Anda di halaman 1dari 3

ULASAN BUKU THE MYTH OF INDIVIDUALISM

1.0 PENGENALAN

Individualisme merujuk kepada satu set kepercayaan yang menytakan bahawa kejayaan
ekonomi adalah berasal daripada kerja keras sendiri, kehidupan peribadi adalah lebih
penting daripada kehidupan awam dan satu ideologi mengenai penentuan nasib sendiri
di mana seseorang bebas untuk memilih apa sahaja yang mahu dilakukannya. Namun
begitu, kepercayaan ini tidak dialami oleh realiti. Untuk menjadi seseorang, seseorang itu
perlu berhadapan dengan keahlian kumpulan yang berbeza dan peraturan tingkah laku
yang berbeza yang boleh mengehadkan kebebasan seseorang.

Selain itu, individualisme juga merupakan satu falsafah yang mempunyai pandangan
moral, politik dan sosial yang menekankan kemerdekaan manusia dan kepentingan
bertanggungjawab serta kebesasan sendiri. Seorang individualis akan melanjutkan
pencapaian dan kehendak peribadinya. Mereka menentang campur tangan luaran daripada
masyarakat, negara dan juga dari sebarang badan atau kumpulan ke atas pilihan peribadi
mereka. Individualisme juga merujuk kepada budaya dalam masyarakat moden yang
berkaitan dengan pemilikan peribadi (private poverty), konsumerisme, kelas sosial dan
globalisasi yang mempengaruhi kehidupan sosial mereka.

Selain itu, buku ini juga memperihalkan tentang bagaimana individualisme memberi
kesan kepada tingkah laku seseorang yang menyebabkan individualisme membentuk
suatu pilihan gaya hidup dalam masyarakat. Tambahan lagi, buku ini turut menyatakan
tentang bagaimana kita mewakili diri kita dalam kehidupan. Setiap orang adalah berbeza
dan tiada individu yang sama. Persekitaran sosial manusia mempengaruhi segala tingkah
laku dan membentuk budaya yang dipegang oleh seseorang itu dalam kelompok
sosialnya.
2.0 INTIPATI BUKU

Kesedaran untuk menjadikan diri kita lebih daripada individu lain adalah dengan
mempunyai simbol yang tertentu dari segi ekonomi, politik dan sosial. Simbol digunakan
dalam kehidupan manusia untuk memahami antara satu sama lain dan menghubungkan
interaksi sosial di antara manusia. Status sosial yang dimiliki oleh individu amat penting
dalam masyarakat bagi menentukan kedudukannya dalam struktur sosial. Perbezaan
dalam kalangan masyarakat yang ditentukan melalui stratifikasi sosial telah membentuk
hierarki pada struktur dalam kehidupan manusia. Karl Marx menyatakan bahawa
kedudukan ekonomi seseorang itulah yang menentukan struktur lapisan masyarakat.

Selain itu, pematuhan terhadap autoriti juga penting dalam kehidupan sosial
masyarakat. Pematuhan terhadap autoriti merupakan salah satu bentuk kawalan sosial
bagi membendung masyarakat dari kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tindakan
undang-undang melalui akta-akta yang disabitkan dengan kesalahan yang telah dilakukan.
Tambahan lagi, konflik yang wujud dalam kalangan manusia adalah disebabkan oleh
pengaruh kuasa dan politik yang ada pada sesuatu kumpulan atau masyarakat tersebut.
Contohnya, dalam kehidupan masyarakat yang semakin kompleks, konflik antara
kumpulan tetap wujud bagi mengekalkan identiti masing-masing, kuasa, ideologi dan
pegangan politik yang dipegang oleh kumpulan masing-masing.

Seterusnya, keluarga merupakan unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang
mempunyai hubungan kekeluargaan. Kelas sosial dalam masyarakat mempunyai
hubungan rapat dengan institusi keluarga. Contohnya, individu yang lahir dalam keluarga
kelas atasan akan sentiasa berada dalam kelas sosial tersebut. Namun begitu, individu
yang lahir dalam kalangan keluarga bawahan perlu meningkatkan mobiliti sosialnya
melalui pendidikan, pekerjaan dan pendapatan bagi menentukan kelas sosialnya dalam
struktur masyarakat. Ketidaksamaan sosial ini wujud di mana-mana jua sahaja dalam
kalangan masyarakat yang memberi parameter dalam menentukan kedudukan individu
dalam struktur sosialnya.

Globalisasi telah membentuk fenomena modenisasi dalam kalangan masyarakat.


Globalisasi juga telah melahirkan industrisasi yang lebih maju dengan penggunaan
teknologi yang semakin canggih dan moden. Daya tarikan ekonomi telah menyebabkan
masyarakat dari luar bandar berpindah ke bandar untuk memperbaiki kehidupan agar
menjadi lebih baik dan menjadi masyarakat moden. Urbanisasi merujuk kepada proses
pergerakan atau perpindahan manusia ke bandar. Urbanisasi memperlihatkan tentang
transformasi fizikal yang berlaku di bandar. Manakakala, urbanisme pula adalah aspek
kehidupan manusia yang ditransformasikan hasil urbanisasi tersebut.

3.0 KRITIKAN

Berdasarkan buku The Myth of Individualism yang ditulis oleh Peter L. Callero
tersebut, memperihalkan tentang ideologi individualisme yang menekankan kepentingan
diri sendiri, kemerdekaan manusia dari kekangan pihak luar, kebebasan diri dan
pencapaian serta kehendak peribadi individu adalah penting dalam kehidupan manusia.
Selain itu, ketidaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat wujud disebabkan oleh
perbezaan kedudukan yang wujud dalam kehidupan sosial. Perbezaan dalam kalangan
masyarakat ini pula telah membentuk hierarki pada struktur dalam kehidupan manusia
melalui stratifikasi sosial. Manakala, individu pula dikatakan menghasilkan
ketidaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat dari segi pemilikan yang berbeza yang
menentukan kelas, status, kuasa dan kedudukan ekonomi yang berbeza. Seterusnya,
kapitalisme telah berjaya membentuk suatu fenomena sistem perindustrian yang telah
menggerakkan pergerakan masyarakat dari luar bandar ke bandar.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, persekitaran manusia telah membentuk kehidupan sosial dalam kalangan


individu dan masyarakat. Persekitan sosial yang dialami oleh individu merupakan proses
pembentukan tingkah laku dan mempengaruhi pembentukan jati diri individu. Kelas
sosial, status dan kuasa adalah aspek penting yang dilabel oleh masyarakat kepada
individu dalam menentukan kedudukannya dalam lapisan struktur masyarakat.
Seterusnya, perubahan sosial yang berlaku pula telah menyebabkan masyarakat
bersosialisasi dan beradaptasi dengan suasana baru dan mempengaruhi sistem-sistem
yang ada dalam masyarakat termasuklah sistem sosial, nilai, sikap, norma dan pola
perilaku di antara kelompok-kelompok dalam masyarakat.