Anda di halaman 1dari 3

Mengapa JAKIM dan UMS memperakui pendakwah yang boleh dipertikaikan?

Pendakwah Islam yang konservatif secara sosial dan fundamental amat popular di Malaysia.
Mereka sangat disukai sehingga pulau-pulau boleh diberikan kepada mereka sebagai
habuan. Pendakwah yang saya maksudkan adalah seorang anak tempatan yang menjadi
kegemaran umat Muslim di Malaysia berduyun-duyun datang kepadanya adalah seseorang
mualaf.

Orang yang menggelar dirinya sebagai Ustaz Ayub Abdul Rahman ini akan memberi
ceramah percuma di negeri kelahiran saya, Sabah, dengan tajuk Perjalanan Hijrah dan
Dakwah: Catatan Kehidupan.

Beliau mendakwa dirinya adalah mantan paderi besar di Gereja St Augustine of Canterbury
di Frankfurter, Jerman yang sebelum ini dikenali dengan nama Reverend Anthony Samy
Perumal Viagulam.

Daripada ayat itu sahaja, kita sudah tahu ada sesuatu yang tak kena. Wahai rakyat Malaysia
yang tidak memakan khinzir, frankfurter adalah sejenis sosej. Tidak ada tempat bernama
Frankfurter di Jerman.

Gereja itu, bagaimana pun, adalah betul dan mempunyai alamat: Frankfurter Strasse 3,
Wiesbaden, Jerman. Strasse di Jerman merujuk kepada jalan. Jadi gereja itu terletak di
Jalan Frankfurter dan bukan di atas sosej yang tidak wujud.

Ada di antara kita yang mungkin berpendapat ia mungkin satu kesilapan yang tidak
disengajakan, yang mungkin ada orang Malaysia yang tersalah baca alamatnya. Jika
begitu, mengapa Ustaz Ayub tidak membetulkan poster itu? Bukankah dia warganegara
Malaysia, yang boleh berbahasa Melayu serta lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang?

Lebih aneh lagi: Ayub mengaku dirinya pernah menjadi seorang Katolik.

St Augustine of Canterbury adalah gelaran yang diberi kepadanya kerana beliau merupakan
Uskup Agung Canterbury yang pertama dan pengasas kepada apa yang dikenali sebagai
Gereja Inggeris atau Gereja Anglikan.

Sepertinya kita harus percaya bahawa seorang Katolik berbangsa India dari Pulau Pinang,
entah bagaimana akhirnya mengetuai sebuah gereja Anglikan. Dia juga mendakwa telah
dilatih di "Benedictine Abbey" di Switzerland.

Tidak ada biara yang bernama "Benedictine Abbey." Ordo Benediktin adalah sebuah Ordo
Katolik. Walaupun ordo itu memang mempunyai beberapa biara di Switzerland, tidak satu
pun yang diberi nama sempena ordo itu.

Untuk mengatakan bahawa adalah mungkin untuk seorang paderi Katolik menjadi ketua
gereja Anglikan dalam tahun 70-an adalah seperti membayangkan ianya mungkin untuk
Ayatollah untuk menjadi penasihat rohani kepada umat Sunni di Arab Saudi.
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di Utusan Malaysia, dia mengaku bahawa dia hidup
mewah sebagai seorang paderi - penerbangan kelas pertama dan dipandu di dalam kereta
mewah.

Yang akan menjadi berita kepada teman-teman paderi Katolik saya di luar sana ialah, jika
Ustaz Ayub adalah seperti yang dinyatakan dan dilatih di sebuah biara Benedictine, dia akan
tahu bahawa tiga sumpah untuk ordo Katolik adalah kemiskinan, kesucian dan ketaatan.
Kecuali anda adalah Paus atau dengan Vatikan, lebih baik anda percaya bahawa paderi
Katolik akan hanya terbang dengan kelas ekonomi.

Ustaz Ayub ini bahkan dianugerahi Tokoh Maal Hijrah di Sarawak atas sumbangannya
sebagai seorang mualaf yang baik dan usaha-usaha dakwahnya di negeri itu.

Apa yang membimbangkan bagi saya adalah bahawa dengan hanya beberapa pencarian
Google, saya dengan mudah membongkar kisah hidupnya. Tetapi nampaknya tidak satu
pun badan-badan penaja ceramah Ustaz Ayub ini peduli.

Jakim atau universiti di Sabah langsung tidak kisah untuk menyelidik kelayakan pendakwah
ini.

Rupa-rupanya pertanyaan telah dibuat ke atas gereja di mana Ustaz Ayub mengaku telah
melayani di sana dan gereja itu sendiri menegaskan bahawa dia tidak pernah menjadi
paderi di sana.

Jika ada seseorang pembohong yang mengaku telah murtad dari Islam dan mengadakan
beberapa siri ceramah di merata tempat untuk berkongsi tentang perjalanan hidupnya,
sudah pasti akan ada tunjuk perasaan dan mungkin ada beberapa Molotov cocktail dibaling
ke arahnya.

Tapi di sini kita mempunyai badan-badan kerajaan yang secara terbuka membenarkan
seseorang yang jelas mengelirukan orang ramai tentang latar belakangnya dan
menyebarkan propaganda anti-Kristian.

Yang menyedihkan ialah saya sangat yakin bahawa Ustaz Ayub tahu perbezaan antara
Protestan dan Katolik, tetapi dia dengan senang membuat cerita untuk memberi hiburan
kepada penonton yang cukup jahil untuk mempercayai bahawa lelaki ini telah diberi hidayah
iman dari Allah.

Orang-orang seperti Ustaz Ayub ini memanfaatkan ketakutan di kalangan umat Islam
setempat, dan mengambil kesempatan daripada kejahilan mereka di kala kita menghadapi
masalah hanya ada segelintir orang Islam yang mengerti tentang orang Kristian dan agama
Kristian secara umum.

Kristian tidak perlu menjadi musuh kepada orang Islam setempat apabila sangat jelas sekali
bahawa musuh itu adalah dari kalangan mereka sendiri dan diberi upah yang banyak
untuk berceramah.
* Artikel asal yang bertajuk Why are Jakim and UMS endorsing questionable preachers?
ini ditulis oleh Erna Mahyuni, dan diterbitkan di Malay Mail Online pada 20 April 2016.
Diterjemah oleh Calvin Ohsey.

Anda mungkin juga menyukai