Anda di halaman 1dari 11

PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH MAHASISWA SEMASA

MENGIKUTI PENDIDIKAN FORMAL DI UNIVERSITI


Mohd. Najib Abdul Ghaffar, Prof. Dr.
Zainudin Hassan, Dr.
Mahani Mokhtar, Dr.
Abdul Rahim Hamdan, Prof. Madya. Dr.

Jabatan Asas Pendidikan


Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor
Email: p-zainudin@utm.my

Abstrak: Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk negara. Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007) untuk melahirkan Modal Insan
Minda Kelas Pertama (MIMKP) dalam kalangan graduannya. Walaupun begitu, tujuan utama kajian ini ialah
mengkaji perubahan sosial yang dialami oleh para mahasiswa semasa menuntut di universiti. Kajian ini juga
memberi penjelasan tentang perubahan-perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan
formal di universiti. Kajian ini dilaksanakan di fakulti sebuah universiti yang terpilih. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kajian kes dan responden kajian kualitatif adalah dari sampel dipilih secara rawak bertujuan yang dihadkan
melalui kaedah ketepuan seramai 23 orang mahasiswa. Data temubual kualitatif dianalisis menggunakan pakej
Transana 2.0. Kajian ini menunjukkan bahawa perubahan sosial yang dikenal pasti dalam kalangan mahasiswa
semasa mengikuti pendidikan formal di universiti ialah dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran berinteraksi,
teknologi, budaya penyayang, sukan dan displin. Kajian juga menunjukkan pembangunan MIMKP adalah selari
dengan pendidikan yang diperolehi mahasiswa di universiti. Implikasi kajian menyentuh betapa perlunya para
mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di universiti dalam pendidikan formal supaya
memperolehi segala ilmu dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Kata Kunci : Perubahan Sosial, Mahasiswa, Pendidikan Formal, Modal Insan Minda Kelas Pertama

Pengenalan

Mahasiswa IPTA perlu mengenali atau menganalisis keperluan yang dikehendaki oleh
universiti dan juga pasaran kerja. Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP)
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) merupakan tanda aras untuk mencapai modal insan
yang dikehendaki oleh negara. Walaupun begitu, para mahasiswa juga perlu memberi fokus
kepada memenuhi permintaan pasaran kerja dan berdaya saing berdasarkan kehendak
masyarakat dan semasa (Tanglin, 2001; Haslina, 2002; Najib, 2004; Russel, 2005; Mohd Yahya,
2005; Piven dan Pak 2006; Zaini, 2009). Dan pencapaian mahasiswa bukan sahaja dari aspek
akademik tetapi juga bukan akademik. Menurut Amir (2002), Silins dan Mulford (2002) dan
Rafidah (2006), dalam penghasilan graduan yang berkualiti memerlukan pembangunan
mahasiswa yang seimbang bergantung kepada kapisiti serta kesinambungan pembelajaran.
Objektif Kajian

Fokus objektif kajian ialah mengkaji perubahan sosial yang dialami dalam kalangan mahasiswa
semasa mengikuti pendidikan formal di universiti.

Metodologi Kajian

Seramai 23 orang mahasiswa IPTA telah bersetuju untuk menjadi subjek kajian seperti dalam
Jadual 4.1. Mereka terdiri daripada 10 mahasiswa tahun empat, tiga orang mahasiswa tahun tiga,
tiga orang mahasiswa tahun dua dan tujuh orang mahasiswa tahun satu. Seramai 13 responden
(56.5%) daripada 23 orang adalah perempuan. Nama mahasiswa yang terlibat telah dikodkan
bagi mematuhi etika penyelidikan dan hanya di ketahui oleh pengkaji.

Dapatan Kajian

Pendidikan Formal

Pendidikan formal ialah mata pelajaran yang perlu diambil dan lulus di IPTA untuk
melayakkan mahasiswa mendapat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan jumlah kredit yang telah
ditetapkan. Setiap mata pelajaran mempunyai penilaian yang berbeza seperti kuiz, tugasan,
laporan makmal, latihan industri, latihan mengajar, bengkel, peperiksaan akhir dan sebagainya.
Hasil temu bual dengan mahasiswa yang dikaji mengenai pengaruh pendidikan formal di IPTA
mendapati pendidikan formal di IPTA memberi perubahan sosial kepada mahasiswa.

Terdapat lima perubahan dalam pendidikan formal yang diperolehi daripada temu bual
dengan mahasiswa IPTA iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran berinteraksi, teknologi, budaya
penyayang, sukan dan disiplin. Perubahan-perubahan ini menggambarkan apa yang diperolehi
oleh mahasiswa IPTA semasa mengambil pendidikan formal di universiti.

Perubahan Ilmu Pengetahuan dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mengalami perubahan dari aspek ilmu
pengetahuan semasa mengikuti pendidikan formal di universiti. Mahasiswa mengatakan mereka
mengalami perubahan dari aspek pertambahan ilmu pengetahuan, pandangan dan pemikiran.
Mereka juga dapat merasai dan mengalami kehidupan sebagai seorang guru semasa mengikuti
Latihan Mengajar di sekolah. Mahasiswa juga telah merasakan semakin minat kepada bidang
perguruan dan matapelajaran yang di ajar di sekolah. Berikut ialah beberapa maklumbalas
daripada responden temu bual yang secara langsung menggambarkan perubahan yang dialami
semasa mengikuti pendidikan formal di universiti.

Semua mahasiswa di universiti perlu mengambil pelbagai kursus sepanjang pengajiannya


di universiti. Viva mengalami perubahan dari aspek ilmu pengetahuan iaitu dari tidak pernah
mengetahui sesuatu perkara kepada mengetahui perkara tersebut. Viva menerangkan bahawa
beliau banyak belajar semasa di universiti. Melalui temu bual, Viva menceritakan:
la everything, tentang apa yang saya belajar tentang kemahiran hidup ini, ada
certain yang saya tahu, ada certain saya tak tahu, tapi banyak yang saya tak tahu
dari saya tahu, so sebab saya belajar, ilmu yang kita kena tahu, walaupun sikit
tapi boleh jadi panduan (R 22/1/P)

Seterusnya, kenyataan Viva disokong oleh kenyataan Jamilah yang juga menceritakan
tentang perubahan pendidikan formal dari aspek mengetahui banyak perkara yang dipelajari dan
pertambahan ilmu pengetahuan pada setiap semester. Jamilah menceritakan:

perubahan yang paling saya rasa, bila saya belajar sesuatu tu,
macam dia daripada sem. satu sampai sem. akhir dia ada relate sikit-sikit
daripada walaupun dulu tu, bila dah sampai tahun empat, ini pernah dengar
pernah dengar, pernah belajar, kita macam ilmu dari sem. satu dibawa-bawa
sampai akhir, (R 10/4/P)

Selain itu, Pamela menjelaskan terdapat perubahan dari segi pemikiran semasa
mengambil kursus-kursus di universiti. Beliau dapat menggunakannya semasa mengajar di
sekolah nanti. Pamela menceritakan:

Perubahan dari segi pemikiran, macam kita belajar psikologi, belajar falsafah
kita jadi macam kita belajar, kita faham, kita applied la benda itu untuk guna,
hari itu saya buat mikro teaching, jadi macam guna la, prinsip-prinsip (R
16/2/P)

Wahid juga memberitahu bahawa beliau mendapat pertambahan ilmu pengetahuan dan
banyak didedahkan dengan bidang perguruan semasa mengambil pendidikan formal di universiti.
Wahid mendapat pertambahan ilmu pengetahuan dari aspek menjadi seorang guru. Wahid
menjelaskan:

bila belajar di U ni, memang level nya sangat berbeza, agak susah sikit nak
belajar, memang tahap level nya tinggi, maknanya dari segi tahap, keilmuan,
keintelektual dalam subjek-subjek sains dan matematik tu meningkat la, kalau
dalam pendidikan pulak, kalau khusus pada budak fakulti pendidikan, kita belajar
kaedah cara mengajar, belajar buat buku rekod, pertambahan ilmu dari segi
menjadi seorang guru la, bagaimana nak jadi seorang guru, (R 23/3/L)

Dalam konteks ini, Haliza juga menyokong pendapat bahawa ilmu pengetahuan yang
didapati di universiti semakin meningkat terutama fakta sains dan merasakan pentingnya bidang
pendidikan. Haliza berkata:

Kukuhkan fakta sains saya, kalau sebelum ni lemah la, peningkatan, kalau
subjek pendidikan nampak kepentingan pendidikan (R 8/3/P)

Pendidikan formal di universiti juga mengaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari


dengan dunia sebenar kepada semua mahasiswa. Esa mengakui bahawa terdapat perubahan dari
ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah dan universiti. Esa menegaskan:
Saya dapat ilmu yang lagi lebih dari sekolah dulu, lepas tu kita dapat kehidupan
kita yang bebas ni, menyebab kita boleh berfikir, tau apa yang kita dah belajar
related dengan dunia luar. (R 5/4/P)

Muna juga turut bersetuju dengan kata-kata Esa bahawa perubahan beliau ialah dapat
mengaitkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya di universiti dengan keadaan sebenar. Ini
telah mengubah pandangannya semasa bersekolah dahulu. Muna menceritakan:

Ada, selepas ambil semua subjek ini, saya rasa saya lihat dunia ni, saya boleh
relate dengan apa yang saya belajar, kadang-kadang tengok benda tu, macam
pernah belajar, macam ni rupanya (R 13/4/P)

Kata Oja, perubahan yang dialami di universiti ialah tentang cara belajar, beliau
merasakan dia sibuk dan aktif kerana setiap kursus memerlukan mahasiswa menghantar amali,
tugasan dan penulisan laporan setiap semester. Oja menjelaskan:

Sepanjang saya ambil KH (Kemahiran Hidup) ni, perubahan dari segi cara
belajar, cara dulu belajar di sini tak sesibuk di sini, kat sini sibuk sebab setiap
subjek, dia dah ada amali dan report, dia ada assignment luar, (R 15/3/P)

Para mahasiswa juga semakin menyukai pelbagai kursus yang diikuti semasa mengambil
pendidikan formal di universiti. Umairah semakin banyak mengetahui tentang kursus Kemahiran
Hidup. Umaira juga menambah bahawa dia semakin menyukai kursus yang dipelajari terutama
kursus Lukisan Kejuruteraan. Kata Umairah:

kalau kat sini lebih mendalam, dan saya mula memahami apa itu lukisan
kejuruteraan dan lebih faham sebab kemahiran hidup praktikal, banyakla saya
tahu, perkara-perkara baru, terutama lukisan, saya baru tahu saya suka lukisan,
(R 21/1/P)

Chin memberikan penjelasan bahawa beliau berubah menjadi semakin matang dari segi
pemikiran dan dapat belajar tentang kehidupan masyarakat semasa mengambil pendidikan
formal di universiti. Chin menjelaskan:

Saya rasa, saya lebih matang dari segi pemikiran, dulu nak buat sesuatu terus
tak memikirkan perasaan orang lain, tapi sekarang kita, dalam kursus ni kita
banyak assignment kita kena buat, kita tak boleh harapkan diri sendiri, kita kena
fikirkan orang lain dan kita dapat belajar macam mana hidup dalam
masyarakat (R 3/4/L)

Pandangan yang berbeza dari Esa ialah memberitahu dirinya berubah menjadi lebih
bersungguh-sungguh di universiti. Menurut Esa, beliau sudah berubah berbanding semasa
bersekolah dahulu. Esa menceritakan:
ada...saya lebih serious kot..saya ingat adalah sebelum ni, ha ..saya dah lain,
saya dah berubah, saya tak macam dulu tak sengal-sengal, macam tak betul,
funny funny sangat, sekarang, saya lebih relax, dulu saya sekolah saya...teruk la
(R 5/4/L)

Esa merasakan dirinya dewasa. Ini kerana semasa mengambil pendidikan formal di
IPTA, beliau merasakan perubahan dari aspek pengalaman, pengetahuan, keyakinan dan
semangat. Esa menganggotai Persatuan Kelana Siswa di universiti. Esa meluahkan
pandangannya:

Saya ada pengalaman, pengetahuan, keyakinan, semangat dari segi


persekitaran, mungkin usia mematang, pemikiran dah semakin bagus, kita boleh
pandang, macam dewasa... (R 5/4/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan


merupakan salah satu dimensi utama perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti
pendidikan formal di IPTA. Untuk mencapai MIK di kalangan pelajar universiti, ilmu
pengetahuan perlulah diutamakan.

Perubahan Kemahiran Berinteraksi dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa mahasiswa di IPTA mengalami perubahan dari
aspek kemahiran berinteraksi semasa mengikuti pengajian di universiti. Mereka mengalami
perubahan terutama apabila didedahkan dalam pendidikan formal iaitu apabila mengambil
kursus-kursus yang perlu diikuti di universiti. Mereka mengatakan bahawa cara hidup di
universiti yang memerlukan mereka berani untuk berinteraksi dan bersaing dengan rakan-rakan.
Ini kerana mahasiswa perlu mempersembahkan (present) tugasan atau projek yang telah siap di
hadapan mahasiswa lain sebagai satu keperluan kursus dan diberi markah. Ini mewujudkan
keyakinan di kalangan mahasiswa sehingga mereka boleh bergaul dengan pelbagai lapisan
masyarakat. Perubahan dari aspek kemahiran berinteraksi dijelaskan melalui maklumbalas
daripada partisipan temu bual sepertimana yang dijelaskan di bawah:

Khaty memberitahu beliau berubah dari segi kemahiran berinteraksi semasa mengikuti
pendidikan formal di universiti. Menurut Khaty, cara hidup di universiti memerlukan seseorang
itu bercakap. Untuk menjadi guru pula, beliau perlu berinteraksi dan berani. Khaty menjelaskan:

berhadapan dengan orang, dulu saya malu sangat nak bercakap, terutama
orang yang tak kenal tak biasa sekarang saya boleh bercakap, mungkin sebab life
style kat U ni menyebabkan kita bercakap, tak boleh diam, ( R 11/2/P)

Begitu juga Esa yang menjelaskan bahawa beliau berubah semakin yakin dari segi
pergaulan dengan pelbagai golongan masyarakat. Beliau juga berubah dari aspek kemahiran
berinteraksi serta berasa yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada. Esa berkata seperti:

Confident, itu mestilah dari segi pergaulan tu, kita dah tak macam dulu, lebih
dapat lebih dapat jumpa peringkat atasan, bawahan, dari segi sosial, komunikasi
ok, dan keyakinan ada, ilmu macam-macam, dari segi komuniti kita dah luas
sikit (R 5/4/L)

Setiap mahasiswa di universiti perlu membuat persembahan tugasan atau projeknya di


hadapan kelas. Tini pula menegaskan perubahan besarnya ialah berani membuat persembahan
sebab ingin menjadi seorang guru dan bersaing dengan rakan-rakan. Tini menyatakan:

Perubahan yang besar, kalau dulu takut sikit nak present, sekarang ni berani
sikit nak present. Sebab nak jadi cikgu kena berani, saingan dari kawan-kawan,
kawan kita lebih berani, kita nak bersaing nak jadi berani macam dia (R
20/1/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa kemahiran berinteraksi


merupakan perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di
IPTA. Ciri-ciri kemahiran berinteraksi juga terdapat dalam MIK. KPT juga mengkhendaki
mahasiswa universiti mempunyai ciri-ciri kemahiran berinteraksi seperti berketrampilan
berkomunikasi dan penyampai yang berkesan.

Perubahan Teknologi Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Hasil dari kajian juga menunjukkan bahawa mahasiswa di IPTA mengalami perubahan
dari aspek teknologi. Mereka telah mengalami perubahan terutama apabila didedahkan dalam
pendidikan formal iaitu apabila mengambil kursus-kursus komputer yang perlu diikuti di
universiti. Mereka mengatakan bahawa kursus-kursus komputer banyak memberi perubahan dari
aspek perkara-perkara baru yang dipelajari seperti perisian gubahan (autoware), animasi
(animation), bingkai persembahan (slaid show), perisian persembahan (power point) dan
pembelajaran atas talian (e-learning). Ini mewujudkan keyakinan di kalangan mahasiswa untuk
menggunakan teknologi semasa di universiti.

Samad menceritakan perubahan yang banyak melalui kursus-kursus teknologi komputer


yang diambil di universiti. Sebelum ini Samad hanya mengetahui tentang komputer tetapi tidak
tahu menggunakannya. Samad memberitahu:

Saya rasa perubahan kat sini banyak melalui komputer, lebih subjek komputer,
auto ware, rekabentuk, perisian multimedia, maknanya software komputer tu saya
lebih tahu dan boleh diguna, (R 19/1/L)

Rafik juga menerangkan perubahan yang dialaminya dalam mempelajari berbagai-bagai


teknologi pengajaran di universiti. Sebelum ini Rafik tidak pernah didedahkan dengan teknologi
pengajaran semasa di sekolah. Rafik menceritakan:

Aaa...ada perubahan macam teknologi pengajaran, pembelajaran, saya


sebenarnya tak pernah pun tahu, yang pengajaran menggunakan teknologi,
sebelum ni di Darul Quran yang saya belajar biasa saja, ustaz kat depan cakap,
kita hanya mengadap kitab dan tulis, (R 18/1/L)
Pendidikan formal di universiti mendedah dan mengajar mahasiswa tentang teknologi
komputer. Qasim memberitahu dia sekarang sudah pandai menggunakan perisian persembahan
(power point). Qasim memberitahu:

Rasa sikit perubahan, kalau subjek pendidikan macam teknologi komputer,


saya memang tak pandai guna slaid show apa dulu, nak buat power point,
sekarang dah pandai la, banyak benda baru saya belajar (R 17/1/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa teknologi merupakan


perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di IPTA.

Perubahan Budaya Penyayang Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Salah satu aspek MIK ialah melahirkan masyarakat penyayang. Para mahasiswa juga
didedahkan dengan sifat penyayang apabila mengikuti pendidikan formal di universiti. Menurut
para mahasiswa, lawatan ke rumah orang-orang tua dan orang kurang upaya adalah pengalaman
pertama mereka. Mereka juga dapat menolong dan merasai kehidupan orang-orang yang berada
di dalam kesusahan. Nana mengatakan lawatannya ke rumah orang tua-tua semasa mengambil
pendidikan formal telah membangkitkan sifat penyayang kepadanya. Nana menceritakan:

buat lawatan pergi ke rumah orang tua-tuakan, kita boleh bersosial di situ,
kita tolong dia, tahu life dia, melalui budi penyayang ni kita tahu bagaimana
orang tua-tua, lepas tu ada mak cik itu cerita sedih-sedih sampai nangis-nangis
dari situ, kita tahu ada jugak manusia yang buat mak dia macam itu, kalau tidak
kita tengok kat TV saja, kita nampak depan mata kita sendiri, dia mengalirkan air
mata seorang ibu, sedihkan (R 14/3/P)

Pamela sama seperti Nana, juga berubah kepada sifat penyayang selepas membuat
lawatan ke rumah OKU (Orang Kurang Upaya) semasa mengambil pendidikan formal di IPTA.
Ini adalah lawatan pertama Pamela ke rumah OKU. Pamela menerangkan:

kita pergi lawatan ke rumah OKU, first time saya bercampur dengan orang
macam itu, saya rasa sangat takut, sebab saya tak pernah pergi tempat macam tu,
so macam tengok kat situ banyak ajar kemahiran untuk OKU, banyak input ,
tapi bila dah masuk tu ok je, ok dekat situ saya tengok, ajar kemahiran orang
OKU, dia orang boleh buat sesuatu, dia orang limited kemahiran, , dia orang
jual benda itu cuma perlukan support daripada kita (R 16/2/P)

Berdasarkan maklum balas tersebut dapatlah dijelaskan bahawa mahasiswa dapat


mengalami budaya penyayang di kalangan masyarakat semasa menjalankan aktiviti-aktiviti atau
program pendidikan formal di luar bilik kuliah. Aktiviti-aktiviti ini telah membentuk dan
mendedahkan mahasiswa dengan aspek MIK yang menggalakkan mahasiswa universiti bersifat
penyayang dan prihatin (melalui khidmat masyarakat dan kerja sukarela). Budaya penyayang
sangat penting dalam kehidupan setiap individu.

Perubahan Sukan dalam Pendidikan Formal Di IPTA


Salah satu aspek perubahan yang dialami dalam pendidikan formal di universiti ialah
sukan. Mahasiswa universiti juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sukan di universiti.
Menurut mereka, pendidikan formal juga mengajar kemahiran bersukan disamping menyihatkan
kesihatan. Hasil maklum balas daripada partisipan temu bual seperti berikut:

Pamela aktif dalam sukan semasa mengambil pendidikan formal. Pamela diajar asas-asas
bermain futsal (bola sepak dalam gelanggang). Pamela memberitahu:

Futsal sangat membantu sebab saya suka sport U team, sebab dia banyak ajar
basic dan skill, so dia membantu sampai sekarang, belajar sem. 2 sampai
sekarang saya main futsal lagi, (R 16/2/P)

Terdapat juga mahasiswa yang mengalami perubahan stamina apabila mengambil


pendidikan formal. Jamilah merasakan perubahan dari segi stamina selepas aktif dalam silat.
Silat adalah salah satu matapelajaran pilihan dalam pendidikan formal di universiti. Jamilah
menerangkan:

Perubahan yang utama sekali ialah stamina, kalau dulu, memang cepat pancit
la, tapi sekarang saya agak kuat sikit, taklah kuat sangat, kalau dulu saya
memang lemah, sekarang ni saya mampu berjalan, berlari, jogging, boleh lah, tak
la terlalu lemah buatkan badan selalu sakit, kalau silat, stamina kita akan kuat
sikit, (R10/4/P)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual di atas menjelaskan bahawa mahasiswa juga
mempunyai perubahan dari aspek sukan. Item menghargai sukan juga terdapat dalam MIK. Ini
dapat dicapai apabila mahasiswa mengikuti pendidikan formal di universiti semasa aktiviti
kokurikulum.

Perubahan Disiplin Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Mahasiswa memberitahu bahawa pendidikan formal di universiti mendisiplinkan mereka


dari aspek pengurusan masa. Disebabkan aktiviti-aktiviti pendidikan formal diberi markah, maka
mahasiswa perlu membahagikan masa mereka dengan betul. Berikut ialah maklum balas
daripada partisipan temu bual.

Mahasiswa perlu mendisiplinkan dirinya semasa di IPTA. Chin mengalami perubahan


dari aspek mendisiplinkan diri semasa mengambil pendidikan formal. Chin adalah ahli SUKSIS
(Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi) semasa di universiti. Chin menceritakan:

Sangat membantu, dia mendisiplinkan saya bangun awal, dulu memang saya tak
biasa bangun awal, di sekolah ., kawan yang kejutkan, tapi kali ni, kita yang
bangun sendiri, set kan jam, pukul 7 automatik bangun sendiri, walaupun tak ada
kelas (R 3/4/L)
Daud juga mengalami perubahan dalam aspek disiplin terutama dalam pengurusan masa
semasa mengambil pendidikan formal di IPTA. Daud memilih bola tampar dan kecerdasan
fizikal sebagai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum di universiti dinilai dan diberi markah,
para mahasiswa perlu mengikut peraturan dan datang tepat pada masa yang ditetapkan. Daud
menjelaskan:

Mungkin perubahannya mungkin saya nak cakap disiplin, sebabnya


kokurikulum ni dah petang, bila petang kadang-kadang tempat jauh, tempat tu
jauh dia buat di KTDI (Kolej Tun Dr. Ismail) sebab tak ada transport, rasa
macam jauh, kehadiran ada markah, testing ada markah, kita terpaksa datang
sharp 5 petang, (R 4/4/L)

Berdasarkan maklum balas tersebut dapatlah dijelaskan bahawa mahasiswa perlu


berdisiplin semasa menjalankan aktiviti-aktiviti atau program pendidikan formal. Aktiviti-aktiviti
ini telah membentuk dan mendedahkan mahasiswa dengan aspek MIK yang menggalakkan
mahasiswa universiti mempunyai disiplin yang tinggi.

Kesimpulan

Salah satu implikasi utama kepada mahasiswa yang diperolehi oleh dapatan kajian ialah
mahasiswa mengalami perubahan sosial di IPTA. Secara keseluruhan, terdapat lima perubahan
dalam pendidikan formal yang diperolehi daripada mahasiswa IPTA iaitu ilmu pengetahuan,
kemahiran berinteraksi, teknologi, budaya penyayang, sukan dan disiplin. Dengan mengetahui
perubahan-perubahan ini, para mahasiswa dapat meyakinkan diri mereka bahawa setiap
mahasiswa IPTA mengalami lima perubahan sosial di atas. Perubahan-perubahan ini
menggambarkan apa yang diperolehi oleh mahasiswa IPTA semasa mengambil pendidikan
formal di universiti.

Berdasarkan dapatan kajian, mahasiswa disaran supaya sentiasa peka kepada aktiviti-
aktiviti yang berlaku di universiti dalam pendidikan formal supaya dapat terlibat sama serta
memperolehi segala pengalaman dan ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Menurut Berg
(2001) dan Najib (2004), pendidikan tinggi berperanan memaksimumkan bakat dan keupayaan
seseorang. Menurut Tangian (2001), Rogers (2005) dan Bray (2008) pula, pendidikan tinggi
menyumbang kepada pembangunan manusia. Para mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin
pengalaman dan latihan semasa di universiti.

Rujukan

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua. Tanjung Malim:
Quantum Books.
Baharin Mesir et al. (2006) Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus.
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, Kuala Lumpur.
Berg. Elisabeth (2001). To Be or Not to Be A Lecturer in Higher Education in Sweden.
International Journal of Sociology and Social Policy. Vol 21. Number 11/12.
Bray. Cathy (2008). Social Change and Diversity Education : A Literature
Review.Transformative Dialogues : Teaching & Learning Journal. Volume 1, Issue 3.
Burns. Robin Joan (2002). Education and Social Change : A Proactive or Reactive Role?.
International Review of Education. 48 (1/2): 21-43.
Cohen. Louis, Manion. Lawrence dan Morrison. Keith (2007). Research Methods in
Education ; Sixth Edition. New York: Routledge.
Creswell, John W (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed
Methods Approaches , Thirg Edition.California : SAGE Publications.
Creswell, John W., Clark, Vicki L. Plano, Gutmann, Michelle L., dan Hanson, William,
E. (2003). Advance Mixed Methods Research Designs. Dalam Handbook of Mixed
Methods in Social & Behavioral Research. California : Sage Publications.
Dayang Tiawa Awang Hamid dan Abdul Hafiz Omar (2009). Analisis Data Kualitatif.
Skudai : NasMAX
DeCuir-Gunbay. Jessica D. (2008). Mixed Methods Research in the Social Sciences
dalam Best Practices in Quantitative Methods. Osborne. Jason W. (Ed). California :
SAGE Publications.
Fraenkel. Jack.R. dan Wallen. Norman E. (2006). How to Design and Evaluate Research
in Education: Sixth Edition New York : Mc Graw Hill.
Ismail Mohamad et al.(2007). Laporan Awal Persepsi Majikan Terhadap Graduan Space UTM.
Kertas Kerja Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM, Johor Bahru.
Kementerian Pengajian Tinggi (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010.
Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi.
Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan Pendidikan : Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Shah
Alam: McGraw-Hill.
McNeil, Patrick dan Chapman, Steve (2005). Research Methods. London: Routledge.
Meer Zhar Frouk bin Amir Razli, Muhammad Shukri Salleh dan Mohd Zahari Yusoff
(2006). Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Cemerlang di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Kelantan bagi Semester Disember 2005-Mei 2006. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, Kuala Lumpur.
Merriam, Sharan B (1990) Case Study Research In Education: A Qualitative Approach.
San Francisco : Jossey-Bass Publishers.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi. Skudai
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yahya Mohd Ariffin (2005). Peranan Media dan Komunikasi dalam Mahasiswa
Abad 21. Bangi : UKM.
Moore. Wilbert E. (1986). Perubahan Sosial. Terjemahan Cheu Hock Tong. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hj. Othman (2005). Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT
dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.
Pagani, Freda (2008). The Inheritance of Millennial Students: What Will They Inherit
from Their Campus Experience and Consequently What Legacy Will They Leave the
Next Generation?. Planning for Higher Education. Okt-Dec 2008.
Patton. Michael Quinn (2002). Qualitative Research & Evaluation Methods: 3 Edition.
California : SAGE Publications.
Piven. G. dan Pak. Iu. (2006). Higher Education in Kazakhstan and the Bologna Process.
Russian Education and Society, vol 48. No. 10 October .
Rohana Yusof (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong : PTS Pub. & Dis.
Roucek, Joseph. S. dan Warren, Roland. L. (1986). Sosiologi : Suatu pengenalan.
Terjemahan Mohammad Hj. Yusuf, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Round, Anna (2005). A Survey of Student Attitudes, Experiences and Expectations.
Student Retention Project, University of Northumbria.
Rozalli Hashim (2005). Pengurusan Pembangunan. Kuala Lumpur : DBP.
Rogers, Alan (2005). Non-formal Education : Flexible schooling or participatory
education? New York : Springer Science Business Media, Inc.
Salleh Abd Rashid dan Suzan Impak (2008). Praktis Penerapan dan Penilaian Kemahiran
Insaniah dalam Kalangan Pelajar IPT. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008.
Sara Shakilla Mohd Salima dan Samir Muhazzab Amin (2008). Keperluan Modal Insan
Dalam Organisasi Kumpulan. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan
2008. Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008.
Silins. Halia dan Mulford. Bill. (2002). Schools as learning organisations : The case for
system, teacher and student learning. Journal of Educational Administration. Vol 40. No
5, 2002. pp.425-226.
Silverman, David (2006). Interpreting Qualitative Data: Third Edition. London: SAGE
Publications.
Siti Khariah Mohd. Zubir (2009). Peranan Wanita sebagai Modal Insan Minda Kelas
Pertama dalam Membangunkan Pendidikan di Malaysia. Kertas Kerja International
Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 May 2009,
Syed Hussein Alattas (2005). Pemikiran dan Falsafah Pendidikan Mahasiswa Abad 21
dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.
Tangian. S.A. (2001) Higher Education in the Perspective of the Twenty-first Century.
Russian Social Science Review, vol 42, no.5.
Tam, Maureen (2002). Measuring the effect of higher education on university students.
dlm Quality Assurance in Education Vol 10 : 4. pp.223-228.
Tashakkori, Abbas dan Teddlie, Charles (Eds.) (2003). Handbook of Mixed Methods in
Social & Behavioral Research. California: SAGE Publications.
Taylor. Steven. J dan Bogdan. Robert (1998). Introduction to Qualitative Research
Methods: Third Edition. New York: John Wiley & Son, Inc.
Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan Norngainy Mohd Tawil (2005). Mahasiswa
Bertaraf Dunia (MDB) dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.
Yin, Robert K. (2003). Applications of Case Study Research. Second Edition. California:
Sage Publications, Inc.
Zaini Ujang (2009). Mengangkasa Pengajian Tinggi. Skudai: Penerbit UTM.
Zainudin B. Hassan et al. (2007). Penerapan Kemahiran Generik dalam Pengajaran
Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik di Terengganu. Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Anda mungkin juga menyukai