib
dan dibatalkan pendaftaran kursus kokurikulum bagi semester berkenaan secara
tidak langsung menghalangnya mengikuti kursus kokurikulum berkenaan dan
diberikan gred XK selaras dengan Perkara 6.2.3 Buku Peraturan Akademik
Pindaan 2014 (Mana-mana pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% tanpa
sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
pensyarah berkenaan akan dihalang daripada mengambil kerja kursus dan/atau
peperiksaan akhir bagi kursus tersebut oleh Dekan Kulliyyah program
pengajiannya).

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 14


_______________________________
PUPUK KUIN
21.0 KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar PUPUK


menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
1. Dewan
2. Bilik kuliah
3. Padang
4. Kompleks sukan
5. Alat bantu mengajar

PUPUK juga komited dalam memberi perkhidmatan berikut untuk kepentingan


pelajar dalam membangunkan bakat dan potensi.

1. Seminar/Bengkel Pembangunan Kemahiran Insaniah.


2. Diskusi Intelek bersama tokoh akademik/korporat.
3. Konsultansi dan penganjuran dalam bidang Kebudayaan dan Kesenian.
4. Penganjuran Karnival Kokurikulum pada setiap semester.
5. Penganjuran aktiviti pemajuan pelajar dalam semua bidang pembelajaran
kursus kokurikulum termasuk kepimpinan dan kemasyarakatan.
6. Galeri PUPUK Menempatkan koleksi pelajar kursus kokurikulum

22.0 GRED DAN NILAI GRED

Gred dan nilai gred yang diberikan bagi sesuatu kursus seperti berikut:
SKALA MARKAH GRED NILAI GRED
90-100 A+ 4.00 (Amat cemerlang)
80-89 A 4.00 (Amat cemerlang)
75-79 A- 3.67 (Cemerlang)
70-74 B+ 3.33 (Amat Baik)
65-69 B 3.00 (Sederhana Baik)
60-64 B- 2.67 (Baik)
55-59 C+ 2.33 (Memuaskan)
50-54 C 2.00 (Lulus)
45-49 C- 1.67 (Lulus Bersyarat)
40-44 D 1.33 (Gagal)
35-39 E 1.00 (Gagal)
0-34 F 0.00 (Gagal)
GHA 0.00 (Gagal Hadir Peperiksaan Akhir)
GHB 0.00 (Gagal Hadir Penilaian Berterusan)
XK 0.00 (Dihalang)
TL -(Tidak Lengkap)
Buku Panduan Kursus Kokurikulum 15
_______________________________
PUPUK KUIN
TK -(Tidak hadir dengan kebenaran)
TD -(Tarik Diri)
PK -(Pengecualian kredit)
PM -(Pemindahan Kredit)
AU -(Audit)
CP -(Kecurangan akademik)
XM -(Pemarkahan Tidak Lengkap)

23.0 ETIKA PELAJAR

Bagi mendapatkan output yang terbaik dalam proses pembelajaran kursus kokurikulum, semua
pelajar hendaklah mengambil perhatian etika pembelajaran seperti berikut:

1. Hadir kuliah/latihan 5 minit lebih awal pada setiap sesi kuliah atau
latihan seperti yang dijadualkan.
2. Berpakaian sesuai dengan bidang latihan seperti yang ditetapkan oleh
jurulatih mengikut komponen pembelajaran.
3. Memberi tumpuan dalam sesi latihan dan pengkuliahan dan
menghormati rakan-rakan serta arahan-arahan daripada jurulatih.
4. Mengamalkan sikap kerjasama berkumpulan dalam siri pembelajaran
berorentasikan kerja berkumpulan.
5. Mengamal dan menggalakkan interaksi dan komunikasi yang
berkesan dan menanamkan sikap nilai-nilai murni, kesopanan dan
budi bahasa yang baik dikalangan ahli kumpulan.
6. Aktif berpatisipasi dalam sesi percambahan idea dan pencernaan
minda dalam sesi-sesi diskusi pengorganisasian.
7. Berusaha menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan dan tidak memplagiat hasil kerja.
8. Mengikuti latihan-latihan amali dengan komitmen yang tinggi bagi
mencapai output kursus yang maksima.
9. Mengemukakan dokumen yang sah sebagai tunjuk sebab sekiranya
gagal menghadiri sesi kuliah ataupun aktiviti.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 16


_______________________________
PUPUK KUIN
24.0 ETIKA KEJURULATIHAN

Etika berikut hendaklah dipatuhi bagi menjamin kelancaran pengajaran


kursus kokurikulum. Tumpuan khususnya dari aspek psikomotor, afektif
dan kognitif pelajar hendaklah diperhatikan bagi mendapatkan hasil
pembelajaran yang maksima.

1. Hadir dalam bengkel kejurulatihan, mesyuarat dan taklimat


kokurikulum pada tiap-tiap permulaan semester.
2. Memulakan sesi pengajaran tepat mengikut jadual dan mempastikan
pelajar hadir 5 minit awal daripada masa kuliah yang ditetapkan.
3. Mencatat kehadiran pelajar sebelum memulakan kuliah/aktiviti,
mempastikan kesahihan dokumen tunjuk sebab pelajar yang gagal
menghadiri sesi kuliah atau aktiviti.
4. Tidak menimbulkan isu-isu sensitif dalam pengajaran misalnya
perkauman, keagamaan dan politik semasa sesi kuliah atau aktiviti.
5. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan
menggalakkan sikap kerjasama, kesopanan, budi bahasa dan
perpaduan dalam kalangan pelajar.
6. Membuat pemerhatian dan penilaian terhadap penguasaan kemahiran
insaniah pelajar.
7. Membuat pemerhatian dan penilaian pelajar berkaitan dengan tahap
kemajuan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kursus yang
ditangani.
8. Mempastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat diterima dan
difahami oleh pelajar.
9. Mempastikan suasana pembelajaran adalah sesuai dan kondusif dan
persediaan bahan pengajaran adalah mencukupi dan relevan.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 17


_______________________________
PUPUK KUIN
10. Menceriakan suasana pembelajaran dan sentiasa prihatin terhadap
masalah pembelajaran pelajar.

25.0 FUNGSI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

Pusat ini merupakan badan pelaksana ke atas semua keputusan oleh mana-mana mesyuarat
jawatankuasa tentang perjalanan kursus kokurikulum dan akan bertanggungjawab untuk
memastikan supaya semua keputusan dilaksanakan dengan baik dan teratur.

CATATAN :
Panduan dan pelaksanaan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, jika diperlukan.

CARTA ORGANISASI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM (PUPUK)

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 18


_______________________________
PUPUK KUIN
SINOPSIS
KURSUS
Buku Panduan Kursus Kokurikulum 19
_______________________________
PUPUK KUIN
KOKURIKULUM

UNIT UNIFORM

1.0 OBJEKTIF
1. Mendedahkan mahasiswa kepada ilmu ketenteraan, pertolongan cemas,
kebombaan dan kemahiran hidup.
2. Membentuk semangat kepimpinan dan daya tahan dalam kalangan mahasiswa.
3. Menyediakan tenaga sukarela terlatih yang bertauliah dan sentiasa bersiap sedia
untuk menyumbang tenaga dalam komuniti.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Kursus Kokurikulum Tahap 1 dan
Kursus Kokurikulum Tahap 2 yang dirancang sebegitu rupa bagi mencapai maksud
objektif. Sepanjang berkuliah pelajar akan didedahkan dengan ilmu ketenteraan,
pertolongan cemas, kebombaan, perkhemahan dan kemahiran hidup.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 20


_______________________________
PUPUK KUIN
Kursus akan dikendalikan dalam bentuk syarahan, dan latihan amali (termasuk kawad).
Selain itu, pelajar juga diminta menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap
aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah sangat digalakkan.

Aktiviti berkumpulan amat digalakkan dengan lantikan AJK khusus untuk setiap kursus
dan juga unit.

Pertemuan kursus akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian
silibus kursus.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 21


_______________________________
PUPUK KUIN
3.0 PENILAIAN

Pada keseluruhannya pecahan kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada metode


perlaksanaan pembelajaran kokurikulum iaitu :

1. Penglibatan 10%
2. Sahsiah 5%
3. Kuiz/ Ujian/Pembentangan 10%
4. Porfolio 15%
5. Projek 30%
6. Amali 30%
Jumlah 100%

4.0 KURSUS DAN SINOPSIS KURSUS YANG DITAWARKAN

1. ASKAR WATANIAH 1 ( VAW 1011/ VAW 111 ) /


ASKAR WATANIAH 2 ( VAW 1021/ VAW 121 )

Sinopsis:
Para pelajar akan diajar tentang kawad kaki, kawad senjata, mengenal dan menggunakan
senjata secara teori dan praktikal, latihan menembak dan medan mendedahkan pelajar tentang
ketenteraan serta memantapkan semangat cintakan agama dan negara.

2. JABATAN PERTAHANAN AWAM 1 ( VPA 1011/ VPA 111 ) /


JABATAN PERTAHANAN AWAM 2 ( VPA 1021/ VPA 121 )

Sinopsis:
Kursus ini adalah kursus awalan dalam siri-siri kursus Pertahanan Awam. Para pelajar
diperkenalkan pekada organisasi Pertahanan Awam meliputi sejarah penubuhannya dan

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 22


_______________________________
PUPUK KUIN
kepentingannya dalam pembangunan negara. Pada peringkat ini pelajar akan didedahkan
dengan aktiviti, latihan, tugasan dan silibus serta peranan Pertahanan Awam masa kini.

3. BRIDGED BOMBA 1 ( VBB 1011/ VBB 111 ) /


BRIDGED BOMBA 2 (VBB 1021/ VBB 121 )

Sinopsis:
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar kepada ilmu asas kebombaan dari segi teori
dan praktikal.Teori-teori kebombaan akan merangkumi hal-hal lain yang berhubung dengan
kebakaran, alat pemadam api, jenis api dan teknik-teknik pemadam api yang berkesan. Dari
segi praktikal, teknik-teknik kawad kaki akan diberikan.

4. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 ( VSM 1011/ VSM 111 ) /


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2 ( VSM 1021/ VSM 121 )

Sinopsis:
Pelajar akan mempelajari konsep pertolongan cemas, sistem pekelilingan, sistem pernafasan,
renjatan, luka-luka dan pendarahan, patah dan terkehel, pitam, kaedah CPR serta sejarah dan
struktur organisasi Palang Merah Malaysia dan Antarabangsa, dan kem-kem latihan bencana
alam.

5. KELANA SISWA 1 ( VKS 1011/ VKS 111 ) /


KELANA SISWA 2 (VKS 1021/ VKS 121 )

Sinopsis:
Kursus ini akan melatih siswa dan siswi mengenali dan mengetahui tugas-tugas Hal Ehwal
Perlembagaan Negara, Bahagian perkhidmatan Awam, Dasar-dasar negara, Peranan dan Fungsi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Siswa juga akan mengikuti Kursus Manikayu Peringkat II
diakhir Semester.
UNIT KESENIAN ISLAM

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 23


_______________________________
PUPUK KUIN
1.0 OBJEKTIF
1. Mendedahkan mahasiswa kepada ilmu kesenian Islam.
2. Membolehkan mahasiswa menguasai cabang kesenian Islam.
3. Merangsang imaginasi dan kreativiti mahasiswa.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Kursus Kokurikulum Tahap 1 dan
Kursus Kokurikulum Tahap 2 yang dirancang sebegitu rupa bagi mencapai maksud
objektif. Sepanjang berkuliah pelajar akan didedahkan dengan cabang kesenian Islam
seperti Seni al-Quran, Tahsin al-Quran, Seni Kaligrafi Khat dan Marhaban, Berzanji &
Burdah.

Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Pengibatan pelajar secara amali
diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasan ilmu dan
kemahiran akan diperolehi. Selain itu, pelajar juga diminta menyediakan dan
mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah
sangat digalakkan.

Aktiviti berkumpulan amat digalakkan dengan lantikan AJK khusus untuk setiap kursus
dan juga unit.

Pertemuan kursus akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian
silibus kursus.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 24


_______________________________
PUPUK KUIN
3.0 PENILAIAN

Pada keseluruhannya pecahan kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada metode


perlaksanaan pembelajaran kokurikulum iaitu :

1. Penglibatan 10%
2. Sahsiah 5%
3. Kuiz/ Ujian/Pembentangan 10%
4. Porfolio 15%
5. Projek 30%
6. Amali 30%
Jumlah 100%

4.0 KURSUS DAN SINOPSIS KURSUS YANG DITAWARKAN

1. MARHABAN, BERZANJI & BURDAH 1 ( VMB 1011/ VMB 111 )


MARHABAN, BERZANJI & BURDAH 2 ( VMB 1021/ VMB 121 )

Sinopsis:
Seni Marhaban, Berzanji dan Burdah ialah rangkaian Sastera Islam yang mengandungi selawat
dan salam, puji-pujian serta sirah nabawiyyah Muhammmad S.A.W. Seni ini diadaptasikan
dalam bentuk seni suara di dalam majlis-majlis yang tertentu seperti kenduri perkahwinan,
akikah dan sambutan Maulidur Rasul mengikut peraturan adat setempat. Dengan wujudnya
ilmu ini, ianya dapat melahirkan pelapis yang dapat memartabatkan cabang ilmu ini.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 25


_______________________________
PUPUK KUIN
2. TAHSIN AL-QURAN 1 ( VTQ 1011 / VTQ 111 ) /
TAHSIN AL-QURAN 2 ( VTQ 1021 / VTQ 121 )

Sinopsis:
Para pelajar akan diajar tentang ilmu tajwid bermula dengan pengenalan seperti tarif, hukum
mempelajari dan mempraktikkan ilmu tajwid berserta hukum-hukum asas. Seterusnya pelajar
akan diajar dan diuji secara teori dan praktikal

3. SENI KALIGRAFI KHAT 1 ( VKK 1011 / VKK 111 ) /


SENI KALIGRAFI KHAT 2 ( VKK 1021 / VKK 121 )

Sinopsis:
Seni Kaligrafi Khat ialah kaedah penulisan huruf hijaiyyah sama ada bersambung ataupun
tidak bersambung khususnya dalam penulisan khat Nasakh. Khat ini merupakan salah satu dari
khat Arab. Khat Nasakh dikenali juga dengan nama khat Wadhih. Khat ini terang dan mudah
dibaca. Mashaf-mashaf seluruh dunia kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan tulisan
khat Nasakh.

4. SENI AL-QURAN 1 ( VSQ 1011 / VSQ 111 ) /


SENI AL-QURAN 2 ( VSQ 1021 / VSQ 121 )

Sinopsis:
Ilmu taranum merupakan salah satu cabang dari ilmu al-Quran. Setelah mempelajari ilmu
taranum seseorang dapat mengetahui selok belok tentang perjalanan ilmu taranum khususnya di
Malaysia. Selain dari mempelajari secara teori ilmu taranum pelajar-pelajar juga dilatih secara
praktikal.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 26


_______________________________
PUPUK KUIN
UNIT BELA DIRI

1.0 OBJEKTIF
1. Mendedahkan mahasiswa kepada ilmu seni bela diri tradisi rakyat Malaysia dan
dunia.
2. Membolehkan mahasiswa menguasai cabang seni bela diri yang diminati.
3. Merangsang imaginasi dan kreativiti mahasiswa.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Kursus Kokurikulum Tahap 1 dan
Kursus Kokurikulum Tahap 2 yang dirancang sebegitu rupa bagi mencapai maksud
objektif. Sepanjang berkuliah pelajar akan didedahkan dengan cabang seni bela diri
tradisi rakyat Malaysia dan dunia seperti Silat Cekak Hanafi, Silat Gayong Harimau
Hitam dan Karate Do.

Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali
diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan ilmu dan
kemahiran akan diperolehi. Selain itu, pelajar juga diminta menyediakan dan
mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah
sangat digalakkan.

Aktiviti berkumpulan amat digalakkan dengan lantikan AJK khusus untuk setiap kursus
dan juga unit.

Pertemuan kursus akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian
silibus kursus.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 27


_______________________________
PUPUK KUIN
3.0 PENILAIAN

Pada keseluruhannya pecahan kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada metode


perlaksanaan pembelajaran kokurikulum iaitu :

1. Penglibatan 10%
2. Sahsiah 5%
3. Kuiz/ Ujian/Pembentangan 10%
4. Porfolio 15%
5. Projek 30%
6. Amali 30%
Jumlah 100%

4.0 KURSUS DAN SINOPSIS KURSUS YANG DITAWARKAN

1. KARATE DO 1 ( VKO 1011/ VKO 111 ) /


KARATE DO 2 (VKO 1021/ VKO 121 )

Sinopsis:
Kursus kokurikulum ini membolehkan pelajar mengetahui teknik-teknik menumbuk,
menendang dan asas elakan serta seni tempur (kumite), seni intipati karate (kata). Pelajar juga
akan didedahkan dengan istilah serta maksud seni bela diri karate yang dipelajarinya serta
dilatih untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang akan diadakan.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 28


_______________________________
PUPUK KUIN
2. SILAT CEKAK HANAFI 1 ( VSC 1011/ VSC 111 ) /
SILAT CEKAK HANAFI 2 (VSC 1021/ VSC 121 )

Sinopsis:
Kursus kokurikulum ini membolehkan pelajar mengetahui asas mempertahankan diri secara
tangan kosong hanya dengan berdiri lurus (seperti berdiri sembahyang) dan tangkisan
menggunakan kaedah tangkisan yang mudah dan ringkas untuk dipelajari sama ada lelaki
mahupun wanita. Pelajar juga akan dilatih untuk mengaplikasikan kaedah dan teknik yang
dipelari dalam keadaan kecemasan dan kehidupan seharian.

3. SILAT GAYONG HARIMAU HITAM 1 ( VGH 1011/ VGH 111 ) /


SILAT GAYONG HARIMAU HITAM 2 (VGH 1021/ VGH 121 )

Sinopsis:
Kursus kokurikulum ini membolehkan pelajar mengetahui teknik-teknik menumbuk,
mengelak, menendang, tempur tanpa senjata dan asas-asas tempur menggunakan kayu. Latihan
fizikal dan mental akan diajar agar pelajar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Sedikit
sejarah tentang pengasas dan sejarah penubuhan silat PSSGH serta sejarah pejuang-pejuang
Tanah Melayu bagi menanam sifat cintakan warisan bangsa dan tanah air.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 29


_______________________________
PUPUK KUIN
UNIT KEPIMPINAN DAN SENI UCAP

1.0 OBJEKTIF
1. Mendedahkan mahasiswa kepada ilmu kepimpinan dan seni ucap
2. Membolehkan mahasiswa mengetahui dan menguasai asas kepimpinan dan asas
pengucapan umum dalam berorganisasi.
3. Merangsang imaginasi dan kreativiti mahasiswa.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Kursus Kokurikulum Tahap 1 dan
Kursus Kokurikulum Tahap 2 yang dirancang sebegitu rupa bagi mencapai maksud
objektif. Sepanjang berkuliah pelajar akan didedahkan dengan cabang kepimpinan dan
seni ucap iaitu Kepimpinan, Pembimbing Rakan Sebaya, Debat Bahasa Melayu, Debat
Bahasa Arab dan Debat Bahasa Inggeris.

Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Pengibatan pelajar secara amali
diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan ilmu dan
kemahiran akan diperolehi. Selain itu, pelajar juga diminta menyediakan dan
mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah
sangat digalakkan.

Aktiviti berkumpulan amat digalakkan dengan lantikan AJK khusus untuk setiap kursus
dan juga unit.

Pertemuan kursus akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian
silibus kursus.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 30


_______________________________
PUPUK KUIN
3.0 PENILAIAN

Pada keseluruhannya pecahan kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada metode


perlaksanaan pembelajaran kokurikulum iaitu :

1. Penglibatan 10%
2. Sahsiah 5%
3. Kuiz/ Ujian/Pembentangan 10%
4. Porfolio 15%
5. Projek 30%
6. Amali 30%
Jumlah 100%

4.0 KURSUS DAN SINOPSIS KURSUS YANG DITAWARKAN

1. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 1 ( VRS 1011/ VRS 111 ) /


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2 ( VRS 1021/ VRS 121 )

Sinopsis:
Kursus PRS ini membolehkan para pelajar diberi latihan asas perhubungan kemanusiaan,
penerokaan kendiri dan kemahiran lanjutan mengikut keperluan sesebuah institusi. PRS
merupakan satu cara untuk membantu pelajar menghadapi isu dan cabaran hidup seharian dan
dalam dunia komunikasi serta pembelajaran dengan lebih berkesan. PRS berperanan sebagai
pelajar atau mahasiswa yang boleh dicontohi dan sebagai rakan sebaya yang mempunyai
kemahiran asas dalam membimbing rakan. PRS dianggap sebagai satu perkhidmatan sokongan
ke arah mencapai matlamat sebagai seorang pemimpin, pelajar serta mencapai visi dan misi
institusi.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 31


_______________________________
PUPUK KUIN
2. KEPIMPINAN 1 ( VKP 1011 / VKP 111 ) /
KEPIMPINAN 2 ( VKP 1021 / VKP 121 )

Sinopsis:

Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran kepemimpinan melalui perancangan dan


pelaksanaan projek (kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran fasilitator,
bekerja secara berpasukan dan etika dalam melaksanakan sesuatu aktiviti). Kandungan kursus
ini merangkumi aspek teori dalam bidang kepimpinan.

3. PENGURUSAN MASJID & DAKWAH 1 ( VMD 1011/ VMD 111 ) /


PENGURUSAN MASJID & DAKWAH 2 ( VMD 1021 / VMD 121 )

Sinopsis:
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek kemahiran, pengurusan, pengimarahan masjid
disamping melatih kemahiran dalam mengendali aktiviti-aktiviti berkaitan masjid,
pengendalian solat berjemaah, khutbah Jumaat, bacaan al-Quran, talqin, tahlil, pengurusan
jenazah, teknik berdakwah dan hal-hal berkaitan dakwah.

4. DEBAT BAHASA MELAYU 1 ( VDM 1011 / VDM 111 )


DEBAT BAHASA MELAYU 2 ( VDM 1021 / VDM 121 )

Sinopsis:
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik asas debat yang digunakan dalam
pertandingan debat tempatan mahupun antarabangsa. Melalui kursus ini pelajar dapat
mengaplikasi teknik yang dipelajari dalam aktiviti-aktiviti debat yang disertai serta
mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam bidang penyelidikan, pengucapan dan
penyampaian.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 32


_______________________________
PUPUK KUIN
5. DEBAT BAHSA ARAB 1 ( VDA 1011 / VDA 111 )
DEBAT BAHASA ARAB 2 ( VDA 1021 / VDA 121 )

Sinopsis:
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik asas debat yang digunakan dalam
pertandingan debat tempatan mahupun antarabangsa. Melalui kursus ini pelajar dapat
mengaplikasi teknik yang dipelajari dalam aktiviti-aktiviti debat yang disertai bahkan dalam
pelbagai keadaan yang memerlukan perdebatan.

6. DEBAT BAHASA INGGERIS 1 ( VDI 1011/ VDI 111 ) /


DEBAT BAHASA INGGERIS 2 ( VDI 1021 / VDI 121 )

Sinopsis:
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar kemahiran yang diperlukan untuk membuat
intrepretasi, menghasilkan hujah dan melibatkan diri dalam wacana intelek. Pelajar diberi input
akan konsep perdebatan bahasa Inggeris pada peringkat universiti secara kompetitif ditahap
kebangsaan dan antarabangsa yang mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi yang berkesan,
kemahiran berfikir, bekerja dalam kumpulan serta mengajar para pelajar berdikari dalam kajian
maklumat. Disamping itu, pelajar akan lebih berfikiran terbuka, logikal dan rasional dalam
menyelesaikan masalah dengan efektif.

Buku Panduan Kursus Kokurikulum 33


_______________________________
PUPUK KUIN

Anda mungkin juga menyukai